sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, November 2, 2014

Pesanan

Ingat pesan Allah swt:

وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً

Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan barangan amanah kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak (dan kamu tewas tergadah). (Surah An Nisa': 102)


Thursday, October 16, 2014

Wednesday, October 15, 2014

Pohon Nabi Muhammad Yang Masih Hidup Selepas 1400 Tahun!


Seorang paderi tinggal disebuah gereja kecil berdekatan kota Busra. Tidak pernah dia melayan para pedagang dari Mekah yang berdagang di kota itu.
The Tree of Rasulullah [2]

Suatu hari, paderi bernama Bahira itu menyaksikan suatu keanehan. Ia berupa satu petanda yang telah dikhabarkan dalam kitab amalannya.

Bahira menyaksikan sesuatu yang tidak disedari paderi lain pada sekumpulan pedagang Quraisy dari Mekah. Bahira memerhatikan segumpal awan mengiringi kumpulan itu.

Apabila kumpulan pedagang itu berhenti untuk berehat, awan yang sama telah melindungi sebatang pohon yang dibawahnya sedang duduk berteduh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Malah, ranting-ranting pohon itu turut tunduk merendang untuk melindungi anak itu daripada terik mentari. Bahira tidak menunggu lama. Segera dijemputnya rombongan itu menghadiri jamuan di rumahnya.

Para pedagang itu berasa hairan bila seorang paderi gereja menjemput mereka sebagai tetamunya. Tujuan Bahira hanya satu. Ingin bersua muka dengan anak lelaki itu. Hendak dipastikan apakah tanda yang disebut dalam kitab amalannya menepati ciri pada anak tersebut.

Bila sudah berdepan, lalu Bahira bertanyakan tentang Latta dan Uzza, berhala yang disembahnya.

"Demi Tuhan, tiada perkara yang lebih aku benci selain daripada mereka", jawab anak lelaki itu.

Lalu Bahira tanyakan beberapa soalan lain. Jawapan yang diberi kanak-kanak itu meyakinkan Bahira, inilah dia utusan terakhir yang ditunggu-tunggu seperti yang disebut dalam kitab amalannya.

Bahira turut melihat belakang tubuh anak itu. Tanda yang dicarinya jelas. Memang benar, inilah orangnya!

Dengan segera dia memanggil bapa saudara anak lelaki itu. Bahira memberi nasihat agar anak itu segera dibawa pulang dan dilindungi.

Kata Bahira: "Jika Yahudi melihat segala apa yang aku saksikan pada anak ini,mereka akan mencederakan malah akan membunuh anak ini kerana kelak dia akan mendapat amanah dan tanggungjawab besar untuk memimpin manusia. Segeralah engkau membawanya pergi dari kota ini!".

Peristiwa di atas sebenarnya berkaitan dengan Muhammad. Nabi akhir junjungan umat Islam. Ketika itu, Baginda berusia 12 tahun dan kali pertama mengikut bapa saudaranya, Abu Talib pergi berdagang ke negeri Syam.

Dalam sesetengah kisah lain, paderi Bahira turut dikenali dengan nama George iaitu orang pertama yang mengesan tanda kenabian Baginda.

Pohon penaung Rasulullah SAW
The Tree of Rasulullah [3]

