sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Tuesday, July 21, 2015
Kesah Nabi Yunus.
Topeng dan persepsi
Topeng dan persepsi
Topeng
Ada yang menggunakan alasan dendam sebagai topeng. Ada yang menggunakan keburukan orang lain sebagai topeng. Ada yang mencanangkan kebaikan diri sebagai topeng. Ada yang pandai menggunakan perkataan “demi” sebagai topeng. Ada yang menggunakan kekecewaan sebagai topeng. Ada yang menggunakan keadilan sebagai topeng. Ada yang menggunakan harapan sebagai topeng.
Malah ada yang menunjukkan keikhlasan sebagai topeng untuk menutup nafsu dan ego mereka yang sebenar.
Betul ke niat sekadar nak tumbangkan Umno BN? Sama ada ada jawatan ataupun tiada jawatan, memang niat cuma satu iaitu nak tumbangkan Umno BN? Atau niat tumbangkan Umno BN wujud hanya apabila diri terlibat secara langsung?
Sama juga dengan perjuangan Islam. Betul ke niat nak memperjuangkan Islam meskipun tiada jawatan? Atau perjuangan Islam wujud hanya apabila diri berjawatan? Oleh kerana diri tidak berjawatan, maka perjuangan dulu dikatakan terpesong maka wadah baru dicari?
Ataupun laungan tumbangkan Umno BN dan perjuangan Islam ini hanyalah topeng untuk menutup ego, nafsu dan keinginan sendiri demi kuasa, nama dan lain-lain yang terbuku di hati?
Kadang kala tuan punya badan pun tidak sedar apakah ia sedang dipermainkan nafsu dan egonya sendiri? Apa yang sebenarnya yang sedang dikejarnya?
Apabila manusia ingin melakukan sesuatu, hujah akan dicari bahkan ada yang mencipta hujah. Apa yang menjadi pegangan selama ini boleh dileraikan dan diabaikan malah diperlekehkan. Malah, apa yang tidak boleh, dibolehkan, demi memenuhi niat, hasrat dan nafsu masing-masing.
Sebagai contoh, mari kita mengambil contoh binatang yang haram dimakan dalam keadaan normal dibolehkan dalam keadaan darurat.
Ada yang akan cuba sehingga akar kayu terakhir sebelum menghalalkan yang haram dalam keadaan terpaksa untuk menjaga diri dari bahaya. Mereka tidak akan menghalalkan yang haram, mengharuskan yang wajib selagi ada cara yang lain. Sikap yang sama ini diaplikasikan di dalam perjuangan mereka. Golongan ini mempunyai topeng yang mudah dibaca dan selalunya tidak banyak beza daripada niatnya di hati.
Ada pula yang terus mencari hujah-hujah menunjukkan bahawa keadaan yang ada ini sudah boleh dikategorikan sebagai keadaan terpaksa lalu terus menghalalkan yang haram. Ini sikap yang diaplikasikan di dalam perjuangan mereka. Topeng golongan ini sukar dibaca sehingga isi hati sebenar tidak diketahui.
Persepsi
Persepsi hanyalah sekadar permainan manusia melalui media dan media sosial. Contohnya di Facebook, persepsi dibentuk di Wall berdasar apa yang dipapar oleh 5,000 rakan media sosial. Kalau kebetulan 50% rakan media sosial itu daripada Pekan dan pro-BN, percayalah kamu akan mendapat persepsi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih popular di kalangan rakyat.
Media sosial hanyalah sekadar pentas lakonan. Ada yang hero di depan, akan tetapi di belakanglah dialah tukang buat kacau.
Ukuran persepsi selalunya hanya untuk apa yang diangkat dan dipapar sahaja. Ianya tidak tepat. Jika ia tepat, BN sudah terkubur hari ini. Oleh itu, persepsi bukanlah kebenaran mutlak.
Beberapa contoh akan diangkat sebagai titik rujukan dan dijadikan senjata bagi membenarkan persepsi yang cuba dibina. Keburukan satu kumpulan yang dibenci akan ditonjolkan manakala satu lagi dibenamkan. Begitu juga dengan kebaikan.
Bergantung kepada perasaan dan kecenderungan seseorang, maka minda akan membentuk satu ilusi yang membenarkan persepsi itu atau menolak persepsi tersebut.
Namun, ingatlah, ada persepsi yang pihak berkepentingan inginkan kamu percaya bahawa persepsi itu adalah benar.
Ada juga persepsi yang kamu inginkan ia sebagai benar untuk menepati perasaan dan pengalaman kamu sendiri.
Tapi berhujahlah untuk melawan ilusi tersebut supaya kamu tidak terperangkap dalam mana-mana permainan politikus yang cuba memesongkan kebenaran.
