sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Wednesday, December 31, 2008
Lenggong :-Sejarah dan Pemandangannya
Mandi di Kolam panas Pengkalan Hulu, Hulu Perak
Tempat yang cantik. sila lah kesana.
M.L Melengong Bengong
jadi pada hari isnin terdapat bendera dikibar sepenuh tiang. dan ada juga bendera yang tidak dikibarkan langsung kerana cuti pada hari berkenaan.
Salah satu isyarat perkabungan ialah bendera dikibarkan separuh tiang atau berpakaian hitam atau bersongkok hitam berlilit putih.
M.L Melengong bengong kerana semasa acara sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan DYMM Timbalan Yang Dipertuan Agong memakai songkok berlilit putih tanda berkabung. manakala PM dan Menteri JPM memakai songkok hitam tanpa lilit putih.
Jadi termenung melengong dan bengong le M.L.
Begitu juga ditempat lain dalam perayaan maal hijrah. semalam tengok berita TV keputusan PMR, Hanya Pegawai Dari Negeri Sembilan sahaja yang pakai songkok berlilit putih.
Penyudah dan memudahkan M.L rentikan melengong.
Tuesday, December 30, 2008
Absolutely Terrorist
غزة في مرمى النار
حصيلة اليوم الأول 27 ديسمبر 2008م : أكثر من 230 شهيداًو750 جريحاً بينهم 120 بحالة حرجة جداً
هذا طبعا.. للعلم بالشيء فقط وعظّم الله أجركم فيما تبقى من كرامتكم
ياااعرب
لا تقلقوا علينا.. نحن بخير حال والحمد لله
مازلنا أحياء نرسل لكم مسجات وإيميلات..
وبعض الصور للذكرى..
Masej for All
هل يُسأل المسلمون عن دماء اخوانهم في كل أرض الله؟؟
هل يعلم عامة المسلمين انه لا يوجد فرق بين أرض وأرض... فالأرض كلها لله
فليعلم كل المسلمين أن علماء أمة الأسلام قد خافوا الناس ولم يحملوا أمانة علمهم
لقد أخفوا عن أمّتهم ما هو واجب
ولم يقولوا لهم أن الجهاد الان هو فرض عين
مثله كمثل الصلاة سواء
وليعلم كل من هو مسلم أن عليه مسؤلية تجاه دينه وارضه واخوانه لن يبرأ منها
كل في موقعه ولا عذر لأحد
اذا كان الحكام قد طغوا , فهذا مبرر للخلاص
قولوا كلمة الحق ولا تبالوا, فوالله لن يصيبنا الا ما كتب الله لنا
أو إن رضينا, فإلى مزبلة التاريخ مع حكامنا, وسيستبدلنا الله
سؤال لكل عاقل: هل ننتظر لحظة أسوأ من حالنا لنتحرك
أم هو الجبن؟ أم رضينا بالحياة الدنيا؟؟
جاهدوا أعداء الله حيث ثقفتموهم وكونوا ابطال دنياكم وآخرتكم
فهذا هو الوقت
هذه ذكرى لمن خاف وعيد
أرسل و ذكّر كل من هو مسلم
Kengerian di Ghaza menuntut simpati kemanusiaan manusia.
semua kekejaman itu akan dibalasi Allah.
semua yang bersimpati hulurkan bantuan walaupun sekadar doa.
sesungguh doa yang ikhlas tiada batasan dengan Allah.
Panjatkan doa dan pertolongan untuk ketabahan, kekuatan serta kemenangan saudara kita di Palestin.
Monday, December 29, 2008
MB Perak ke Hulu Perak
Hikmah dari Takdir.- Suatu renungan
Sesungguhnya terdapat banyak hakmah dari setiap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.
