sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, September 28, 2012



Fiqh: Mati tanpa sempat bayar hutang

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,21 Sep 2012
Ustaz, mohon jawab dua persoalan di bawah ini.

1. Seseorang yang berhutang tanpa diketahui oleh warisnya, jika meninggal, tiada siapa yang melunaskan hutang tersebut bagi pihak dirinya, jadi bagaimana dosa hutang yang ditanggung tersebut, adakah diselesaikan di akhirat nanti dengan cara membayar pahala amalan kepada si penghutang

2. Semasa hidup, kalau kita merasakan kita ada hutang dengan seseorang pada masa lampau tetapi kita telah lupa siapa orang yang menjadi tempat kita berhutang itu, atau orang tersebut tidak diketahui di mana berada atau tidak diketahui berapa jumlahnya, adakah boleh kita melangsaikan hutang yang sudah dilupai itu dengan cara mengeluarkan sejumlah wang dan disedekahkan (umpamanya untuk pembinaan masjid) - sebagai pelunasan semua hutang yang tidak diingat itu. Wang itu diniatkan sebagai sedekah mewakili orang yang memberi hutang atau bagi pihak orang yang memberi hutang. Adakah hutang tersebut terlunas dengan cara itu.

Terima kasih.

Jawapan;

1. Terdapat hadis menegaskan;

“Sesiapa mengambil harta orang lain dengan keinginan untuk membayarnya, Allah akan membayar bagi pihaknya. Sesiapa mengambilnya dengan keinginan untuk memusnahkannya (yakni tiada keinginan untuk membayarnya), Allah akan memusnahkannya” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah RA. Soheh al-Bukhari, Kitab al-Istiqradh…, hadis no. 2387).


Menurut penjelasan ulama, maksud “mengambil harta orang lain” merangkumi mengambilnya sebagai hutang, mengambilnya untuk menyimpanya (wadi’ah), melalui melalui satu bentuk mu’amalah atau lain-lainnya. Ia tidak terikat dengan mengambil secara zalim sahaja. Maksud; “dengan keinginan untuk membayarnya” ialah; berniat untuk membayarnya ketika di dunia.

Maksud “Allah akan membayar bagi pihaknya” ialah; Allah akan membantunya untuk membayarnya atau Allah akan melapangkan rezekinya sehingga dia dapat membayar hak orang lain sebelum kematiannya. Atau boleh juga difahami dengan maksud doa daripada Nabi SAW, iaitu; “Semoga Allah akan membayar bagi pihaknya”. Menurut Imam al-Munawi; makna zahir hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa berniat untuk menunaikan/membayar (hutang kepada orang lain yang tertanggung atas bahunya), kemudian dia mati sebelum sempat membayarnya kerana kesusahannya atau kerana matinya secara tiba-tiba, Allah tidak akan mengambil daripada kebaikan-kebaikannya di akhirat (untuk dibayar kepada pemilik hutang tadi), akan tetapi Allah akan menjadikan pemilik hutang redha kepadanya (dan tidak menuntut haknya)” (Faidhul-Qadier, hadis no. 8351).

Maksud “mengambil dengan keinginan untuk memusnahkannya” ialah mengambil hak orang lain tanpa berniat membayarnya. Maksud “Allah akan memusnahkan hartanya” ialah; Allah akan memusnahkan hartanya di dunia dengan mentakdirkan banyak berlaku dugaan kepadanya, kerugian demi kerugian, musibah dan terhapusnya barakah, dan di akhirat pula Allah akan menghukumnya kerana hak orang lain tersebut.

