sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Thursday, October 30, 2008
Melihat suasana di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak
menerima rawatan 11.10 ( ramai pesakit)
Selesai rawatan 11.30 pagi ( rawatan dari doktor pakar )
daftar ambil ubat 11.44 pagi (ramai beratur untuk dapat nombor )
dapat ubat jam 1158 pagi
bagi saya suatu perkembangan yang bagus dalam perkhidmatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kelihatan pesakit tidak tertekan kerana tidak menunggu lama.
Tahniah.
Sunday, October 26, 2008
Harga minda/akal
sebaliknya jika dilakukan kerana itu dan digunakan atas asas ego,tamak dan haloba natijahnya kekejian dan kehinaan dimata dunia dan di akhirat.
Segalanya adalah sesuatu yang pasti kita adalah penentu halatuju kita. meletakkan harapan yang penuh kepada Allah dengan ikhlas akan memandu kita kembali kepada ALLAH dalam dakapan redzanya.
Wednesday, October 22, 2008
Aktiviti selepas UPSR SK Sungai Jernih.
Imam Masjid Kampong Sungai Jernih Meninggal Dunia.
Haji Hasbullah adalah penuntut di pondok Shekh Osman Jalaluddin di Penanti. semasa beliau belajar disitu, mudirnya ialah menentu kepada Sheikh Osman Jalaluddin.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. dan memasukkan rohnya roh hambanya yang solihin.
Alfatihah.
Bagi mengenangkan sumbangan beliau kepada sekolah ini, murid lelaki tahun 4,5 dan 6 seramai 50 orang diminta mengerjakan solat jenazah ke atasnya.
Tuesday, October 21, 2008
Baca ayat-ayat ALLAH
Dari pohon kayu dapa dibacakan kalimah tauhid yang maha agong.
Dari pohon digurun terjelma kalimah suci yang agong
Pada daun tergambar kalimah
Dan pada diri kamu, tidakkah kamu perhatikan?
Monday, October 20, 2008
PAHLAWAN NERAKA
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
Petikan dari kesah dan teladan
Wednesday, October 15, 2008
Pertanian di SK S Jernih memasuki fasa 2
Tanaman pokok naga dilaksanakan
pokok-pokok telah disumbangkan oleh Tn Haji Ismail ( Gambar)
Projek ini antara lain untuk membuka minda murid-murid di sekolah ini dalam bidang pertanian.
40 anak benih pokok naga dibekalkan dan ditanam di 10 tiang. kini pokok tersebut telah membesar dengan suburnya. Semoga berjaya
Catatan asignment
Pengenalan
Dalam kehidupan manusia pelbagai peralatan digunakan untuk memudahkan aktiviti kehidupan. Sejak zaman pra sejarah, peralatan digunakan untuk tujuan berkenaan. Zaman batu dikatakan kerana manusia disamping tinggal di dalam gua batu malah menggunakan batu sebagai alat dalam kehidupan. Tapak sejarah Paleolithic yang ditemui di lembah lenggong dikenali dengan perjumpaan seketul batu yang digunakan sebagai peralatan harian mereka, seperti replica di sebelah.
Sejarah
Perkembangan sejarah manusia dapat dilihat kepada beberapa tamadun dunia sejak zaman purbakala. Zaman ketamadunnan Rom di Athen dan Sparta memperlihatkan ketinggian seni bina bangunan dan arena. Tamadun fir’aun sejak 4000 tahun dahulu dengan pyramid yang gagah berdiri di Mesir kini yang masih boleh dilihat dan dilawati. Gambar dibawah.
Ke tamadun Mesopotamia (taman tergantung) berada Babylon di Iraq yang telah dimusnahkan oleh Amerika dan sekutunya dalam usaha mereka mendominasikan global dengan kekuatan teknologi persenjataan mereka serta keegoan mereka. Usaha mereka itu mendatangkan kemusnahan kepada manusia artifak sejarah dan juga kebimbangan kepada manusia yang akhirnya menimbulkan fitnah kepada technology itu sendiri yang banyak mencerikan kehidupan manusia.
Ddan seterusnya kepada tembok besar di negeri china yang telah dibina sejak zaman kerajaan Shih Huang Ti memerintah negeri China yang ketika itu masih belum masihi lagi.dan tembok besar negeri iaitu salah satu imej yang jelas kelihatan kepada angkasawan Apollo 11 semasa mereka mendarat di permukaan bulan.