Ekoran dari takdir kemangkatan Tuanku Jaafar M.L melihat sesuatu yang belum pernah disentuhkan atau dibacarakan. Dengan kemangkatan Tuanku Jaafar M.L terpanggil untuk menulis apa yan dilihat iaitu di kaca TV sewaktu pembacaan berita. Hanya di TV9 pembaca berita sebelum ini mamakai tudung kepala. tetapi dengan kemangkatan Tuanku semua pembaca berita di semua stesyen TV negara memakai tudung. dan yang lelakinya pula memakai songkok.
rambut wanita adalah aurat. jadi bila tuanku jaafar mangkat terselamatlah pembaca berita wanita dari dosa mendedahkan rambut. barangkali itu salah satu hikmah dari kemangkatan tuanku Jaafar. Baginda mangkat dan ada sekelompok terlepas dosa seketika. mungkin beberapa hari lepas ni mereka akan terpaksa membuka aurat (rambut) mereka itu.
Dalam masa mereka bertudung ketika mengandali acara TV itu terserlah kejelitaan dan keayuan mereka yang selama ini tidak kelihatan. Dengan kejelitaan dan tutur bahasa yang begitu indah memperkemaskan jati diri budaya kita. ketampanan dan kesegakan pengacara lelaki terserlah dengan songkok. walaupun pembicara lintas langsong bernama TV itu dari keturunan india. Jadi semua saloran TV negara galakkan wanita yang mengedalikan acara dalam apa-apa program TV supaya bertudung. kalau mereka tak mau lain cerita. jangan dipaksa mereka membuat dosa.
Semoha Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum Tuanku Jaafar
Al-fatihah.
Kezaliman Yahudi sempena Hijrah 1430
M.L turut melahirkan rasa sedih terhadap apa yang ditimpa oleh saudara di palestin. semoga Allah memberikan ketabahan kepada mereka dan seterusnya memperolihi kemenangan yang hakiki. M.L turut kecewa dengan penolakan usul berkenaan palestin yang dibentang di parlimen Malaysia baru-baru ini walau apapun justifikasi speaker ternyata menampakkan ketidak perihatinan kepada isu kemanusiaan yang dizalimi.
Kelebihan berselawat ke atas Rasullullah
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan Rasullullah.
Pemilik asal
Isi daripada file tersebut saya ambil dari beberapa situs di internet yang saya temui. Saya hanyalah merangkumnya untuk bisa dijadikan bacaan bagi umat Islam.
Wassalam
e-M@il: heksa@bigfoot.com
Download Islam helpfile (Al-Qur'an terjemahan, Kisah teladan, Kisah Nabi) di http://fajar.ibrahim.tripod.comungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Mesej Maal Hijrah dari sms
1. Yazid
Semoga Allah jadikan subuhmu cahaya, zohormu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan isyakmu kebekatan dan DOA mu tidak ditolak. Diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil balik, dan dibuka kepada mu pintu syorga tanpa sempadan. SALAM MAAL HIJRAH 1430.
2. Shahrul
Jika Allah telah memakbulkan doa mu, atau Dia telah mengukuhkan kepercayaanmu, dan jika Dia menangguhkannya, Atau Dia menguji kesabaran mu, Jika Dia tidak memakbulkan doa mu, jangan putus asa, Dia telah merancang (menetapkan) sesuatu yang lebih baik untuk mu – wassalam
Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1430 dengan penuh keimanan, kesabaran dan ketaqwaan dan sabar.
3. Mukhtar
Hijrah itu jihad
Hijrah itu sunnah
Sunnah itu ibadah
Ibadah itu pengabdian
Pengabdian yang hakiki hanya kepada ILAHI
Pengabdian yang hakiki disulami dengan ikhlas
Pengabdian yang hakiki disulami dengan keinsafan
Pengabdian yang hakiki disirami dengan ilmu
Pengabdian yang hakiki direntasi dengan kecintaan
Pengabdian yang hakiki direntasi dengan pengharapan
Pengabdian yang hakiki dibajai dengan ketaqwaan
Pengabdian yang hakiki mengharapkan kerefhaan ALLAH.
Semoga hijrah menjadi hijrah
Semoga tidak sekadar disambut sebagai suatu acara sahaja.
