Keberanian blogers dalam mengeluarkan pendapat dapat dilihat jika kita membaca pelbagai catatan yang diterbitkan. Ada blogers yang terus berpihak kepada sesuatu perinsip. ada pula bloger yang bersikap menyendiri menceritakan sesuatu yang tidak menyebabkan orang marah atau tertarik.
Namun kebiasaannya blogers mempunyi pendirian yang tersendiri dalam sesuatu hal. Dalam membicara penulisan dalam blog ini kita akan berhadapan dan bertemu dengan tulisan yang berbagai. Kita akan melihat pelbagai gaya dan keberanian yang ditunjukkan oleh para blogers. Kadang-kadang tulisan akan menyinggung hati dan perasaan orang yang lain.
Dalam hal yang demikian para blogers perlu ada jati diri masing-masing. Tidak cukup dengan jati diri setiap blogers perlu ada etika dan akhlak. Nak tulis apa pun boleh. yang penting akhlak. Nak menghina pun tak mengapa kalau ada asas yang kukuh atau bukti yang kukuh. Jangan mudah terpengaruh atau terikut dengan nafsu.
Seperti baru-baruni. seorang blogers yang masih muda menggunakan blognya menghina Sultan Johor yang mangkat itu. Kenapa nak dihina yang telah meninggal. Ugama tidak mengajar kita menghina orang yang telah mati. Selepas solat jenazah sering imam bertanya "apakah yang hendak dikatakan ke atas ini mayat" makmum menjawab "kebaikan" kenapa ada blogers yang tergamak menghina sebegitu ?
Tidak lain penghinaan itu semata-mata untuk menimbulkan amarah orang. Oleh kerana penghinaan tersebut kepada Sultan akan ada yang membelanya tetapi jika penghinaan itu kepada orang awam siapa yang akan mengambil tindakan? pastinya tiada atau lambat.
Dalam keadaan seperti ini orang akan dapat menilai akan perilaku blogers dan juga penguasa yang bertindak. Kalau yang difitnah dan dihina itu dikalangan yang berpengaruh atau pemimpin kerajaan pastinya tindakan pastas akan segera dilakukan. Hari ini laporan polis esok sudah ada siasatan atau tangkapan atau kenyataan dikeluarkan. Jika fitnah atau penghinaan keatas orang awam atau pemimpin pembangkang pastinya lambat tindaka dilakukan.
Akibatnya cemuhan dan kejian serta hilang kepercayaan kepada penguasa yang bertanggung jawab. Dalam paparan maya blogers perbagai persepsi boleh dilihat. Ada yang terus berpihak dan yang mengaku bebas tetapi kelihatan berpihak. Disebabkan laporan yang dikeluarkan dibaca oleh rakyat membolehkan rakyat mendapat pengetahuan. Blogers jangan biarkan pembaca meluat dengan gelagat yang tidak berakhlak. kelak pembaca akan meludah kepada nama-nama blogers tertentu. Kalau harini orang sudah mula jelak dengan berita TV mungkin nanti orang akan meluat menyampah dengan gelagat blogger.
No comments:
Post a Comment