sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, June 10, 2009

Cuaca panas terik di lenggong

Sejak seminggu mula hari ahad 31 mei 2009 yang lalu belum ada hujan di lenggong.

Berita Kematian di Lenggong.

Catatan Lenggong. 6/10/2009 8:25:48 AM
Dalam tiga harini, isnin,selasa dan harini ada tiga kematian.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Kelmarin ( Isnin) – En. Mat Suami Pn Zaidah
Semalam(Selasa) – Bekas Ketua Kg Sawa Hj. Zainon
Harini, En Zainal bapa arwah En Jali pengusaha esso.
Dari Allah kita kemari kepada Allah kita pergi.
Sebaik-baik bekalan bila pergi ialah
Pengabdian yang abadi.
Beruntunglah bagi sesiapa yang menyedari.

Tuesday, June 9, 2009

Debat Pemuda PAS dan Pemuda UMNO

Zaman salahudin Ayob dulu acap benar beliau mengajak debat dan muzakarah semuanya tak jadi. Bila Ustaz Hasan jadi Ketua Pemuda PAS bersungguh pula Ketua Pemuda UMNO nak berdebat tapi tertutup. kalau tertutup bukanlah berdebat atau muzakarah. sebaliknya kalau tertutup serupa berjumpa saja. nak kata muqabalah pun tidak. jadi kalau tertutup lebih kurang pertemuan beberapa ketika antara Pak Lah dengan DS Anwar dalam satu majlis di Selangor beberapa hari sebelum Abdullah letak jawatan. Paklah kata tak ada apa-apa. betullah tu.
Tahun sudah ada pertemuan rahsia antara pemimpin umno dan PAS semua orang tak tahu tapi yang bocor rahsia ialah Abdullah sendiri dari kebocoran rahsia itu terpadamnya kalimah muzakarah dan muncullah muqabalah. sekarang ini muzakarah dah menjadi milik dan permintaan umno. umno yang terlalu sangan mengharap muzakarah dengan PAS. dalam masa yang sama media umno meniupkan suara sumbang untuk mengajak PAS masuk dalam kerajaan BN.

Monday, June 8, 2009

Pembangunan Lenggong

1. Pembinaan masjid baru di kampong sumpitan asal katanya menelan belanja RM1 juta terakhir dengarnya dan jadi RM800,000.00.
2. Pengubahsuaian Masjid kamp0ong Bukit sapi. jumaat lalu terpaksalah orang kampong saya boersolat jumaat di Dewan Orang Ramai Kampong Bukit Sapi.
3. Surau batu dinding dicat semula dengan kosnya melebihi RM30,000.00. Baru saja surau itu digunakan dah dapat cat semula. banyaknya duit dan banyaknya peruntukan.
Ingatan duit untuk mesjid dan surau itu jangan dibuat main-main nanti kena soal tahulah kamu. kalau soalan SPRM takngapa kome boleh lepas tapi soalan dalam kubur lantak le. tapi orangla ni tak kira apa. asal kan duit sapu. dari kecil sampai ke besar orang. Bertuahlah bagi orang yang bertuah.

Sunday, June 7, 2009

Paksi-paksi Kekuatan PAS

Sejak tertubuhnya PAS tahun dari tahun 1950 an dahulu pelbagai jalan dan likuan beranjau telah dilalui oleh PAS. Syukur PAS dapat melaluinya dengan tabah sabar dan penuh iltizam serta istikamah. Antara elemen atau unsur yang menjadi sumber kekuatan PAS yang akan dibicarakan disini ialah institusi ulama' dan peranan yang dimainkan oleh ulama'. Sememang tidak dinafikan akan sumbangan dari golongan profesional. Malah golongan profesionallah yang telah berjaya memacukan martabat dan marwah PAS. Golongan profesional seperti yang dimaksudkan oleh Sasterawan Negara A Samad Said sebagai ulpro (ulama profesional) manakala beliau sendiri sebagai sasterawan profesional yang berada di pintu kamar ulama'.
Sebelum perbicaraan terhadap elemen ulama yang menjadi sumber kekuatan dan servival PAS. Penulis ingin memaparkan pengiktirafan Rasullullah terhadap profesionalis dizaman baginda. Salman Alfarisi seorang profesional yang mencadangkan pembinaan parit semasa menghadapi serangan musyrikin dan asobiyah arab. Semasa hijrah sambutan keatas Rasullullah dengan nasyid yang merdu dan syahdu menandakan pengiktirafan Rasullullah kepada golongan profesional seni atau sasterawan. Semoga berbahgia dan mendapat pemeliharaan ALLAHlah golongan profesional dan sasterawan yang bersama PAS dan pakatan Rakyat. Ketokohan seperti Prof Shahnon, A Samad Said, Dinsman, Azizi Abdullah dan ramai lagi. Menyerikan persada seni dan sastera dalam politik islam untuk semua masyarakat Malaysia.
Berbalik kepada ulama' dan institusinya, sejak penubuhan PAS ianya subur biak terutama dinegeri Kelantan Terengganu dan Kedah. Faktor yang dilihat menjadikan di ketiga negeri ini sebagai tanah yang subur bagi PAS ialah di negeri-negeri ini ramai ulama' yang ikhlas yang membangunkan dan mengembangkan keilmuan mereka melalui sekolah-sekolah pondok atau sekolah agama rakyat. Di Kelantan ulama' tersohor Tok Kenali dengan pondoknya. Di Kelantan juga terdapat banyak pendok-pondok. Begiru juga di Terengganu dan Kedah. Di Perak Ustaz Haji Ahmad Tuan Hussien menggunakan seluruh hartanya untuk pondoknya. Dan Haji Ahmad Tuan Husien merupakan MP PAS yang pertama dalam parlimen. Beliau menang dalam pilihanraya tahun 55. Banyak terdapat pondok-pondok terdapat di permatang pauh. Di Penanti pondok Sheikh Osman Jalaluddin dan dikawasan itu juga hadirnya pemimpin PAS Almarhum Hj Zabidi Ali.
Melihat kepada senario tersebut, golongan ulama' dan ustaz yang berada dalam saf kepimpinan PAS baik pusat atau negeri atau kawasan semestinyalah melihat keadaan ini merupakan suatu opputurnity atau peluang dalam memartabatkan PAS sesuai dengan slogan PAS for ALL. Dalam keadaan kesepakatan Pakatan Rakyat yang memiliki maksud slogan yang sama dalam aspirasi perjuang politik negara malaysia.

