sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, October 29, 2009

Hari ini dan esok seterusnya adalah dari yang tak tahu bila?

Segala apa yang berlaku hari ini, esok dan seterusnya dan yang sebelum ini telah tertulis sejak azalli lagi. Surat iqra dikatakan yang pertama diwahyukan kepada Rasullullah. Tetapi ayat tersebut berada dalam ilmu Allah sejak azali lagi. Kita sebagai umat islam perlu menzahirkan kesyukuran ke Hadrat Allah kerana dilahirkan sebagai Islam. Kerana itu kita perlu sentiasa istiqamah dalam islam. Kita perlu istiqamah dalam doa agar terus berada dalam islam dan bimbingan Allah. Kerana itu kita perlu sentiasa berusaha agar saudara kita sesama manusia menginsafi kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita.
Perlu juga bagi kita sentiasa berdoa kepadaagar saudara kita yang bukan islam mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Semua manusia merupakan makhluk Allah. Allah amat kasih terhadap hambanya. Kita sebagai manusia hendaklah berusaha menjadi hambanya yang solih. Elakkan diri dari sombong, takabur dan berlaku zalim
Ingat bahawa kita tidak tahu kesudahan akhir kita. jika telah terasa tersesat kembalilah kepangkal jalan. Pintu taubat masih belum tertutup. Tetapi keseronokan dengan dosa biasanya menutup keinginan untuk bertaubat. Jangan sangka kita yang berserban besar boleh lepas dari ujian Allah. Jangan sangka Mufti yang bijak bistari dapat mengelak dan lepas dari ujian. Malah yang besar dan handal itu lebih hebat ujian keatas mereka.
Contoh yang mudah kalau rasuah yang kecil rasuah atas mata ratus atau ribu. tapi kalau yang lebih besar rasuahnya puluhan ribu atau ratusan ribu malah sampai ke juta, barangkali pangkat juga mengikat manusia.
Kesedaran dan keinsafan serta muhasabah diri akan menjadi pemandu ke perjalanan hidup. Dampingi ulama dan guru antara jalanan yang harus dipilih. Berkawan dengan yang jahat dan zalim akan menjadikan seseorang itu terikut dan akhirnya mengikut dan terikat. Tidak banyak mana pun yang bakal diperolihi habuan dari bersubahat dengan kezaliman. Pastinya kerugian dari habuan dari subahat ialah ketiadaan kerkatan.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288