Apollo 11 ialah menisfestasi kejayaan manusia dalam technology aero angkasa yang pada asalnya diterokai oleh para ilmuan yang mengkaji ilmu cakrawala. Ketamadunan manusia dari dahulu hingga kehari ini dibangunkan dan dibina dengan bantuan peralatan yang dicipta hasil dari ketamadunan ilmu yang dimiliki oleh manusia. Ketamadunan ilmu yang dikuasai oleh manusia sehingga kini sebenarnya hasil daripada penerokaan manusia terhadap ilmu disamping mengaplikasikan ilmu yang ada untuk mencipta peralatan yang akan membantu kepada penerokaan keajaiban dan pengertian ilmu yang hakiki. Kehendak ahli kaji bintang (astrology) untuk mengkaji dan memahami rahsia alam semesta menyalurkan kehendak itu kepada ahli teknik berjaya menghasilkan teleskop. Teleskop ialah teropong jauh yang digunakan untuk melihat objek objek yang jauh dan teleskop yang tercipta itu amat sesuai untuk mengkaji pergerakan bintang-bintang yang berada dalam cakrawala ciptaan Allah yang maha berkuasa.
Ahli kaji mikrob berjaya menghasilkan microscope untuk mengkaji hidupan-hidupan seni. Kajian terhadap arus menghasilkan alatan elektrik dan elektronik. Penerokaan dalam pelbagai bidang membawa manusia ke zaman yang serba canggih yang membawa manusia ketamadunnan teknologi maklumat. Dan akhirnya menzahirkan ketamadunan kehidupan manusia.
Definasi
Secara umumnya alatan teknologi dapat di definasikan sebagai peralatan yang direkacipta menggunakan mesin yang mana mesin itu dibina dari kombinasi ilmu dan teknikal. Adalah sukar untuk dibayangkan dengan pemikiran manusia kini bagaimanakah masyarakat Mesir zaman firaun kira-kira 4000 tahun lalu dapat membina pyramid sebegitu kukuh. Bagaimana pula masyarakat cina sejak zaman Shih Huang Ti tahun 2000sm boleh menghasilkan tembok besar yang begitu kukuh hingga ke hari ini. Pembelajaran dapat difahami sebagai proses bagaimana manusia mendapat ilmu dan pengetahuan tentang sesuatu perkara dan seterusnya menggunakan pengetahuan yang dimiliki itu untuk meneruskan kehidupan. Proses pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu pembelajaran secara formal dan pembelajaan secara tak formal.
Pembelajaran secara formal ialah pembelajaran di tempat khusus dengan tenaga pengajar yang khusus. Disamping pembelajaran formal memerlukan sokongan alatan bantuan mengaja seperti alat bantuan mengar(ABM) atau bahan bantuan mengajar (BBM) dan sebagainya.
Manakala pembelajaran tak formal ialah melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri atau pembacaan. Pembelajaran formal kebiasaan ada tahap umur dan tahap ilmu yang dikehendaki. tetapi bagi pengajian tak formal tiada batas umur dan tahap ilmu yang ingin dicapai.
Kepenggunaan ialah proses atau cara menggunakan peralatan teknologi. Umumnya penggunaan peralatan dan kehidupan berkait rapat dengan tahap kemajuan manusia. Kemajuan manusia pula berkait dengan sejarah keilmuan manusia itu sendiri. Masyarakat Arab dengan tamadun ilmu yang dibawa oleh Rasullullah dengan bersandarkan Al quran telah berhasil menjana tamadun ilmu. Lebih 700 tahun masyarakat Arab menerajui dunia keilmuan dengan pelbagai alatan untuk ketamadunan manusia. Perkembangan dan kemajuan itu kerana mereka berjaya mengaplikasikan segala ilmu dengan kehidupan mereka. Mereka menggunakan peralatan untuk meneroka keilmuan. Mereka menggunakan ilmu untuk merekacipta alatan untuk untuk meneroka keilmuan seterusnya. Penciptaan peralatan untuk kesejahteraan kehidupan mereka.
Dalam catatan ini penggunaan alatan teknologi ini berdasarkan sejarah pengalaman penulis sendiri sejak dari zaman persekolahan rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Begitu juga catatan ini sebenarnya dilengkapkan dengan sejarah pengalaman penulis sebagai guru yang mengajar di sekolah menengah dan rendah dan juga sejarah pengalaman penulis sebagai pentadbir. Semasa menjadi pentadbir juga penulis berpeluang mengikuti pelbagai kursus, semasa menyertai kursus berkenaan penggunaan pelbagai alatan teknologi diguna pakai serta pemerhatian penulis di luar dari system formal tersebut. Diperjelaskan juga bahawa persekitaran dan suasana persekitaran juga memberi imput kepada pembelajaran dan pengajaran kepada secara tak formal kepada manusia, dan aspek tersebut juga akan disentuh dalam catatan ini.
