sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, September 25, 2014

Dari Dari e-mail

Dari e-mail

Friday, September 12, 2014

MASA DEPAN MILIK MUSLIM

Benar kata dia walaupun dia Ortodok.
USKUP AGUNG RUSIA: MASA DEPAN MILIK MUSLIM
"Inilah Rusia. Seorang yang sangat arif dan memahami realiti yang bakal mendatang.." - AL FAEDAH
Dalam khutbah yang dilaporkan berlaku di sebuah gereja di Moscow pada hari Ahad, Uskup Agung Kristian Ortodoks Rusia Dmitri Smirnov berkata masa depan adalah milik umat Islam selepas membandingkan mereka kepada orang Kristian.
Menceritakan pengalaman yang dikongsi bersama oleh seseorang wanita tua dalam kongregasi gerejanya, beliau berkata bahawa seorang pemandu teksi Islam tidak pernah mengambil wang ketika mengambil nya untuk ke gereja, manakala pemandu Kristian hanya berminat dengan wang.
"Seorang anak tidak akan sanggup mengambil wang samasekali dari ibunya, terutamanya sekali jika tujuannya untuk pergi bersembahyang,' kata Uskup Agung itu ketika memetik kata-kata seorang pemandu teksi Islam, sebaliknya seorang pemandu Kristian akan berkata 'Ini adalah kerjaya saya!'
"Seseorang pemandu Muslim yang membawa anda untuk perayaan Easter atau apa perayaan sekalipun, adalah lebih hampir kepada akhlak Al-Masih (Nabi 'Isa alaihis-salam) daripada seorang Kristian yang hanya berminat dengan wang,' kata Smirnov kepada kongregasinya, 'kerana pemandu Kristian tidak mempunyai belas kasihan, kasihan atau kebaikan di dalam hatinya.'
'Seorang Muslim tidak berminat untuk mengambil kesempatan dari perempuan tua itu. Sebaliknya, ia akan menawarkan diri untuk membawanya kemana-mana, ke kedai dobi, ke pusat setempat membayar bil-bil, membawanya ke pasar, membawa beg beliau hatta sanggup menghantarnya sehingga ke depan lif jika ada lif di apartmenya," kata Smirnov.
Smirnov seterusnya berkata: "Atas sebab ini, masa depan itu bakal menjadi milik umat Islam. Masa depan adalah milik mereka.
Mereka akan menguasai tanah ini, kerana orang Kristian hari ini tiada lagi memerhatikan perkara-perkara sebegini."
'Malah, semasa perayaan-perayaan mereka orang-orang takut untuk memasuki kawasan mereka (di Moscow) kerana beribu-ribu anak-anak muda Islam jatuh berlutut dan menyembah Tuhan. Di manakah anda melihat sedemikian ramainya kaum lelaki Ortodoks? Malah anda tidak akan melihat mereka di mana sahaja pada bila-bila masa dengan sedemikian cara," katanya membuat kesimpulan.
Sehingga 15% daripada orang di Rusia adalah Islam dan Islam adalah agama kedua terbesar di negara ini. Di sesetengah tempat di Utara Kaucasus dan wilayah Asia Tengah, Islam adalah agama utama. Kira-kira dua juta orang Islam juga tinggal di ibukota Moskow.

Wednesday, September 3, 2014

Jangan keras kepala hingga Selangor dimageran

SUBKY LATIF | .
HAL yang saya paling takut kiranya ganti TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak dapat diselesaikan segera ialah Selangor dimageran baik oleh Parlimen atau apa-apa juga kuasa yang difikirkan oleh Peguam Negara.
    
Kalau hasrat Istana bagi mendapatkan lebih dua calon ditolak oleh PKR/DAP, atau beri saja mana-mana nama ADUN PKR, tuan badan menolak atas apa jua alasan, sementara Istana bertegas mahukan tiga nama juga, penggantian itu akan buntu.
   
