sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, June 5, 2009

Jika terima fakta dari media yang ada hiden agenda dijadikan asas.

Kacaulah kesepaduan pakatan rakyat jika laporan dari media yang ada hiden agenda diambil kira. Datuk KJ telah memberi peringatan. Jadi semua dalam PR perlu herhati-hati, sekalipun akhbar sinar. semuanya ada yang tersembunyi. ingat dalam ayat qur an 'jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat agar kamu tidak melakukan kesilapan" Dalam PR semua perlu mengambil peringatan itu. Keadaan yang telus dalam PR kini perlu dikekalkan. Keadaan yang harmoni, perlu dipertingkatkan dengan dengan roh persefahaman dan hormat menghormati. IsyaAllah kesepakatan dan kesepaduan Pakatan Rakyat tidak akan mampu dipecahkan oleh bn dan umno.

Wednesday, June 3, 2009

Laporan media yang berat sebelah

Sewaktu tanah runtuh dibukit antarabangsa tahun lalu kehadiran YAB Tan Sri Khalid dan YB Azmin tidak dipaparkan Bila Pak Lah dan DS Najib hadir ditempat kejadian muncul gambar kedia-dua tokoh tersebut. Nak buat macam mana kedua-dua Pemimpin rakyat yang berjiwa rakyat itu telah berkampong sejak sebelum subuh lagi. Tahniah untuk kedua-dua pemimpin tersebut.

Bila bangunan yang hendak diruntuh, runtuh dalam media elektronik tidak kelihatan pemimpin PR tertanya juga kemamana gerangan. Sebabnya mudah kerana PM tak pergi kesitu jadi tak berkesempatanlah wajah Tan Sri khalid kelihatan di kaca TV. Tapi bagi golongan muda sumberinformasi bagi mereka luas dengan capaian internet. Mereka dapat melihat kejijikan media monopoli umno dengan paparan kehadiran Tan Sri Khalid.

Kemenangan Rakyat Di Penanti

Dikatakan yang keluar mengundi ialah 46% dan PR dapat sekitar 6000 lebih sikit atau lebih kurang 40% undi. Maknanya 54% tidak mengundi. Dikatakan pemimpin umno telah meminta pengundi umno tidak keluar mengundi. Ada orang kampong mengatakan keputusan umno tidak meletakkan calon suatu yang bodoh kerana lalau letak calon dan 54% yang tak keluar mengundi itu keluar mengundi sudah pasti umno menang dan, merampas kerusi penanti. Tetapi telah membuat keputusan yang salah sehingga pengundi umno sendiri jadi marah.
Disamping itu pula diletakkan ramai calon bebas yang hasilnya hilang wang pertaruhan. Majoriti calon PR telah meningkat. Kalau diambil seorang calon bebas sebagai taruhan mungkin dapat kurangkan majoriti.
Nak buat macammana tindakan yang salah dan tidak mengena.
Dalam satu pendapat yang lain pula seorang teman dari kampong juga menyebutkan bahawa tahun 2008 dulu yang keluar mengundi 82% tolak yang keluar mengundi dalamPRK ini 46% baki lagi 36%. Dianggarkan Dr Mansor dapat 40% dan jika pengundi umno ada 36% ternyata umno tetap kalah. Tetapi suatu yang tersembunyi yang dapat dilihat dari PRK Penanti ialah pengundi umno telah merosot kurang dari 40%. Dari pati yang menguasai lebih 70% pengundi telah menjunam kepada kurang dari 40%. dalam setahun gagal menang besar dalam PRU. Petanda kehancuran UMNO menurut pendapat seorang teman.

Melihat kemampuan mengeluarkan pendapat

Semua orang boleh berfikirv dan melontarkan pandangan. Pandangan yang dilontarkan itu ada asasnya pada diri seseorang itu. Kekuatan idea itu hanya dapat dikekalkan sejauh mana ia mampu mempertahankannya.
Bagi orang politik PAS apa yang dibawa oleh media terutamanua media cetak seperti utusan dan berita harian adalah fitnah kelas pertama. Kerana itu saranan Dato Kamarudin Jaafar amat tepat dan semua ahli dan penyokong PAS dan PR perlu bijak dan mengambil iktibarnya.
Pada media elektronik juga begitu. TV1 dan TV3 sudah ternyata kedudukannya dalam ranking klass 1. TV swasta yang lain juga tak kurang dari itu. TV9 yang nampak agak releven juga begitu bila Datuk Husam tidak berhujjah sedang Zahid hamidi yang juga tak hadir tidak disentuh.
Sewaktu pilihanraya Penanti Astro Awani dengan berita yang banyak dari calon bebas Aminah Abdullah tetapi kurang memberi liputan kepada calon-calon lain termasuk calon PR atau PKR.
Kesemuanya diatas yang merupakan sedikit dari pandangan dan idea yang terdapat dikalangan masyarakat dalam negara kita. semua orang perlu bijak menilai pandangan tersebut. Semua orang perlu kenal hati budi dan perangai seseorang.
semua orang juga perlu kenal segala tektik orang. Ahli dan penyokong PAR dan PR perlu melihat saranan Datuk Kamarudin Jaafar sebagai sesuatu yang tepat kerana utusan dan Berita dari dulu dan selamanya memakai selogan umno. jangan terpedaya.

Monday, June 1, 2009

Kenduri Di Hari Perkahwinan Nurul Husna

Gambaran tetamu.

Perkahwinan Nurul Husna

Sebahagian dari kemeriahan di hari perkahwinan Nurul Husna Lokman





























Kenduri pada 30.05.09

Perkahwinan Nurul Husna








Tarikh 29.5.09
Kenduri pada 30.05.09

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288