Maal Hijrah di Masjid Gua Badak Lenggong Perak
M.L hadiri dalam majlis itu.
Penceramah ialah Ustaz Zulkarnain mantan Imam Masjid Negeri Ipoh.
Beberapa perkara yang disentuh,
1. Tidak ada stand berkecuali dalam islam (dakwah), Beliau memetik kesah tiga golongan dari bani Israel yang berurusan pada hari sabtu. Sehingga dua golongan dari itu mendapat kehinaan. Sedang golongan yang ketiga yang melaksanakan perintah Allah diselamatkan.
2. Bila berbicara tentang tahun baru (hijrah) terdapat beberapa hakikat yang dilalui manusia tanpa disedari. Ustaz menyebut antara hakikat iaitu pertamanya apabila melangkah masuk ketahun baru kita telah berbicara tentang masa. Bermakna baki masa bagi seseorang itu telah kurang setahun. Bila melangkahi masa itu usia akan bertambah dalam pertambahan usia itu kekuatan tenaga akan berkurang. Bila melangkahi masa juga badget rezeki bagi seseorang akan berkurang. Bila melangkahi masa juga hala tujuan hidup semakin hampir penamat.
3. Beliau memberikan beberapa prinsip dalam berbicara dalam perkara yang melibat islam. Seseorang yang ingin berbicara (berhujjah) dalam hal islam tidak boleh berlandaskan atas hujjah akal semata-mata. Tidak boleh berbicara (berhujjah) dalam soal keagamaan dalam keadaan diri dibelenggu jahil dan kejahilah. Tidak boleh berbicara (berhujjah) dalam keadaan diri terbawa dengan ideologi yang bercanggah dengan islam.
4. Selama ini umat islam hanya sekadar penyambut tahun hijrah dari segi upecara sahaja. Umat islam tidak menghayati intipati dan kepada konsep hijrah yang hakiki.
Sunday, December 28, 2008
AHLAN WASAHLAH WA MARHABAN HIJRAH 1430
“Selamat menyambut tahun baru hijrah 1430”
Talaal Badrul Alaina
Min Sani Yatil Wadae
Wajaba Syukru Alaina
Madaa Lillahidae
Nasyid yang menyambut ketibaan Rasul di Madinah dalam Hijratul Rasul
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan.
Hijrah itu yang sunnah
Hijrah itu Ibadah
Ibadah yang disandarkan atas taqwa dan ikhlas balasannya KEREDHAAN
KEREDHAAN ITU MAQAMNYA DI SISI ALLAH
“ FI MAK ADI SIDQIN INDAMALIKIN MUKTADIR”
SEMOGA MENDAPAT MAGHFIRAH, BARAKAH DAN RIDZA ALLAH
Dari:-
Saturday, December 27, 2008
PKPGBC2 to MOE
ANJING-ANJING NERAKA
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."Petikan dari kesah teladan
Friday, December 26, 2008
Dari Allah Kita datang Kepadanya Kita Kembali
Telah meninggal dunia pagi tadi.
Di Kuala Lumpur.
Semoga Allah Merahmatinya
Allahyarham adalah saudara, teman atau sahabat kepada M.L( MUKHTAR.LENGGONG)
Thursday, December 25, 2008
Lenggong hujan dari pagi hingga kini
Orang kampong yang bekerja sebagai penoreh getah agak susah juga dah harga getah jatuh tak boleh menoreh pula. Di penghujung tahun, orang nak berkenduri juga dah mula berkurang.
namun semua rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap makhluk telah ada habuan masing-masing. yang penting ialah kefahaman dan kesedaran selepas itu hendaklah redha dan berbaik sangka terhadap Allah. semuanya akan selamat.
Wednesday, December 24, 2008
Lenggong Di Suatu sudut diwaktu petang
Kawan yang berniaga
Yang ini dipanggil yop. dia berniaga macam-macam, cermin mata ada, kasut pun ada, dalam bot keretanya ada pelbagai barangan dijual.