Alatan-alatan teknology
Alatan yang disenaraikan berikut ini ialah peralatan teknologi yang telah ada ketika itu dan juga baru terhasil waktu itu akibat dari kemajuan dan perkambangan teknologi semasa, alatan tersebut samada digunakan dalam PnP dan bukan dalam PnP. Uumpamanya ketika zaman persekolahan rendah saya iaitu dari tahun 1967 hingga 1973, Negara baru mencapai kemerdekaan selama 10 tahun, Negara belum mampu memenuhi keperluan asas kepada rakyat seperti bekalan air bersih dan letrik terutama di kawasan pendalaman. Peralatan teknologi yang ada di kawasan pendalaman seperti di kampong saya adalah terhad dan mengikut keadaan yang tedapat ketika itu dan di situ. Kerana itu contoh alatan teknologi yang disenaraikan berikut ini ialah yang saya perhatikan di persekitaran saya ketika itu, dan juga peralatan yang digunakan oleh guru saya semasa pengajaran mereka kepada saya.
Fasa 1- Semasa saya bersekolah di peringkat rendah dan menengah
Semasa persekolahan rendah- 1967-1973
Tidak banyak peralatan yang ada di sekolah saya ketika itu. Semasa saya di darjah satu cikgu saya memberi sehelai kertas putih dan saya diminta untuk menulis nombor-nombor. Belum boleh menulis dalam buku lagi. Bila sudah siap dihantar kepada guru dan dan diperiksa ditandakan dengan “wright” keadaan itu agak baik dengan 50 tahun sebelum itu dimana ayah dan mak saya bersekolah di situ menggunakan papan batu dan penanya menggunakan kalam. Pembelajaran saya ketika itu melihat apa yang ditulis guru di atas papan hitam menggunakan kapur tulis. Letrik ketika itu masih tiada. Jadi tiada loceng letrik di sekolah saya ketika itu. Urusan percetakan kertas soalan ketika itu tidak dilakukan di sekolah saya sebaliknya dilakukan di sekolah menengah di pekan lenggong. Saya tidak melihat banyak peralatan teknologi yang digunakan di sekolah saya ketika itu. Tetapi ada 3 peristiwa besar yang berlaku semasa saya di awal persekolahan rendah, iaitu pembakaran masjid al-aq’sa oleh yahudi, peristiwa 13 mei di kuala Lumpur dan pendaratan manusia di permukaan bulan oleh Apollo 11. Peristiwa tersebut masih menjadi ingatan saya walaupun saya tidak dapat menyebutnya secara terperinci. Penjelasan tersebut sebenarnya menerangkan bahawa suasana sekitar membantu pembelajaran manusia. Hanya dengan mendengar radio saya dapat mengetahui berita dan saya belajar dari pendengaran itu. Dan radio ialah alat teknologi ketka itu.
Alatan teknologi yang ada ketika itu ialah jam memberi palajaran kepada saya terhadap waktu. Basikal selain sebagai satu hasil teknologi adalah kenderaan popular ketika itu sebelum ada penduduk mampu memiliki motosikal atau motokar. Untuk menonggang basikal juga suatu yang mencabar. Dalam filem seniman bujang lapuk lakunan P Ramlee, Aziz Satar dan S Samsudin basikal sebagai kenderaan dan juga untuk bergaya.
Segala maklumat dari kerajaan perlu disampaikan kepada masyarakat, penyampaian maklumat melalui radio agak terbatas kerana tidak semua penduduk memilik radio dan berbagai masalah lain. Jabatan Penerangan pergi ke kampong-kampong membawa projector wayang gambar disamping menyampaikan maklumat dapat juga memberi hiboran kepada masyarakat. Antara cerita yang di tayangkan ialah rumah atap genting dengan rumah atap atap rembia. Hasilan teknologi maklumat yang lain ialah dalam bidang percetakan. Selain wayang gambar penerangan maklumat disebarkan kepada rakyat melalui media percetakan iaitu surat khabar. Hasil dari pembacaan melalui serat khabar penduduk kampong mendapat maklumat dan pelajaran.
Setelah 10 tahun merdeka negara belum bebas dari ancaman pengganas kominis. Kampong saya asalnya terletak dalam kawasan hitam, justeru saya sering melihat kemasukan askar menjalankan operasi di kawasan berhampiran kampong saya selain senjata mereka juga membawa alatan perhubungan mereka iaitu wireless iaitu alatan komunikasi tanpa wayar yang jauh berbeza dari telefon. Alatan teknologi untuk hiburan yang ada pada ketika itu di tempat saya ialah seperti alat mainan piring hitam dan panggong wayang gambar. Dizaman kegemilangan qari negara Hj Ismail Hashim membaca Al Quran berlagu dalam pertandingan membaca Al quran dan menjadi johan peringkat kebangsaan dan antarabangsa beberapa tahun. Ada pihak merakamkan bacaan itu ke piring hitam. Alatan tersebut digunakan untuk memperbaiki tahap pembacaan al quran oleh penduduk.