Macam-macam boleh dicadangkan bagi mencari jalan keluar tetapi jangan sampai berlaku seperti yang terjadi di Kelantan hujung tahun 70-an. Parlimen mengisytiharkan Mageran mengambil alih pentadbiran negeri untuk ditadbirkan oleh kerajaan persekutuan.
   
Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir yang kalah dalam undi tidak percaya di DUN sebelumnya dikekalkan sebagai Menteri Besar yang tidak berkuasa. Pentadbiran dijalankan oleh seorang pegawai kanan kerajaan pusat.
  
DUN Selangor belum sampai bersidang untuk undi tidak percaya kepada Khalid kerana dia sudah sedia berundur dan sekarang hanya MB sementara bagi meneruskan urusan kerajaan sehingga MB baru dipilih.
   
Majoriti ADUN PAS Kelantan sudah meluluskan undi tidak percaya kepada MB-nya, tetapi secara gila-gila. Walaupun PAS telah mengikut proses demokrasi dan perlembagaan tetapi Parlimen boleh mengatasinya.
    
ADUN terus ada dan dapat elaun, tapi tak dapat buat apa-apa kerana kerajaan adalah dalam tangan kerajaan pusat. Empat bulan kemudian kerajaan Mageran Kelantan DUN dibubar, pilihan raya negeri diadakan, PAS kalah teruk.
    
Janganlah hal yang berlaku di Kelantan itu berulang pula di Selangor kiranya semua pihak berkeras kepala. Sultan tidak rugi apa-apa kalau permintaan baginda tidak dipenuhi, yang tidak dapat buat apa-apa ialah orang yang hendak membuang Menteri Besar dan belum dapat gantikan lagi walau Khalid bila-bila masa sedia kosongkan pejabat.
   
Kalau sampai sebulan atau beberapa bulan tidak ada Menteri Besar baru, jika ada sidang Raja-Raja, Khalid juga akan mengiring Sultan.
  
Kita mungkin boleh bincang isu undang-undang dan perlembagaan. ADUN PAS Kelantan tidak langgar undang-undang tetapi Hussein Onn dan Dr. Mahathir boleh minta Parlimen daruratkan negeri itu.
  
Kalau buntu itu terlalu menyolok mata dan lama, hingga semua orang meluat, jangan salahkan Putrajaya jika ia mengambil langkah seperti di Kelantan dulu.
  
Banyak yang tahu bukanlah mudah bagi BN mengambil semula Selangor walaupun Pakatan dalam krisis, tetapi apakah peluang yang baik lagi untuk mengambil semula negeri selain daripada membuat apa yang orang tidak terfikir.
  
Jika Selangor didaruratkan, tidak diketahui berapa lama ia ditadbir oleh pusat. Jika dirasakan BN boleh ambil cepat, ia akan adakan pilihan raya cepat. Jika payah untuk mengambilnya, maka dilamakan pentadbirannya. Yang penting bagi BN ialah bagaimana Selangor boleh ditadbirnya baik melalui pilihan raya atau tidak.
  
Jika semua keras kepala, seronoklah Umno.
 
ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani memberitahu saya sebelum meletup isu membuang khalid, dia telah bercakap dalam sidang DUN tentang pelan BN untuk mengambil Selangor seperti Perak. Semua isu yang dicampakkan pada MB itu adalah antaranya. Dia seperti berkata betul.
  
Apapun jangan tukar Langkah Kajang jadi Langkah Kiri hingga Mageran berulang. Sekarang semua telah meluat dengan kejadian di Selangor itu. – HARAKAHDAILY 2/9/2014

Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS

MOHAMAD SABU | .
POLITIK kerjasama dengan pelbagai ideologi, bangsa, kaum dan pertubuhan bukan kerajaan di Tanah Melayu (Malaya) dan di Malaysia bukanlah satu perkara baru - pelbagai pertubuhan politik dan NGO pernah bergabung pada 1947, antaranya parti-parti seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), badan-badan agama, pertubuhan-pertubuhan Cina, India bergabung untuk menuntut merdeka, dan Perlembagaan Rakyat telah dikemukakan.

