sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, September 30, 2009

Kematian di musim perayaan

Sejak ops sikap dimula dah sampai kepada ops sikap ke XX(20) angka kematian meningkat sepanjang tahun. tehun lalu sekitar 180-200 tahun 2009 pula meningkat kepada 260. Kita mendengar pelbagai dakwaan yang disuarakan oleh pelbagai pihak. Semua menyalah kepada pengguna jalanraya. Salah kepada mangsa yang mati atau terbunuh itu. bagaimana simati itu boleh bangun untuk membela diri. Tiada siapa yang menyalahkan diri sendiri. Dalam pada menuding jari menunjukkan kesalahan diri rupanya 3 atau empat jari menuding kepada diri sendiri.
Ada berita dalam tv (berita tv7 beberapa malam lalu) menyebut bahawa Polis berjaya mengurangkan kemalangan. perkataan tersebut sebenarnya salah bila polis menyalahkan pengguna jalanraya bila kematian meningkat.
Selagi semua pihak menuding kepada pengguna selagi itu tiada penyelesaian dalam kemalangan di musim perayaan. Semua orang bertanggung jawab dan ada tugas masing-masing. Polis dengan tugas mereka. Pemimpin dengan tugasan tersendiri. Jangan bersikap double standard. Laksanakan amanah dengan tulus ikhlas. Laksanakan amanah dengan jujur tanpa pilih kasih dan tidak secara mengikut kepentingan. Keadaan yang berkentingan menjadikan keadaan huru hara.

Hujan Seharian di Lenggong Air sungai Perak Keruh

Sejak pagi tadi lagi. matahari tidak kelihatan dari pagi hingga ke petang. Keadaan seperti di awal bulan ramadhan yang baru berlalu.

Kemalangan di traffic light lenggong


Barangkali kenderaan yang melanggar itu dari arah kuala kangsar. Dilanggarnya lampu isyarat itu. habis pecah benteng jalan itu tapi lampu isyarat tetap berfungsi. Saya menyedari dalam perjalanan balik dari pekan ke kampong jan 6.40 petang semalam. Bilakah kejadian tersebut didak diketahui. Semoga yang terlibat dalam kemalangan tersebut selamat. Barang dah nak jadi. Malang yang tak berbau.

Thursday, September 24, 2009

Kematian di Aidilfitri

Maklong mah meninggal dunia dan selamat dikebumikan selepas maghrib.

Kesesakan di Pekan Lenggong

Kesesakan dipekan lenggong masih berlaku. Semua akibat ramainya warga lenggong yang pulang berhari raya bersama keluarga di kampong asal masing-masing. Kesesakan yang berlaku jelas sekali di dua kawasan iaitu berhampiran pasar dan di stesyen minyak.
Di kawasan berdekatan pasar kerana warga lenggong hendak membeli barangan keperluan. manakala di stesyen minyak kerana warga lenggong hendak membeli petrol. kesesakan di Pam minyak kerana pembelian minyak perlu berurusan membayar di kaunter sebelum mengisi minyak. kesesakan berlaku kerana bilangan pam minyak yang sedikit iaitu ada 6 unit sahaja.
Mujur kesabaran warga lenggong menjadikan tidak berlakunya kekecohan.
Selamat Hari raya Idul Fitri
Maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 16, 2009

Mencari keredhaan Ilahi

Dari kitab Sirrul Asrar – Sheikh Abdul Kadir Jalani. Sabda Nabi, Tafakur sesaat lebih besar pahala dari ibadah setahun. Sabda Nabi Tafakur sesaat lebih besar pahalanya dari ibadah 70 tahun, daripada ibadah 1000 tahun. fikir masalah furu – lebih besar dari ibadah setahun fikir untuk mengetahui yang diwajib oleh Allah dalam ibadah dan berfikir tentang aturan ibadah wajib lebih baik dari ibadah 70 tahun Berfikir tentang makrifat/hakikat kepada Allah maka nilai tafakurnya lebih dari beribadah 1000 tahun.

