sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Thursday, September 29, 2011
Pembalakan Hutan Simpan Piah- Di mana perginya?
Bantahan pembalakan hutan simpan piah
Penduduk Kampong Perihatin
Kampong Bukit Sapi,
Yang berkenaan,
BANTAHAN PEMBALAKAN DI KAWASAN HUTAN SIMPAN PIAH DAN SUNGAI SOH SERTA RANGKAIAN SUNGAI SOH.
Bahawa kami penduduk Kampong Bukit Sapi amat kesal dengan pembalakan yang sudah bermula di kawasan tersebut. Akibat dari kerka-kerja tersebut akan mengganggu sumber air kekampong kami ini. Disamping itu pembalakan ini akan merosakkan eko-system di kawasan tersebut.
Pembalakan ini juga akan mencemarkan alam sekitar. Kami berasa sedih dengan kegelojohan yang rakus untuk mengaut khazanah balak sehingga sanggup merosakkan alam sekitar dam sumber air bersih kepada penduduk kampong bukit sapi dan penduduk asal yang tinggal di Kg Lubuk Chupak.
Telah berpuluh-puluh tahun sumber air itu menjadi minuman kami dan kini hak asasi kami hendak dirampas oleh golongan yang rakus dan tamak.
Sekian diharap mendapat perhatian segera dari pihak-pihak yang bertanggung jawab
Jawatankuasa Bertindak
Membantah Pembalakan Hutan Simpan Piah