Jentera untuk pertanian ialah hasilan teknologi yang dapat membantu petani menjalankan kerja pertanian supaya kerja menjadi lebih mudah dan lebih produktif. Bagi yang berkemampuan boleh membeli untuk digunakan dalam kerja-kerja pertanian. Pembelajaran pengendalian jentera perlu supaya tidak berlaku pembaziran jentera berkenaan yang bertujuan untuk memudahkan kerja dan menambah hasilan.
Persekolahan menengah – 1974-1980
Persekolahan saya di peringkat menengah bermula tahun 1974, sebagai satu-satunya sekolah menengah di daerah lenggong terdapat kelebihan dalam alatan technology dizaman itu. Saya mendapati pelbagai alatan technology di sekolah saya ketika itu. Baik di makmal sains, mahupun makmal seni perusahan ( industrial art laboratory ), atau juga bilik sains rumah tangga dan seterusnya kepada bilik seni lukis. Pelbagai peralatan terdapat di sana, semua peralatan tersebut digunakan sebagai alat bantuan mengajar dan ada pula sebagai model dan ada pula ialah alatan sebenar dimana alatan tersebut dikaji atau dipelajari, terdapat juga kemudahan peti television. Perlawanan tinju antara Mohammad Ali dan Joe Frazer yang diadakan di adakan di Kuala Lumpur disiarkan secara langsung melalui TV dan saya dapat menyaksikannya. Itulah antara beberapa kali yang pertama saya dapat melihat tv dan pertandingan tinju, hasil dari tontonan itu memberi pengajaran kepada saya.
Selain petit tv terdapat juga mesin cetak ( cyclostyle machine) yang digunakan oleh guru-guru saya untuk mencetak soalan peperiksaan. Di waktu sukan pula guru saya menggunakan pelbagai alatan technology seperti camera yang bertujuan untuk merakamkan peristiwa bersejarah sempena hari sukan tersebut. Begitu juga saya perhatikan bahawa gutu saya menggunakan alat pembesar suara (loud speaker) semasa hari sukan atau dalam perhimpunan atau hari sukan atau juga ada hari keramaian yang diadakan di sekolah. Dalam pelajaran kelas sains juga saya berpeluang melihat peralatan seperti microscope, neraca penimbang, OHP, telescope, Bunsen bener, stock watch, dan juga tape recoder.
Diperingkat pengajian menengah atas pula saya bersekolah di Bandar Ipoh , ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri perak. Justeru itu semakin banyak alatan teknologi yang saya temui. Perjalannan saya dari kampong ke Bandar Ipoh boleh dengan tiga cara menaiki kereta, bas atau keretapi. Di peringkat pengajian menengah atas saya menduduki kelas aliran sains dan sebahagian besar pembelajaran saya di makmal-makmal sains. Pengajian peringkat memengah atas pula pembelajaran dalam bentuk penyelidikan telah diterapkan kerana itu penggunakan perpustakaan adalah sebahagian dari pembelajaran saya. Berada dalam perpustakaan dan melihat pelbagai buku-buku untuk membuat rujukan termasuk juga ensaiklopedia. Buku-buku tersebut adalah hasil dari kemajuan technology percetakan.
Di waktu persekolahan menengah saya pada waktu itu zaman popularnya penyanyi Uji Rashid dan D.J Dave ada penganjuran membawa Uji Rashid dan D.J. Dave mengadakan pertunjukan di padang sekolah saya ketika itu. Di situ saya mula mengenali alat-alat muzik. Semuanya itu mewarnai pembelajaran tak formal saya diperingkat menengah. Perhubungan komunikasi telefon ketika itu terhad hanya empat digit angka saja untuk nombor telefon. Namun begitu ia memberi perkhidmatan dan pelajaran kepada semua penduduk. Semasa persekolahan saya diperingkat rendah saya sering melihat anggota tentera masuk kampong dan keluar kampong manakala bila bersekolah menengah pula saya melihat anggota polis meronda di pekan sambil membawa pistol dan alat perhubungan yang dipanggil walky-talky
Fasa 2- Semasa pembelajaran di peringkat maktab
Pendidikan Tinggi- 1981-1984
Pendidikan tinggi saya di Universiti Teknologi Malaysia pada itu kampusnya terletak di jalan Gurney. Di situ pelbagai alatan technology yang canggih dapat dilihat. yang terbesar ketika itu ialah menara parabola penerima isyarat setelit. Pada masa itu alatan teknologi yang saya gunakan ialah calculater. Pada waktu pengajian saya di UTM itu baru bermulanya era computer. Pada tahun kemasukan saya itu di UTM terdapat satu pengambilan bagi kursus integrasi sains computer. Ketika itu saya hanya berkesempatan memerhati komputer dari luar cermin sahaja. Bilik-bilik pensyarah saya pun tidak kelihatan computer. Pada tahun 1983 telah dibina muzium sains di UTM pelbagai alatan teknologi telah ditempatkan di situ termasuk robot yang dibawa dari Jepun yang boleh bercakap. Semuanya memberikan kesan yang amat mendalam pada saya. Diperingkat tahun tiga saya mengambil pengkhususan fizik/matematik. Kerana itu saya mampu memukaukan orang kampong bila bercakap tentang kejayaan DR SMS ke angkasa lepas sedangkan saya hanya seperti “Jack of all trait, master of none”. Biarpun saya tidak berkesempatan menggunakan peralatan berkenaan tetapi dengan memerhati mahasiswa kaji ukur misalnya saya telah teruja. Begitulah pengaruh technology memberi kesan kepada pembelajaran saya. Semasa latihan mengajar saya telah mengajar di Sekolah Sultan Ismail Johor Bahru sewaktu melapor diri kepada Guru Besar ketika itu saya telah dalam bilik Guru besar itu telah ada satu set computer seperti personal computer.