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Bulan yangkelihatan pagi ni jam 6.50pagi

Tuesday, September 15, 2009

Perjalanan hidup

Peringatan
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Ali’imran 133.
(iaitu) orang-orang yangyang menafkahkan (hartanya) baik diwaktu lapang maupunsempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Ali Imran 134.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menginaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui. Al imran 135.
Mereka itu balasannya ialah keampunan dari tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; Dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. Ali imran 136.

Monday, September 14, 2009

Cebisan kehidupan

title="http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/
" Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Pemandangan ceria pada pagi ini

Pemandangan pada pagi ini agak ceria dan terang. keadaan ini membezakan dengan harian kelmarin yang suram dengan keteduhan sampai ketengahari. Harian ini bagai mengesahkan malam kelmarin berlakunya lailatul qadr. Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat menghidupkan malam tersebut. Namun bagi hamba yang soleh, seluruh malam ramadhan merupakan lailatul qadr. Mereka tidak terhenti setakat itu sahaja. Semoga kita terpilih dan dipilih sebagai hamba Allah yang soleh.

Sunday, September 13, 2009

Pandangan suram pagi hingga jam kini11.43

Pemandangan suram di pekan lenggong Waktu rakaman pemandangan berikut sekitar jam 9.00pagi.

ambaran seperti semalam Allah turunkan lailatul qadr

Saturday, September 12, 2009

Beramal di malam 10 akhir ramadhan

Bagi hamba Allah yang sejati peluang sedemikian tidak akan dilepaskan. Sementelahan pula ada hadis yang menberatkan tuntutan tersebut dan kehadiran lailatul qadr. Pelbagai cara boleh dilakukan, yang mudah sambil tidur akan mendapat ganjarannya beritikaf di masjid. Nak lebih lagi dalam berwudhu, Nak lebih lagi baca qur an, Nak lebih lagi solat tasbih. Nak mudah dan lebih dalam keadaan berwhudu' bertafakur keatas ibadah, iman dalam diri atau memikirkan kebesaran Ilahi dan kekerdilan diri sendiri. Fikirkan dosa yang banyak dan amalan yang sedikit. Semoga mendapat keberkatan di malam 10 akhir ramadhan dan malam lailatul qadr.

Suasana seminggu sebelum hariraya

Sedikit gambaran di pekan lenggong
Cikgu Hasan

Ulaman untuk nasi kerabu

Ramainya penduduk lenggong ke pekan lenggong membeli keperluan harian termasuk hari raya.

Friday, September 11, 2009

Mencari dan beramal di lailatul Qadr

Menurut Imam Al-Ghazalli diketahui/diramalkan lailatul qadr itu dengan melihat hari awal bulan Ramadhan. Awal ramadhan tahun ini ialah pada hari sabtu kerana itu jangkaan lailatul qadr ialah pada malam 23 ramadhan. iaitu hari sabtu malam ahad 12hb.09.09.
Bagi orang mukmin, lailatul qadr merupakan bonus ganjaran janjian Allah yang tak terhingga. Bagi mukmin yang sejati juga setiap malam dalam ramadhan sentiasa dihiasi dan diwarna dengan taqwa. Mereka disepuluh akhir ramadhan ini sentiasa dengan lenangan air mata sedih yang ramadhan sudah sampai penghujungan dan akan berlalu.
Orang mukmin yang sejati hanya mengharapkan keredhaan Allah.
Semoga Allah menghiasi kefahaman kita dengan keinsafan, taqwa dan keikhlasan.
Selamat mencari keberkatan lailatul qadr.