Abu Hurairah RA menceritakan; Suatu hari Nabi SAW pernah bertanya sahabat-sahabatnya; ‘Tahukah kamu siapa orang muflis?’. Mereka menjawab; ‘Orang muflis mengikut kefahaman kami ialah seorang yang tidak memiliki wang (untuk membayar hutangnya) dan tidak pula memiliki barang (untuk digadai bagi membayar hutangnya)’. Lalu Nabi bersabda; “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditapukkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (HR Imam Muslim. Soheh Muslim, kitab al-Birri wa as-Shilah wa al-Adab, hadis no. 2581).
2. Untuk soalan kedua; hendaklah berusaha mengingati siapa pemilik hutang tersebut,kemudian mencarinya dan menyerahkan kembali wangnya. Jika dia sudah meninggal hendaklah diserahkan kepada waris-warisnya. Jika masih tidak berupaya mengingati siapa pemilik hutang itu atau dia tidak dijumpai setelah puas mencarinya dan begitu juga waris-warisnya juga tidak dijumpai, hendaklah duit hutang itu disedekahkan kepada fakir miskin atau kepada mashalah-maslahah am agama dan kaum muslimin (pembinaan masjid, imarah masjid, pengajian Islam, program dakwah dan seumpamanya) dan diniatkan sedekah itu untuk pemilik hutang tersebut. Namun jika setelah disedekahkan hutang tersebut, tiba-tiba muncul pemiliknya, wajib dibayar hutangnya dan pahala sedekah tadi berpindah menjadi milik orang yang memberinya.

Rujukan;
1.Faidhul-Qadier (Syarah al-Jami’ as-Saghier), Imam al-Munawi, hadis no. 8351.
2.Minhatul-Bari Fi Khidmati Soheh al-Bukhari (Syeikh Mustafa al-Bugha), hadis no. 2275.
3.Subulus-Salam (Syarah Bulughul-Maram), kitab al-Buyu’ Abwab; as-Salam wa al-Qardh wa ar-Rahn, no. hadis 876.
4.Fatwa Muhammad Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com), no. 132202.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/


Fiqh: Masalah penama, insurans dan pinjaman

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,26 Sep 2012
Soalan;
1. Harta yang kita dan isteri miliki sekarang, contohnya kereta, rumah, wang atau tanah, perlukah diletakkan penama atau orang yang akan mewarisinya kelak jika kita meninggal dunia. Jika diletakkan, adakah akan dikira sebagai hibah, atau dikira harta pusaka yang wajib dibahagi mengikut hukum faraid setelah peninggalan kita. Jika tidak diletakkan penama, apakah risiko yang akan kita hadapi setelah meninggal nanti. Untuk kereta dan rumah yang dibeli secara pinjaman, wajibkah kita mengambil insurans hayat untuk diri kita bagi keperluan jika ketiadaan kita nanti, baki pinjaman tersebut ditanggung oleh pihak insurans dan kita tidak lagi menanggung hutangnya setelah meninggal dunia.

2. Jika kita telah memiliki pinjaman untuk membeli keperluan berbentuk hajiyat atau dharuriat seperti rumah dan kereta, haruskah kita membuat pinjaman ketiga, contohnya pinjaman peribadi untuk membeli rumah bagi disewakan atau untuk keperluan perniagaan yang lain. Hal ini kerana pinjaman ketiga ini bukan lagi dharuriat, cuma sebagai menambah pendapatan sahaja, dan melalui tambahan pendapatan itu kita dapat menderma dan sebagainya. Hal ini kerana, walaupun sistem pinjaman Islam yang ada pada hari ini dan diamalkan oleh kebanyakan bank, kita dapati unsur-unsur penindasan masih lagi wujud, iaitu pinjaman yang berjumlah besar dan memakan tempoh yang lama contohnya RM200 ribu untuk tempoh selama 20 tahun, pihak bank mengenakan keuntungan hampir sama dengan jumlah pinjaman yang dipohon (walaupun pinjaman tersebut Islamik). Jadi, adakah harus menurut pendapat ustaz sendiri dan menurut pendangan Islam kita membuat pinjaman ketiga dalam keadaan seperti ini dan bukan untuk perkara yang dharuriat atau hajiyat seperti yg dinyatakan tadi.

Jawapan;
1. Perlu atau tidak meletakkan penama pada harta bergantung kepada maslahah pemilik harta dan waris-warisnya. Namun menurut fatwa ulama; Penama tidak lebih daripada pemegang amanah sahaja. Apabila berlaku kematian pemilik harta, penama wajib menguruskan harta tersebut dengan membahagikannya kepada waris-waris si mati. Ia tidak boleh dianggap hibah kerana hibah ialah pemberian ketika hidup dan hibah hanya dikira sah apabila telah diterima/dipegang oleh penerima hibah (yakni telah bertukar nama/milik kepadanya). Oleh kerana harta/wang yang ditinggalkan itu masih atas nama si mati, maka harta itu dianggap harta peninggalan si mati dan mesti diagihkan kepada waris-warisnya setelah ditolak hutang-hutang dan wasiatnya (jika ada).