Saturday, June 6, 2009

Media yang tiada hiden agenda.

Dalam dua catatan terdahulu ruangan ini telah menyorot amaran Datok Kamarudin Jaafar selaku Setiausa Agong PAS. Sekarang beliau dah menang AJK PAS Pusat. Diharap Ust Hadi terus melantik Datok KJ sebagai SU Agong PAS. Kebenaran kepada amaran yang dilontar oleh Datok KJ itu ana lontar dalam dua siri catatan yang tak sepertinya. tetapi bagi ana ianya boleh menyuntik sedikit info kepada ahli dan penyokong PR dan PAS.
Hari ini dalam harakah sudah terpampang keraguan seperti yang dibimbangi itu. berikut diturunkan kebimbangan atau idea tersebut hasil dari cut paste dari harakah.
Media yang tiada hiden agenda (untuk memecahbelahkan) PAS dan PR ialah media milik PR sendiri iaitu Harakah - PAS, Suara Keadilan - Parti Keadilan Rakyat, Rocket - DAP. Ahli dan penyokong PR boleh dapat maklumat dari ketiga-tiga akhbar tersebut tanpa keraguan. Mustahil bagi ketiga akhbar ini mengeluarkan kenyataan yang bertujuan memecahkan perpaduan dan kesepakatan yang telah diusahakan dalam PR selama ini.
Sabtu 6 Jun 2009 12 Jamadil Akhir 1430 Hijrah

Sinar Harian pun nak jadi alat propaganda BN?