Berpihaklah pada kebenaran dan bukan persepsi. Itulah resipi untuk mengelakkan diri daripada jadi alat kepada ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri di sebalik topeng mereka.
Contohnya, ada mereka yang menuduh orang lain sayang jawatan sebenarnya jauh lebih menyayangi jawatannya sendiri.
Akan tetapi, apa yang nak dikecapi nafsu dan niat di belakang topeng masing-masing hanya diketahui Pencipta. Siapalah kita untuk menentukannya? Namun ini tidak bermakna kita tidak perlu berwaspada. - HARAKAHDAILY 20/7/2015
Wednesday, May 27, 2015
Friday, May 15, 2015
Soalan kepada Imam Abu hanifah dan jawapannya.
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Atheis: “
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
tertimpa ke atas mereka.
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.
SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.
Friday, February 13, 2015
Tuan Guru gigih kembalikan Islam memerintah
Tuan Guru gigih kembalikan Islam memerintah
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta seluruh kepimpinan PAS di atas pemergian ke rahmatullah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Sesungguhnya pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang sangat besar buat seluruh umat Islam di dunia amnya dan di alam Nusantara khususnya," ujar Presiden Mapim yang juga Setiausha Agung Shura, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Tambahnya, tidak dapat disangkal beliau meninggalkan khazanah ilmu serta kebijaksanaan sebagai pendakwah dan menunjukkan karakter seorang murabbi umat yang tidak ada tolok bandingnya.
"Kami meletakkan Almarhum sebagai guru umat yang sangat besar jasanya bukan sahaja dalam arena politik Islam malah juga dalam pentarbiyahan umat yang sangat mendalam kesannya," ujarnya.
Menurutnya, sebagai seorang ulama haraki yang menunjukkan teladan dalam kepimpinan serta gaya hidup yang sangat sederhana telah menggariskan suatu aras pengukuran kepada semua aktivis Islam dan kepimpinan negara yang perlu dicontohi.
"Kami sangat tersentuh dengan contoh teladan yang beliau tunjukkan dalam mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi politik tanah air di samping terus berperanan sebagai murabbi dakwah yang luar biasa," ujarnya lagi.
Beliau berkata, Tuan Guru merupakan seorang insan yang benar-benar menterjemahkan pengertian 'ulama sebagai pewaris para anbiya'.
Menurutnya lagi, pengajian yang disampaikan dalam kuliah tetapnya di bandar Kota Bharu sarat dengan tausiah dan nasihat yang membekas kepada setiap penuntut yang tekun mendengar huraian dan kupasan beliau.
Bliau menambah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz layak digelar murabbi umat berdasarkan keiltizamannya yang kukuh terhadap usaha gigihnya mengembalikan Islam sebagai pemerintah bukan Islam yang diperintah.
"Kata-kata beliau serta respons beliau terhadap pelbagai isu umat dan negara menjadi hujah yang tidak dapat disangkal balas.
"Ilmu dan kekuatan sahsiahnya sangat dirasai dan beliau sebagai tokoh yang sangat inspiratif akan dilanjutkan oleh generasi mendatang," katanya. -HARAKAHDAILY 13/2/2015
Kesah dari Qur an
Pemergian tok Guru.
yat Malaysia. -
Wednesday, February 4, 2015
Surah al fath
Monday, January 19, 2015
Serangan Fiqrah ke atas Ahli Sunnah dipatahkan Imam Abu Hanifah
Dahri
Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.
Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah
“Maha Suci Allah, Maha Suci Allah, Maha Suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
Membantu guru
Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.
“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.
Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri.
Tidak terfikir
Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”
“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.
“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.
Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.
[Tambahan: Dialog ini boleh dirujuk dari kitab `Aqidatun Najin fi `Ilmi Ushuliddin karangan Syeikh Wan Zainal Abidin bin Wan Muhammad al-Fathani atau lebih dikenal dengan gelaran Tuan Minal al-Fathani. Kitab tersebut selesai dikarang pada hari Sabtu, Jamadilakhir tahun 1308 H/1890 M. Kitab ini bukan hanya setakat untuk rujukan tetapi masih banyak diajar di surau-surau dan di masjid-masjid bahkan di beberapa pondok di seluruh dunia Melayu. Kitab ini yang kedua besar tentang akidah dalam bahasa Melayu sesudah Warduz Zawahir karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani tetapi adalah yang pertama besar yang masih beredar di pasaran dan yang diajarkan. Cetakan pertama oleh Matba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1319 H/1901 M, ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Maklumat ini adalah berdasarkan kepada tulisan Tuan Guru Hj Wan Muhammad Shaghir Abdullah. - abuzahrah -