Kawasan padang pasir Buqa'awiyya di Jordan hanyalah dataran kering kontang yang dipenuhi debu pasir. Tiada pepohon mampu hidup di kawasan berpasir itu.
Namun, di satu tempat terpencil ditengah-tengah padang pasir itu, kelihatan sepohon pokok yang rendang dan lebat daunnya. Hanya pokok itu satu-satunya tumbuhan yang mampu hidup di tanah gersang itu.
Usia pohon itu ribuan tahun lamanya. Ia hanya pohon biasa namun diselimuti keistimewaan sebagai bukti kebesaran Allah. Pohon itu digelar 'The Only Living Sahabi' atau 'Sahabat Nabi yang masih hidup'.
Dikatakan, itulah 'pohon borton' yang memayungi Rasulullah sewaktu duduk berehat di bawahnya ketika mengikut bapa saudaranya berdagang seperti kisah diatas.
Ajaibnya, 'pohon borton' ini masih hidup hingga ke hari ini. Terdapat kajian di Jordan yang membuktikan usia pohon ini sudah melebihi 1,400 tahun.
Kisah pohon borton ini yang dikaitkan dengan pertemuan seorang paderi Kristian dan Muhammad sewaktu kecil turut dilakarkan dalam sebuah dokumentari pendek berjudul 'The Blessed Tree'.
Ia turut mendapat liputan luas daripada para sejarawan Islam terkemuka seperti Ibnu Hishanm, Ibnu Sa'ad dan Al-Tabari.
Namun, ada juga yang mengaitkan pohon tua ini dengan kisah Baginda sewaktu berdagang kali kedua ke negeri Syam. Usia Baginda ketika itu 25 tahun, membawa barang dagangan kepunyaan Khadijah (yang kemudian menjadi isteri Baginda).
Dikisahkan pembantu Khadijah iaitu Maisara yang turut serta dalam kumpulan itu telah menyaksikan bberapa keanehan. Antaranya apabila seorang pendeta Nasrani bertanyakan tentang gerangan Muhammad yang ketika itu sedang duduk berehat di bawah sebatang pohon rendang.
Kata pendeta itu, hanya seorang nabi yang telah disebut kedatangannya dalam kitab Taurat dan Injil yang mampu duduk di bawah pohon yang memayunginya ketika itu. Namun, tidak pasti apakah ia pohon sama seperti kisah pertama tadi.
Keberadaan pohon itu di zaman ini bagaikan satu bukti yang menyaksikan kecintaan sebatang pohon terhadap junjungan terakhir umat Islam. Subhanallah.
The Tree of Rasulullah

Masih tidak percaya? Anda boleh berkunjung ke Jordan . Lokasi pohon yang juga digelar 'The Tree of Rasulullah' ini terletak dipadang pasir Buqa'awiyya, 170 kilometer dari bandar Amman .
Di bandar kecil bernama Azraq, ada pengangkutan yang boleh disewa untuk membawa pengunjung ke pohon itu. Namun tidak ramai yang sanggup pergi ke situ kerana perjalanan yang sukar merentas padang pasir.
The Only Living Sahabi merupakan salah satu kawasan yang dijaga oleh kerajaan Jordan kerana diwartakan sebagai salah satu khazanah warisan sejarah negara itu.

Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut

Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut


Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cu bala h kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Bersugi

BERSUGI


1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.


“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )

2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

7. Di antara kelebihan bersugi ialah :

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .

FADHILAT MISWAK

1.Menghilangkan bau busuk dan memperbaiki deria rasa.
Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.

2.Mempertajamkan ingatan.
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."

3.Mempertajamkan kecerdasan.
Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)

4.Menghilangkan balgham(kahak).
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menghapuskan balgham." (Ihya-ul-'Ulum)

5.Menyembuhkan penyakit.
Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)

6.Miswak mewangikan mulut.

7.Miswak memperkuatkan gusi.

8.Miswak menahan gigi daripada reput.

9.Miswak menahan kerosakan gigi yang lebih kritikal akibat kereputan yang telah ada pada gigi.

10.Miswak menyembuhkan sakit kepala.

11.Miswak menolong menghilangkan sakit gigi.

12.Miswak memberikan nur (cahaya) pada wajah orang yang selalu menggunakannya.

13.Miswak mencahayakan gigi.

14.Miswak menghilangkan kekuningan pada gigi.

15.Miswak memperkuatkan penglihatan.

16.Miswak menolong menghadamkan makanan di dalam badan.

17.Miswak melawaskan suara.

18.Miswak memudahkan selera.

19.Miswak menambahkan kelancaran percakapan.
Abu Hurairah R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menambahkan kelancaran percakapan seseorang." (Al-Jaami')

20.Miswak memudahkan selera makan. (Thibbi Nabawi)

Suatu yang patut diketahui.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran / beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237) *

Kisah Cicit Iblis Laknatullah Yang Bertaubat

Kita sering dengar kisah orang yang bertaubat, ada yang berasal dari raja yang zalim kemudian bertaubat. Ada juga yang berasal dari ketua perompak kemudian bertaubat dan akhirnya berkat amalannya diangkat menjadi waliullah.
Iblis

Tapi kisah ini agak unik sedikit kerana ini adalah kisah cicit kepada Iblis laknatullah yang bertaubat.

