sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, April 15, 2010

Tafsir

Ulama' mempunyai kebolehan dalam mentafsir dalam hal-hal agama dan penghidupan. Al quran sebagai panduan hidup hanya mampu ditafsirkan oleh orang yang bergelar ulama yakni yang mempelajari disiplin ilmu tersebut sambil menterjemahkan dalam amalan dan perlakuan harian. Demikian rupa ulama yang sejati. Namun juga ada kemunculan yang dikatakan ulama yang jahat malah amat ditakuti oleh Rasullullah melebihi dari Dajjal.
Para hakim pula mempunyai keupayaan mentafsirkan aspek-aspek peraturan dan perundangan. Tafsiran oleh seseorang hakim akan memberi keadilan atau hukuman ke atas seseorang. Keputusan seseorang hakim akan diterima oleh seseorang samada secara suka atau terpaksa. Ada keputusan yang diberikan dilakukan secara salah menyebabkan orang yang tidak bersalah disalahkan. Kerana itu Rasullullah menyebut bahawa dua dari tiga hakim akan menjadi ahli neraka.
Kerana mereka hakim pastinya mereka tahu hala tuju mereka di akhirat kelak.
Ahli sejarah ialah golongan yang boleh mentafsirkan peristiwa sejarah yang lampau. Atas amatan dan kajian mereka mereka boleh mencerita keadaan zaman lampau. Adakalanya mereka boleh mengubah persepsi orang terhadap peristiwa sejarah yang berlaku.
Saintis dan teknokrat merupakan pentafsir zaman terkini dalam pembangunan kebendaan yang boleh dilihat dan diguna.
Budayawan ialah satu golongan yang tidak kurang penting dalam memberi makna dari suatu tafsiran yang ditafsirkan oleh pelbagai golongan. Kita seringkali dipertontonkan dengan filem-filem P Ramlee. Sememangnya telah diakui bahawa P Ramlee sebagai Budayawan yang telam menerima anugerah seniman agong. Dalam pada kita sering menonton tayangan filem P Ramlee ternyata bahawa paparan yang ditunjukkan oleh seniman dan budayawan P Ramlee ada unsur untuk membentuk suatu persepsi dalam suatu tafsiran sejarah. Filem Han g Tuah sebagai suatu rujukan. Kita lihat bagaimana Ahmad Mahmud sebagai Hang Jebat bersumpah "Demi Allah dan Demi Rasul jika ku tahu engkau masih hidup nescaya tidak kulakukan ini ( menuntut bela)" Dalam rataan umum menganggap siJebat sebagai derhaka P Ramlee menampilkan persoalan "Jebatkah benar atau aku yang benar"
Demikian terjemahan seorang budayawan yang kelihatan tidak mampu dilakukan oleh seorang ahli sejarah. Berapa ramai dikalangan rakyat melayu hari yang menerima si Jebat sebagai penderhaka? Berapa ramai yang menerima Hang Jebat sebagai pejuang dan hulubalang yang terbilang?
Dalam kunjungan saya ke Mesir bumi Ambia dan Aulia, Saya berkesempatan juga melawat piramid yang menyimpan jasad fir'aun. Saya menyebutkan Mesir sebagai bumi Ambia dan Aulia kerana ramai para Nabi dan Auliayang dilahir dan dimakamkan di bumi Mesir. Pemandu pelancong (pelajar Malaysia di Universiti Azhar) yang memprogramkan perjalanan kami menceritakan banyak perkara yang merupakan pengetahuan. Sesuailah lawatan tersebut dikenali sebagai lawatan sambil belajar. Di bacakan ayat al quran yang memperjelaskan suruhan Allah untuk melihat kepada hasil kerja tangan golongan al mukazzibin. Dikatakan bahawa firamid itu sebagai tinggalan dari golongan mukazzibin.
Dalam perjalanan seorang ustaz sebagai pemandu pelancong menceitakan bahawa ahli sejarah mengatakan bahawa Firamid itu tempat menyimpan gandum dan kubur. Bagi saya bila saja maklumat di berikan oleh seorang ahli sejarah pastinya mereka ada fakta yang jelas. Persoalannya apakah maklumat itu memberi suatu pengertian yang boleh membawa kepada taqwa? Kiranya maklumat itu tiada membawa sebarang pengertian maka ia tidak bermakna dan seolah-olah sia-sia sahaja.
Hasil dari dapatan sejarah terhadap mumia dalam firamid terdapat ramai dan nama mumia tersebut juga ada disebutkan. Seperti tadi persoalannya apakah dengan mengetahui nama mumia itu manusia mendapat suatu pengertian? Dapatan yang saya lihat bahawa hasil dari pelancungan menyumbang kepada sumber ekonomi mesir. Pelbagai bangsa manusia yang pergi untuk melihat kesan sejarah dan peninggalan yang silam.
Begitu juga lawatan saya ke tempat yang mulia seperti masjid dan makam-makam Nabi dan Aulia. Ramai yang datang menyaksikan dan dari pelbagai bangsa dan pegangan agama. Meraka datang kerana suatu pencarian yang tersemat dalam diri masing-masing. Kalangan pelajar melihat senibina masjid yang unik sedangkan ianya dibina ratusan tahun lalu. semuanya golongan memberi tafsiran dan sumbangan terhadap apa yang ada di bumi Mesir sekarang ini.
Ustaz yang menjadi pemandu pelancong menjelaskan bahawa dimesir terdapat dua petuntuk dari yang baik-baik dan juga dari yang jahat-jahat. Kerana itu orang yang bijak akan dapat mengambil kedua-dua petunjuk itu untuk dibina taqwa.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288