sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, August 25, 2010

Berfikirlah dengan iman

Jangan Keliru! Utamakanlah Yang Lebih Utama!
Posted on Tuesday, August 24 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: al-bahanj

"Alhamdulillah, surau-surau dan masjid-masjid dikunjungi ramai ahli jamaah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Apatah lagi pada sebelah malamnya. Bilangan ahli jamaah pada solat sunnat Tarawih sangat ramai sehingga ada yang terpaksa solat di luar surau pada minggu pertama bulan Ramadhan.

Inilah keberkatan Ramadhan. Ramai manusia berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk bersolat jamaah dan masing-masing berlumba-lumba untuk membuat kebajikan untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang penuh barakah ini.

Namun, ada sebahagian ahli masyarakat yang salah faham akan keutamaan sesuatu amal/perbuatan atas sesuatu amal/perbuatan yang lain yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu. Antara salah faham itu ialah:

  1. Mengutamakan solat sunnat Tarawih secara berjamaah, tetapi meninggalkan solat fardhu Isyak secara berjamaah.

  2. Mengutamakan cepatnya untuk khatam al-Quran, tetapi meninggalkan usaha untuk tadabbur al-Quran.

  3. Mengutamakan dan berpegang kuat kepada pendapat feqh tertentu, tetapi melupakan adab ikhtilaf dan akhlaq sesama muslim sehingga terguris ukhwah Islamiyyah. Sedangkan berlapang dada dalam soal khilafiah feqh adalah lebih baik, daripada memutuskan hubungan dan perpaduan masyarakat muslim.

  4. Melambatkan solat fardhu Maghrib disebabkan oleh berbuka. Sedangkan seseorang sepatutnya menyegerakan solat fardhu Maghrib selepas berbuka puasa secara ringkas. Jika mahu sambung makan selepas solat fardhu Maghrib, silakan.

  5. Mengutamakan sunnah berpakaian yang tidak disyariatkan ketika ke masjid seperti berjubah/berserban (bagi lelaki) dan bertelekung putih (bagi wanita), tetapi meninggalkan sunnah berpakaian yang disyariatkan seperti menutup aurat, tidak sombong, membazir, keterlaluan dan bertasyabbuh (meniru) kaum lain ketika berpakaian seharian.

  6. Wanita mengutamakan untuk turut serta solat berjamaah di masjid, tetapi melupakan adab dan akhlaq ketika keluar rumah. Wanita boleh bersolat di masjid, tetapi jika boleh menimbulkan fitnah lebih elok dia solat di rumah sahaja.

  7. Mengutamakan solat sunnat pada waktu sepertiga malam, tetapi meninggalkan solat Subuh secara berjamaah. Ini biasa terjadi pada seseorang akibat mengantuk.

  8. Mengutamakan ibadah sunnat di surau atau masjid ketika waktu kerja, tetapi meninggalkan tanggungjawab dan amanah majikan di tempat kerja.

  9. Dan lain-lain lagi.

Di atas adalah senarai beberapa salah faham yang telah saya kenalpasti dan ingat buat masa ini. Tentu rakan-rakan yang membaca tulisan ini dapat menambah lagi bilangan senarainya.

Mudah-mudahan ummat ISLAM semakin bijak dalam beramal ibadah dan bermuamalah dengan bertambahnya ilmu setiap hari. Hadirilah majlis ilmu samada di masjid, di surau, di tempat kerja, di seminar-seminar, melalui TV dan radio atau pun melalui maklumat-maklumat di internet.

Semoga ALLAH memelihara kita semua dan menjadikan kita semua hamba-hambaNYA yang berTAQWA, amin…

Wa Allahu Ta’ala A’lam.

www.muzir.wordpress.com

25 Ogos 2010, 15 Ramadhan 1431 H.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288