2. Mengambil insuran (yang islamik; takaful atau sebagainya) untuk menampung hutang apabila mati kelak suatu yang baik untuk mengelak kita daripada masih menanggung hutang apabila mati kelak. Mati dengan menanggung hutang dan tidak ada orang/pihak yang sanggup mengambil alih hutang tetsebut, menyebabkan berlaku apa yang disebut oleh Nabi SAW dalam hadisnya;

"Roh orang beriman tergantung dengan hutangnya hinggalah dilunaskan bagi pihaknya" (HR Imam at-Tirmizi. hadis hasan).

Maksud "tergantung dengan hutangnya' ialah; darjat kemuliaan yang hendak diberikan kepadanya tertahan dengan sebab hutangnya di dunia yang belum dilunaskan hinggalah apabila hutang itu dilunaskan barulah darjah kemuliaan itu diberikan kepadanya" (Faidhul-Qadier, no. 9281).

3. Berhutang dengan bank hari ini tidak digalakkan kerana sistem yang dipakai ialah Bai' al-'Inah. Ia ditolak oleh jumhur ulama kerana mirip kepada riba dan dilarang oleh Nabi SAW dalam hadisnya;

“Jika kamu saling berakad jual beli secara ‘Inah dan kamu sibuk dengan ternakan lembu dan tanaman kamu sehingga kamu meninggalkan jihad, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kamu yang tidak akan hilang kehinaan itu selama kamu tidak kembali kepada agama kamu” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu 'Umar RA).

Bai’ al-‘Inah ialah seseorang menjual suatu barang kepada seorang yang lain dengan harga bertangguh, kemudian membeli semula barang itu daripada pembeli tadi dengan bayaran tunai tetapi dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualannya tadi. Contohnya; Ali menjual kepada Ahmad sebuah kereta dengan harga RM20 ribu dan dibayar tangguh. Kemudian Ali membeli semula kereta dari Ahmad dengan membayar tunai tetapi harganya RM 15000 sahaja.

Jual beli di atas menurut jumhur ulama (termasuk Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) adalah haram kerana ia adalah helah untuk menghalalkan riba iaitu pinjaman dengan syarat pembayaran lebih. Dalam kes di atas, seolah-olah Ali meminjamkan RM 15,000 kepada Ahmad dengan mengenakan pembayaran RM20,000. Penjualan barang dimasukkan hanya sebagai helah untuk menghalalkan pinjaman riba tersebut bukan menjadi maksud akad.


http://ilmudanulamak.blogspot.com/


Ungkit beri zakat

Ustaz Hamizul Abdul Hamid ,27 Sep 2012
Soalan: Bolehkah seorang pembayar zakat itu mengungkit-ungkit kembali pembayaran zakatnya? Misalnya dia merasa menyesal memberikan zakat tersebut kepada seseorang dan mahu agar orang yang diberikan zakat itu, merasa terhutang budi kepadanya dan mendengar arahan dan kehendaknya? Hal ini mungkin berlaku dalam segelintir masyarakat dan harap pihak ustaz dapat menjelaskan.

Jawapan: Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan. Ternyata, memang ada segelintir manusia yang bersifat sedemikian. Jika zaman dahulu, digambarkan oleh Allah SWT ada dalam kalangan manusia yang enggan menyerahkan zakatnya kerana merasakan harta itu adalah milik mereka 100 peratus; sedangkan ia adalah pinjaman dan amanah daripada Allah SWT semata-mata.

Kisah keengganan ini ada disebutkan, antaranya di dalam surah al-Qasas (mengenai keingkaran Qarun) dan juga di dalam surah at-Taubah, yakni kisah kemunafikan (berpura-pura) sebahagian manusia yang enggan berzakat apabila turunnya perintah daripada Allah SWT.

Merujuk kepada soalan di atas, adakah boleh seseorang itu mengungkit-ungkit pemberiannya? Dalam hal ini, perkara yang paling asas yang wajib difahami ialah, zakat itu adalah satu kewajiban hakiki dan perkara rukun di dalam agama Islam. Zakat wajib dipatuhi, sama ada atas nama suka rela, paksa rela atau apa sahaja namanya. Tiada jalan lain lagi bagi melepaskan diri.

