Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala
tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia
punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu
Dia punya anak.”
Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum
adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin
pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”
Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba
kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang
tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai
mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku
apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui
bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah
ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta
kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang
padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana
berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda
ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu
lebih berhati-hati.
Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu
berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami,
pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang
dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada
api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan
menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun
kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula
Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu
bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah
ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau
ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas
panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan
kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan
yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk
disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati,
bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan
seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh
bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak
dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah
soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali
seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya
telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata:
“Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan?
Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut.
Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau
ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar
persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf,
tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya
seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana
mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh
serta sekalian alam ini?”
Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika
kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut
ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah
tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan
kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak
itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam
memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam
susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan
bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku
pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”
Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya
(iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada
di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan
akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik
dengan perkara tersebut. Cuba
kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah
kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu
sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis
ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri
tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya
sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”
Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga
menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan
minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau
menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum
dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada
hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di
dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa.
Padat sekali jawapan anak muda ini.
Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan
oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati
kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak ,
apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku
memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana
kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya
boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda
tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke
bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu
bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya
ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke
atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke
bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang
ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh
hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan
kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.
Al-Fatihah buat al-Imam al
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh
gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang
telah
wafat.
SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.
ini hujah imam hanafi dgn addahri..ada dlm kitab darus
samin.
KISAH TAUBAT SEORANG LELAKI PADA ZAMAN NABI MUSA A.S
Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi
Musa A.S yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya
kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah
tempat yang kotor dan busuk. Allah S.W.T kemudiannya memberikan wahyu-Nya
kepada Nabi Musa A.S. Allah berfirman "Wahai Musa, seorang lelaki telah
meninggal dunia, tetapi orang-orangmu telah mencampakkan jenazahnya di tempat
yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka
tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka
engkau pergilah, uruskan jenazahnya."Kemudian Nabi Musa A.S pun berangkat
ke tempat tersebut.
Nabi Musa A.S bertanya, "beritahulah
aku tempatnya." Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika
Nabi Musa A.S melihat mayatnya, orang-orangnya pun bercerita tentang
kefasikannya. Lalu Nabi Musa A.S berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata,
"Ya Allah, Engkau memerintahkanku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan
orang-orangku menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada
mereka."Kemudian Allah berfirman, "Wahai Musa, benarlah kata-kata
kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup.
Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia
memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon
dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha
Mengasihani." Tanya Nabi Musa "Ya Allah, apakah tiga perkara
itu?"Allah berfirman, "Ketika dia diambang kematiannya :1) Dia Benci
Kemaksiatan Dalam Hati.Pertama sekali dia berkata, "Ya Tuhanku, Engkau
tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada
kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan
maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu: hawa nafsuku, teman yang
jahat dan iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan,
sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah
aku."2) Mencintai Orang Soleh.
Kedua dia berkata, "Ya Allah,Engkau
tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik,
tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan
mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada
bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasiq".3)
Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus AsaKetiga dia berkata " Ya
Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan kedalam syurga itu akan
mengurangkan kerajaanMu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau
yang mengasihaniku maka siapakah yag akan mengasihaniku ?".Lelaki itu
kemudian berkata lagi, "Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai
buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasihMu, Nabi-NabiMu, manakala
syaitan dan iblis akan merasa susah.
Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku,
maka syaitan dan iblis akan bersorak kegembiraan dan para NabiMu dan kekasihMu
akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam,
sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan."Maka, Allah pun berfirman,
"Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya
Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di
hadapanku.
Hamba ini telah
mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku
perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang
menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya."Kisah ini
menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang
amat luas walau apa jua sekalipun.Firman Allah “Dan rahmatKu meliputi segala
sesuatu “( Surah Al-A'raf : 156). Semoga Allah mengampuni segala dosa kita.
Amiin.Sumber : Kitab Tawwabin karangan Imam Ibnu Qudamah