sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, August 16, 2009

Pagi Ahad Di Jambatan Bukit Sapi

Gambar bulan diwaktu pagi ahad 16hb.ogos 2009
mengikut kalendar bersamaan 25hb. Syaaban

Di pagi Ahad

Aktiviti di pekan lenggong











Gambaran di Pekan lenggong

Saturday, August 15, 2009

Khutbah Jumaat Di Perak.

Di beberapa mesjid di Negeri Perak ini termasuk lenggong telah membicarakan tentang masjid. Dikatakan bila terbina sesebuah mesjid telah selesai suatu tugasan dan tanggung jawab sesuatu masyarakat. Dikhutbahkan juga mudah bagi mengumpulkan kewangan yang mencapai jutaan ringgit untuk membina masjid. Tetapi yang paling utama dalam institusi masjid ialah mengimarahkannya. Dibacakan ayat Qur an yang bermaksud " Hanya sanya yang layak memakmurkan masjid itu ialah orang yang beriman dan beramal soleh.
Dalam khutbah itu juga disebutkan larangan Allah kepada Nabi dari bersolat di masjid yang menjadi saingan kepada masjid Quba'. Masjid Quba' yang didirikan oleh Rasullullah sesampainya Baginda di Madinah. Masjid Quba' merupakan suatu syiar islam. Masjid Quba' dibina atas dasar taqwa. Bagi sesiapa yang berwudhu dari rumahnya(penginapannya) kemudian menziarahi masjid Quba' serta mendirikan solat sunat 2 rakaat maka ganjaran pahala baginya satu umrah. Begitu sedikit dari pengertian kemuliaan masjid yang dibina atas dasar taqwa.
Masjid yang dilarang Allah bagi Nabi bersolat ialah masjid Dhirar. Masjid ini didirikan bukan atas dasar taqwa malah bertujuan untuk bersaing dan mencari pengaruh.
Mengimarahkan masjid boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Hadir bersolat jemaah merupakan yang utama dan penting. Ketiadaan solah jemaah di masjid atau surau dalam suatu kariah merupakan satu dosa yang akan ditanggung oleh seluruh ahli kariah tersebut.
Mengadakan pelbagai aktiviti dalam masjid juga aspek penting dalam memakmorkan masjid. Masjid mengadakan pelbagai aktiviti pengajian dan majlis-majlis memperingati sesuatu peristiwa. Peristiwa penting yang diperingati di Masjid akan menjelaskan peranan masjid dan memperkasakan institusi masjid.
Dalam khutbah tersebut Khatib ada menyebutkan " Barangsiapa yang membina masjid maka Allah binakan baginya sebuah rumah "baitan" di syorga.
Secara hakikatnya mendirikan masjid boleh disimpulkan kepada dua.
Pertama mendirikan masjid secara fizikal
Kedua mendirikan masjid dalam bentuk mengimarahkan masjid.
Disebut di khutbah tersebut dalam mengimarah ini yang agak ada kesukaran. Dalam mengimarahkan masjid yang sukarnya selain hadir bersolat atau apa-apa program anjuran masjid ada sesuatu sampingan yang berada dalam diri yang ingin mengimarahkan masjid itu. Apakah kehadiran ke mesjid itu semata-mata ikhlas. Apakah kerjabuat dan susun atur program itu semata-mata LILLAHITAALA. Jika begitu maka segala puji bagi Allah. Jika ada ada sebab musabab lain seseorang itu perlulah bermuhasabah.
Terdapat suatu peluang besar dalam pengurusan masjid sekarangni. Orang ramai suka berderma dan memberi sumbangan. Masjid mempunyai kewangan yang banyak. jadi dengan menjadi Pengurusi Masjid juga boleh dapat duit. dapat projek pembaikian masjid RM ratusan ribu. Pembuatan tak setimpal dengan harga yang ditawarkan, merupakan satu contoh menjalankan tugasan masjid tidak LILLAHITAALA. Siapa yang akan mengambil tindakan? semasa didunia ini jika dilakukan dengan bijak menggunakan dokumentasi yang sempurna. Mengecat bangunan surau dengan kos RM30,000.00 adakah padan? tapi dengan dokumen yang jelas orang nak kata apa. tetapi perlu diingat duit itu duit masjid atau peruntukan untuk masjid. Duit itu telah menjadi harta waqaf. Pokoknya jika ada susuatu selain dari taqwa maka kerjabuat membina masjid itu menjadi kepada pembinaan masjid Dhirar yang Allah larang Nabi dari mendirikan solat.
Fahami dan hayatilah dari larangan Allah kepada Nabi tersebut.