Fasa 3- Semasa melaksanakan pengajaran
Pekerjaan Sebagai Guru Penolong 1984-1992
Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II Gerik (1984-1990)
SM SULTAN IDRIS II GERIKSemasa bertugas sebagai guru di SM Sultan Idris Shah II Gerik, saya mengajar untuk murid tingkatan empat dan lima sains tulis dan sanis am. Saya juga mengajar matematik untuk tingkatan empat atau lima. Kebanyakan pengajaran saya terutama bagi pelajaran sains berada di makmal sains, sedang dalam makmal terdapat pelbagai peralatan teknologi untuk pengajaran. Disamping itu peralatan sains dimakmal digunakan untuk membantu murid memahami disiplin ilmu sains yang sedang mereka pelajari. Semasa pengajian saya di UTM saya telah diperkenalkan dengan satu projector dan semasa saya telah bertugas di sekolah saya telah membuat pesanan alatan teknologi tersebut yang dikenali sebagai “opague projector”. Alatan teknologo berperanan seperti fotostat tetapi boleh dipancarkan imej kepada skrin. Pembelian alatan ini dapat memperlihatkan kecanggihan alatan ciptaan teknologi ini. Disamping mereka dapat menikmati kecanggihan tersebut. Penggunaan OHP juga saya lakukan bertujuan untuk menarik minat murid dalam penyampaian yang berbagai.Tahun 1983 sekolah ini telah mengadakan satu walkathon untuk mengumpul dana untuk membeli computer dan pada tahun 1985 dua set computer telah terdapat di sekolah ini, namun hanya beberapa orang guru saja yang mampu menggunakannya. Di akhir tahun 80 kementerian telah membekalkan computer ke sekolah menengah di seluruh negara, sekolah ini juga turut dibekalkan dengan sebilangan computer. Aplikasi menulis ketika itu ialah wordstar, yang selepas itu berkembang kemajuannya kepada professional write.
Disamping itu penggunaan medium lain untuk PnP seperti penggunaan stensil untuk penyediaan soalan ujian pada stencil dan menggunakan mesin cetak “cyclostyle machine” masih mendominasi aktiviti penyediaan soalan dan masih berterusan. Namun begitu telah ada dikalangan guru yang telah mula menyediakan soalan dan diprintkan dengan computer. Murid-murid melihat perkembangan begini dengan penuh minat. Saya perhatikan di sekolah ini laporan penyata audit sekolah telah mula ditaip menggunakan computer dalam aplikasi word star. Terdapat sebahagian pelajar telah mula diberi kesempatan untuk mula mengenali dunia perkmputaran.
Sekolah Menengah Dato Ahmad Lenggong (1990-1992)
SM DATO AHMAD LENGGONGPada pengajaran saya di sekolah ini keadaan kemajuan technology telah berkembang maju dengan kemajuan industry percetakan bertambah hebat. Fotostst sudah menjadi lebih murah. Tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini singkat sahaja. Pada bulan 11.1992 saya telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar. Semasa saya disekolah ini saya mengajar bagi subjek sains am, saya hanya mennunakan peralatan biasa dalam makmal sains am. Sepertidi Sekolah Menengah Sultan Idris sekolah ini juga turut dibekalkan dengan 20 set computer meja yang digunakan untuk diberi pendedahan kepada pelajar sekolah. Semasa pembekalan set computer terebut di sekolah ini saya masih bertugas di SMSIS Gerik tiada guru yang pakar dalam perkomputer. Teman saya yang juga junior saya di UTM telah di panggil oleh PK1 SMDA untuk menyelenggara computer di SMDA dan saya turut sama membantu teman saya tersebut. Namun begitu computer masih lagi menjadi fobia, malah kepada saya.
