sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Monday, August 31, 2009
Saturday, August 29, 2009
Hujan yang memanjang di lenggong
Friday, August 28, 2009
Merotan kesalahan minum Arak
Wednesday, August 26, 2009
Hadis Riadhus Solihin
Hadis Riadhus Solihin
Kiriman Brother Rustam
Assalaamu'alaikum wr.wb..
Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekanPuasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini
Sebelum cahaya shurga padam, Sebelum hidup ini berakhir Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan yang datang saya mohon maaf lahir dan bathin....
" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri; * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN. Wassalamu'alaikum Wr Wb,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
Tuesday, August 25, 2009
Antara Perangai Orang
Orang pula akan mengeji orang yang tidak disukai.
Payah nak cari orang yang akan memuji orang yang tidak disukainya.
Agaknya mustahil bagi orang yang akan memuji musuhnya
Orang yahudi tidak pernah memuji orang Islam.
Jangankan memuji, Yahudi tidak pernah redha terhadap orang Islam.
Kalau ada yang memuji musuh (kebenaran pada musuh) pastinya orang itu seorang seorang yang budiman.
Tetapi ada pula ditemui orang yang memuji musuh selepas beberapa dia menjadi kawan kepada musuh itu dan memusuhi kawan/sahabat yang lama. Orang jenis ini pastinya sudah termakan atau ada sesuatu kepentingan yang tersembunyi.
Hari ini kita boleh lihat perangai ini dengan jelas dan nyata.
Kita boleh tengok sejauhmana pegangan kepada prinsip yang dipegang.
Sejarah memapar keperibadian Abu Sufian sebelum islam.
Bila ditanya mengenai Muhammad ( semasa di Syam)
Sebagai seorang yang berhemah beliau berkata benar dan tidak menokok tambah yang memburukkan Muhammad. Sedangkan ketika itu dia masih belum Islam dan memusuhi Nabi.
Ketika Rasullullah memasuki Makkah, Rasullullah memberi penghormatan kepada Abu Sufian dengan kata " Barangsiapa yang berlindung di rumah Abu Sufian maka orang itu aman"
Rasullullah memberi penghormatan dan jaminan kepada Abu Sufian.
Hari ini bila Kata Tok Guru diputar belitkan,
Kita lihat dan nampak jenis golongan yang berkata.
siapa yang berkata benar mengikut kebenarannya.
Siapa yang berkata benar mengikut kepentingan.
Siapa yang berkata benar setelah disiasat sifat pembawa berita ( orang yang munafik)
Semua orang yang akan berkata dia berkata benar.
Tiada siapa yang kata dia tidak berkata benar.
Monday, August 24, 2009
Kerana pulut
Yang paling seronok bagi sesetengah orang ialah mengata orang.
Yang paling memerit bagi orang ialah kena kata dek orang
Yang membahagiakan orang bila kena pujian orang.
Tak ramai orang yang suka memuji orang
Barangkali ramai orang yang suka mengeji orang.
Mengeji orang mengundang kebencian orang
Memuji orang mengundang kesetian kawan
Susah bila mengeji orang
Senang bila memuji kawan dan taulan
Lidah yang tak bertulang
Boleh nak dituturkan dalam berbagai bahasa
Jadikanlah tuturan kata dari mulut dan lidah yang tak bertulang itu sesuatu yang mengembirakan orang.
Elakkan kata-kata yang menggusarkan.
Kata-kata dari lidah akan menggambarkar suatu ilmu. Jadikan ilmu dari kata-kata itu terbit dari antara menjelaskan ayat-ayat Allah yang akan memperlihatkan kebesarannya. Elakkan kata-kata yang terbit dari lidah itu yang tidak tertempis di hadapan Allah di akhirat. Hiasi kalimat dari dari lidah yang tak bertulang dengan saduran keimanan.
Friday, August 21, 2009
Kematian yang menghampiri
Wednesday, August 19, 2009
Kematian yang menghampiri
Harini dan semalam terdapat 3 kematian.
Semalam 2 orang warga lenggong iaitu
1. Anak pak man bekas attendant klinik lenggong, belaiu bekerja di politeknik di tanjung malim. Jenazah disolatkan jam 5 petang.
2. Alias banjar dari kampong Gua Badak Rumah dekat masjid gua Badak. Meninggal sebelum zohor dan dikebumikan harini
3. Pak Mat penjual buah-buah dekat masjid lama lenggong dari arah gerik. Meninggal dunia pagi tadi
Tuesday, August 18, 2009
Maklumat dari Dr Br Mahmud
Isnin, 17 Ogos, 2009 17:36
Daripada:
"mahmud wahab"
Papar butiran kenalan
Kepada:
EDT1303@yahoogroups.com
Rencana ini diberikan dari salah seorang anak murid saya dari Kulliyah Ekonomi....