Mat Zain Mat Isa Sat Jun 06, 09 9:50:58 am MYT
TIDAK dapat dipastikan apakah motif sebenar di sebalik tindakan dua Penolong Editor Edisi Negeri akhbar Sinar Harian memilih untuk meriwayatkan cerita sejarah hidup ahli PAS dalam dua keluarannya minggu lalu.
Bagaimanapun olahan dan jalan cerita yang mereka paparkan menyebabkan ada pembaca yang mempersoalkan status kisah diriwayatkan mereka itu. Apakah watak-watak yang mereka nukilkan itu benar-benar wujud? Apakah ia bersandar kisah benar, separuh benar atau semata-mata dongeng yang direkacipta mereka?
Lebih jauh lagi, ada yang mula meragui niat sebenar mereka memanfaatkan ruangan sangat penting itu untuk menyajikan cerita yang sama sekali tidak menggambarkan keseluruhan imej PAS yang sebenar.
Berani mati
Dalam edisi Selasa (2 Jun) lalu, seorang Penolong Editor Edisi Selangor & KL membawakan kisah sahabat lamanya yang digelarnya 'Mat Min Kepioh Hijau'. Hamba Allah itu digambarkannya sebagai seorang penyokong berani mati yang sangat taksub kepada PAS.
Bagaimanapun dengan beberapa perubahan yang berlaku dalam kepimpinan PAS mutakhir ini, Mat Min Kepioh Hijau didakwanya telah luntur komitmennya kepada parti itu.
"Kepimpinan ulama semakin pudar ... Konsep Membangun Bersama Islam sudah makin tersimpang ... anasir luar sudah mula masuk dalam PAS dan perangai tak senonoh orang Umno sudah mula ditiru pemimpin dan ahli PAS," begitulah luahan kecewa yang didakwa penolong editor itu sebagai keluar dari mulut Mat Min Kepioh Hijau.
Pembaca dapat mengesan penolong editor itu mengambil kesempatan atas premis cerita Mat Min Kepioh Hijau itu untuk turut menyelitkan ulasan dan lontaran beliau sendiri mengenai perkembangan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang sedang berlangsung.
Hujung jatuh ceritanya itu bagaikan menerangkan maksud beliau membawakan kisah tersebut. Dia memetik lagi kata-kata Mat Min Kepioh Hijau, "pasal PAS tu biarlah pemimpin-pemimpin aku fikirkan. Kalau puak-puak tu tak nak berubah ... biar aku yang 'berubah'."
Bagi kita, kata kunci yang mahu ditonjolkan dari seluruh cerita itu ialah orang 'sehijau' dan seasli Mat Min Kepioh Hijau itu pun akhirnya sanggup 'berubah' dari terus bersama PAS. Agak jelas bukan niat beliau?
Paparan agak bias itu bagaimana pun tidak seburuk yang dicoretkan rakan setugasnya beberapa hari kemudian. Dalam edisi Jumaat (5 Jun), seorang Penolong Editor Edisi Perak menyambung bicara rakannya tadi.
Mat Kafir, Mat Murtad
Beliau membawakan pula kisah seseorang yang didakwanya sebagai kawannya dalam sebuah parti Islam. Hamba Allah itu, katanya, pernah digelar Mat Islam. Apabila dia keluar parti Islam itu, namanya ditukar kepada Mat Kafir, kemudian digelar pula Mat Murtad.
Sepanjang pengkisahan itu, penolong editor itu tidak pun merujukkan parti dimaksudkannya sebagai "PAS". Namun tak perlu diperbodohkan minda pembaca, dengan beberapa istilah digunakannya, tindakan dan jalan cerita direkanya itu, semua insan waras akan mudah menyimpulkan beliau bermaksud menujukannya kepada PAS.
Contoh insiden dibawakannya amat meragukan. Jika pun ia benar-benar berlaku, kes sebegitu amat terpencil dan tidak sepatutnya dijadikan asas generalisasi terhadap imej dan kredibiliti PAS keseluruhannya.
Maaf cakap, bagi penulis coretan itu amat prejudis dan dipenuhi mala fide terhadap PAS. Agak terserlah niat jahat penolong editor itu yang menggambarkan seolah-olah PAS parti yang tidak langsung ambil pusing soal kebajikan ahli-ahlinya. PAS seolah-olah hanya tahu mengkafirkan orang dan hanya pandai melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai murtad.
Apa yang dikesalkan, kedua-dua coretan itu disiarkan lewat ruangan ?7 Minit?. Ruangan itu diibaratkan minda pengarang bagi akhbar berkenaan. Ia memuatkan hanya coretan dari editor atau penolong editor edisi negeri-negeri secara bersilih ganti.
Kolum terpenting
Bagi mana-mana akhbar pun, ruangan minda pengarang adalah kolum terpenting. Apa juga dicoret dan dimuatkan di ruangan itu melambangkan midan akhbar yang dibawa mereka.
Dalam konteks ini, apabila dua penolong editor sebuah akhbar yang selama ini dianggap bebas, terbuka dan tidak bias memilih ruangan minda pengarang akhbar mereka untuk membawakan cerita yang sengaja diolah dan dihuraikan bagi menelanjang dan memburukkan PAS, ia bukanlah suatu yang dialu-alukan.
Itu bukan bermaksud para pemimpin, ahli dan pendokong PAS tidak terbuka minda. Mereka boleh menerima kritikan dan teguran, tetapi biarlah dengan cara lebih bertanggungjawab.
Hanya dengan menyajikan kisah yang entah benar atau rekaan sebegitu, ia tidak membantu memberikan nasihat atau teguran yang sihat kepada PAS. Sebaliknya, ia mendedahkan Sinar Harian kepada tanggapan umum bahawa akhbar itu juga berhasrat menjadi tali barut dan alat propaganda BN.
Perlu diingat, akhbar berkenaan diminati dan dilanggani kerana gaya pemberitaannya yang terbuka dan tidak memihak. Ia menyajikan laporan dan ulasan dari persektif berbeza, sekali gus menjadi alternatif terhadap media arus perdana yang pro-BN.
Kita sudah tepu dengan akhbar dan media pengampu BN. Rakyat sudah muak dan terjeluak membaca minda pengarang yang tidak rasional. Justeru, tidak wajar Sinar Harian juga memilih untuk ikut menjadi akhbar sealiran itu. _
Semua Ahli dan penyokong PAS dan PR harus sentiasa berwaspada.

Friday, June 5, 2009

Jika terima fakta dari media yang ada hiden agenda dijadikan asas.

Kacaulah kesepaduan pakatan rakyat jika laporan dari media yang ada hiden agenda diambil kira. Datuk KJ telah memberi peringatan. Jadi semua dalam PR perlu herhati-hati, sekalipun akhbar sinar. semuanya ada yang tersembunyi. ingat dalam ayat qur an 'jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat agar kamu tidak melakukan kesilapan" Dalam PR semua perlu mengambil peringatan itu. Keadaan yang telus dalam PR kini perlu dikekalkan. Keadaan yang harmoni, perlu dipertingkatkan dengan dengan roh persefahaman dan hormat menghormati. IsyaAllah kesepakatan dan kesepaduan Pakatan Rakyat tidak akan mampu dipecahkan oleh bn dan umno.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288