sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, October 29, 2009

Hari ini dan esok seterusnya adalah dari yang tak tahu bila?

Segala apa yang berlaku hari ini, esok dan seterusnya dan yang sebelum ini telah tertulis sejak azalli lagi. Surat iqra dikatakan yang pertama diwahyukan kepada Rasullullah. Tetapi ayat tersebut berada dalam ilmu Allah sejak azali lagi. Kita sebagai umat islam perlu menzahirkan kesyukuran ke Hadrat Allah kerana dilahirkan sebagai Islam. Kerana itu kita perlu sentiasa istiqamah dalam islam. Kita perlu istiqamah dalam doa agar terus berada dalam islam dan bimbingan Allah. Kerana itu kita perlu sentiasa berusaha agar saudara kita sesama manusia menginsafi kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita.
Perlu juga bagi kita sentiasa berdoa kepadaagar saudara kita yang bukan islam mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Semua manusia merupakan makhluk Allah. Allah amat kasih terhadap hambanya. Kita sebagai manusia hendaklah berusaha menjadi hambanya yang solih. Elakkan diri dari sombong, takabur dan berlaku zalim
Ingat bahawa kita tidak tahu kesudahan akhir kita. jika telah terasa tersesat kembalilah kepangkal jalan. Pintu taubat masih belum tertutup. Tetapi keseronokan dengan dosa biasanya menutup keinginan untuk bertaubat. Jangan sangka kita yang berserban besar boleh lepas dari ujian Allah. Jangan sangka Mufti yang bijak bistari dapat mengelak dan lepas dari ujian. Malah yang besar dan handal itu lebih hebat ujian keatas mereka.
Contoh yang mudah kalau rasuah yang kecil rasuah atas mata ratus atau ribu. tapi kalau yang lebih besar rasuahnya puluhan ribu atau ratusan ribu malah sampai ke juta, barangkali pangkat juga mengikat manusia.
Kesedaran dan keinsafan serta muhasabah diri akan menjadi pemandu ke perjalanan hidup. Dampingi ulama dan guru antara jalanan yang harus dipilih. Berkawan dengan yang jahat dan zalim akan menjadikan seseorang itu terikut dan akhirnya mengikut dan terikat. Tidak banyak mana pun yang bakal diperolihi habuan dari bersubahat dengan kezaliman. Pastinya kerugian dari habuan dari subahat ialah ketiadaan kerkatan.

Terkenang ke tahun 1984

Tahun itu merupakan tahun akhir pengajian saya di UTM Jalan Gurney Kuala Lumpur. Selepas peperiksaan kami di hantar ke sekolah untuk menjalani latihan practikum. Saya memilih sekolah di Johor Bahru. Diakhr practicum tersebut saya telah meminta murid saya membuat catatan sebagai kenangan buat saya. Hari isnin kelmarin dalam pembelekan catatan lama tersebut saya terpengan catitan yang saya bukukan itu. saya baca semua catatan dan keinginan timbul untuk bertanya khabar kepadan mereka. Mereka sekarang kini usia sudah melebihi 40an. semoga mereka sentiasa maju jaya.

