sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, March 31, 2009

DS Nizar berkata benar.

Dalam catatan DS Nizar menyebut beliau dijemput menjadi imam oleh imam. DS Nizar menyebut nama imam tersebut. bermakna imam itu kenal DS Nizar. Jadi tidak timbul rampas mic seperti yang didakwakan. laporan tersebut sebanarnya suatu yang tidak tepat yang bertujuan untuk mengelirukan. Pengundi Bukit Gantang amat mengerti dalam tektik Orang islam biasanya boleh jadi imam. tapi yang dipanggil untuk menjadi imam disebabkan telah biasa menjadi imam atau sememang pernah mengimami dalam solat. Dikhabarkan semasa boleh melaksanakan tugas sebagai MB DS Nizar setiap waktu jika beliau berada di pejabat akan mengimami solat berjamaah dan seterusnya memberi tazkirah. kerana itu patut benarlah imam masjid simpang meminta DS Nizar menjadi imam. orang lain mana tahu. yang tak pernah jadi imam dan tazkirah boleh mendakwa boleh. yang menulis dalam akhbar mereka hanya bertulis berdasar dengar sahaja.
Kebenaran berada pada yang istiqamah.

Aktiviti Di IIUM Harini

Forum oleh my group menepati masa yang secukutnya.

Monday, March 30, 2009

Perjalanan yang teruk

Tersangkut di tol jelapang selama satu jam.
ramai turut marah dan menyumpah.
membunyikan hon yang bertalu-talu.
saorang itu berkata dia orang cakap selalu rugi
harga tol nak dinaikkan tapi servics taktau macam mana.
kalau sumpahan orang ramai itu bolah memudharat kap penguasa tol tak lama penguasa itu.
kesalahan sebenarnya pada peringkat atasan.
minggu lepas pun begitu juga. ramai yang tersadai satu jam.

Thursday, March 26, 2009

Tiada yang sia-sia

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. setiap oran pasti akan dinilai dari apa yang dilakukannya. Membuang masa dengan sengaja isu sia-sia tetapi juga akan dipersoalkan nanti. Segala kerja baik yang dilakukan akan dinilai ALLAH. begitu juga sebarang kerja buat dan pengkhianatan yang dilakukan pastinya akan mendapat pembalasan kalau tidak didunia diakhirat adalah pasti.
Semua ada mata dan boleh melihat dengan sendiri. Lihatlah sekeliling. toleh kebelakang masa. renung dan kenang dengan pandangan hati. kita boleh melihat segalanya.
Sebarang kemasyhoran yang asli dan memasyhoran yang palsu dan artifisal yang berupa pengampuan.

Tuesday, March 24, 2009

Perjalanan yang berliku

Sememangnya kehidupan ini penuh dengan likuan yang tersendiri. setiap yang hidup akan merasai kelikuan itu. Namun dalam melalui kelikuan itu setiap yang hidup sentiasa ada dibekalkan panduan. Panduan yang hakiki datang dari ALLAH melalui Rasul. Berbahagia kepada yang dapat mengikuti peduman tersebut.
Bagi yang gagal mengikut peduman tersebut secara hakikatnya mereka tergolong kepada golongan yang terpengaruh dan terikut dengan kehendak nasfu dan syaitan. Mereka akan terjerumus dalam jurangan yang menghancurkan diri mereka sendiri.
Mereka ini akan melakukan keonaran yang akan memalitkan kesusahan orang lain. mereka akan menyusahkan orang lain. mereka akan tidak berlaku adil. selayaknya mereka menerima kutukan dan penghinaan dalam kehidupan kini dan mendatang.

Thursday, March 19, 2009

Belajar untuk mencari ilmu

Keperluan untuk pembelajaran tidak harus di abaikan oleh setiap insan.
jadikan ianya suatu amalan sepanjang hayat.

Tuesday, March 17, 2009

PKPGB Kohort2 Fasa 12

Ketua kelas bagi fasa terakhir ini sapa lagi kalau tidak teman sendiri.
Macam dah takde orang lain. Terpaksa juga teman pikul. Dapat merasa juga jadi ketua. walaupun ngagau. puas menepis. Apa yang ada pada diri temanni.