Thursday, September 10, 2009

Pencarian kehidupan

Kita melihat kepada diri kita dan kita menyatakan kepada diri kita kemana tujuan kita. Kita melihat kepada segala kejadian Allah pada diri kita dan diluar diri kita dan kita hendaklah mengkaji sejauh mana dan semampu mana kejadian itu membawa diri kita menjadi insan yang bertaqwa.
Semua kejadian yang Allah jadikan terlalu banyak pengajaran. Semua aturan yang Allah tentukan terlalu banyak pengajaran. Semua pengajaran dari kejadian dan aturan Allah jika diambil secara ikhlas dan taqwa akan mengembalikan manusia itu kepada fitrah asal kejadiannya yang akan mendapat penerimaan Allah dalam keredhaanNya.
Pengambilan pengajaran dari kejadian dan aturan secara bersahaja dan sambil lewa serta ada yang menolak pasti akan mengundang kecelakan kepada diri sendiri.
Bulan ramadhan diwajibkan umat islam berpuasa. Janji Allah terlalu banyak dalam bulan ramadhan ini. Justeru itu kita boleh melihat pelbagai gelagat manusia dibulan ramadhan. Janji Allah yang maha luas juga cuba digarap oleh manusia. Dikatakan gembira dengan kehadiran ramadhan juga ada ganjaran. Bersedih dengan pemergian ramadhan juga ada ganjaran.
Kita melihat dalam itu pelbagai rupa gaya manusia. Tetapi pokok yang paling utama ialah kefahaman dan keikhlasan. Kenapa seseorang itu berasa gembira dengan kehadiran ramadhan kalau sekadar hendak menunjuk-nunjuk saja itu makna tidak ikhlas.
Hari ini kita melihat bermacam-macam cara manusia menunjukkan gelagat. Dengan pesta makan seperti pasar ramadhan yang dah bertukar menjadi bazar. tempat menjual boleh diluaskan tapi dibiarkan sempit supaya dalam bersimpang siur itu berlaga bahu. seronok sedang ketika itu kita berpuasa. Ada yang bersimpang siur tak membeli sebarang jua makanan. Ditambah pakaian gadis-gadis yang muda belia yang ketat metat.
Pembelian juadah pula mengikut selera. sedangkan keperluan tak sebegitu. yang lebih dibuang sebagai pembaziran. sedangkan kita berpuasa. Apakah pengertian puasa kita. Belum pun apa-apa kuih muih raya sudah berlambak-lambak. Duduk dirumah tak boleh kena keluar nak tengok orang.
Dikatakan juga memberi makan orang yang berpuasa besar ganjarannya maka ramai yang berbelanja menyediakan makanan untuk di edarkan kepada kaum kerabat dan jiran dapat merasa. Bagus amalan itu tetapi garisan sempadan jangan membazir kerana pembaziran akan menghapuskan kebagusan itu.
Dalam bulan ramadhan ramai yang ke mesjid bersolat terawih. ada juga yang berbuka di mesjid. ada more dan bepakat pula nak buat more. Orang tertentu akan booking hari dan tarikh tertentu untuk menyediakan more.
Sekali lagi diingatkan supaya batasan sempada dan panduan perlu dijaga. Jangan dipersiakan keberkatan dengan selitan kepentingan sendirian yang bermotifkan keuntungan sementara.

090909

Semalam saya copy paste from yahoo pasal 090909, harini tengok yahoo sekali lagi dan ada cerita berikut pula.
Begitulah berbagai ragam manusia yang boleh diperhatikan. semuanya memberi warna yang tersendiri.

Wednesday, September 9, 2009

Menanti Lailatul Qadr

Menurut catatan Imam Alghazalli, diketahui akan lailatul Qadr itu dengan melihat kepada hari permulaan ramadhan. Sebagai panduan oleh kerana tahun ini awal ramadhan pada hari sabtu maka dijangkakan lailatul Qadar itu pada malam 23 ramadhan. Namun itu ketentuan dan ilmu sebenarnya dalam ilmu Allah.
Semoga orang yang beriman akan menghayati ramadhan dan beramal dengan sepenuhnya ketaqwaan kepada Allah. Bekalan yang paling mudah untuk mendapat ketaqwaan itu ialah ilmu, ikhlas, zuhud, merendah diri. Jauhi dari melakukan kezaliman penipuan.

Afiq dan Atiq




Image indah

Corak pulau pasir di jambatan sungai Perak Bukit Sapi Lenggong.


