sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, December 30, 2013

Kehilangan Jeneral al-Sisi terus jadi misteri.


KAHERAH: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas.

Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir.

Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara 'live' dalam laporan media elektronik Mesir.

Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini.

Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati.

Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir.

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah.

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan  tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan.

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan.

"Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati.

"Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir.

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan.

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal.

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut.

Lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi boleh dicapai menerusi pautan video berikut:

بالفيديو.. "الشرقاوى": مقتل السيسى وصدقى صبحى هو من يدير البلد - جريدة الشعب الجديد - http://elshaab.org/thread.php?ID=89745

Tuesday, December 10, 2013

Aku bukan Syiah - Mat Sabu



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Solat jamak ketika banjir


SOALAN
Sahabat saya (perempuan) mintak tolong tanya pada ustaz. Kalau badan dan pakaian kotor kena lumpur banjir, tempat solat pun kotor, adakah itu dikira darurat ke? Boleh buat jamak? Ketika di pusat penempatan mangsa banjir ada tempat solat, tetapi kalau nak ambik wuduk terpaksa ambik depan lelaki macam mana tu? Mintak ustaz tolong jelaskan..

JAWAPAN
Solat fardhu sentiasa wajib dalam apa jua keadaan selagi beraqal dan waras. Ia juga wajib fardhu 'ain ke atas setiap individu Muslim dan muslimah walau dalam keadaan banjir.

Ulama mengharuskan jamak solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak disebabkan oleh keuzuran dan kesukaran tertentu yang munasabah. Ulama mazhab Maliki mengharuskan jamak bagi mereka yang tidak bermusafir disebabkan hujan, tanah terlalu berlumpur untuk ke masjid (termasuk banjir) dan juga disebabkan sakit. (Al-Muqaddimat wa Mumahhidat, 1/185)

Ulama mazhab Syafie mengharuskan jama solat disebabkan hujan yang boleh membasahkan semua pakaian, dan sebahagian ulama Syafie turut mengharuskan atas sebab sakit, tanah dan ketakutan atas keselamatan (biasanya merujuk kepada perjalanan ke masjid atau pertahanan diri seperti tentera dan lainnya). (Al-Umm, Al-Syafi’e, 1/76 ; Kifayatul Akhyar, 1/337)

Ulama mazhab Hanbali turut mengharuskan disebabkan salji, kesejukan angin kencang dan, wanita yang istihadah dan sepertinya. Mazhab Hanbali adalah yang paling luas keharusan untuk jamak ini. Mereka berdalil kepada hadis riwayat Muslim yang sohih dari Ibn Abbas, ertinya:

“Rasululllah telah menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa jelas ketika itu wujud sebarang suasana ketakutan atau hujan. Ditanya kepda Ibn Abbas apakah tujuan baginda ? Maka dijawab: Baginda mahu agar tidak menyukarkan ummatnya.

Kesatuan ulama Fiqh sedunia telah membincangkan hadis ini dan meletakkan syarat kesukaran, keuzuran, sakit dan yang sepertinya bagi sesiapa yang ingin beramal dengan jamak solat sebagaimana dalam hadis tadi. Tanpa sebarang keuzuran dan suasana yang munasabah, jamak TIDAK DIBENARKAN.

KESIMPULAN

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Fatawa Mu’asiroh) mengharuskan jamak dalam keadaan uzur dan kesukaran, ini terpakai dalam suasana banjir dan keadaan sukar di tempat pemindahan banjir dan rumah masing-masing, BUKAN SAHAJA DI MASJID, ( rujuk al-Umm, 1/76) khususnya dalam keadaan banjir belum surut, hujan pula masih turun, pakaian dan peralatan serba kurang. Air bersih terlalu terhad.

Hukumnya adalah HARUS dan DIBOLEHKAN untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isyak, ia meringankan kerana dengan sekali wudhuk dua solat fardhu dapat diselesaikan, pastinya sukar untuk menjaga wudhu dan sukar untuk berwudhu berulang kali dalam keadaan kekurangan air bersih yang meyakinkan. Tetapi jika batal diantara dua solat jamak itu, wudhu tetap WAJIB diambil.

Jika terlalu terdesak dan tiada air mineral atau bersih paip, menggunakan air banjir juga masih dibenarkan namun wajar dielakkan setakat mampu.

Cuma para ulama bersepakat jika solat jamak tanpa keuzuran sebenar dan menyalahgunakan keringanan ini, solat adalah batal dan tidak sah.

Jika penempatan banjir atau rumah mangsa banjir turut dinaiki air dan tiada tempat yang kering sepenuhnya, maka DIHARUSKAN solat sambil duduk atas kerusi, dengan rukuk dan sujud sekadar membengkok badan ke bawah. sujud mestilah lebih ke bawah berbanding rukuk. namun tiada menyentuh air banjir

BERCAMPUR LELAKI WANITA

Manakala soalan, berkaitan campur lelaki wanita di tempat wudhuk, wudhuk masih mesti diambil. Bagi membolehkan ia diambil oleh wanita saya mencadangkan beberapa perkara iaitu :

1.Cakap elok-elok pada kaum lelaki agar pergi mengosongkan tempat terbabit sebelum berwudhuk.