Wednesday, October 28, 2009

Hidup dan usia hidup

Hari ini ialah kenyataan dan semalam adalah sejarah manakala esok sebenarnya belum pasti. yang pasti setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kenyataan itu ialah dari ayat al qur an. Kerana itu setiap yang hidup pasti mengetahui tujuan hidup. Jika tidak mengetahui akan tujuan kehidupan pastilah orang itu akan melakukan pelbagai perkara mengikut sedap dan seronok sendiri sahaja.
Hari seseorang yang hidup akan membina sejarah kehidupan untuk hari esok yang akan dibaca oleh yang akan berada dihari-hari yang seterusnya. Sejarah yang dibina pastinya akan dibaca samada oleh diri sendiri atau orang lain. Kadangkala sejarah yang dibina akan dibaca oleh anak dan cucu cicit sendiri. Bergembiralah jika sejarah yang dibaca itu memberi kebanggaan yang tinggal. Berdukacitalah jika sejarah yang dibaca itu memilukan anak cucu cicit dan generasi kemudian.
Sejarah yang dibina akan terus hidup, dan usia sejarah akan panjang sepanjang zaman. Fir aun disebut sehingga kini tetapi tiada siapa yang bernama manusia yang ingin mengambil dan mendabik dada mendakwa sebagai idola. Tetapi secara perangai ramai yang mengambil perangai dan ketakburan fir aun sebagai ikutan.
Begitu juga Namrud ada kesah dalam qur an tetapi tidak ada yang mengaku menjadi waris. Usia sejarah mereka sampai kini tetapi kenangan sejarah mereka dalam kehinaan.
Rasullullah hidup dalam usia 63 tahun dimuka bumi ini tetapi kehidupan sejarah baginda telah melebihi 1400 tahun. Kini dan saban tahun yang lalu jutaan manusia menziarahi maqam baginda. Setiap detik dan ketika selawat dan salam kepada baginda. Baginda membawa risalah dari Allah yang akan menyelamatkan manusia dalam kehidupan didunia dan di akhirat. Baginda Rasullullah telah merakamkan sejarah kehidupan yang menjadi tuntunan dan ikutan manusia. Manusia selamat bila mengikuti perjalanan dan ajaran baginda.
Kini kita melihat dan membina sejarah kita sendiri. Sambil kita melihat sejarah lampau dan sejarah kelmarin. Kalau Bush dilontar dengan kasut merupakan satu peristiwa sejarah beliau di akhir memegang kuasa dunia yang angkuh dan memalukan. Banyak lagi sejarah dan peristiwa terdekat yang dapat dilihat dan diperhatikan dalam dan luar negeri. Yang terbaru hari ini kita dapat saksikan dalam kecanggihan teknology komunikasi dan ketinggian peradaban kehidupan akan keruntuhan sistem demokrasi di negeri perak iaitu di Persidangan DUN Perak. Ini lah sebahagian kecil dari peristiwa yang memalukan kepada warga Perak khasnya dan seluruh manusia yang beradab.
Orang yang budiman tidak akan gembira dengan kejijikan yang memalukan ini. Orang yang rendah tamadun dan primitif yang terusan menegakkan kejijikan ini.
Manusia yang berperadaban dan bertamaddun tidak boleh menyerah kalah. Berundur bererti primitif.
Hadis
Bila kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu tegur dengan tangan.
Jika tidak mampu hendaklah kamu tegur dengan lidah,
jika tidak mampu hendaklah kamu menegurnya dengan hati.
sesungguhnya menegur dengan hati itu selemah iman.
tidak menegur langsung atau bersekongkol atau bersetuju bermakna diluar keimanan .

Tuesday, October 27, 2009

Sekilas Pandangan

Semalam melihat berita seorang yang hampir bersara dihadapkan kemahkamah atas tuduhan rasuah. Katanya pegawai itu mengambil suatu suapan dari seseorang yang mencuri pasir.
Persoalannya dalam keadaan hujung perkhidmatan yang begitu masih tidak terfikir akan kemungkinan tertangkap lantas melakukan juga kerja salah itu. Kenapa boleh jadi begitu? Demikianlan antara soalan demi soalan yang timbul.Sedangkan suapan itu dalam amaun yang dikira kecil. Tidak pula kalau amaun lebih dibenarkan.
Penganalisis perlu membuat kajian dan seterusnya menjadangkan langkah pendidikan yang perlu diberi kepada semua orang. Kesian bagi orang yang dihujung perkhidmatan tertangkap oleh sebab rasuah.