Saturday, March 14, 2009

Peristiwa di bawah pokok

Banyak peristiwa yang berlaku dari hal pokok dan bawah pokok. Peristiwa-peristiwa tersebut melakarkan sejarah tersendiri. Peristiwa tersebut menjadi catatan sejarah jatuh bangun bangsa dan ketamadunnan bangsa.
Catatan bawah pokok dan batu mewarnai tugu demokrasi turut menambah keserian sejarah. memaparkan pentarikhan. kini batu yang menjadi tanda demokrasi di pecahkan memperlihatkan suatu gambaran ketakutan yang tidak terbendung.sedang batu juga mewarnai latarbelakang sejarah ketamadunnan manusia.
Peristiwa persidangan DUN bawah pokok dan tugu peringatan ( Batu ) akan menjadi suatu stigma sejarah dalam negeri Perak. Apakah sejarah itu ?
Pelbagai pentafsiran akan muncul kemudian nanti.
Lontaran batu di Palastin munculnya intifadah dan keruntuhan egoisma yahudi.
Lontaran batu nabi Daud ada sejarahnya kepada Jalut.
Pecah batu demokrasi di ipoh apakah akan berlaku natijahnya. fikirkan.

Pendakwaan ke atas blogger, menambahkah kekalutan

Pendakwaan ke atas individu yang dikatakan menghina Sultan Perak pada hemat ML sebenarnya menambahkan kekalutan dan keharubiruan dalam kemelut di Perak. Seharusnya perkara tersebut tidak diambil tindakan. sebagai warga yang prihatin ML berharap pendakwaan itu ditarik balik. banyak mehnah yang akan menimpa yang tak akan tertanggung pada diri Tuanku Paduka Seri Sultan nanti.
ML berasa dan terasa akan kemungkinan itu.

Friday, March 13, 2009

Penipuan yang terkesan

Cerita lama, ada orang kehilangan itek. Dibawa kepengetahuan penguasa, untuk penyelasaian penguasa bertitah dalam masjid dengan mengatakan seperti "Orang yang mencuri itek itu sekarangni ada dalam masjid kerana diatas kepalanya ada bulu itek tersebut" tak semena-mana pencuri itek terus meraba-raba kepala. lantas pengawal penguasa menangkap orang itu.
Kenapa boleh jadi begitu?
Persoalan itu boleh dijawab dengan mudah jika seseorang memahami atau menjiwai ilmu mantiq. satu cabang ilmu dalam bahasa arab dan qur an. Ilmu itu akan memandu diri dan jiwa seseorang itu bila berhadapan dengan gelagat manusia.
Wan Mokhtar MB Terengganu pernah menangis di DUN Terengganu ketika berhadapan pemimpin PAS dalam isu amanat hadi.
Osman Arop MB Kedah angkat tangan dalam kes kecurian balak dikedah. Ustaz Fadhil ketika itudalam DUN kedah kata "Saya tau sapa yang curi kedah" dan Osman Arop angkat tangan dengan kata " Dak ustaz bukan Saya yang curi balak tu" dari senario itu ustaz fadhil bukan tuduh tapi kata dia tau saja manakala Osman arop yang kata dia bukan tu pasal apa. jadi menimbul tanda tanya.
Baru-baruni astro awani dalam isu yang dibincang selepas PRU12, 2008 menarik minat saya untuk mengkritik. Media ini mendabik dada dengan menunjukkan kehebatan dan kewibawaan mereka. tetapi perkara kecil tidak diambil kira. kerana saya melihat ini sebagai suatu yang istimewa saya mengatakan bahawa astro awani juga merupakan media yang menipu ketiku itu. faktanya dari konklusi ini ialah bila astro awani menghubungi Zahid hamidi dan ketika zahid hamidi sedang menberi pandangan gambar zahid ditayangkan pada skrin dan dicatatkan sebagai Ahli Perlimen Bukit Gantang. Sedangkan Zahid Hamidi ialah MP Bagan Datoh.
Kenapa jadi begitu? bagi saya ada sesuatu yang terselindung dalam agenda tersembunyi astro awani. semalam saya lihat dalam berita teks astro awani ditulis nama Azalini. siapakah dia tak diketahui kalau nak dikatakan Azalina nanti teruk saya kena so apakah yang berada disebalik kesilapan ini, kalau tidak penipuan. barangkali jawapannya silap. manusia akan berlaku silap.