Fasa 4- Pekerjaan Sebagai Pentadbir Sekolah. – 1992- kini
SK Felda Lawin Selatan
SK FELDA LAWIN SELATANSemasa saya bertugas sebagai Guru Besar belum ada dibekalkan computer di sekolah. Segala aktiviti surat menyurat semuanya menggunakan type writer. Soalan peperiksaan juga menggunakan type writer dan di cetakkan menggunakan mesin pencetakan cyclostyle yang telah digunakan secara tradisi. Pada tahun 1993 komputer pejabat telah di bekalkan di sekolah ini dan saya masih ingat lagi computer itu ada catatan 386. Mula dari itu penulisan surat menyurat mula menggunakan computer. Computer telah menjadi semakin biasa dengan staff sekolah. Di PKG gerik telah diadakan satu pamiran computer Pengetua dan Guru besar dan Penolong Kanan telah diterangkan kepelbagaian boleh guna computer dana pengajaran disamping penerangan konsep internet iaitu bagaimana computer digunakan untuk berhubung melalui telefon. Hasil dari itu satu perbincangan sekolah saya dan PIBG sekolah telah diadakan dan sebanyak empat set computer untuk PnP computer telah dapat dilihat oleh murid disekolah ini. Pada ketika itu juga saya telah membeli satu set computer peribadi untuk kegunaan peribadi saya bagi membantu urusan pentadbiran saya sebagai Guru Besar.
Menggunakan aplikasi lotus untuk menggeridkan pencapaian murid saya. Sebagai hasil dari usaha tersebut satu kejayaan luar jangkaan dapat saya lihat. Iaitu setelah saya menjalankan operasi hanya 3 bulan sahaja murid saya yang pencapaian 2B2C di peringkat pertengahan tahun bila UPSR berjaya mendapat 3A1B dimana B itulah bm penulisan yang disebabkan tulisan murid tersebut. Dengan menggunakan aplikasi lotus markah murid setiap minggu saya analisakan dan di sortkan kemudian di printkan menggunakan printer dote matrix pada stencil dan dicetakkan untuk diedarkan kepada semua murid yang bakan menduduki UPSR.
SK Sultan Idris II Ijok Selama Perak (1997-2004)
SK SULTAN IDRIS II FELDA IJOK PERAKPerubahan yang agak drastic dalam pengajaran saya di sekolah ini dalam menggunakan technology ialah setelah saya menjalani kursus PTK. Iaitu mulai tahun 2003 . saya telah tahu menggunakan aplikasi powerpoint, banyak power point yang telah saya sediakan bagi segala aktiviti murid saya. Penggunaan aplikasi yang berbagai itu turut menyumbangkan minat murid dalam pembelajaran. Pada tahun 2003 juga bermula perlaksanaan dasar kerajaan dalam pengajaran sains matematik dalam English. Sebilangan guru telah disediakan dengan computer riba, sekolah pula disediakan dengan LCD dan bahan pengajaran pula telah disediakan oleh bahagian teknologi pendidikan. Hasil yang saya perolihi ialah 11 orang murid saya mendapat 4A dan hanya seorang mendapat 5A. Kejayaan 12 orang murid tersebut kerana mereka mendapat pendedahan yang meluas dalam pembelajaran. Di sekolah ini juga telah saya lengkapkan system audio visual yang boleh dilihat di bilik PSS, SAL, dan bilik gerakan. Murid boleh menonton TV di tiga lokasi tersebut, Penggunaan ASTRO yang biyai oleh Kementerian Pelajaran digunakan sepenuhnya. Saya juga telah melengkapkan system networking di sekolah ini untuk menambahkan keupayaan belajar murid saya.
SK Sungai Jernih Ijok Batu kurau Perak (2004-Kini )
SK SUNGAI JERNIH IJOKPenempatan saya di sekolah ini bermula pada November 2004 setelah bertukar dari sekolah Sultan Idris II Felda Ijok. Dengan bekalan pengetahuan yang dibawa dari SK Sultan Idris Felda Ijok dan pengalaman yang sedia ada bebarapa pendekatan yang telah dilakukan dilaksanakan dan hasilnya peningkatan kepada kejayaan musid dalam UPSR secara kualiti terhasil. TV pendidikan yang terletak dibilik PSS saya alihkan ke kantin sekolah supaya murid dapat melihat TV sewaktu makan RMT diwaktu pagi dan waktu rehat serta waktu menunggu ibu atau bapa menjemput mereka sewaktu pulang.