Monday, October 26, 2009

Kematian di Lenggong

Selepas hari raya bebera kematian dilapurkan
Mula dengan Pak Mat Temelong
Di temelong juga ada kematian selepasw itu seorang wanita berumur lingkongan 35 tahun.
Pada hari yang sama wanita warga emas diluat.
Ayah kepada Man di changkat Berangan meninggal dunia pada 20.10.09
Hashim bin Nawi cepur 21.10
Isteri Pakngah meri 21.10
Menantu man pak hang 25.10
hari ini pula pesara klinik gigi lenggong
Cikgu meor mahmud ada yang panggil cikgu leman dalam kemalangan jalanraya sehingga keretanya terbakar.
semoga Mereka dicucuri rahmat.

Sunday, October 25, 2009

Gajah liar membinasakan tanaman penduduk Kampong Bukit Sapi

Tanaman getah dikebunnya jang dijaga lebih dari dua tahun telah dibinasakan oleh sekumpulan gajah liar sebanyak 4 ekor. En Hassan menceritakan sewaktu beliau pergi ke kebunnya untuk menyalakan lampu dikebunnya itu beliau terserempak dengan sekawan gajah. Beliau telah membakar 6 biji mercun tetapi gajah itu tidak berganjak. Anjing yang dipeliharanya untuk menjaga kebunnya telak menyalak sehingga tidak berbunyi.
Melihat keadaan demikian en Hasan terpaksa meninggalkan kebunnya itu. Katanya pada kebiasaannya kalau di bakar mercun gajah akan lari dan tak masuk kekebunnya itu. tetapi kali ini agak pelik benar. Ke esokan hari beliau pergi kekebunnya. Habis segala tanaman ubi kayu. Dangaunya diruntuhkan. Lampu pelita dirosakkan. Radio dihempaskan. Kain solatnya dan telekung isterinya dicarik-carikkannya. Mesin menebas dialihkan tempat. Pokok getah dirosakkan. Tetapi minyak petrol dan disel tidak diganggu. Begitu juga buku surat yasin yang ada di dangaunya tidak di apa-apakan.
gajah itu bermaharajalela dikebunnya selama 2 malam berturut. Encik Hasan kelihatan agak terlalu kecewa dengan kejadian tersebut. Menurutnya seekor dari gajah itu mempunyai gading yang agak panjang lebih kurang 1meter.Pangkal gading itu hampir sebesar peha. Tapak gajah itu hampir sebesar gadang.
Beliau amat kecewa dengan itu. Khabarnya Kerajaan Negeri nak buatkan pagar lektrik sebelum ini hanya khabar sahaja. Barangkali khabar angin sahaja.
Selain dari kampong Bukit Sapi, penduduk kampong Chepor, luat dan beng juga mengalami masalah yang sama.

Kampong Chepor putus bekalan Air

Dah lama kejadian berlaku ;ebih dari dua minggu kalau tak silap saya. Bekalan air bersih terpaksa dihantar melalui kereta tangki. Ketiadaan air tersebut amat menyulitkan penduduk akampong berkenaan. Suatu usaha perlu dilakukan segera.
Khabarnya ketiadaan ait tersebut disebabkan kerja membuat kolam udang sehingga menyebabkan paip bekalan air pecah.

Friday, October 23, 2009

Kemalangan Jalanraya di Tasik Chenderoh ( Tasik Raban)

Kemalangan tersebut berlaku petang semalam menebabkan kematian seorang bekas guru iaitu Cikgu Meor yang khabarnya dalam perjalanannya ke kebunnya di Cherakoh.

