sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, May 21, 2009

Menanti Cahaya keadilan

Menanti kebenaran tidak boleh sambil menunggu. perlu ada usaha tertentu mendapatkannya. Mendoa dan berdoa merupakan asas kepada pengharapan yang hakiki. Kita diajar untuk berusaha. kita juga disuruh bertawakkal. Diakhirnya tumpukan kepada ALLAH.
Dalam penantian kepadan keputusan perbicaraan DS Nizar esok berdoalah

Sunday, May 17, 2009

Johan Emas, Naib Johan Perak

Naib johan tu no dua. jadi perak no dualah. tapi yang masalahnya bila yang sah tak boleh buat kerja. yang taksah dikatakan diberi hukum buat kerja. jadi apakah hukum kerja yang dilakukan oleh yang tak sah atau haram tu.
Ada orang tu ambil wuduknya tak betul. jadia tak berwuduk. dan dia bersolat pula apa macam solatnya ? tentu ramai yang akan kata taksah solatnya. Dia tahu wuduknya taksah dan dia solat juga bagaimana pula. Jawabnya solatnya tak sah malah dia telah menghina ibadah itu sendiri hukumnya murtad.
Dalam situasi negeri perak sekarang ini bagaimana?
1. Menghina sultan
2. Menghina perlembagaan
3. Menghina rakyat
apa saja yang dibuat dan diluluskan oleh yang taksah ini semuanya jadi taksah.
jadi mereka akan menggunakan apa jua untuk mengesahkan perbuatan mereka. mereka akan pakai apa yang dikatakan oleh machievelli matlamat menghalalkan cara. dan machievelli itu ialah yahudi.

Penyelasaian Kemelut Politik Perak mudah saja

Mudah saja, Caranya bubarkan segera DUN Perak. tak sampai satu minit rakyat mengundi sebelah malamnya tahulah siapa yang akan jadi kerajaan. nujung pak belalang pun berani lawan inikan pula BN yang dah 50 tahun berkuasa. Jangan bersikap bacul. jangan pula bertindak dengan membodohkan rakyat. jangan pula menghina kerana semua itu mengundang pelbagai petaka kepada diri sendiri. Rakyat sekarang ini telah bijak dan memiliki sumber info yang berbagai.

Saturday, May 16, 2009

Kemelut yang haru biru

Dalam keputusan mahkamah tinggi yang mengesahkan DS Nizar sebagai MB Perak sekurang terdapat dua perkara disitu. Pertama peristiharan Nizar sebagai Menteri Besar dan hukum yang membolehkan DS Nizar menjalankan tugas sebagai MB.
Dalam rayuan Zambry pula hakim menangguhkan pelaksanaan hukuman. persoalannya bolehkan peristiharan ditarik balik. dan adakan peristiharan itu telah ditarik balik. Bila Zambry dapat penangguhan tersebut peguamnya telah menghubungi dan menasihatkan DS Nizar supaya mengosongkan pejabat MB bagi membolehkan beliau menasihatkan Zambry menjalankan tugas sebagai MB. Bila peristiharan Nizar sebagai MB yang sah maka sahlah Zambry sebagai bukan MB. Kalau begitu bagaimana peguamnya boleh menasihatkannya untuk bertugas sebagai MB. dibawah perkara apa yang membolehkan beliau menjalankan tugas sebagai MB.
Inilah isu yang menjadi haru biru dalam negara yang menyebabkan kekecewaan dan kemarahan rakyat seluruh negara terutama di negeri perak.
Mungkin ahli undang atau DS Nizar sekali lagi saman Zambry dan peguamnya atas menghina mahkamah. atas nasihat peguam Zambry kepada zambry supaya masuk pejabat MB sedangkan dia sudah tidak lagi MB.
Sepatutnya sehingga kini perak tiada MB. tengok bagaimana mereka mengalihkan tarikh berbicaraan dari 18 ke 21. sedang permohonan zambry pada 12hb.mei diluluskan pada hari yang sama. dunia boleh melihat seluruhnya dengan jelas.

Rakyat jadi haru biru dan bingung

Mahkamah Tinggi isytihar DS Nizar MB yang sah pada 11hb.may 2009. 12hb.mei DZ Nizar Diumumkan MB di Istana Kuala Kangsar. waktu petang DS Nizar dipaksa keluar pejabat MB. Yang lagi peliknya esoknya Zambry masuk pejabat MB. Macam manani. Mahkamah tinggi telah sahkan MB ialah Nizar. Jadi Zambry bukan MB. Kalau Nizar tak bolehlaksanakan tugas MB. Maka tiadalah MB perak. tapi Zambry dan exco pergi kepejabat dan buat kerja yang mereka tidak sah dalam jawatan tersebut.
Kemelut tersebut bukan sahaja dapat dilihat oleh orang atasan yang cerdik dan pandai malah orang kampong juga mempertikaikan keadaan tersebut. Orang kampong tidak tahu apakah bunyinya keputusan mahkamah rayuan kepada Zambry. orang kampong tidak tahu bagaimana prosidur tersebut dilaksanakan. bagi mereka ianya sesuatu yang sungguh pelik. Bagi mereka ianya suatu yang menghinakan sistem tersendiri.
Kalau orang kampong boleh nampak keadaan tersebut, tentu orang bijak bistari juga akan pastinya dapat melihat. jadi kehinaan dan malu dari kemaluan itu dirasai oleh semua yang bermarwah dan bertanggung jawab. Tindakan yang paling bijak sekarangni ialah bubarkan DUN Perak. Yang cerdik kata begitu dan yang dikampong serta rakyat perihatin juga kata begitu.

Kemelut kalut yang sudah menjadi haru biru

Tengok dengar anda akan nampak dan dengar beranika warna dan bunyian. bengit dan berserabut. Tunggu penghuraiannya.

Kemelut Politik Perak

Penyelesaian paling mudah ialah dengan membubarkan DUN. Beri peluang kepada rakyat untuk memilih. Pastinya tidak akan mengambil masa yang panjang. Sekarang dah lebih 100 hari keadaan berlaku. Pelbagai kesangsaraan dirasai oleh seluruh warga Perak, Malaysia dan semua yang perihatin. Kalau ditanya bagaimana untuk menyelesaikannya sepakat akan mengatakan bubar DUN. Jangan biarkan kekalutan bertambah-tambah.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288