sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Tuesday, July 21, 2015
Kesah Nabi Yunus.
Topeng dan persepsi
Topeng dan persepsi
Topeng
Ada yang menggunakan alasan dendam sebagai topeng. Ada yang menggunakan keburukan orang lain sebagai topeng. Ada yang mencanangkan kebaikan diri sebagai topeng. Ada yang pandai menggunakan perkataan “demi” sebagai topeng. Ada yang menggunakan kekecewaan sebagai topeng. Ada yang menggunakan keadilan sebagai topeng. Ada yang menggunakan harapan sebagai topeng.
Malah ada yang menunjukkan keikhlasan sebagai topeng untuk menutup nafsu dan ego mereka yang sebenar.
Betul ke niat sekadar nak tumbangkan Umno BN? Sama ada ada jawatan ataupun tiada jawatan, memang niat cuma satu iaitu nak tumbangkan Umno BN? Atau niat tumbangkan Umno BN wujud hanya apabila diri terlibat secara langsung?
Sama juga dengan perjuangan Islam. Betul ke niat nak memperjuangkan Islam meskipun tiada jawatan? Atau perjuangan Islam wujud hanya apabila diri berjawatan? Oleh kerana diri tidak berjawatan, maka perjuangan dulu dikatakan terpesong maka wadah baru dicari?
Ataupun laungan tumbangkan Umno BN dan perjuangan Islam ini hanyalah topeng untuk menutup ego, nafsu dan keinginan sendiri demi kuasa, nama dan lain-lain yang terbuku di hati?
Kadang kala tuan punya badan pun tidak sedar apakah ia sedang dipermainkan nafsu dan egonya sendiri? Apa yang sebenarnya yang sedang dikejarnya?
Apabila manusia ingin melakukan sesuatu, hujah akan dicari bahkan ada yang mencipta hujah. Apa yang menjadi pegangan selama ini boleh dileraikan dan diabaikan malah diperlekehkan. Malah, apa yang tidak boleh, dibolehkan, demi memenuhi niat, hasrat dan nafsu masing-masing.
Sebagai contoh, mari kita mengambil contoh binatang yang haram dimakan dalam keadaan normal dibolehkan dalam keadaan darurat.
Ada yang akan cuba sehingga akar kayu terakhir sebelum menghalalkan yang haram dalam keadaan terpaksa untuk menjaga diri dari bahaya. Mereka tidak akan menghalalkan yang haram, mengharuskan yang wajib selagi ada cara yang lain. Sikap yang sama ini diaplikasikan di dalam perjuangan mereka. Golongan ini mempunyai topeng yang mudah dibaca dan selalunya tidak banyak beza daripada niatnya di hati.
Ada pula yang terus mencari hujah-hujah menunjukkan bahawa keadaan yang ada ini sudah boleh dikategorikan sebagai keadaan terpaksa lalu terus menghalalkan yang haram. Ini sikap yang diaplikasikan di dalam perjuangan mereka. Topeng golongan ini sukar dibaca sehingga isi hati sebenar tidak diketahui.
Persepsi
Persepsi hanyalah sekadar permainan manusia melalui media dan media sosial. Contohnya di Facebook, persepsi dibentuk di Wall berdasar apa yang dipapar oleh 5,000 rakan media sosial. Kalau kebetulan 50% rakan media sosial itu daripada Pekan dan pro-BN, percayalah kamu akan mendapat persepsi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih popular di kalangan rakyat.
Media sosial hanyalah sekadar pentas lakonan. Ada yang hero di depan, akan tetapi di belakanglah dialah tukang buat kacau.
Ukuran persepsi selalunya hanya untuk apa yang diangkat dan dipapar sahaja. Ianya tidak tepat. Jika ia tepat, BN sudah terkubur hari ini. Oleh itu, persepsi bukanlah kebenaran mutlak.
Beberapa contoh akan diangkat sebagai titik rujukan dan dijadikan senjata bagi membenarkan persepsi yang cuba dibina. Keburukan satu kumpulan yang dibenci akan ditonjolkan manakala satu lagi dibenamkan. Begitu juga dengan kebaikan.
Bergantung kepada perasaan dan kecenderungan seseorang, maka minda akan membentuk satu ilusi yang membenarkan persepsi itu atau menolak persepsi tersebut.
Namun, ingatlah, ada persepsi yang pihak berkepentingan inginkan kamu percaya bahawa persepsi itu adalah benar.
Ada juga persepsi yang kamu inginkan ia sebagai benar untuk menepati perasaan dan pengalaman kamu sendiri.
Tapi berhujahlah untuk melawan ilusi tersebut supaya kamu tidak terperangkap dalam mana-mana permainan politikus yang cuba memesongkan kebenaran.
Berpihaklah pada kebenaran dan bukan persepsi. Itulah resipi untuk mengelakkan diri daripada jadi alat kepada ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri di sebalik topeng mereka.
Contohnya, ada mereka yang menuduh orang lain sayang jawatan sebenarnya jauh lebih menyayangi jawatannya sendiri.
Akan tetapi, apa yang nak dikecapi nafsu dan niat di belakang topeng masing-masing hanya diketahui Pencipta. Siapalah kita untuk menentukannya? Namun ini tidak bermakna kita tidak perlu berwaspada. - HARAKAHDAILY 20/7/2015