Tuesday, October 20, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Makluman kepada JKR

Makluman kepada JKR Taiping
Tanah runtuh di tepi jalan Ijok – Sumpitan.
Dua kejadian tanah runtuh ditepi jalan dikesan sejak semalam dan hari ini.
Kedua-dua kejadian seperti gambaran berikut.
Gambar kejadian Tempat pertama. Dikesan semalam
Gambar kejadian yang dirakam semalam


Monday, October 12, 2009

Gambaran dihari convocation semalam

Gambaran sebahagian dihari convocation iium


Convocation IIUM semalam

Semalam 11.10.11 merupakan suatu tarikh/angka yang amat bermakna bagi diri saya. Angka tersebut boleh disusun seperti 09.10.11 ialah urutan menaik dan 11.10.09 merupakan suatu urutan menurun. Demikian suatu yang terlintas dalam pemikiran saya ketika catan ini disediakan iaitu pada jam 10.33 pagi.
Menarik pada hari tersebut ialah pada tarikh ini saya berserta 40 orang Guru Besar yang mengikuti PKPGB Cohort 2 IIUM telah dinobatkan atau dianugerahkan Ijazah dari IIUM

Wednesday, October 7, 2009

Menarik dari bumiperak


MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' ayat 16):

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (Surah Al Isra' ayat 58):

Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52):

(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.sumber: eramuslim baca seterusnya...

Firaaun mengejar dan memburu Nabi Musa, Pemerintah Indonesia memburu dan membunuh manusia yang mereka lebelkan sebagai penjenayah. Apakah dosa yang dilakukan oleh Dr Azhari Husia dan Nordin Mat Top. Ramai yang terhiris dijiwa bila mendengar gugur keduanya. Ramai juga yang menadah tangah memohon Allah datangkan pengajaran. Sayu bila Allah datangkan pengajaran yang dideritai dan diinsafi oleh mangsa. Pilu bila yang meratapi hanya mangsa sedangkan pemerintah tidak terkesan dan tidak terkasima. Barangkali Pak Presiden tidak merasai kegundahan dan kesedihan pilu.
Apakah tiada kesalahan atau dosa pada rakyat?
Pastinya ada juga dosa dan kesalahan pada rakyat. Yang pastinya kesahalan dan dosa maksiat yang berleluasa di kawasan setempat. Maksiat yang berleluasa tiada usaha mencegahnya. Tiada usaha "Nahyu aninmungkar" . Barangkali dosa lain ialah tidak menegur pemerintah yang bertindak secara tidak adil. Rakyat tidak bangun menyatakan pendirian terhadap sikap pemerintah yang berterusan memburu hamba Allah yang mereka lebelkan sebagai penjenayah.Malah ada barangkali yang terlaluan mendesak penghapusan tersebut. Ramai yang terkedu bila mendengar pengumuman gugurnya Nordin Mat Top kerana sewaktu diumumkan kejayaan itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.
Letupan bom yang dilakukan mereka tidak meruntuhkan dan meranapkan hotel tetapi tepukan gemuruh tersebut sebenarnya mengundang gempa gempita bumi.
Sesungguhnya Allah maha berkuasa. Manusia yang terjebak dalam mala petaka ada yang mengundang sendiri. Bagi yang bertakwa terimalah musibah dengan redha. Sesungguhnya ada pembalasan dari Allah.