Maka, seseorang muslim itu wajib mengeluarkan zakatnya apabila telah ada pada dirinya syarat-syarat wajib zakat yang sempurna, iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haulnya. Seandainya orang itu dengan sengaja mengabaikan kewajipan itu, maka di sisi Allah SWT dia dikira sudah melakukan dosa dan menurut fuqaha, pemerintah berhak ‘merampas’ hartanya jika keadaan memerlukan sedemikian.

Di dalam buku ‘Zakat, Teori, Kutipan Dan Agihan’, halaman 40, susunan Muhamad Uda Kasim, beliau telah menegaskan bahawa di dalam al-Quran ada dua tempat, iaitu pada surah az-Zariyat (ayat 19) dan juga surah al-Ma’arij (ayat 24 dan 25), yang menjelaskan bahawa sesungguhnya di dalam harta kekayaan yang dimiliki oleh setiap manusia itu, ada hak bagi orang-orang lain yang telah pun tertentu jumlahnya sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: “Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum, bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).” (al-Ma’arij: 24-25)

Sebenarnya, ayat di atas adalah kelanjutan daripada ayat sebelumnya yang berupa ancaman kepada orang-orang yang enggan menunaikan zakat hartanya.

“Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (daripada kebenaran). Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).” (al-Ma’arij: 17-18)


Kemudian, Allah SWT turut menegaskan bahawa inilah sikap sebahagian manusia dalam bab berharta, iaitu merasa bakhil dan berkeluh-kesah bahkan ada masanya enggan menunaikan amanah dan perintah agamanya.

Firman Allah SWT selanjutnya: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil dan kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.” (al-Ma’arij: 19-21)

Lalu, hanya mereka yang tetap menjaga solatnya dan tetap menunaikan zakatnya sahaja yang dijamin selamat oleh Allah SWT: “Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya, dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum, bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).” (al-Ma’arij: 22-24)

Sebenarnya, perasaan merasa mahu mengambil kembali harta zakat yang telah diberi itu merupakan manifestasi penyakit hati yang bersarang di dalam dada manusia. Itulah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai sifat bakhil atau kedekut. Walhal, hakikatnya harta itu bukan lagi harta mereka; ia adalah milik para asnaf zakat dan wajib diserahkan tanpa mengharapkan sebarang imbalan.

“Hak itu bukan merupakan hadiah atau sumbangan kerana kemurahan hati mereka (orang kaya), tetapi sudah merupakan hak orang tersebut (asnaf zakat). Justeru, penerima tidak boleh berasa rendah diri dan pemberi pula tidak boleh berasa lebih tinggi.” (Muhamad Uda Kasim, hal. 40)

Manakala, jika merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor, telah pun diputuskan bahawa setiap sen zakat yang telah disalurkan kepada penerima, maka tidak lagi boleh dituntut kembali oleh pembayarnya, kerana wang atau harta yang telah diberikan itu telah pun diniatkan sebagai zakat dan ia tergantung kepada niat berkenaan, yang mana setiap yang telah dizakatkan tidak boleh dituntut kembali (rujuk Fatwa No. (75) dlm Mufti Sel 100-5, Jld 6, bertarikh 19 Oktober 2009).

Kesimpulannya, adalah ditegah bagi orang yang telah menyerahkan harta zakatnya untuk mengambil kembali pemberiannya atau pun mengungkit-ungkitkan kembali soal pemberiannya itu dengan maksud memperoleh penghormatan dan sebagainya. Ia adalah perintah Allah SWT yang wajib ditunaikan kepada lapan asnaf yang berhak ke atasnya apabila telah cukup segala syaratnya.

Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

http://www.hamizul.com/ 


Bergerak yang membatalkan solat

Dr Zaharuddin Abdul Rahman,27 Sep 2012
Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.

Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Pendapat ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:

Maksudnya: “Ulangi solatmu dan solatlah sesungguhnya engkau belum menyempurnakan solatmu. Kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.” (Riwayat al-Bukhari)

Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil daripada itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakan besar menurut mazhab Syafie.

Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.

KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.

KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.

KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau;

Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.

Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.

www.zaharuddin.net

Monday, September 24, 2012

Makna bacaan dalam solat.
Allah Maha Besar   

Doa Iftitah 

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 


Al-Fatihah 

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk 

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. 


Bacaan ketika bangun dari rukuk 

Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 


Bacaan ketika iktidal 

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 


Bacaan ketika sujud 

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku. 


Bacaan ketika Tahiyat Awal 

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 


Bacaan ketika Tahiyat Akhir 

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 


Doa Qunut 

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 



"wahai tuhan ku 
aku  tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"
ZIKIR SEMASA HAMIL
Sumber: Zaafarani Zahirul Haq

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buat ikhwah sekalian...

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul "Wirid Ibu Hamil" karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-'A'raaf : Ayat 54 - 56
Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu 'Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum...dan seterusnya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2izPOZ1y0cF7t9jaexJQ8zo9q2TAxYme5eIa0oexqhhzgpRrk12PxRnjREuICJrGCu0GZdH74R3prNcX5neVHnwI8uwD7FxZd417plbGqJ9vT7VZlpbo8_KXvNyxtatVlR0riDxESXPIh/s400/1.png
Al-A'raaf : 54 - 56

serta memohonkan perlindungan kepada Allah dengan mua'wwidzatain iaitu,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPggB1sRPiRaLF9PEEY224kBDXgv7N_Omnq2JXgKQIP9dHDTuidqr6zH-DyhyphenhyphengHANhs3LvKOIB_eopMGwFYv8BYC3dlmRKyXwQSgDGWvG68sxTI-CvDNhWkguV4sKQq3LO0_QDU_vZ3bPO/s400/2.png
Surah Al-Falaq
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikdi5Hd7ipDEgngkquEVHPRD1wNlVt-2YRY_TDpyx1r2aVrCh-wXLdDd38p38GpCmHsEThK6IwI3SfNPTsQ16PUPHiEglX5FxSoWC0QxeStHKHIj0pfrHDRkEBtAAxhuXbrJj4DCP2oX76/s400/3.png
dan Surah An-Naas.

Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawaa'id Al-Musnad dengan sanad hasan dari Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam membacakannya pada seseorang yang terkena penyakit gila ( kesurupan ).


2. Membaca Surah Al-Ahqaf : 35, An-Nazi'at : 46, Yusuf : 111
Imam Ibnul Qoyyim Raahimahullah dalam kitab Zaad Al-Ma'ad (IV/357) dan Ath-Thibb An-Nabawi ( h. 530 ) menyebutkan bahawa Ibnu Abbas Raadhiyallahu 'Anhu berkata, "Jika seorang wanita mengalami kesukaran melahirkan, handaknya ia mengambil sebuah wadah yang bersih lalu dituliskan ayat berikut ini ( untuk dimasukkan kedalamnya. )

Ayat tersebut adalah :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcRZwTq2hpzRM9VuNk2OuzDlzyA1-47Gi9GmulxNiTKGv3GVZCar1OiYwKSue8N0ZLzmsXzwKQsLkqzq_zEIKORTa5UTer84coXBaZGayMVFsFGmo4bts2_GjObe39tNyUL7wtbGBMKkek/s400/4.png
Q.S Surah Al-Ahqaaf : 35
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNDNUOsrd3I8q8zptUZPKptSXCLaOyQYK7aki2D_xTChMS5aHobEx5PjwGty9EquxI0cxe1PO3XMcVyTtsgQ6ouf6BYpCqO59ihUiVVNe0-8CedSDs9m_CnKmoAJtT1u5TjjJ6pbcWDrcb/s400/5.png
Q.S An-Naazi'aat : 46,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaY_Fhn6ZYDzP3L5t1l13n4V8DRa_pG5AddpdJiv98IGQkL6HnWSyeQm5Ep_kNu7g1EjQY_WbrzVP-SheVcZpb5nOtlvrd-VpZN79uL0r8EGBeL9SBLGz5L-TMupUyrTJ3bn4hAT_EcESN/s400/6.png

Q.S Yusuf : 111.

Kemudian, air tersebut dibasuhkan dan diminumkan serta disapukan pada bahagian perutnya.