Friday, August 14, 2009

Tilawah Al Qur an 2009

Gambar hiasan
Kedua gambar berikut ini menepati pembelajaran saya.
Suatu yang janggal di malam penyampaian hadiah. Sebenarnya telah beberapa kali keadaan seperti itu berlaku. Semasa penyampaian hadiah itu yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Sultan Kedah terdapat sedikit kejanggalan. Tak sepatutnya kejanggalan itu berlaku. Kejanggalan itu sebenarnya memalukan kerana ianya berlaku dihadapan Kebawah Duli Timbalan Yang Dipertuan Agong.
Timbalan Perdana Menteri sebagai pengiring sepatutnya berada disebelah kanan DYMM Sultan kedudukan TPM betul. Menteri di JPM yang juga sebagai pengiring sepatutnya berada disebelah Kiri.
Kejanggalan yang berlaku ialah TPM berdiri disebelah kanan Tuanku dan Menteri di JPM berdiri disebelah kanan TPM yang utama dalam kedudukan itu ialah TPM. Macam mana boleh jadi begitu? Bagi saya yang pernah mendengar taklimat protokol berasa kecewa dengan keadaan yang berlaku itu.
Selepas itu kejanggalan yang berikutnya ialah ketika penyampaian hadiah sepatutnya pegawai yang membawa/mempersembahkan tray yang mengandungi hadiah kepada Tuanku dan Tuanku mengambil hadiah itu untuk disampaikan kepada pemenang. Sebaliknya yang berlaku ialah pembawa tray unjuk kepada Menteri di JPM dan Menteri di JPM ambil dan menyua kepada TPM kemudian TPM pula sua kepada Tuanku. Jadi suatu yang pelik bagi saya. Barangkali apa yang berlaku sekarang dengan apa yang ditaklimatkan kepada 15 tahun lalu sudah berubah. Jika begitu keadaannya saya mohon maaf.
Kiranya tiada perubahan harap pegawai protokol teliti dan perhati. Jangan biarkan begitu.


Bunga-bungaan







Kematian H1N1 Bertambah

Dari harakah.
H1N1 semakin menakutkan, 51 sudah meninggal dunia
Wartawan Harakahdaily Thu Aug 13, 09 6:12:41 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Tujuh lagi meninggal dunia menjadikan jumlah mangsa demam H1N1 sudah melangkau angka 50 kini menjadikannya 51 orang dan wabak ini kini membimbangkan semua pihak.
Di samping kematian, wad-wad hospital dan pusat kesihatan penuh dengan mereka yang bimbang diserang virus yang sangat mudah tersebar ini.
Pusat penyebaran utama nampaknya asrama universiti dan sekolah di seluruh negara.
Beberapa kampus UITM di seluruh negara ditutup ekoran penularan wabak ini. Begitu juga sekolah-sekolah berasrama.
Ia ditutup apabila berpuluh-puluh pelajar mereka tiba-tiba demam dan pusat rawatan (sick bay) setiap asrama penuh dengan pelajar yang sakit.
Di Jengka, Pahang, kampus UITM Jengka penuh dengan pelajar yang sakit walaupun sebelum ini kampus itu ditutup seminggu akibat penularan wabak ini.
Sick bay dan pusat rawatan kampus itu penuh dengan pelajar yang demam.
Di pusat-pusat khidmat pelanggan pula, hampir kesemua petugasnya memakai topeng muka bimbang dijangkiti virus itu apabila berhubung dengan pelanggan mereka.
Antaranya pusat khidmat pelanggan Celcom di ibu negara. Di pusat khidmatnya di Jalan Pahang Barat, berhampiran dengan pejabat Harakahdaily, semua pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di kaunter memakai topeng muka.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Parlimen bersidang segera bagi membincangkan wabak ini.
Namun sehingga kini ia tidak mendapat respon positif dari pihak kerajaan.
Kerajaan negeri Kelantan pula akan menyambut permulaan puasa yang dijangka Sabtu ini dengan solat hajat khas bagi memohon kepada Allah agar dilindungi dari wabak ini.
Solat hajat itu akan diadakan awal pagi iaitu jam 4 pagi sebelum mereka bersahur beramai-ramai di hari pertama puasa itu.

Cerita Saidin PKPGB Cohort 2 IIUM about GB

Gambar tanam pokok Salak
Salam.Teringat nak tengok blok mike hari ini. Hish, terkejut tengok cerita rosselle pulak. (Lagi terkejut tengok L size comel tu macam mike ...he he... sedondon pulak dengan roselle)Sebermula akan teman ini pun terkenanglah akan yg berbahagia GB teman itu ketika darjah empat hingga darjah 6 yang bentuk badannya sebijik macam mike. Gemor bebenorlah akan ia itu bercucuk tanam (sebijik macam mike). Maka segala penjuru sekolah ditanami jagung, kekacang, cempedak dan nangka jua hingga menghijau seumpama taman lagaknya. Lalu dikerahnye teman2 lelaki perempuan pagi2 hari membantu merumput sehingga rehat baru dibenarkan kekelas. Kerana yang demikian itu disebabkan oleh guru teman kemalangan hingga dipotong tangan kirinya sehingga 3 bulan lamanya dirawat. Akan Yb Gb ini selalu bebenor berbaju kancing prak(pagoda nipis round neck) yang berlubang-lubang di belakang dengan seluar bola pendek (hampir ternampak jua bebolanya) seharian di halaman. Maka sesekali ia masuk kekelas teman mengajor ilmu hisab takde yang boleh mendarab dengan 2 digit lalu dileteri teman dan rakan2 sehingga tamat sesi. Akan tetapi lucunya dia tidak pernah sekali mengajar mana-mana kelas ilmu hisab yang teman tau dia hisab curut cab labu. Moral of this story - JANGAN2 SESEKALI MIKE JADI SEBIJIK MACAM Yb Gb teman itu adanya. Ilalliqa ya akhi


DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288