sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, September 15, 2009

Perjalanan hidup

Peringatan
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Ali’imran 133.
(iaitu) orang-orang yangyang menafkahkan (hartanya) baik diwaktu lapang maupunsempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Ali Imran 134.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menginaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui. Al imran 135.
Mereka itu balasannya ialah keampunan dari tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; Dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. Ali imran 136.

Monday, September 14, 2009

Cebisan kehidupan

title="http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/
" Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Pemandangan ceria pada pagi ini

Pemandangan pada pagi ini agak ceria dan terang. keadaan ini membezakan dengan harian kelmarin yang suram dengan keteduhan sampai ketengahari. Harian ini bagai mengesahkan malam kelmarin berlakunya lailatul qadr. Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat menghidupkan malam tersebut. Namun bagi hamba yang soleh, seluruh malam ramadhan merupakan lailatul qadr. Mereka tidak terhenti setakat itu sahaja. Semoga kita terpilih dan dipilih sebagai hamba Allah yang soleh.

Sunday, September 13, 2009

Pandangan suram pagi hingga jam kini11.43

Pemandangan suram di pekan lenggong Waktu rakaman pemandangan berikut sekitar jam 9.00pagi.

ambaran seperti semalam Allah turunkan lailatul qadr

Saturday, September 12, 2009

Beramal di malam 10 akhir ramadhan

Bagi hamba Allah yang sejati peluang sedemikian tidak akan dilepaskan. Sementelahan pula ada hadis yang menberatkan tuntutan tersebut dan kehadiran lailatul qadr. Pelbagai cara boleh dilakukan, yang mudah sambil tidur akan mendapat ganjarannya beritikaf di masjid. Nak lebih lagi dalam berwudhu, Nak lebih lagi baca qur an, Nak lebih lagi solat tasbih. Nak mudah dan lebih dalam keadaan berwhudu' bertafakur keatas ibadah, iman dalam diri atau memikirkan kebesaran Ilahi dan kekerdilan diri sendiri. Fikirkan dosa yang banyak dan amalan yang sedikit. Semoga mendapat keberkatan di malam 10 akhir ramadhan dan malam lailatul qadr.

Suasana seminggu sebelum hariraya

Sedikit gambaran di pekan lenggong
Cikgu Hasan

Ulaman untuk nasi kerabu

Ramainya penduduk lenggong ke pekan lenggong membeli keperluan harian termasuk hari raya.

Friday, September 11, 2009

Mencari dan beramal di lailatul Qadr

Menurut Imam Al-Ghazalli diketahui/diramalkan lailatul qadr itu dengan melihat hari awal bulan Ramadhan. Awal ramadhan tahun ini ialah pada hari sabtu kerana itu jangkaan lailatul qadr ialah pada malam 23 ramadhan. iaitu hari sabtu malam ahad 12hb.09.09.
Bagi orang mukmin, lailatul qadr merupakan bonus ganjaran janjian Allah yang tak terhingga. Bagi mukmin yang sejati juga setiap malam dalam ramadhan sentiasa dihiasi dan diwarna dengan taqwa. Mereka disepuluh akhir ramadhan ini sentiasa dengan lenangan air mata sedih yang ramadhan sudah sampai penghujungan dan akan berlalu.
Orang mukmin yang sejati hanya mengharapkan keredhaan Allah.
Semoga Allah menghiasi kefahaman kita dengan keinsafan, taqwa dan keikhlasan.
Selamat mencari keberkatan lailatul qadr.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288