Disebutkan juga dalam kitab Al-Manhal Ar-Rawiyy karangan Ibnu Thulun ( h. 352 ) dan Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/170 ). Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Ad-Da'awat dari Ibnu Abbas secara mauquf. Abu Bakr al-Mawarzi mengatakan," Pernah ada seseorang yang datang menemui abu 'Abdillah lalu ia berkata," Wahai Abu Abdillah, apakah engkau berkenan menuliskan ayat untuk seorang wanita yang mengalami kesukaran melahirkan anaknya sejak dua hari lalu?" Ia kemudian berkata, "Katakan kepadanya agar menyiapkan wadah yang lebar dan za'faran. Saya melihatnya perlu melakukan hal itu tidak hanya sekali."
Lihat Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/358 ).

Sementara itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Fatawa ( XIX/64 ) mengatakan, "Orang yang terkena suatu penyakit boleh dituliskan untuknya ayat-ayat dari kitab Allah dan dimasukkan ke dalam bejana yang berisi air kemudian diminumkan kepada pesakit. Demikian seperti ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ulama lainnya,"

Dan banyak lagi doa lainnya yang boleh dibaca. Semuga yang sedikit ini bermanfaat.

Juga boleh membaca buku "Menanti buah hati + Hadiah untuk Yang Dinanti, Darul Qalam, Jakarta oleh al-Ustadz Abdul Hakim dimana dijelaskan bagaimana kewajiban orang tua terhadap anaknya ketika menyambut si buah hati lahir hingga mendidiknya disertai dalil-dalil yang InsyaAllah dapat dipertanggungjawabkan, misalnya bagamaina hukum mengadzankan ketelinga si anak ketika lahir yang banyak diyakini para orang tua sebagai perkara wajib dilakukan, masalah aqiqah, memberi nama, dan Bid'ah-bid'ah yang dianggap baik yang berhubungan dengan judul diatas.
Rassulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira 
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka 
buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa 
kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 

Huraian hadith: 
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup 
mahupun yang sudah tiada ) 
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa 
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan 
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki 
Oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya: 
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa 
Doakan ibu bapa kita setiap hari 
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita 
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) 
InsyaAllah 
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, 
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba .Allahhuakhbar. . 

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu) 

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup) 

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah....... 
Persinggahan terakhir sebelum perhitungan besar dalam perjalanan manusia menuju Ilahi.













,


Day of Judgment-  6 lines

When there is only a single star left in the sky.
At that very moment, the path of forgiveness will close.
The writing in the Quran will vanish.
The sun will lower itself with the earth.

Prophet Muhammad saw said, 'Who ever delivers this news to someone else,
I will on the Day of Judgement make for him a place in Jannat.'
Please pass this to every Muslim you know

Inikah Kita Di Hadapan Allah?
Yesterday at 5:04pm
"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Inikah Kita Di Hadapan Allah?
Yesterday at 5:04pm
"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/
Perjalanan kehidupan manusia untuk kembali kepada khaliknya.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :, 

"Jaminlah bagiku enam perkara,
maka aku akan menjamin bagimu surga; 


- Jujurlah jika kalian berbicara,
- Tunaikanlah jika kalian berjanji,
- Laksanakanlah jika kalian diamanahi,
- Jagalah kemaluan kalian,
- Tundukkan pandangan kalian, dan
- Cegahlah tangan kalian."
 

(( Hadist Riwayat Imam Ahmad
Ibnu Hibbanal-Hakim yang lainnya,
diterima dari Ubadah bin Shamith –Radhiyallahu 'anhu-
(lihat as-silsilah as-shahihah, Syaikh Al Albani rahimahullah. No 1470))
 

*Kajian bersama penulis (Syaikh Prof. Dr. Abdurrazzak bin Abdulmuhsin al-Badr
 hafidhahullah ta'ala),
bisa diikuti secara langsung di Radio RODJA 756 KHz, atau melalui steaming di www.radiorodja.com
 
Diterjemahkan oleh ust.Firanda, dan ada soal jawab interaktip diakhir kajian,
 
Ikuti pada setiap malam Senin dan malam Selasa mulai jam 20.00 WIB,
 
Untuk kajian ulangan bisa diikuti setiap hari Kamis dan Jum'at pagi
 

Jaminlah Bagiku Enam Perkara, Aku Jamin Bagimu Surga

Oleh Syaikh Prof. Dr. Abdurrazzak bin Abdulmuhsin al-Badrhafidhahullah ta'ala


Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas
pemimpin para Rasul, Nabi kita Muhammad. Juga atas keluarganya dan
seluruh para sahabatnya. Wa ba'du.


