sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, October 15, 2014

Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun

Ada satu cerita, Iblis terkutuk berdebat dengan Firaun durjana. Tiada yang baik antara keduanya, namun ada yang teruk macam mereka.
Firaun

Kononnya, pada suatu malam, Iblis pergi ke istana Firaun ketika ‘sahabatnya’ itu hendak tidur. Tiba sahaja di hadapan kamar Firaun, Iblis pun mengetuk pintu lalu memanggil Firaun keluar.

Firaun berang tidak terkira kerana ada yang berani mengganggunya ketika dia mahu melelapkan mata. “Siapa yang berani ketuk pintu bilik tidur aku?,” tanya Firaun yang sombong itu dengan suara bengis.

“Hai! Bukankah engkau sentiasa dakwa diri engkau tuhan, tapi aku ada di sebalik pintu depan engkau pun engkau sudah tidak tahu. Tapi tidak apalah. Sebenarnya aku Iblis. Keluarlah sekarang kerana aku mahu berbincang dengan engkau,” jawab Iblis selamba.

Dia menyeringai, puas hati kerana awal-awal lagi dia sudah berjaya memperlekehkan Firaun, seorang raja negara besar yang digeruni ramai.

Maka, setelah Firaun membuka pintu dan melihat Iblis tercegat bercekak pinggang di hadapannya, dia jadi bertambah marah.

“Engkau memang makhluk tidak berguna. Dengan makhluk lain, bahkan Nabi Adam, engkau bersikap biadab. Dengan aku pun engkau mahu tunjuk keras kepala?,” sergah Firaun.

Iblis senyum. “Anggapan engkau salah. Sebenarnya engkau lebih teruk daripada aku,” jelas Iblis yang tidak terkesan pun dengan kemarahan Firaun.

“Kenapa engkau kata begitu?,” tanya Firaun, api kemarahannya semakin membara.

“ Cuba engkau fikir. Aku lebih tua, lebih cerdas dan lebih kuat daripada engkau. Tapi aku tidak seberani engkau. Aku hanya tidak mahu tunduk pada Nabi Adam apabila diperintah ALLAH kerana aku lebih hebat.

“Aku dijadikan daripada api, sedangkan Adam (manusia) dijadikan daripada tanah. Mana boleh aku tunduk padanya! Bagaimanapun, aku tidak pernah tolak keesaan ALLAH.

“Tetapi engkau; walaupun hanya manusia biasa, tiada kelebihan apa pun, namun engkau berani mengaku kononnya engkau tuhan,” kata Iblis.

Firaun sedar kelemahannya. Dia teringat betapa dia cuba menghalang ancaman terhadap diri dan kekuasaannya dengan mengeluarkan perintah supaya semua bayi lelaki dibunuh, tetapi dengan kuasa ALLAH, Nabi Musa AS membesar di istana sebagai anak angkatnya sendiri dan akhirnya menjadi apa yang dianggap sebagai musuh yang akhirnya menyebabkan seluruh tentera serta dirinya tenggelam di lautan.

“Benar apa yang kamu katakan. Kalau begitu aku mahu bertaubatlah,” kata Firaun kepada Iblis.


Iblis, yang sentiasa penuh dengan tipu-helah itu menjawab: “Jangan. Penduduk Mesir sudah menerima engkau sebagai tuhan. Bila kamu cabut taraf ketuhanan daripada dirimu itu, mereka akan berpaling daripadamu, akan memusuhimu dan memporak-perandakan kekuasaanmu. Akhirnya kamu akan menjadi orang yang hina-dina.”

“Benar juga kata-kata engkau. Tetapi, aku mahu tahu adakah di dunia ini ada makhluk lain yang jahat selain aku?,” tanya Firaun.

“ Ada ,” kata Iblis.

“Orang yang tidak sudi menerima permohonan maaf,” kata Iblis, sebelum beredar.

ALLAH yang Maha Berkuasa pun sentiasa mengalu-alukan hambaNya memohon ampun daripadaNya dan ALLAH bersedia mengampunkan hambaNya walaupun dosa mereka banyak.

Rasulullah SAW mengajarkannya kepada isteri Baginda, Aisyah, ketika Aisyah bertanya kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, andainya aku berjumpa lailatul qadar, apa yang perlu aku katakan?.”

Baginda bersabda: “Katakanlah: Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau cintakan kemaafan, maka maafkanlah kami.”

ALLAH berfirman (Sohih Muslim) yang maksud: "Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal Aku akan mendekatinya sehasta. Sesiapa yang menghampiriKu sehasta aku akan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan Aku akan pergi kepada dalam keadaan bersegera".

"Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu".

Kesan Menakjubkan Bacaan Al-Quran Kepada Tubuh manusia

 “Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan daya ingatkan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur’an…”
Hati yang tenang

Dr Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan di Hospital Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, sama ada mereka berbahasa Arab ataupun tidak, mampu merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan, memperolehi ketenangan jiwa, menangkis pelbagai jenis penyakit, merupakan pengaruh yang boleh dirasakan oleh orang-orang yang menjadi subjek kajiannya.

Penelitiannya disokong dengan bantuan alat elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, denyutan jantung, ketahanan otot dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil ujiannya, dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran mampu mempengaruhi sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil ujian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston . Subjek kajiannya telah dijalankan terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang wanita. Kelima-lima orang tersebut sama sekali tidak memahami bahasa Arab dan mereka juga tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkan adalah ayat Al-Quran.


Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali terbahagi dua sesi, iaitu membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Quran. Kesimpulannya, responden mendapat ketenangan sehingga 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari ayat Al-Quran.

Malah, Al-Quran juga memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada seorang bayi. Perkara tersebut didedahkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian beliau, bayi yang berusia 48 hari yang diperdengarkan kepadanya ayat-ayat Al-Quran daritape recorder menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan nikmat yang besar kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya juga memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ
​​) seseorang, bacaan Al-Qur’an lebih dari itu. Selain IQ dan EQ, bacaan Al-Qur’an juga mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Maha Benar Allah yang telah berfirman; "Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang". QS Ar-Ra'd ayat 28.

Benarkah Bahawa Cicak Mesti Dibunuh?

Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?
http://1.bp.blogspot.com/-vp59p4NiUKs/UQke7iOUE2I/AAAAAAAAkug/tpoh3N4upjg/s320/Benarkah+Bahawa+Cicak+Mesti+Dibunuh.jpg

Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.

Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah ataupun larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut.

Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW sebuah dosa besar menurut para ulama.

Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).

Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di atas, ia termasuk fuwaisiq.

Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori pest (perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga kesihatan manusia.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."

Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.

Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya)."

Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi 'illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.

Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.

Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.

Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.

Biodata Lengkap IBLIS Yang Kita Wajib Tahu

Maka, mereka dengan serentak bersujud kepada Adam, kecuali Iblis yang ingkar dan menolak perintah Allah. Allah murka kepada Iblis kerana sombong, membangkang dan tidak mempatuhi perintahNya lantaran merasa dirinya paling hebat, paling sempurna dan paling mulia.
Biodata IBLIS

Kemudian, Iblis pun melontarkan kata kata yang membuat Allah menjadi lebih murka lagi, “Aku lebih mulia dari Adam. Aku diciptakan dari api, sedang dia diciptakan Adam dari tanah”, al-Baqarah.

Oleh kerana itu, Iblis telah dilaknat dan diusir dari lingkungan para malaikat yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan menyembah Allah siang dan malam.

Wajah Iblis yang dulunya tampan dan bercahaya berubah menjadi hitam dan kelam. Iblis merasa sakit hati. Apalagi setelah Allah menempatkan Adam a.s. di syurga dan dikurniakan seorang isteri bernama Siti Hawa, maka Iblis bertambah dengki dan berdendam kepada mereka.

Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour: Hantu, syaitan, pelesit, jem bala ng,langsuir dan lain-lain

Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap: Neraka jahanam

Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH

Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH

Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus

Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib: Anak-anak Adam

Motto kerja: ‘Hipokrasi asas akhlak’

Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar

Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo: Sebarang tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat

Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH

Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH

Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak

Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala

Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya

Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT

Thursday, October 2, 2014

Tahukah Anda Rahsia Kelemahan Bangsa Jin?

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:
http://1.bp.blogspot.com/-6U7fbOFnT7s/USHSZty8rDI/AAAAAAAAotI/VzCBd1NqqDM/s320/Tahukah+Anda+Rahsia+Kelemahan+Bangsa+Jin.jpg

Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -

"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ". (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah


Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: "Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar" (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

"Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan" (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat ". Para sahabat bertanya: "Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan "(HR. Muslim).

Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur'an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

"Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu" (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

"Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku" (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

Dari Abu Darda berkata:" Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: "Aku berlindung kepada Allah darimu", kemudian Rasulullah Shallallahu' Alaihi wa Sallam juga berkata: "Allah telah melaknatmu" sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda ". Rasulullah menjawab: "Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:" Aku berlindung kepada Allah darimu "sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:" Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna "sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah "(HR. Muslim).

Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah


Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku "(HR. Muslim).

Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah


Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian "(HR. Muslim).

e mail seorang sahabat

Iblis dalam menggoda manusia memiliki pelbagai strategi dan yang sering digunakan adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kcenderungan mengajak kepada keburukan.
Gadis Bertudung Tapi Seksi [3]
Syaitan sememangnya mengetahui kecenderungan nafsu kita dan Iblis akan terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka Syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

Membuka bahagian tangan
Gadis Bertudung Tapi Seksi [2]

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka Syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang", bisik Syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan akhirnya para lelaki melihatnya sama seperti kebiasaannya. Maka Syaitan berbisik, " Kan tak apa-apa.."

Membuka leher dan dada
Gadis Bertudung Tapi Seksi [5]Gadis Bertudung Tapi Seksi [6]
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah Syaitan untuk membisikkan perkara baru.

"Kini membuka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan lagi, bukalah bahagian atas dada kamu, tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit supaya tidak panas. Cubalah! Orang tidak akan peduli kerana sebahagian saja yang terbuka".

Maka dipakailah pakaian fesyen baharu yang terbuka dibahagian leher dan dada.

Berpakaian tapi telanjang
Gadis Bertudung Tapi Seksi

Seterusnya Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmy biasa-biasa saja, cubalah fesyen yang lebih baik! Banyak kain yang agak nipis, bentuknya dibuat agak ketat supaya lebih cantik dipandang".

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah kerana potongan pakaiannya masih panjang, cuma bahan dan fesyennya yang berbeza supaya nampak lebih feminin," bisik Syaitan menokok tambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi SAW sebagai Kasiyat'ariyat (Berpakaian tapi telanjang).

Agak terbuka sedikit

Setelah para Muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka Syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini akan membuatkan kamu sukar bergerak kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga ke lutut atau paha? Itu lebih selesa".

Lalu dicuba idea baru itu dan memang benar, apabila dibelah bermula dari bahagian bawah hingga ke atas, rupanya lebih selesa serta mudah bergerak.

Tudung semakin kecil

Kini Syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih 'power'. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan auratnya pula.

"Oh, ada yang kita terlupa! Kalau kamu pakai baju begitu, maka tudung yang besar tidak lagi sepadan dengan kamu. Sekarang kamu kena cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang akan tetap menamakannya tudung".

Terdedah
Gadis Bertudung Tapi Seksi [4]
Gadis Bertudung Tapi Seksi [7]
Dan rupanya si wanita sangat selesa dengan fesyen baru yang dipakainya itu. Maka Syaitan datang lagi memberi idea.

"Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakannya mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan".

Maka, Syaitan sekali lagi berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

Membuka keseluruhan





Gambar hiasan.
Gadis Bertudung Tapi Seksi [8]
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, cuba cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tak usah terlalu terdedah, kira-kira 10 sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah cari fesyen paras lutut pula".

Bisikan Syaitan benar-benar telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Namun kadang-kadang si wanita terfikir, adakah ini tidak bersalahan dengan hukum agama?






Gambar hiasan.

Namun bisikan Syaitan menyahut, "Ah, kan sekarang zaman moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen terkini".

"Tapi, adakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?", hati si wanita curiga.

"Fitnah? Kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, dan mengatakan 'wow' dan sebagainya, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi kerana sama-sama suka?" Syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun Syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam.
Gadis Melayu Rosak
Gambar hiasan.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di tepi pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!

Ingatlah, Syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia tetapi sebenarnya janji palsu serta racun yang mematikan. Nauzubillah..
Pada pandangan anda mengenai gambar di bawah ini? Gambar yang memberi maksud perumpamaan fesyen bertudung bonggol ini sama sahaja seperti alien mamakai tudung.
http://1.bp.blogspot.com/-iQQI7ylSS68/US4CXJQd7vI/AAAAAAAAqtc/x6Tato1oVcU/s1600/Fesyen+Tudung+Bonggol+Haram.jpg

Ini perumpamaan sahaja dan bukan bermaksud memperkecilkan hati kaum hawa. Ada yang mengatakan ianya HARAM dipakai jika dilakukan seperti ini. Terdapat ada hadis yang mengatakan :

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:

"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat).

Dari e-mail sahabat

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!
Gambar PALSU 1
Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Jadi.. Mana yang  ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah(kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
* Ali bin Abi Talib r.a berkata:

"Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 
'Lalu Rasullullah SAW bersabda:

"Silakan bertanya. 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. "

Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.'

Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. "

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.


Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (SAW). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? '

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya. "

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.


Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar. "(Al-Baqarah: 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ".

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran / beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237) *

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288