sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Tuesday, September 30, 2008
Aidul fitri
Sunday, September 28, 2008
Ramadhan Oh Ramadhan
Keberkatan yang hadir bersamamu tidak terhingga
tetapi berapa banyak yang diperolihi oleh hamba
berapa ramai yang hanya sekadar berkata
sedangkan keberkatan itu untuk semua hamba
mampukah mata mengeluar airnya bila
menyebut nama yang esa
bila melihat kebesaran yang esa
bila merasai rahmatan yang esa
semuanya menjadi petanda sebagai hamba.
penuhi hari hari penghujungan ramadhan ini dengan
doa, istighfar, selawat, solat sedekah dan pelbagai yang memesrakan hamba Allah yang lain
bersujudlah kepada ilahi dapatkanlah redha Allah
Saturday, September 27, 2008
Sms dan perniagaan
Saya telah menerima sms berikut.
+60190000000
24-Sep-08 01:57
Dengan adanya hadis, saya mendapat manfaat dalam kehidupan harian saya . Hdis ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan saya . Taip ON Hadis sms ke 32088.
Sms tersebut mengingatkan saya akan hadis Nabi sewaktu menegrjakan haji wida’. Maksudnya antara lain “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, dan kamu tidak akan sesat selamanya dengannya”
SadakaRasullullah, Benarlah Rasullullah. Sekarang ini melalui hadis orang telah boleh berniaga. Dan dapat banyak wang. Bayangkan dengan type ON hadis dan sms ke 32088 hadis akan masuk melalui sms ke telefon kita dan kita bayar satu sms 50sen. Jadinya kalau seramai sejuta orang melanggan sebanyak setengah juta ringgit telah dapat dikumpulkan. masyaAllah. “ Bagi ALLAH SEGALA KHAZANAH DILANGIT DAN DI BUMI”
Sunday, September 21, 2008
Lailatul Qadr
Semoga Allah menerima dan mengiktiraf kita sebagai hLailatul Qadr
Saya telah menghantar sms kepada ramai teman dan sahabat berhubung dengan lailatul qadr, menurut Iman Al Ghazali, Jika satu ramadhan pada hari isnin laitul qadr ialah pada malam 21 ramadan.
Pada hari isnin 22hb.9.08 bersamaan 22hb ramadan Hj Wan Hassan beritahu saya dengan katanya “eh betul Al Ghazali, katanya sedaranya yang belajar di tahfiz melihat sendiri pada malam itu kejadian yang anih” saya tersentak, sememang Allah memperlihatkan kebesarannya lepada orang yang hebat juga. Hj Wan Hassan amat menghormati Tok Kenali. Catatan ilmu tersebut saya perolihi dari murad lepada murid Tok Kenali. Semoga Allah melimpahkan Rahmatnya ke atas Roh Mereka amin. ambanya yang solihin. Amin.
Sunday, September 14, 2008
Ramadan 1429/2008
Monday, September 1, 2008
Logo Hari kemerdekaan 2008
Apa dah jadi
Namun saya gembira jangkaan saya sebelum ini tepat. sejak gerhana matahari pada 1hb ogos 2008 catatan saya mengenai fenomena alam itu ada kebenarannya, cuma kemampuan dan ruang berkomunikasi yang terbatas. Semoga ibadah puasa dan ibadah lain yang kita lakukan ini diterima Alah dengan keredhaannya-amin