Termasuk sesuatu yang dimaklumi oleh seluruh manusia bahwa kata
"jaminan" akan anda dapati di kalangan manusia mendapat perhatian yang
sangat besar. Kata ini senantiasa mengiringi aktifitas jual beli dan
perniagaan mereka. Barang dagangan yang memiliki jaminan akan mendapat
tempat tersendiri dibanding barang-barang yang tidak memilikinya. Ini
menunjukkan, betapa tingginya perhatian manusia terhadap sesuatu yang
memiliki jaminan tertentu, melebihi sesuatu yang tidak demikian,
dengan perbedaan-perbedaan yang besar dari sisi-sisi kebenaran jaminan
tersebut. Oleh karena itu, perhatian manusia terhadap hal ini semakin
besar lagi. jika pemilik jaminan adalah orang yang dikenal memiliki
sifat jujur, tepat janji dan amanah, maka perkara-perkara yang
dengannya jaminan itu akan didapatkan, akan menjadi perkara yang
mudah, tidak menyusahkan dan memberatkan manusia.


Bagaimana jika pemilik jaminan itu adalah Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam. Orang yang benar dan dibenarkan. Orang yang tidak
bertutur kata dengan hawa nafsunya, melainkan ia adalah wahyu yang
diwahyukan kepadanya. Dan bagaimana juga jika yang dijaminkannya
adalah surga, yang luasnya seluas langit dan bumi. Yang isinya adalah
sesuatu yang tidak pernah ada satu matapun yang pernah melihatnya,
tidak ada satu telinga pun yang pernah mendengarnya dan tidak pernah
terlintas sedikitpun dalam hati manusia. Bagitu juga bagaimana jika
perkara-perkara yang dengannya dapat diraih jaminan ini adalah
perkara-perkara mudah, perbuatan-perbuatan ringan yang tidak
membutuhkan kerja keras dan beban berat.


Maka, renungkanlah –semoga Allah menjagamu- satu hadis tentang jaminan
yang agung ini. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya, Ibnu Hibban
dalam Shahihnya, al-Hakim dalam Mustadraknya dan yang lainnya,
diterima dari Ubadah bin Shamith –Radhiyallahu 'anhu- dari Nabi
Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Jaminlah bagiku enam
perkara, maka aku akan menjamin bagimu surga; jujurlah jika kalian
berbicara, tunaikanlah jika kalian berjanji, laksanakanlah jika kalian
diamanahi, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan
cegahlah tangan kalian." (lihat as-silsilah as-shahihah, Syaikh
al-Bani –rahimahullah. No 1470)


Sesungguhnya ia adalah jaminan dengan jaminan dan penunaian dan penunaian.


"Jaminlah bagiku enam perkara, maka aku akan menjamin bagimu surga"


Enam amal yang sangat mudah, enam perkara kebaikan yang sangat ringan.
Orang yang memperbuatnya dalam hidupnya dan menjaganya hingga akhir
hayatnya, maka surga terjamin baginya. Perjalan kepadanya adalah
sesuatu yang pasti dan terjamin.


"Dan didekatkanlah surga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada
tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu,
(yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi
memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya). (Yaitu) orang yang takut
kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya)
dan dia datang dengan hati yang bertaubat, masukilah syurga itu dengan
aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang
mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.
(QS. Qaaf [50]: 31-35)


* Jujur dalam berkata


Seorang mukmin adalah orang yang jujur dan tidak mengenal kata dusta.
Ia senantiasa menjaga kejujuran dalam hidupnya hingga hal itu
mengantarkannya kepada surga. Dalam hadis, "Hendaknya kalian berlaku
jujur, karena jujur mengantarkan pada perbuatan baik, dan perbuatan
baik akan mengantarkan pada surga. Seseorang yang senantiasa jujur,
bersungguh-sungguh memilih kejujuran, hingga Allah akan menetapkannya
sebagai orang jujur." (HR Muslim)


* Menunaikan janji dan komitmen terhadap akad


Ini adalah salah satu sifat orang-orang mukmin dan ciri orang-orang
yang bertakwa. Mereka tidak mengenal ingkar dalam janji dan khianat
dalam akad. Sifat menepati adalah sifat pokok dalam bangunan
masyarakat islam, karena ia berhubungan dengan seluruh jenis pergaulan
manusia. Seluruh bentuk interaksi manusia, hubungan-hubungan sosial
dan jenis-jenis transaksi sangat ditentukan oleh sifat ini. Jika sifat
ini hilang, hilang  pulalah kepercayaan, hubungan manusia menjadi
buruk dan saling curiga akan merebak.