Masjid Kampong Sumpitan Lenggong
Semoga hebahan ini akan sampai ke serata lokasi. Jarang benar sekarang ini ada rayuan derma untuk pembinaan masjid.
Makluman tambahan disisi masjid ini terletaknya pusara Tuan Guru Haji Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Tok Gombak. Menurut cerita Tok Gombak ini ialah tokoh yang membuka Gombak selangor semoga Allah merahmatinya.
Kesah Tok Gombak diperolihi oleh M.L dari Almarhum Tuan Guru Haji Sidek. Tuan Guru Haji Sidek juga dikenali sebagai Pak Ngah Sidek atau Tok Pakeh Sidek. Beliau ini belajar dari Tok Pakeh Ismail murid kepada Tok Kenali. Almarhum Tok Pakeh Ismail ini ada pertalian saudara dengan Jenral Bersara Ghazali Che Mat Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.
Sejarah Tok Gombak juga M.L dengar dari sahabat M.L sendiri iaitu Haji Saaban dari Gua Badak.
Hudud Jaga Jangan Sedap Mulut
Kalau tidak dilaksanakan sekalipun tidak merugikan Allah sebesar zarah sekalipun.
memperkatakannya sehingga mendatangkan ketakutan kepada manusia mengundang kemurkaan Allah. Menggunakan segalanya tektik dan peralatan untuk tujuan mengelirukan manusia dan sehingga manusia menjadi takut dan bimbang juga mengundang kemurkaan Allah.
Memaksa atau memperdayakan orang untuk memperkatakan tentangnya sehingga manusia menjadi takut dan bimbang terhadap hudud juga mengundang kemurkaan Allah.
Tidak ada seksaan yang lebik besar dari kemurkaan Allah.
Memperkatakannya sehingga mendatangkan kefahaman kepada manusia akan mengundang kepada keredaan Allah. Tiada rahmat dan nikmat yang lebih besar dari Keredhaan Allah.
Kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa.
Peliharalah lidah kamu.
Hudud merupakan Hak Allah.
Hudud itu untuk kesempurnaan hidup manusia.
Kerana itu sesiapa yang hendak memperkatakannya perlu mengetahui natijahnya.
Hudud itu dari ilmu Allah.
Barang siapa yang memperkatakannya sehingga manusia menyukainya maka ia beroleh ganjaran yang baik dari Allah.
Barang siapa yang memperkatakannya sehingga manusia menjadi takut terhadapnya tunggulah pembalasan dari ALLAH.
Juga barangsiapa yang sengaja mencari pasal sehingga manusia bimbang dan takut terhadap hak Allah itu, tunggulah pembalasan dari ALLAH.
Pembalasan dari Allah itu pelbagai. kalau tidak harini esok atau lusa atau tahun depan atau lepas mati. walaupun orang tak tahu tapi badan sendiri yang akan merasa.
mulut sedap saja mengata, jari sedap saja menaip tapi bila sampai masa tahule.
disaat dan ketika itu sewaktu semua tudak berguna barulah tersedar tidak berguna lagi.
dalam keimanan yang sedikit ini sesiapa yang ingin berkata-kata perkara Hak Allah perlu sedar.
Lenggong pagini black-out lagi
bila tiada bekalan lektrik, lampu padam. waktu itu tengah makan, suap makanan masuk ke mulut juga. tak mau ke lain tempat.
Tuesday, December 23, 2008
Ada kampong black-out lagi di Lenggong
bangun pagi, petik suis lampu
tak bercahaya dan meraba-raba.
Azan masjid pun tiada kedengaran
Sunday, December 21, 2008
Saturday, December 20, 2008
Lenggong Black-out .2
Di sesetengah kampong berterusan hingga ke pagi. Kampong saya dalam jam 3.40 pagi. Saya tersedar dari tidur. Adan kampong dah ada dari awal lagi. Selepas catatan ini dibuat, jam 7.54 pagi black-out berlaku lagi. Tapi dah siang tak le bergelap.
