sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, May 13, 2009

Krisis yang mematangkan

Krisis yang berlaku di Perak sekarang ini sebenarnya mematangkan rakyat semua peringkat seluruh negara dan ahli akademik seluruh dunia yang memerhati samada secara serius atau secara luaran dan sisian. Berbanggalah orang yang berada di landasan yang hakiki. malang dan hina kepada yang berada ditepian batil yang cuba menegakkan kebathilan yang palsu. Pancara indera yang dikurnia Allah menyuluh ke setiap sanubar4i manusia.

Sunday, May 10, 2009

Mata, telinga, mulut dan anggota badan kurnian Allah

Mata dan telinga merupakan anugerah Allah yang mampu memahami keadaan yang berlaku dalam alam ini, dengan menghubungkan dengan akal. Manusia akan dipertontonkan dengan apajua kejadian dan menggunakan pancaindera tersebut manusia akan mampu memahami kebesaran Allah. Jadi peristiwa pastinya akan dapat difahami dengan cara masing-masing. Pemahaman terhadap sesuatu peristiwa sebenarnya tidak dapat disekat dan ditegak.
Kerana itu peristiwa di DUN Perak mengudang seribu satu persoalan yang mencerminkan runtuhnya tamadun manusia rakus di negeri Perak. seluruh mata didunia melihatnya. Dan yang mati juga telah dan dapat melihatnya. Kehinaan kepada pelaku yang rakus yang tidak mereka sedari dan mereka cuba nafikan.
Hakikatnya kebencian bertambah yang mungkin terjelma atai terpendam. namun kefahaman yang difahami dari pandangan dan pendengaran tidak dapat dipadamkam. Biarpun mereka memiliki media yang banyak tetapi tak mampu untuk mengalihkan kefahaman. Malah semakin ramai membenci siaran media tersebut.

Saturday, May 9, 2009

Mencabar ketamadunnan manusia

Peristiwa DUN Perak sebenarnya mencemarkan ketamadunnan manusia yang telah dibina sekian lama. Kerakusan memperlihat adab yang tidak pernah dilakukan oleh manusia berakhlak. Keganasan mencermin ketiadaan iman. keganasan melangkaui keganasan yahudi. Manusia yang rasional dan berakhlak akan menolak dengan tangan mereka atau dengan kata-kata mereka atau dengan hati secara membenci.

Tuesday, May 5, 2009

Manusia yang selalu lalai

Terdahulu dipaparkan kesuburan tanah di SK Sungai jernih. Kesuburan tanah itu dari kemurahan Allah. Allah telah dengan rahmatnya menyediakan kepada manusia suatu peluang yang luas dari lapangan yang tak terhingga. Tetapi kerana kelalaian manusia yang dipengaruhi sifat tamak dan ego masing-masing peluang dan lapangan yang terbentang luas dibiarkan begiru saja. Sebaliknya mencari sengketa sesama manusia. Manusia mencari pelbagai dalih dan alasan untuk kepentingan diri.
Yang berkuasa dengan dalihan sendiri yang bijak pandai dengan autanya pula. sehingga kezaliman dikatakan keadilan dan hak. Ingatan kepada semua sejauh mana kejahatan yang dilakukan akan mendapat pembalasan yang pedih. kalau tidak didunia di akhirat pasti. Rebutlah peluang dan ruang lapangan yang pastinya luas yang tak terhingga yang disediakan oleh Allah.

Durian menggala di SK S Jernih telah lama berbuah




Durian menggala telah lama berbuah dan hasilnya telah boleh dipetik atau dituai.
Durian tinggalan guru terdahulu di kawasan sekolah ini belum lagi berbunga. Kesuburan tanah disini menggamit petani untuk mencurah bakti kepada bumi yang subur itu.

Pohon dragon di Sekolah saya telah berbunga.

Tahun lalu ditanam pada pagi ini diberitahu ianya telah berbunga. Nanti bila ianya berbuah pemandangan akan bertambah cantik dan ceria. Semoga keceriaan itu menjadi inspirasi kepada murid dan guru disekolah ini untuk terus menabur bakti. Tanah merupakan lapangan yang subur untuk menabur bakti benih. manakala manusia merupakan lapangan yang amat subut untuk benih ilmu. Guru-guru memiliki kepakaran dalam menyemai benih-benih ilmu. Ilmu yang dimiliki oleh manusia akan membina tamaddun .

Paip LAP Pecah

Paip air tersebut letak di kampong Sumpitan. Air yang bersemburan keluar itu merugikan. Diharap mendapat tindakan segera dari pihak yang bertanggungjawan.


DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288