2.Minta ketua atau pegawai beri kerjasama untuk wanita berwudhuk.

3.Meminta saudara mara ambil kain cadar atau yang sesuai bagi dibuat penghadang semasa ahli keluarga wanita masing-masing ingin mengambil wudhu.

Sekian, semoga dapat beramal dalam apa jua keadaan.


https://www.zaharuddin.net

Thursday, December 5, 2013

Alam dan kehidupan

Satu sembang
27.11.13 -Sembang dgn Saaban Dunia/alam (dimensi kehidupan) atau dimensi alam kehidupan.
alam kehidupan manusia - kuasa manusia pada alam khidupan manusia.
alam kehidupan bagi jin - kuasa jin pada manusia dalam alam kehidupan manusia
alam kehidupan bagi iblis - Kuasa iblis pada manusia dalam alam kehidupan manusia
alam bagi malaikat - kuasa malaikat pada manusia dalam alam kehidupan manusia
(dengan izin Allah)
tiada dalam bincang
Alam barzah
alam akhirat
Rujukan bincang
Pertemuan Rasullullah dengan jin
Kesah zaman nabi sulaiman- dengan seorang yang hampir ajal dan dengan iblis dan orang yang mengambil anak burung
Mimpi saya semalam dengan ahli sihir bersin menyebut alhamdulillah.
Lintasan ingatan
1. Nabi Idris- minta dimatikan
2. Mukjizat nabi isa- menghidupkan manusia yang telah mati.
3. Nabi Ibrahim nak melihat kekuasaan Allah menghidup dan mematikkan sesuatu
4. Peristiwa Rasullullah meletakkan batu hajaratulaswad
5. Cerita cikgu Mat - pasal wali

Mati dan kematian
Nabi wafat adakah wafat itu mati?
Manusia lain - mati
Mati syahid
manusia mati tetapi hidup - mati syahid
Manusia hidup tetapi mati - orang dalam koma (orang gila-hidupnya tidak ada makna untuk dirinya)

Alkisah kehilangan kad kredit


Alkisah kehilangan kad kredit

Farid yang baru bekerja kehilangan kad kredit yang baru dipohonnya…

Rakan-rakan sekerja simpati pada nasib malangnya.

Farid hanya mampu tersenyum, “Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!”

Seminggu selepas itu, ada pihak menelefon berkata kad kredit Farid telah digunakan di satu stesen minyak dan kad kredit itu telah dicabut untuk memenangi hadiah bernilai RM2,000.

Semua rakan sekerja Farid berkata dia amat bernasib baik, kad kredit yang hilang pun dapat hadiah.

“Nasib baik? Nasib buruk? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Setelah menerima wang RM2,000 tersebut, Farid telah membeli sebuah motor. Tidak lama kemudian, Farid terjatuh motor dan tercedera parah.

Rakan sekerja Farid berasa dia amat bernasib malang kerana motor yang baru rosak bertambah dia terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya patah.

“Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Di sana, Farid berkenal dengan seorang jururawat yang jelita yang sering merawatnya. Akhirnya, jodoh Farid tiba dan sejurus keluar hospital, Farid mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin…

Wahai anakku,
Janganlah kamu suka mendahului Allah dengan melabel sesuatu situasi dengan perkataan nasib baik atau pun sebaliknya. Terimalah dengan hati terbuka apa yang berlaku, kerana ia berlaku dengan keizinan Allah.

Yang menyedapkan hati, kamu jangan lupa bersyukur, yang kurang menyedapkan hati, pohonlah kemaafan dari Allah.

Ingatlah anak kesayanganku, sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang di luar batas kemampuannnya. Kamu mungkin tidak memahami potensi sebenar kamu, tapi Allah tahu.

Senyum

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia


Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

 logo baru KPM
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif jugamembawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian TinggiHurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan MalaysiaBentuk Bulatmelambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlanganPutih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Logo JPN Kelantan ada persamaan pada warna dan garis ( alif)

Kebesaran Allah di Masjid Al-Fatah, Gambang, Kuantan



KETIKA air banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid. 

68% rakyat Mesir ingin Mursi kembali jadi presiden



Menurut blog Kelab Greenboc, kaji selidik itu dilakukan pada tanggal 23 November yang lalu, melalui kajian lapangan, dengan darjah ketepatan 95%.

Survey ini menunjukkan bahawa jumlah pendukung Presiden Mursi boleh dikatakan stabil, iaitu 68%, sedangkan jumlah pendukung kudeta mengalami penurunan yang tajam hingga 28% sehingga menjadi 18% saja.

Ada juga kelompok yang menentang kudeta dan juga menentang Presiden Mursi dengan peratusan 12% saja.

Takamul juga melakukan kajian lapangan di Bundaran Tahrir dan sekitarnya.

Hasilnya, tidak benar dakwaan bahawa jumlah demonstran yang mendukung turunnya Presiden Mursi pada tanggal 30 Jun yang lalu mencapai 33 juta orang.

Demonstrasi yang hanya berlangsung selama 6 jam itu hanya diikuti oleh 5.5 juta orang saja, sedangkan jumlah para pendukung Presiden Mursi, di Kaherah dan provinsi-provinsi lainnya selama berbulan-bulan mencapai jumlah jumlah 26 juta orang.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288