ABM Bahan bantuan Mengajar
Alat bantuan mengajar (ABM) atau bahan bantuan mengajar (BBM) ialah instrumen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang baik dan cemerlang pastinya ialah guru yang bijak menggunakan ABM/BBM dalam setiap pengajaran mereka. Penggunaan ABM/BBM sebenarnya membantu meransang keinginan tahu pada murid. Sejarah ujian bagi ahli psychology seperti Pavlov, Skinner dan lain lagi menunjukkan bahawa pelaziman kendiri sesuatu yang boleh membantu kefahaman murid. Kerana itu ABM/BBM sebenarnya isntrumen tambahan yang dapat mempercepatkan kefahaman dan pembelajaran murid. Falsafah cina ada menyebut bahawa
“Saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat, saya buat saya faham”
Sebenarnya bila seseorang guru menggunakan ABM/BBM dalam pengajarannya, guru itu telah merangsang deria pembelajaran murid lebih dari satu pancaindera iaitu telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat. Bila sesuatu ABM/BBM yang digunakan itu mempunyai banyak ciri yang boleh merangsangkan banyak deria, maka tahap kefahaman dan keberkesanan murid akan menjadi lebih cepat dan jelas.keriteria yang boleh mempercepatkan ransangan ialah seperti warna, bau, bunyi, rasa dan bentuk.
Teknologi membantu PnP
Teknologi membantu PnP boleh dilihat melalui 3 aspek berikut iaitu,
i. Alatan Teknologi sebagai ABM/BBM
ii. Teknologi digunakan untuk menyediakan ABM.
iii. Teknologi digunakan untuk pembelajaran.
Alatan Teknologi sebagai ABM/BBM
Disebutkan alatan atau alat bantuan mengajar bertujuan untuk lebih khusus. Kebiasaan alatan yang dimaksudkan di sini boleh di dapati di makmal-makmal di mana peralatan digunakan untuk pembelajaran. Murid yang belajar sains perlu menggunakan peralatan yang sesuai dengan disiplin pelajaran yang dipelajari. Peralatan di makmal sains atau bilik sains sesuai untuk murid mempelajari sains. Jika di sekolah menengah pembelajaran sains di asingkan kepada empat disiplin iaitu sains fizik, sains biologi, sains kimia, dan juga sains am. Pembelajaran sains amat memerlukan peralatan untuk membantu pembelajaran murid. Bagi pelajaran lain seperti kemahiran hidup, muzik juga memerlukan peralatan khusus. Pembelajaran muzik tidak akan berlaku jika tiada peralatan muzik. Begitu juga pelajaran KH tidak akan berlaku jika murid tidak berpeluang melihat dan menggunakan peralatan bagi pelajaran tersebut. Dalam kes-kes seperti ini dikatakan bahawa technology digunakan sebagai alat bantuan mengajar. Contoh-contoh lain ialah seperti penggunaan radio atau television. Perakam radio dan perakam vedio.
Penggunaan teknoloji sebagai ABM/BBM telah meluas diseluruh negara. Latihan kepada guru yang dilakukan oleh maktab dan universiti menitikberatkan perkara ini. Peruntukan khas disediakan oleh kementerian pelajaran untuk menyediakan peralatan berkenaan. Disamping itu kementerian pelajaran juga membekalkan peralatan seperti radio dan television. Disamping itu kementerian pelajaran telah menyewa saluran khas untuk TV pendidikan . melalui siaran radio dan television. Sekarang ini perjawatan untuk penyelaras PKG di sebut sebagai pengawai teknologi.
Pemberatan kepada guru supaya menggunakan teknologi sebagai ABM menyaksikan kejayaan cemerlang murid dalam peperiksaan awam. Ramai murid berjaya memperolihi kejayaan cemerlang 5A dalam UPSR begitu juga diperingkat PMR dan SPM serta STPM.
Teknologi digunakan untuk menyediakan ABM.
Dengan pelaksanaan dasar pengajaran matematik sains dalam bahasa inggeris PPSMI, selain dari notebook disediakan kepada guru untuk pengajaran pengajaran, Kementerian Pelajaran juga menyediakan bahan pengajaran untuk diajar. Segala software pelajaran disediakan disediakan oleh bahagian kurikulum. Selain itu juga pihak Kementerian juga menyediakan bahan bacaan yang bercetak. Semua penyediaan keperluan tersebut menggunakan teknologi. Disamping itu juga kementerian membeli barangan keperluan untuk dibekalkan kepada sekolah untuk digunakan sebagai ABM atau BBM.
Teknologi digunakan untuk pembelajaran.