Thursday, March 12, 2009

Kata barang yang tak dikata itu menghina

Ertinya seseorang itu mengatakan sesuatu yang bukan haknya untuk berkata. Seseorang itu mengatakan sesuatu yang belum dikatakan oleh orang yang dikatakan itu. Hei apa kemu belit-belitni.
Begini, Nabi tak Kata, jadi ada orang kata perkara yang nabi tak kata dan dia kata nabi kata begitu itulah maknanya menghina nabi. Lain lagi nabi kata lain dia dia persampai lain itu juga menghina nabi.
Selain itu seseorang itu tiada berhak bercakap bagi pihak seseorang dan dia bercakap bagi pihak orang yang dia tak berhak itu. maknanya dia menghina orang itu. Tapi kalau orang itu seorang Sultan maknanya dia menghina sultan dan menderhaka kepada sultan.
Jadi cakap jangan sedap nak tuduh orang saja. kerana orang sekarang dah cerodik.

Wednesday, March 11, 2009

Tipu, Kadang-kadang ada orang akan dapat mengesan

Cerita lama, ada orang kehilangan itek. Dibawa kepengetahuan penguasa, untuk penyelasaian penguasa bertitah dalam masjid dengan mengatakan seperti "Orang yang mencuri itek itu sekarangni ada dalam masjid kerana diatas kepalanya ada bulu itek tersebut" tak semena-mana pencuri itek terus meraba-raba kepala. lantas pengawal penguasa menangkap orang itu.
Kenapa boleh jadi begitu?
Persoalan itu boleh dijawab dengan mudah jika seseorang memahami atau menjiwai ilmu mantiq. satu cabang ilmu dalam bahasa arab dan qur an. Ilmu itu akan memandu diri dan jiwa seseorang itu bila berhadapan dengan gelagat manusia.
Wan Mokhtar MB Terengganu pernah menangis di DUN Terengganu ketika berhadapan pemimpin PAS dalam isu amanat hadi.
Osman Arop MB Kedah angkat tangan dalam kes kecurian balak dikedah. Ustaz Fadhil ketika itudalam DUN kedah kata "Saya tau sapa yang curi kedah" dan Osman Arop angkat tangan dengan kata " Dak ustaz bukan Saya yang curi balak tu" dari senario itu ustaz fadhil bukan tuduh tapi kata dia tau saja manakala Osman arop yang kata dia bukan tu pasal apa. jadi menimbul tanda tanya.
Baru-baruni astro awani dalam isu yang dibincang selepas PRU12, 2008 menarik minat saya untuk mengkritik. Media ini mendabik dada dengan menunjukkan kehebatan dan kewibawaan mereka. tetapi perkara kecil tidak diambil kira. kerana saya melihat ini sebagai suatu yang istimewa saya mengatakan bahawa astro awani juga merupakan media yang menipu ketiku itu. faktanya dari konklusi ini ialah bila astro awani menghubungi Zahid hamidi dan ketika zahid hamidi sedang menberi pandangan gambar zahid ditayangkan pada skrin dan dicatatkan sebagai Ahli Perlimen Bukit Gantang. Sedangkan Zahid Hamidi ialah MP Bagan Datoh.
Kenapa jadi begitu? bagi saya ada sesuatu yang terselindung dalam agenda tersembunyi astro awani.

Tuesday, March 10, 2009

Kesah 3 Abdul P Ramlee

Berniaga orag lebih menguntungkan dari berniaga unta.
dalam cerita itu marah kena jual.
dalam cerita sekarang jadi wakil rakyat kena colek.
ada wakil rakyat ditawarkan berjuta-juta dengan RM.
kalau di indon berjuta tak jadi apa.
dunia harini.
walau semalam mengingati maulidurrasul.
iktibar tidak diambil juga.
cahaya keimanan sudah ditutup.
khatamallah ala kulubihim.
dan tak terasa takut apa-apa.
Hendaklah beringat segala yang ada.