Tuesday, October 6, 2009

Kejatuhan manusia

Kaum Nuh dimusnah oleh banjir besar kerana kemungkaran yang mereka lakukan ke atas Nabi Nuh. Firaun jatuh kerana kezaliman ka atas bani israel. Namrud musnah dan hina kerana menentang Nabi Ibrahim. Banyak lagi paparan sejarah silam yang menunjukkan kejatuhan manusia.
Amerika menghukum penjara Ulama Mesir yang buta apa jadi gempa bumi di California. Anwar shadat mati ditembak oleh tenteranya sendiri. Ariel Sharon yang menyembelih pelarian palestin di Shabra dan Shatila sampai harini tak tahu hidup atau dah mampus si sharon itu. Di Thailand, Thaksin yang jadi PM thailand, mengarahkan pembunuhan di selatan Thai dan masjid kresik hilang segalanya din dibuang negeri menjadi hina.
Lagenda Mahsuri yang dibunuh setelah dizalimi mengakibatkan langkawi menjadi padang jarak padang terkukur. Fitnah yang dilakukan ka atas Mahsuri menjadikan langkawi terkena sumpahan. Sumpahan orang yang dizalimi atau doa orang yang dizalimi terlalu berat akibatnya. Pasti doa orang yang dizalimi tiada hijab antara doa orang yang dizalimi dengan Allah.
Almarhum Usta Ibrahim libya yang dibunuh dizaman Musa hitam jadi menteri dalam negeri. Beberapa hari selepas kejadian berlaku banjir besar di pekan baling. Ada yang mengatakan air banjir itu merah seperti darah. Ada mangsa yang mati tercepit dipokok manggis. dan orang kenai mangsa yang tercepit itu dan apa yang dikatakan beliau bila Ustaz Ibrahim Libya ditembak. Selepas beberapa ketika timbul masalah antara PM (Dr Mahathir) dengan Musa Hitam sehingga musa hitam meletakkan jawatan TPM dan T Presiden Umno. Selepas itu berkuburnya keriar politik masa hitam.
Apakah barangkali gempa bumi di padang akibat pembunuhan ke atas Nordin Mat Top?
Analogi yang dibuat oleh orang ada kesitu. Cuma adakah manusia mengisafinya. Rakyat padang menjadi mangsa di atas kerakusan pemerintahan. Adakah pemerintah sedar hal itu. Kiranya pemerintah tidak sedar rakyat perlu menyedarkannya.
Tahun 2006 pembunuhan kejam Atantuya menyaksikan undi rakyat beralih dari bn kepada pakatan rakyat. Rakyat bagan pinang boleh menggunakan undi mereka untuk menegur dan memaksa pemerintah yang melakukan atau bersubahat dalam kezaliman ke atas sesama manusia mangaku dan mengambil tanggung jawab yang sepatutnya.
Dalam kejadian highland tower dikatakan terlalu banyak maksiat disitu sehingga mengorbankan ramai. Tsunami acheh juga begitu.

Cuaca Harini

Sehingga jam sekarang (11.31) di SK Sungai jernih masih hujan. dilapurkan oleh pengawal keselamatan hujan sejak jam 6.00 pagi.

Monday, October 5, 2009

Cuaca hari ini

Kelihatan pagi tadi cuaca cerah. Matahari mula manampakkan diri. tabi bila beralih tengahari hingga kepetang hujan yang berterusan dan turun tanpa henti. sejak hari rabu kelmarin. Keadaan sedemikian rupa.

Sunday, October 4, 2009

Cuaca hari ini

Di awal pagi cahaya marahari memancar terang.
sebelah tengah hari mendung dengan hujan rintik-rintik
Jam 5.00 ptg cuaca kembali terang.

Cuaca Semalam

Hujan memanjang dari Kuala Kangsar hingga ke Kuala Lumpur.
Begitu juga perjalanan balik hujan disebelah petang dan malam dari kuala Kangsar.
Perjalanan pulang dari KL sejak jam 2.30ptg cerah.

Semalam Ke UIA


Semalam saya ke UIAM mengambil jubah untuk hari convocation.

Friday, October 2, 2009

Sangkaan panas hingga kepetang

Pagi kelihatan sahaya indah mentari pagi diufuk timur. disangkakan panas hingga ke petang. sememang hujan yang sampai kepetang malah barangkali akan membawa ke malam. Manusia yang di Padang bergelut dengan ketakutan tsunami. dibeberapa tempat di Malaysia dengan ribut taupan dan hijat yang memanjang. semuanya suatu iktibar dari Allah. Malaysiakini memaparkan cerita paus di port dickson. Esok pula penamaan calon bagan pinang. Jangkaan 1 tengahari ketibaan jenazah syuhada (semoga dikurniakan Allah kepadanya) Nordin Mat Top kebumi Malaysia.
Dari Allah kita datang kepada Allah semuanya akan Kembali. Sebaik-baik bekalan semasa kembali kehadrat Allah ialah Taqwa. Seburuk-buruk bekalan yang dibawa kembali kepada Allah ialah menzalimi diri sendiri dan menzalimi orang lain.
Sayogialah manusia mengisafi diri sendiri.
Allah menzahirkan kebesarannya dan membalaskan segala perbuatan manusia secara tunai dan juga secara bertangguh di hari kemudian nanti. Kalau hari ada manusia berbangga dengan kuasa hasil dari penipuan belum tahu esok berala lapa kekuasaan akan berada ditangan. dan berapa besar kehinaan yang akan ditanggung.