Mereka bersatu sehingga dapat membuat tindakan mogok di seluruh negara untuk menghadapi penindasan dan pemerintahan British.

British yang menjajah Malaya pada waktu itu terasa amat tergugat, lalu selepas itu diisytiharkan darurat, maka pertubuhan-pertubuhan seperti  PKMM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) diharamkan, kecuali yang diizinkan untuk terus beroperasi adalah Umno.

Parti Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol juga diharamkan oleh pihak British. Pemimpin-pemimpin PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin kebanyakannya meringkuk di dalam penjara.

Perkara yang hendak saya tekankan di sini, ialah bersatunya, muafakat, “tahalluf siasi” telah menyebabkan pemerintah tergugat pada waktu itu. Ia berlaku sehinggalah pada 1957, dan British meninggalkan tanah air dan memberikan kemerdekaan kepada Malaya yang diketuai oleh Umno untuk mengambil alih pemerintahan Malaya merdeka bersama-sama dengan MCA dan MIC.

PAS bertanding di dalam pilihan raya bersama parti-parti politik lain yang kuat pada waktu itu, iaitu Parti Buruh, Parti Negara, Parti Sosialis dan Parti Rakyat. Kalau kita lihat sejarah kejayaan PAS dalam pilihan raya, ialah apabila berlakunya pakatan atau “tahalluf”.

Pada 1959, PAS berjaya menang dan menguasai dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu apabila ada muafakat politik terutama dengan Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar yang menyebabkan pada pilihan raya pada tahun 1959 itu, PAS dapat menguasai Kelantan dan juga Terengganu.

Mana kala pada pilihan raya tahun 1969, tidak ada permuafakatan terbuka, tetapi antara pembangkang ada persefahaman untuk menghadapi Parti Perikatan, maka PAS berjaya mencapai kejayaan di sebelah pantai Barat iaitu di Kedah, di Perak dan juga membuat kemajuan yang baik dari segi sokongan di negeri sebelah pantai Barat seperti di Selangor, Melaka dan juga beberapa negeri yang lain.

“Tahalluf” atau permuafakatan politik, PAS bersama dengan Barisan Nasional pada tahun 1974, tidaklah ia dapat diukur dengan kekuatan kerana pada waktu itu PAS telah bersama dengan parti pemerintah yang baru menghadapi situasi 13 Mei dan kesatuan rakyat terutama parti-parti politik berada dalam Barisan Nasional seperti Gerakan, PAS dan beberapa parti lagi.

Pada 1977 dalam bulan November, PAS telah disingkirkan daripada Barisan Nasional. Mana kala apabila berlaku pilihan raya pada tahun 1978 PAS telah menghadapi Barisan Nasional yang ber”tahalluf”  dengan BERJASA, maka PAS telah mengalami kekalahan yang teruk di Kelantan dan hilang kuasa untuk memerintah, PAS hanya memperoleh dua kerusi di Kelantan dan tiada memperoleh sebarang kerusi di Terengganu dan di Kedah pula PAS hanya memenangi beberapa kerusi Dun dan satu sahaja kerusi Parlimen.

Pada 1986, apabila berlaku peristiwa Memali secara umumnya orang-orang Melayu agak marah kepada pemerintah Barisan Nasional. Ceramah dan himpunan yang PAS anjurkan dan lakukan mendapat sambutan yang begitu hebat terutama di negeri Kedah, di negeri Kelantan dan juga di Terengganu.

Tetapi apabila datangnya pilihan raya pada 1986, PAS hanya berjaya menang tiga kerusi Dun di Kedah, dan juga lima kerusi Dun di Terengganu, dan hanya 10 kerusi Dun di Kelantan, serta beberapa kerusi Parlimen tradisi seperti di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Pasir Mas yang berjaya dimenangi oleh PAS.

Pakatan politik ada pada pilihan raya pada tahun 1986, tetapi ia hanya daripada parti-parti yang kecil seperti NASMA pimpinan bekas Presiden Ceupacs iaitu Mohd Nor, selain itu ialah Parti Pekerja dan juga Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC).