PPSMI yang di bantah

Catatan ini merujuk kepada catatan DR Awang Sariyan - Perlu bagi pihak yang mempunyai kuasa berlapang dada dan jangan terlalu mudah untuk menuding kepada sesiapa.
Mohon keizinan menerbitkan
Tak perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI
Dr Awang Sariyan Mon Mar 09, 09 10:24:34 pm MYT
Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.
Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.
Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.
Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.
Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.
Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.
Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).
Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.
Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?
Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.
Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.
Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.
Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.
Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.
Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.
Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.
Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.
------
Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu�China Beijing Foreign Studies University _

Mudah Menuding Jari Kepada Orang Lain.

Begitulah mudahnya pada waktu ini untuk menuding jari kepada orang lain. Dengan menggunakan pelbagai istilah yang tak sepatutnya digunakan. Disamping menggunakan pelbagai medium, sedang dipihak yang dituding di sekat semua saluran dan diwujud pelbagai sekatan sehingga pihak yang dituding itu sukar untuk mendapat pembelaan.
Istilah derhaka dan menghina digunakan. pihak yang di tuding terkapai-kapai dalam memberikan penjelasan. Tetapi sesuatu yang ada pada keramaian orang masa kini ialah pemahaman yang global. Orang ramai telah bijak menilai dan orang ramai telah mendapat sumber baru dalam mendapat maklumat. Kemudahan dari sumber IT mencelikkan ramai orang.
Sebenarnya dengan tidak yang disedari bila satu jari dituding sebenarnya 4 jari lagi menuding kediri sendiri. Jadi bila anda menuding kepada orang dalam masa yang sama anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
Anda boleh kata orang derhaka,
Anda boleh kata apa apa tetapi masyarakat ramai telah memahaminya.

Salam MaulidurRasul

SALLU ALA HADRATIN NABI

SOLLA ALAKALLAH HU YA ADNANI
YA MUSTAFA YA SAFWATAN RAHMANI
ALHAMDULILLAHILLAZI AKTANI
HAZAL GHULA MATTALLIBAL ARDANI

Maulidur Rasul 1430H

Dalam jam taqwim yang saya beli di makkah almukarramah tahun 2005, terdapat takwim hijrah. Pada takwim itu menunjukkan bahawa 12hb Rabiul awal ialah pada ahad 8hb.mar 2009.
Ahad 12hb rabiul awal merupakan peristiwa yang ada berkait rapat dengan saya.
Pada 12hb rabiul awal tahun 1990 saya melangsungkan perkahwinan. Sebenarnyanya tarikh maulidurrasul begitu amat significant kepada saya sekeluarga. semoga kehadiran maulidurrasul kali ini akan menambahkan kecerian dalam hidup saya sekeluarga dalam bimbingan Rahman dan Rahim Allah serta mendapat maqam keredhaan dari Allah.
Semoga Semua sahabat saudara mara saya dan rakan saya juga memperolihi keberkatan yang serupa.
Tidak lupa kepada semua guru-guru saya. diperingkat sekolah atau atasan di universiti.
Salam maulidurrasul.
Perbanyakkan selawat atas Rasulullah.

Friday, March 6, 2009

Tetap dalam Pendirian (Istiqamah)

Dalam kehidupan manusia pegangan dalam hidup perlu dihayati dengan sepenuhnya. Jangan ada yang seperti dedaun lalang yang akan mengikut arah tiupan angin.
Sejak dari dahulu kala lagi dan sejak dari peringkat kanak-kanak manusia berhadapan dengan dengan kehidupan yang memerlukan pegangan dan istiqamah.
Dikala sebahagian sudah mula tidak istiqamah dan cenderong kepada tidak mengambil kesah kita lihat pelbagai perkara yang kadangkala tak pernah dilihat dan kadang-kala yeng telah pernah terjadi dalam lipatan sejarah.
Perlu diingat kecenderong kepada tak ambil kesah ini telah sampai kepada soal halal dan haram dosa dan pahala. keadaan juga telah sampai kepada tiada kesah akan syorga dan neraka.
Apakah manifestasi dari itu?

Thursday, March 5, 2009

Peristiwa dibawah Pokok.