Malam Raya Aidilfitri

Semua orang tahu bahawa dalam saluran tv astro kalau 104 rancangan hanya bercorak hiburan. pelbagai siaran terdapat dalam saluran tersebut. Berita pun tidak pernah keluar dari saluran tersebut. Siaran berunsur agama salurannya ialah 106. Tetapi yang peliknya pada malam hari raya pertama itu saluran 104 telah menayangkan siaran takbir seawal jam 7.45 malam. Ketika itu belum ada siaran resmi peristiharan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Peristiharan resmi oleh penyimpan mohor besar raja-raja dalam waktu berita sekitar jam 8.15 malam.
persoalah kenapa jadi begitu? Adakah sesuatu yang tersembunyi atau yang cuba disembunyikan? Adalah malang jika ada sesuatu yang sengaja disembunyikan. Namun begitu jangan biarkan kecurigaan pada rakyat.

TV menayangkan cerita seram

Sejak kebelakangan ini kelihatan tv di negara kitani banyak nenayangkan cerita-cerita berunsur seram. Apakah matlamat dari penceritaan tersebut. apakah langkah penayangan tersebut didorong dari tujuan menakutkan tidak dipastikan. Apakah elimen dalam penceritaan tersebut dibolehkan dari segi agama juga tidak di pastikan.
Unsur yang diselitkan dalam penceritaan itu sesuai atau tidak untuk semua penuntun juga tidak diketahui. Namun satu iklan hariraya ada menyentuh sensitiviti penuntun. dalam gambar tersebut yang menunjukkan bibir ibu yang sakit menimbulkan kengerian kepada anak. bagus iklan tersebut tetapi agak ngeri. pada penglihatan setengah penuntun.
Kerana itu penayangan sesuatu bahan perlu ditinjau sensitiviti terlebih dahulu agar tidak berlaku yang mangganggu perasaan penuntun.

Harini kelihatannya cuaca terang.

Dua hari kelmarin hujan yang memanjang. Kelihatan pagini cuaca terang dengan pancaran matahari memancarkan cahaya sejak awal pagi.

Thursday, October 1, 2009

Allah bayar tunai

Ketika mengumumkan kejayaan mereka membunuh Nordin Mat Top disusuli dengan keangkuhan dan tepukan gemuruh dikalangan yang ada. Satu dua jiwa yang dikorban atas tohmahan sebagai pengganas. Memaparkan gambaran ketangkasan serta kecekapan membunuh seorang dua manusia yang dituduh pengganas. Keangkuhan sama selepas mereka membunuhkan Dr Azhari Husin. Keadaan Yang berlaku mengundang pembayaran tunai dari Allah. Harini berita gempa bumi di repablik itu yang menyebabkan banyak kematian. Sedangkan jenazah syuhada itu masih belum disemadikan lagi.
Satu persepsi yang sedemikian ada pada manusia yang ramai. ada juga yang terikut dengan tuduhan penguasa yang melancarkan penghapusan itu. Sesungguhnya kebenaran yang hakiki ialah pada Allah. Barangsiapa yang bertindak mengikut nafsu pastinya akan menempah kecelakaan. Doa ramai dari manusia yang mengharapkan keadilah Allah ke atas Nordin Mat Top dan Dr Azhari. Semoga mereka disisian hamba Allah yang syuhada.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288