Orang Lenggong

D Omar
M Unggal

09/09/09 Is So Special

Why 09/09/09 Is So Special
copy from yahoo
Heather WhippsSpecial to LiveScienceLiveScience.com heather Whippsspecial To Livesciencelivescience.com – Tue Sep 8, 10:46 am ET
Have special plans this 09/09/09?Everyone from brides and grooms to movie studio execs are celebrating the upcoming calendrical anomaly in their own way.
In Florida, at least one county clerk's office is offering a one-day wedding special for $99.99. The rarity of this Sept. 9 hasn't been lost on the creators of the iPod, who have moved their traditional Tuesday release day to Wednesday to take advantage of the special date. Focus Features is releasing their new film "9," an animated tale about the apocalypse, on the 9th.
Not only does the date look good in marketing promotions, but it also represents the last set of repeating, single-digit dates that we'll see for almost a century (until January 1, 2101), or a millennium (mark your calendars for January 1, 3001), depending on how you want to count it.
Though technically there's nothing special about the symmetrical date, some concerned with the history and meaning of numbers ascribe powerful significance to 09/09/09. For cultures in which the number nine is lucky, Sept. 9 is anticipated - while others might see the date as an ominous warning.Math magic
Modern numerologists - who operate outside the realm of real science - believe that mystical significance or vibrations can be assigned to each numeral one through nine, and different combinations of the digits produce tangible results in life depending on their application.
As the final numeral, the number nine holds special rank. It is associated with forgiveness, compassion and success on the positive side as well as arrogance and self-righteousness on the negative, according to numerologists.
Though usually discredited as bogus, numerologists do have a famous predecessor to look to. Pythagoras, the Greek mathematician and father of the famous theorem, is also credited with popularizing numerology in ancient times.
"Pythagoras most of all seems to have honored and advanced the study concerned with numbers, having taken it away from the use of merchants and likening all things to numbers," wrote Aristoxenus, an ancient Greek historian, in the 4th century B.C.As part of his obsession with numbers both mathematically and divine, and like many mathematicians before and since, Pythagoras noted that nine in particular had many unique properties. Any grade-schooler could tell you, for example, that the sum of the two-digits resulting from nine multiplied by any other single-digit number will equal nine. So 9x3=27, and 2+7=9.
Multiply nine by any two, three or four-digit number and the sums of those will also break down to nine. For example: 9x62 = 558; 5+5+8=18; 1+8=9.
Sept. 9 also happens to be the 252nd day of the year (2 + 5 +2)...Loving 9
Both China and Japan have strong feelings about the number nine. Those feelings just happen to be on opposite ends of the spectrum. The Chinese pulled out all the stops to celebrate their lucky number eight during last year's Summer Olympics, ringing the games in at 8 p.m. on 08/08/08. What many might not realize is that nine comes in second on their list of auspicious digits and is associated with long life, due to how similar its pronunciation is to the local word for long-lasting (eight sounds like wealth).
Historically, ancient Chinese emperors associated themselves closely with the number nine, which appeared prominently in architecture and royal dress, often in the form of nine fearsome dragons. The imperial dynasties were so convinced of the power of the number nine that the palace complex at Beijing's Forbidden City is rumored to have been built with 9,999 rooms.
Japanese emperors would have never worn a robe with nine dragons, however.
In Japanese, the word for nine is a homophone for the word for suffering, so the number is considered highly unlucky - second only to four, which sounds like death.
Many Japanese will go so far as to avoid room numbers including nine at hotels or hospitals, if the building planners haven't already eliminated them altogether.
The Most Popular Myths In Science
Review: Animated "9" Destined to Be Next Great Cult Film
World to End in 2012: A Hoax Gone Too Far?
Original Story: Why 09/09/09 Is So Special
LiveScience.com chronicles the daily advances and innovations made in science and technology. We take on the misconceptions that often pop up around scientific discoveries and deliver short, provocative explanations with a certain wit and style. Check out our science videos, Trivia & Quizzes and Top 10s. Join our community to debate hot-button issues like stem cells, climate change and evolution. You can also sign up for free newsletters, register for RSS feeds and get cool gadgets at the LiveScience Store.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288