Saya menulis begini kerana menuntut keperhatinan semua. Masalah yang diterima oleh semua orang yang terlibat. Mangsa tetap mangsa. Kesusahan tetap kesusahan.tragedi tetap tragidi.kalau dah nak jadi bagaimana nak buat.
Suatu ketika dahulu, bekalan elektrik seluruh negara terputus, CEO ketika itu Dr Ani Arop terpaksa berhenti kerja. Diganti oleh Dr Tajudin. Sewaktu Dr Tajudin, Beliau menjanjikan sebarang black out dalam tempoh lebih 3 jam . tetapi sekarang apa yang berlaku di lenggong ini dah melebihi lebih 24 jam atau kalau di tambah dengan malam pertama sudah mencapai 30 jam.
Sekarangni ramai orang menyimpan makanan mentah mereka dalam peti ais. Bila tiada lektrik semua orang akan terpaksa memasak semuanya. Tak habis makan terpaksa dibuang. Membazir.
Pakaian dibersih menggunakan mesin basuh. Bertambun-tambun pakaian terendam dalam mesin basuh dan berbau. Orang yang akan mengadakan kenduri kahwin tercapa-capa kesana kemari kerana runsing sebab tiada bekalan letrik.
Sewaktu tanah runtuh di bukit antara bangsa, dikhabarkan TB Azmin telah berada di lokasi sejak jam 4.30 pagi. Berita TV memaparkan kehadiran TPM ke lokasi ada nampak kelibat beliau dan Tan Sr Khalid, Begitu juga bila kehadiran PM kedua tokoh tersebut nampak berada disitu walaupun gambar mereka cuba disisihkan. Apa yang dipaparkan ini ialah untuk memperlihatkan sikap bertanggungjawab pemimpin bila kesusahan berlaku kepada rakyat. Jelas keperihatinan kedua tokoh yang dikenali itu. Nampak pakaian mereka tidak bertukar iaitu baju biru muda itu juga. Mangsa akan terasa lega dengan kehadiran dan keperihatinan pemimpin seperti itu. Tahniah untuk Tan Sri Khalid dan YB Azmin.
Sememang mangsa akan susah sedih dan marah. Ada gambar dalam tranungkite seorang mangsa wanita marah-marah saja. Bila diteliti kenapa kakak itu marah rasa simpati yang teramat saya kepadanya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah jadi mangsa kena kata pula. Sabar saja le.
Dalam pada sabar itu semua orang perlu bersuara supaya orang mendengar. Bila kita bersuara kita akan lega.
Harga minyak antarabangsa dah turun dari $150 hingga $50. Penurunan sebanyak $100 harga minyak dipasaran baru turun dari RM2.70 kepada RM1.80. penurunan sebanyak RM0.90 adakah penurunan itu seimbang? Is it fare ?
Beras turun harga sebanyak RM0.20, nak suruh harga barangan yang lain turun. Tarif letrik bagaimana dengar bunyi akan naik. Bekalan letrik dalam negara kita punca dari hidro. Dari bahan api ada juga. Tapi harga tetap naik. Macammana naik.
Berbalik kepada black out di Lenggong sehingga lebih dari 24 jam. Beberapa telahan dari pengguna terhadap servis yang diberi.
Pengguna berpendapat TNB hanya berkira untuk mengaut keuntungan semata-mata saja. Tak kesah kepada pengguna. Rasionalnya ialah terlalu lama masa yang diambil sedangkan untuk pekan lenggong dan sekitarnya dalam masa 3 jam saja TNB telah mengadakan janakuasa bergerak disitu. Di pekan lenggong perlu di segerakan memang patut. Kerana Balai Polis, klinik dan perniagaan lain. Tetapi di kampong yang sampai 24 tiada bekalan letrik kerana apa?. Barangkali ketiadaan janakuasa bergerak. Dalam Perakni hanya ada satu janakuasa sahaja untuk menampong jika berlaku black out? Tak masuk akal langsong. Tapi begitulah jadinya. Telahan pengguna ialah kerana TNB tak mahu membaya OT kepada pekerja kalau dikerahkan semua untuk kerja-kerja di lenggong ini. Kalau ada lain-lain janakuasa bergerak perlu ada pengendalinya. Dan pengendali tersebut perlu dibayar OT. Kalau dah 10 Janakuasa bergerak kena bayar OT kepada 10 group pengendali janakuasa tersebut. Kalau begitu TNB rugi jadi biarlah pengguna bergelap itupun malam saja. Nak tidor tak ramai yang on lampu. Itu telahan pengguna. Telahan seperti itu menyebabkan pengguna marah kalau kakak tadi marah kerana kata dari wakil tersebut, pengguna lektrik lenggong pun terasa begitu. Dahlah tak beritahu dimana punca masalah dan apakah masalahnya. Dahlah pakaian yang terendam jadi berbau. Dahlah makanan mentah terpaksa dibuang. Ditelah sebegitu rupa pula ?
