sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Saturday, February 28, 2009

Cikgu Teman Dah Punyai Blog Sendiri

Hari ini diadakan kursus LADAP di sekolah.
Aspek yang dikursuskan antaranya pembinaan Blog.
rata-rata cikgu saya dah ada blog sendiri.
Tahniah kepada mereka. Kemajuan mereka akan menjadi idola kepada murid sungai jernih.
nak cuba tengok please klik
http://sksjijok.ning.com/

Wednesday, February 25, 2009

Peringatan kepada yang nak beringat

Orang sekarang ini dah pandai, sumber maklumat adalah global. Penipuan secara terancang yang menyentuh sensitiviti akan membahayakan.
Orang sekarang boleh berfikir secara matang. Sekarang ini zaman hujjah. bukan lagi atas kekuatan dan sentimen. Penipuan yang melampau akan mengikis segala rasa hormat dan akan mengundang kebencian. Orang akan hilang respektasi kerana kelampauan yang melampau.
Misalan yang mudah orang yang terlampau takut di takutkan akan menimbulkan keberanian yang luar biasa dalam aksinya.
orang tak akan percaya langsung.

Carian puteri tersembunyi


Mungkin mudah

mungkin payah.

mencari petunjuk juga begitu. ada seni dalam pencarian itu

Renungan

Kesah tujuh orang buta dengan gajah.
Dalam mencari kebenaran mengenai gajah, apakah petunjuk yang boleh membantu mereka?

Kelu dan bisu berhari-hari

Tak terkata apa-apa dek kerana .......

Tuesday, February 17, 2009

Suasana di Perak2

Rakyat Perak dan Malaysia boleh membaca dari pelbagai sumber. Mereka boleh juga mendengar dari pelbagai saluran. Yang paling penting ialah mereka boleh membuat penilaian.
Mereka begitu terdedah dengan maklumat yang benar dan palsu. dan rakyat juga terdedah kepada maklumat yang diprovokasi oleh media tertentu. Kini terletak kepada rakyat perak sendiri untuk menjalankan tanggung jawab masing-masing. mahukah kita sebagai rakyat perak diperkotak-katik dan diperbodohkan?
Tanyalah kepada ampunya diri.
Ada dikalangan kita yang bijak dan pandai lagi arif
ada yang pintar dan sederhana tetapi kreatif
ada yang tak arif berlagak arif
kita boleh menilai kedudukan kita.

Monday, February 16, 2009

Suasana di Perak

Keadaan di Perak merunsingkan semua pihak. Rakyat yang tidak terlibat apa-apa turut resah dan gelisah. Sesuatu perlu dilakukan oleh seseorang yang matang dan bertanggung jawab supaya suasana ceria kembalikan. Orang Perak ramai yang pandai lagi bijak. Kita tahu keadaan dalam negeri kita. ayuh dok buat apa lagi nyatakan kebenaran secara ilmiah. Mengapa dibiarkan suasana digembur dan gembarkan dengan suasana yang emosi dan beremosional. Pertahankan hujjah denga cara hujjah yang ilmiah. Kalau nak guna ulamak juga tak mengapa tetapi mestilah penjelasan yang lengkap jangan separuh-separuh.
Qur an tak boleh di ambil separuh-separuh. Walaupun Mufti yang memberi hujjah mestilah di kemukakan hujjah dan alasan. kerana kini semua orang dah pandai, ruang ilmu sudah terbuka luas. Manusia kini bukan saja boleh mendengar malah boleh melihat. Kalau seorang mufti boleh berkata sesuatu orang juga boleh melihat apa yang boleh dilakukan oleh mufti itu dalam mengamalkan katanya dan dalam mempertahankan katanya.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288