Alatan muzik ialah contoh terbaik bagaimana teknologi digunakan untuk pembelajaran. Alatan teknologi yang biasa digunakan dalam konsep ini adalah secara terus. Penggunaan alatan ini adalah sebahagian dari pembelajaran. Dan seterusnya peralatan seperti ini akan digunakan terus dalam pekerjaan seseorang. Selain dari alat muzik yang boleh digunakan dalam konsep ini, alatan untuk pembelajaran mengukur juga sebagai suatu alat untuk pembelajaran. Komputer juga ialah suatu alat teknologi yang digunakan dalam pembelajaran. Selepas mahir seseorang itu dalam computer dia akan menggunakan computer itu dalam pekerjaannya atau dia akan bertugas di unit computer dimana kemahiran dan kepakarannya diperlukan
Kebaikan (kekuatan) dan Keburukan (kelemahan)
Kebaikan (kekuatan)
Terlalu banyak kebaikan dari penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Dalam diri manusia ada sesuatu keinginan. Keinginan itu dikenali sebagai naluri. Bila sesuatu keinginan itu dapat di hadirkan di hadapan mata dan dapat dimamah dengan atau dirasa dengan lidah maka usaha untuk memiliki akan menghasil motivasi dalaman yang akan mendorong sasaorang untuk berusaha mencapaikan keinginan tersebut. Kerana itu alatan teknologi menawarkan kemudahan dan keistimewaan yang menerusi pelbagai aspek pancaindera pembelajaran. Antara kebaikan dan kekuatan ialah expos yang berwarna-warni. Keadaan warna-warni sebenarnya memberi ransangan dan tarikan kepada mata disampingkan menyebabkan sasaorang itu menjadi bertambah ceria. Dari pada nenggunakan papan hitam kepada papan hijau serta kapur tulis yang apabila dipadam akan terhidu habuk oleh murid dan guru, kini kebanyakan sekolah telah menggunakan papan putih dalam bilik darjah. Dari menggunakan “kalam” dan papan batu, kapur tulis yang berhabuk menjejaskan kesihatan guru kepada marker yang berwarna-warni yang lebih bersih.
Kekuatan yang lain ialah dari segi bentuk, bentuk yang pelbagai yang boleh disentuh atau dipegang akan memberi rangsangan tersendiri kepada pelajar. Pelajar yang ibubapa miskin tiada computer di rumah diberi peluang mengekses internet misalnya amat terkesan kerana peluang tersebut. Sekarang disediakan disekolah dengan makmal computer dan bilik acces internet di sekolah. Keadaan yang mudah diperolihi ialah satu kebaikan alatan teknologi. Penantian adalah sesuatu seksa, Jadi ABM yang hendak disediakan oleh guru itu terpaksa mengambil masa guru, dengan alatan teknologi masa guru tidak terbuang dan murid tidak ternanti.
Keburukan ( kelemahan)
Walaupun begitu terdapat kelemahan dalam penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan dalam penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pembelajaran. Antara kelemahan tersebut ialah:-
i. Tenaga kepakaran untuk membaik pulih kerosakan terhada alatan teknologi. Kebanyakan alatan technology ialah perkara yang baru dan kepakaran untuk membaiki sebarang tiada. Bila keadaan seperti ini berlaku akan menyebabkan pengajaran tergendala. Akibatnya mood untuk belajar hilang pada murid dan juga guru.
ii. Kebanyakan alatan technology menggunakan kuasa letrik, terutama dikawasan luar Bandar kadangkala terdapat gangguan bekalan letrik.
iii. Begitu juga gangguan talian komunikasi telefon.
iv. Faktor kemanusiaan iaitu mudah lupa, dan memerlukan induksi yang berulang-ulang menjadikan technology dilihat sebagai suatu yang buru.
v. Faktor kemanusiaa iaitu sikap juga factor dimana technology digeruni dan di takuti.
Keburukan pada penggunaan technology yang mendatangkan bahaya ialah penyalahgunaan alatan technology. Pengguna yang mahir menggunakan untuk tujuan penipuan akan menjejaskan keselamatan. Pengguna yang tidak mahir atau buta technology menggunakan technology dalam operasi yang salah bolah mendatangkan bahaya kepada diri dan kerosakan kepada peralatan.
Kesimpulan
Kemajuan technology sebenarnya merupakan benchmark kemajuan tamaddum meterialisma manusia. Kemajuan ilmu dikalangan manusia mampu menghasilkan kepelbagaian inovasi dan membuahkan keanihan ciptaan yang mampu untuk menerka kehendak atau aspirasi.
Penutup
Teknologi akan memudahkan pekerjaan. Jika factor boleh lupa dan mudah lupa serta kelemahan-kelamahan dapat dielakkan pastinya segala urusan dapat disegerakan.
Saturday, October 11, 2008
Hari Keluarga SKSJ
Friday, October 10, 2008
Panorama hariraya di SKSJernih Ijok
PKI Asyik dengan kameranya
Walaupun dah lebih seminggu mereka tetap senyum riang itulah pengertian hariraya kepada mereka.