sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, January 21, 2011

Tiris dan ketirisan

Biasa yang difahami dengan tiris ialah bila rumah yang beratap rumbia. Rumah atap zing juga akan tiris bila atap yang digunakan itu telah lama dan reput. Dimalam hari di bulan purnama seseorang yang diam di rumah yang atap lama akan merasai ketirisan cahaya bulan, akan tetapi kesanya tidak menyayat hati. Namun ada tiris yang menyebabkan kepiluan hati iaitu tirisnya air hujan ditambah pula diwaktu malam.
Cerita filem P.Ramli penarik beca satu contoh yang amat syahdu untuk dijadikan perbandingan. Ketirisan yang akan disentuh ini tidak menjadi orang merasai syahdunya. Biasanya tiris akan menyebabkan orang mengalami kerugian. Menadah air dengan dua tapak tangan , banyak mana yang tinggal? yang tinggal hanya sedikit akibat tiris. Jadi rugi kepada yang menadah air itu dengan tangan. Kalau taknak rugi tadahlah guna dayung atau sebagainya.
Tetapi yang nak disebutkan tiris ini yang menguntungkan. Ramai yang faham dan ramai juga yang tak faham. Contohnya mudah satu projek bangunan kosnya sepatutnya RM1juta. tetapi diluluskan RM1.2Juta maka RM0.2juta itu tiris. Tiris RM0.2juta itu kemana? tidak diketahui sedangkan kontraktor kata rugi. Contoh mudah kontrak pemasangan pagar lektrik menghalang gajah dari memusnah tanaman penduduk di sekitar Kg Bukit Sapi, Kampong Chepor dan Kampong Luat. Dikatakan kosnya RM 1juta tapi dengar rungutan kontraktor kata rugi. macammana boleh jadi begitu? Ramai yang faham itulah tiris namanya. Siapa yang terkesan disini? ada yang kata biarlah. Jadi sebagai orang yang perihatin sesiapa sahaja perlu berusaha membenteraskan gejala ini. Laporkan dan dedahkan. Perhatikan sekeliling dan jangan biarkan diri menjadi subahat. Orang lain yang kenyang kita yang terlopong nganga. Membiar ketirisan berleluasa sebenarnya memperbodohkan diri sendiri.




No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288