Orang bukan Melayu pada umumnya masih bersama dengan MCA, Gerakan dan DAP. Amat sedikit sekali yang menyokong dan bersama parti-parti kecil. Oleh itu pada 1986 kemenangan PAS berada di tahap yang paling parah, iaitu hanya satu kerusi Parlimen yang dimenangi melalui Parlimen Pengkalan Chepa, iaitu Ahli Parlimennya Pak Nilah Arshad.

Pada pilihan raya tahun 1990 pula berlaku satu “tahalluf” atau pakatan politik dengan (APU) iaitu Parti Semangat 46, dengan DAP secara “indirect”, maka pada tahun 1990, PAS dan  APU telah berjaya mengambil alih pentadbiran Kelantan, menang beberapa kerusi di Terengganu, menang beberapa kerusi di Pahang, Kedah, Johor dan juga di Selangor.

Pada pilihan raya tahun 1995, PAS telah berjaya memenangi negeri Kelantan, walaupun begitu DAP yang tidak bersama dengan PAS menyebabkan kita hilang dan juga kita tidak berjaya memungut undi dan tidak berjaya memenangi kerusi Dun dan Parlimen di seluruh Malaysia, walaupun berjaya mempertahankan Kelantan.

Pada pilihan raya tahun 1999, di atas peristiwa yang berlaku kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka lahirlah Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). PAS bergabung atau “tahalluf siasi” dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP secara tidak langsung di bawah Barisan Alternatif. Inilah kejayaan di antara yang paling besar yang pernah dicapai oleh PAS, di mana kita PAS berjaya mendapat kemenangan 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2), dan seterusnya menguasai Kelantan dan juga Terengganu yang ditawan semula oleh PAS selepas hilang kerajaan ini pada tahun 1962.

Pada pilihan raya tahun 2004, DAP telah mengumumkan untuk meninggalkan dan keluar daripada Barisan Alternatif di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam, maka pada tahun 2004 ini PAS telah mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah PAS hilang kerusi-kerusi Parlimen, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen di Kedah dan lima kerusi Parlimen di Kelantan.

Menjelang pilihan raya pada tahun 2008, PAS bersama dengan KeADILan, DAP dan badan-badan NGO yang lain telah bersatu tenaga di bawah BERSIH dan di bawah slogan perjuangan bersama untuk menegakkan Negara Berkebajikan, “tahalluf siasi” dijulang, diangkat dan dipersembahkan kepada rakyat, maka pada pilihan raya tahun 2008 kejayaan yang paling tinggi telah dicapai oleh pembangkang semenjak merdeka, di mana lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS telah mendapat 23 kerusi parlimen dan 82 kerusi Dun di seluruh Malaysia.

Pakatan Rakyat dan “tahalluf siasi” diteruskan menjelang PRU13, iaitu pilihan raya pada tahun 2013, di mana sekali lagi Pakatan Rakyat mencatat kemenangan undi popular. Iaitu Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih 52% dan Barisan Nasional mendapat undi 46%, setelah ditolak undi rosak lebih kurang 2%. Walaupun hilang dan tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan dua kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah, tetapi kejayaan yang besar ialah PAS telah capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi Dun.

Saya hendak simpulkan di sini,kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau “tahalluf siasi” atau 'coalition' dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada “tahalluf”, tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti-parti dalam pakatan. Iaitu kita kurang mendapat sambutan pada tahun 1995, paling parah pada tahun 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif, kita telah hilang pemerintahan di negeri Terengganu, kita merosot undi di seluruh negara termasuk undi orang-orang Melayu Bumiputera, tetapi kita (PAS) melonjak kembali mendapat undi rakyat pada tahun 2008 apabila Pakatan Rakyat terserlah kejayaan mereka bersatu untuk menghadapi pemerintah Barisan Nasional.

Oleh itu jikalau PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan yang lain, melainkan jalan yang terbaik melalui kerjasama politik antara parti-parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah Barisan Nasional. –HARAKAHDAILY 2/9/2014

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288