Malam nak tidur saja apa nak susahnya
Amboinya senangnya hampa kata ye.
Lambat bayar bil kena finalty
2/3 bulan takbayar kena potong dan denda bil kuning.
Kena deposit tambahan 2x amoun bulanan.
Macam-macamlah
Jadi kerana pengguna kampong mereka biarkan saja.
Kamu adalah pemimpin. Dan kamu akan disoal atas kepimpinanmu- hadis
Friday, December 19, 2008
Kampong-kampong di Lenggong masih bergelap lagi malamni agaknya
Semalam ( 17.12.08) bergelap sehingga 8.40 malam.
Malamni bergelap sejak jam 8.15 sehingga kini 10.21 malam belum ada lektrik.
Di pekan Lenggong bekalan pulih jam 11.00
Di kampong-kampong bergelap hingga pagi sampai la ni pun tiada letrik lagi.
Keadaan ini menyulitkan semua orang. Kanak-kecil menangis ketakutan.
Kenapa jadi begini?, ada yang nak buat kenduri.
Semua orang akan menuding jari. Salahkah kami menuding jari? Kata mereka.
Bil lektrik naik. Cagaran naik 2x ganda dari bil bulanan.
Lambat bayar sikit kena panalty.
Lambat bayar lama bekalan kena potong.
Pengguna menderita tiada terbela.
Kerana pengguna rakyat biasa yang tiada kuasa.
Kalau rakyat bersungut pasti ada jawapan mereka.
Rakyat terpaksa terima saja.
Ada cerita untuk membukti kata
Beberapa tahun lalu sebelum jalan baru siap.
Pemimpin negeri tersangkut di kota tampan.
Ketika hendak pulang ke gerik untuk berhari raya
Kerana masalah itu tambakan jalan raya dilakukan serta merta
Kerana pembesar hendak berhari raya.
Tapi bila rakyat yang derita siapa yang nak bela ? tolonglah jawab ini ceritera.
Barangkali MP Lenggong akan bersuara jika beliau membaca cerita ini atau-atau sahaja.
letrik tiada takle seteruk tanah runtuh tapi dok bergelap runsing juga.
orang akan marah.
tolong-tolong
budak-budak kecil menangis tengah malam oi.
kalau sister jamilah baca pastinya dia faham. brother aziz pangkor pun begitu.
Lenggong Bergelap
semalam dan malam kelmarin.
malam kelmarin sampai dekap jam 9
semalam sampai jam 11.00 malam
ada kampong sampai pagi belum ada kenapa ya?
Thursday, December 18, 2008
Sister Enas- my IT Lecturer iium
Kembali Kerahmatullah dalam usia muda
Sunday, December 14, 2008
SELAMAT DATANG KE LENGGONG TO SISTER JAMILAH
Ke kampong gelok brother Aziz Majid Tau tempat tu. Kampong gelok ialah perkampongan asal The Perak Man. Now The Perak man di tempatkan di muzium arkeologi di kota tampan lenggong.
So kalau sister jamilah hala ke dalam lagi selepas rumah pengantin lelaki tu, you will see the sign board tunjuk arah ke gua-gua batu yang totally traditional. Adanya gua puteri, gua tarzan dan banyak lagi.