* Melaksanakan amanah


Ia adalah diantara karakter positif terbesar, yang Allah memuji para
pelakunya. Ia adalah diantara bentuk kesempurnaan iman seseorang dan
kebaikan Islamnya. Dengan karakter amanah, maka agama, kehormatan,
harta, jasad, jiwa, ilmu dan yang lainnya akan terjaga. Dalam hadis,
"Seorang mukmin itu adalah orang yang manusia merasa aman dengannya
atas harta dan jiwa mereka" (HR Ahmad). Jika amanah telah tersebar
dalam masyarakat, maka jalinan antar mereka akan menjadi agung,
pertaliannya akan menjadi kokoh serta kebaikan dan berkah akan
meliputinya.


* Menjaga kemaluan


Maksudnya menjaga kemaluan dari perbuatan haram dan menjaganya agar
tidak terjatuh pada kebatilan. "dan orang-orang yang menjaga
kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang
mereka milik; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas." (QS. Al-Mukminun [23]: 5-7). Menjaga kemualuan
berarti menjaga keturunan dan nasab, mensucikan masyarakat dan menjaga
keselamatan dari segala bahaya dan penyakit.


* Menundukkan pandangan


Maksudnya dari melihat yang diharamkan. Allah berfirman, "Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah
lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya…" (QS. An-Nur [24]:
30-31). Menundukkan pandangan memiliki faidah yang agung. Ia akan
mewariskan pada seorang hamba kelezatan iman, cahaya hati, kekokohan
kalbu, kesucian jiwa dan keshalehannya. Padanya terdapat pencegah dari
prilaku mencari-cari yang diharamkan dan kerinduan terhadap kebatilan.


* Menahan kedua tangan


Maksudnya adalah dari menyakiti sesama, atau menyebabkannya tertimpa
keburukan. Orang yang menyakiti hamba-hamba Allah akan mendapat murka
Allah, mendapat murka manusia dan masyarakat akan menjauhinya.
Perbuatan ini adalah wujud dari akhlak buruk dan etika yang rendah.
Sebaliknya, jika seseorang menjaga tangannya dari menyakiti sesama,
maka itu adalah bukti atas kecerdasan akhlaknya, kemuliaan etikanya
dan kebaikan pergaulannya. Ia pun akan mendapatkan janji Allah yang
sangat agung kerena hal itu. Apalagi jika seseorang itu akhlaknya
semakin tinggi, etikanya semakin mulia.  Tidak hanya tidak menyakiti
sesama, hingga dengan akhlaknya itu ia justru menyingkirkan sesuatu
yang membahayakan dari jalan yang dilalui orang-orang mukmin. Imam
Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dari Abu Hurairah, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Seseorang melewati ranting
pohon di jalan, kemudian ia berkata: "demi Allah sungguh aku akan
menyingkirkan ini agar tidak menyakiti orang-orang muslim" kemudian ia
dimasukkan ke dalam surga." (HR Muslim)


Itulah beberapa pintu surga yang tinggi, menaranya sangat nampak dan
jalannya sangat mudah. Hendaknya kita menggunakan kesempatan itu
sebelum ia tiada. Hendaknya kita memperbanyak kebaikan untuk diri kita
sebelum kita wafat. Semoga Allah membantu kita semua meraih tempat
mulia itu, memberi petunjuk (taufik) pada setiap kebaikan. Shalawat
dan salam atas Nabi kita Muhammad, para keluarganya dan seluruh para
sahabatnya.


(Diterjemahkan oleh Abu Khaleed Resa Gunarsa
Sumber : http://www.al-badr.net/web/index.php?page=article&action=article&article=3 )

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288