Wajib baca ! Elakkkan bencana ! H1N1
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico .virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hariini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakitpesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapanvirus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
siapa yang berisiko1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok2. perempuan yg mengandung3 .orang yg ada astmatic4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2
day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
day 5 and above lung collapse @ koma
langkah2 kawalan
2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.
Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.
Monday, August 17, 2009
Pengertian menghina
Sunday, August 16, 2009
Saturday, August 15, 2009
Khutbah Jumaat Di Perak.
Friday, August 14, 2009
Tilawah Al Qur an 2009
Kematian H1N1 Bertambah
Wartawan Harakahdaily Thu Aug 13, 09 6:12:41 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Tujuh lagi meninggal dunia menjadikan jumlah mangsa demam H1N1 sudah melangkau angka 50 kini menjadikannya 51 orang dan wabak ini kini membimbangkan semua pihak.
Di samping kematian, wad-wad hospital dan pusat kesihatan penuh dengan mereka yang bimbang diserang virus yang sangat mudah tersebar ini.
Pusat penyebaran utama nampaknya asrama universiti dan sekolah di seluruh negara.
Beberapa kampus UITM di seluruh negara ditutup ekoran penularan wabak ini. Begitu juga sekolah-sekolah berasrama.
Ia ditutup apabila berpuluh-puluh pelajar mereka tiba-tiba demam dan pusat rawatan (sick bay) setiap asrama penuh dengan pelajar yang sakit.
Di Jengka, Pahang, kampus UITM Jengka penuh dengan pelajar yang sakit walaupun sebelum ini kampus itu ditutup seminggu akibat penularan wabak ini.
Sick bay dan pusat rawatan kampus itu penuh dengan pelajar yang demam.
Di pusat-pusat khidmat pelanggan pula, hampir kesemua petugasnya memakai topeng muka bimbang dijangkiti virus itu apabila berhubung dengan pelanggan mereka.
Antaranya pusat khidmat pelanggan Celcom di ibu negara. Di pusat khidmatnya di Jalan Pahang Barat, berhampiran dengan pejabat Harakahdaily, semua pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di kaunter memakai topeng muka.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Parlimen bersidang segera bagi membincangkan wabak ini.
Namun sehingga kini ia tidak mendapat respon positif dari pihak kerajaan.
Kerajaan negeri Kelantan pula akan menyambut permulaan puasa yang dijangka Sabtu ini dengan solat hajat khas bagi memohon kepada Allah agar dilindungi dari wabak ini.
Solat hajat itu akan diadakan awal pagi iaitu jam 4 pagi sebelum mereka bersahur beramai-ramai di hari pertama puasa itu.
Cerita Saidin PKPGB Cohort 2 IIUM about GB
Salam.Teringat nak tengok blok mike hari ini. Hish, terkejut tengok cerita rosselle pulak. (Lagi terkejut tengok L size comel tu macam mike ...he he... sedondon pulak dengan roselle)Sebermula akan teman ini pun terkenanglah akan yg berbahagia GB teman itu ketika darjah empat hingga darjah 6 yang bentuk badannya sebijik macam mike. Gemor bebenorlah akan ia itu bercucuk tanam (sebijik macam mike). Maka segala penjuru sekolah ditanami jagung, kekacang, cempedak dan nangka jua hingga menghijau seumpama taman lagaknya. Lalu dikerahnye teman2 lelaki perempuan pagi2 hari membantu merumput sehingga rehat baru dibenarkan kekelas. Kerana yang demikian itu disebabkan oleh guru teman kemalangan hingga dipotong tangan kirinya sehingga 3 bulan lamanya dirawat. Akan Yb Gb ini selalu bebenor berbaju kancing prak(pagoda nipis round neck) yang berlubang-lubang di belakang dengan seluar bola pendek (hampir ternampak jua bebolanya) seharian di halaman. Maka sesekali ia masuk kekelas teman mengajor ilmu hisab takde yang boleh mendarab dengan 2 digit lalu dileteri teman dan rakan2 sehingga tamat sesi. Akan tetapi lucunya dia tidak pernah sekali mengajar mana-mana kelas ilmu hisab yang teman tau dia hisab curut cab labu. Moral of this story - JANGAN2 SESEKALI MIKE JADI SEBIJIK MACAM Yb Gb teman itu adanya. Ilalliqa ya akhi