Sebenarnya banyak peristiwa bawah pokok yang kita dengar selain yang terbaru pada 3hb.mar.2009.

Parameswara yang terdampar dipantai melaka juga berteduh dibawah pokok melaka bila melihat ketangkasan seekor haiwan menendang "peliharaan" baginda hingga terpelanting.

Kesah Raja Pasir Berdengong dalam Laksamana DOREMI

Bernaung dibawah pokok adalah tabii makhluk Allah.

Dengan bersaksikan Alam yang tidak berselindung sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah. Bumi Allah ini tempat badi manusia beribadah. samada ibadah itu secara khusus atau tak khusus. Ibadah yang khusus seperti solat. tengah padang pun boleh. Solat idulfitri pernah Rasullullah adakan di padang. Merehatkan diri dibawah pokok dibawah tiupan bayu di tepi pantai sungguh menyamankan. Mohon keizinan DSAI untuk link catatan Dato Seri mengenai peristiwa agong Hudaibiah
Semuanya tak menjadi masalah. Yang timbul masalahnya ialah orang yang sakit hati sangat terhadap kerja buat orang lain. Mereka tak bagi guna dewan dalam keadaan mereka tiada hak untuk menghalang mereka buat begitu. Pelbagai dalih yang digunakan. Sehingga mereka terasa malu sendiri. sedangkan mereka yang yang membiarkan pemaluan berlaku keatas negara. Dunia memerhati dalam ketamadunnan manusia yang dalam keadaan serba canggih ini ada watak-watak primitif yang mendominasi satu sudut dunia yang menggelar diri mereka maju.

Globalisasi telah membuka mata dunia kesuatu daerah yang suatu ketika dahulu terkenal dengan timah. Keegoan yang primitif masih bertapak kukuh dijiwa suatu puak.

Filem-Filem P. Ramlee Benar-Benar Hidup.

Persidangan DUN Perak dibawah pokok sebagai suatu bukti cerita dari filem-filem P. Ramlee yang telah difilemkan lebih 30 tahun lalu masih segar dan hidup.
Kalau ditoleh kepada peristiwa yang dipaparkan dalam banyak filem beliau ternyata banyak pengajaran. Pelbagai olahan dalam bentuk sindiran telah dimuatkan untuk menghiasi filem beliau. Prof Agos kata kalau bersidang atas pokok pun sah. Kesah Kerajaan Pasir Berdengung itu bermula bila DOREMI dihalau dari rumah mereka di atas pokok.
Cerita DOREMI juga yang mana ada satu puak perompak merompak kedai emas. Pergi jumpa bomoh untuk menggoda anak mahmud jun. AR Tompel jadi bomoh. Ada orang tu dah pergi jumpa bomoh.

Tuesday, March 3, 2009

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an

Mohon keizinan
anak_muda menerbitkan artikle ini. untuk sebaran.
"Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali MALAIKAT - 88 kaliSYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kaliMATI - 145 kali FAEDAH - 50 kaliKERUGIAN - 50 kali UMMAH - 50 kaliPENYAMPAI - 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kaliMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali BALA/MUSIBAH - 75 kaliBERSYUKUR - 75 kali BERSEDEKAH - 73 kaliBERPUAS HATI - 73 kali ORANG YANG SESAT - 17 kaliORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali MUSLIMIN - 41 kaliJIHAD - 41 kali EMAS - 8 kaliKEMURAHAN HIDUP - 8 kali KEAJAIBAN - 60 kaliFITNAH - 60 kali ZAKAT - 32 kaliBERKAT - 32 kali MINDA - 49 kaliNUR - 49 kali LIDAH - 25 kaliSUMPAH - 25 kali NAFSU - 8 kaliKETAKUTAN - 8 kali BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kaliBERDAKWAH - 18 kali KESUSAHAN - 114 kaliKESABARAN - 114 kali MUHAMMAD - 4 kaliSYARIAT - 4 kali LELAKI - 24 kaliPEREMPUAN - 24 kali SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali BULAN - 12 kaliHARI - 365 kali LAUTAN - 32 kaliDARATAN - 13 kali LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan."

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288