TV3 pernah membuat dokumentari berkaitan gua-gua. Beberapa pengambaraan filem juga pernah dilakukan.
Penemuan perak man manaikkan nama Prof Dato Zarina dari USM
actually Lenggong kaya dengan tinggalan sejarahnya yang tersendiri.
Sister jamilah tunggu i dekat masjid bukit sapi.
Sister jamilah with my wife depan pengapit tebu.
Wednesday, December 10, 2008
Lambat Buat Keputusan
tragedi memali cepat buat keputusan ramai yang menderita. Kes babi di melaka lambat buat keputusan tak mati seekor pun babi disitu.
Kerana lambat buat keputusan di tanah runtuh bukit angkasa YB Azmin kena sembur(kata-kata)semua orang tengok dalam tv pada hal diwaktu kejadian beliau telah berada di situ sejak awal pagi. jadi begitulah rupanya.
banyak lagi peristiwa yang cepet buat keputusan dan lambat buat keputusan.
ada seorang guru kata, kalau hakim buat silap naik 6kaki. kalau doktor buat silap turun 6 kaki.
ada orang bertanya bagaimana? . beliau menjawab, kalau hakim buat silap dengan menjatuhkan hukuman mati ditali gantung maka terpaksalah dinaikkan 6 kaki untuk digantung. kalau doktor silap bagi ubat pada pesakit penyudahnya pesakit itu mati 6 kaki kedalam bumilah pesakit itu.
Tuesday, December 9, 2008
Tanah Runtuh Suatu tragedy, Isu yang tidak pernah disentuh
saya ingin menyentuh dua lagi tragedi sebelum ini. pertama Highland Towers hampir 15 tahun lalu. pasokan penyelamat dari jepun balik saja kecewa mereka kerana gagal menyelamat satu nyawa pun dari runtuhan itu. kerana tiada siapa yang berani nak buat keputusan segera dan bijak. Apakata kalau pada masa itu satu keputusan segera diambil dengan memecahkan dinding dan lantai itu mungkin kita dapat menyelamat juga nyawa manusia yang itu. tetapi tiada siapa yang berani buat keputusan itu sehingga akhirnya semua 48 orang mati. kalau kita ikut kepala jepun itu barangkali ada yang hidup. namun sememangnya takdir telah menjadi begitu. jadi kita berserah kepada takdir saja.
tragedi kedua tahun lalu iaitu bila helekopter nuri yang nahas. sampai berapa hari baru ditemua mangsa yang terbabit? Kenapa begitu lambat? dimanakah kecekapan penyelamat? tidak jauh mana pun tempat nahas itu. tidak sampai 100 redius pun. tetapi berhari-hari mereka mencari.
kalau tragedi pertama isunya lambat buat keputusan maka tragedi kedua juga dalam isu yang sama. lambat dalam membuat keputusan dan lambat bertindak.
Dalam tragedi ketiga ini, perkara yang sama terjadi, kejadian berlaku di awal pagi sabtu terputus bekalan elektrik dan jalan penghubung. bila semua bekalan itu dapat diterima? hari isnin hari raya idul adha? kenapa jadi begini? ya tidak pernah sesiapa yang menyoalnya. semua kita saling salah menyalahkan orang lain. sedang mangsa tidak terbela.
kegagalan melakukan atau membuat keputusan yang pantas adalah satu faktor kelambatan dalam operasi bantuan. soalnya siapa yang bertanggung jawab dalam membuat keputusan-keputusan tersebut?
Banjir dan Tanah Runtuh
teman menyatakan simpati kepada semua. semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada mangsa yang sabar dan redha menerima ketentuan Allah ini.
Allah Akbar 3X
wilillah hol hamd
Saturday, December 6, 2008
Operasi Gajah Di Bukit sapi
Friday, December 5, 2008
Ustaz Azman Meninggal dunia
Semoga Allah merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya bersama bersama orang yang soleh. Alfatihah.