Kisah yang saya petik dari kitab karangan Imam As-Sayuti ini saya kira baik untuk dijadikan renungan bersama, inilah kisahnya:

Al-Uqaili (Salah seorang penghafal hadith, penulis kitab adh-Dhu a’fa).

Dalam sebuah kitab karangannya, Al-uqaili meriwayatkan Abu Nu’aim dan Al-Baihaqi dari Umar:

Dia berkata: "Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w di suatu tempat di gunung Thimamah, tiba-tiba muncul seorang lelaki tua sambil memegang tongkat. Dia kemudian mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w.".

“Siapa engkau tanya nabi".

‘Aku Hammah bin Hayim bin Luqais bin Iblis", jawabnya.

“Engkau dan iblis berjarak dua bapa, berapa lama waktu yang engkau lalui antara dua jarak itu?

“Usia dunia ini sudah punah kecuali tinggal sedikit saja lagi, pada malam ketika Qabil membunuh Habil, aku masih kanak-kanak namun aku sudah boleh disuruh merosakkan makanan dan memutuskan hubungan perkauman”.

Nabi Bersabda, "Alangkah buruknya perbuatan orang tua yang dikutuk dan anak muda yang diajarnya”.

“Janganlah sebutkan lagi hal itu kerana aku sudah bertaubat kepada Allah. Aku pernah bersama Nuh di masjidnya dan beberapa orang yang beriman dari kaumnya. Aku terus-menerus mencela caranya menyampaikan dakwah kepada kaumnya sehingga dia menangis dan aku juga turut menangis.

"Aku termasuk orang yang menyesal atas perbuatan itu dan aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk orang -orang yang jahil.

"Aku katakan pada Nuh, Wahai Nuh aku termasuk orang yang bersubahat dengan pembunuhan yang dilakukan Qabil yang menumpahkan darah orang yang berbahagia dan mati syahid dari anak Adam. Adakah menurutmu, taubatku masih di terima?"

Nuh menjawab, "Wahai Hammah, berhasratlah terhadap kebaikan dan lakukanlah ia sebelum muncul penyesalan dan kerugian. Sesungguhnya aku telah membaca apa yang diturunkan Allah kepadaku bahawa tak seorang hamba pun yang bertaubat kepada Allah melainkan Allah akan menerima taubatnya. Kerana itu ambillah wudhuk dan bersujudlah dua kali".

Akupun terus melaksanakan apa yang diperintahkan kepadaku, ketika aku sedang sujud diserukan kepadaku, "Angkatlah kepalamu kerana taubat bagimu sudah turun dari langit”.

Maka akupun sentiasa bersujud kepada Allah.

Aku juga sempat bersama Nabi Hud bersama mereka yang beriman kepadanya, aku juga mencela caranya menyampaikan dakwah sehingga dia dan aku turut menangis. Aku seringkali bertemu nabi Ya’kub dan aku juga bertemu Yusuf di tempat orang- orang awam yang buta huruf. Aku bertemu Ilyas di lembah. Aku bertemu Musa bin Imran dan beliau mengajarkan Taurat kepadaku sambil berkata, "Jika engkau sempat bertemu Isa Putera Maryam, sampaikan salamku kepadanya".

Lalu ketika aku bertemu Isa aku sampaikan salam Musa kepadanya. Kemudian Isa berkata kepadaku, "Jika engkau bertemu Muhammad, sampaikan salamku kepadanya".

Setelah mendengar kisah tersebut, Rasulullah s.a.w. memandang kearah yang jauh, lalu menangis sambil bersabda, "Salam atas Isa selagi dunia masih ada dan salam atasmu wahai Hammah diatas amanah yang telah engkau sampaikan.”

“Wahai rasulullah, lakukanlah sepertimana yang dilakukan oleh Musa bin Imran kepadaku, beliau sudah mengajarkan ku Taurat.”

Maka Rasulullah s.a.w. membacakan kepadanya surah Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba’, At-Takwir dan Mu’ awwid-zatain serta Qulhuallahu ahad.

Kemudian baginda bersabda, “Sampaikan kepadaku apa keperluanmu wahai Hammah sebelum engkau meninggalkan kami”.

Umar berkata, "Lalu Rasulullah menghentikan kisahnya, sehingga aku tidak tahu adakah jin itu masih hidup atau sudah mati".
Wallahu A’alam..

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288