sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, April 18, 2012

Rasuah


Seks & pembiayaan perjalanan rasuah baru

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan dua kegiatan baru rasuah melibatkan aktiviti seksual dan pembiayaan perjalanan pelancongan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, amalan rasuah kini bukan sahaja melibatkan pemberian atau penerimaan wang atau hadiah.

"Memberi khidmat seks dan membiayaan perjalanan pelancongan kini menjadi model kegiatan baru dalam rasuah.

"Bagaimanapun, bagi aktiviti seksual sukar untuk mencari bukti dan saksi kerana tiada siapa bersedia untuk tampil ke hadapan, kerana mereka mungkin berasa malu," katanya.

Harian berbahasa Inggeris The Star memetik Mohd Shukri sebagai menjelaskan bahawa rasuah yang melibatkan politik wang paling sukar untuk dibuktikan berbanding kes rasuah lain.

Shukri berkata, mereka yang telah mendapat wang tidak akan mengaku jika wang itu bagi tujuan membeli undi.

"Mereka akan berkata bayaran itu adalah untuk tambang bas atau teksi atau sesuatu yang lain tetapi bukan untuk membeli undi.

"Mereka biasanya dari parti politik yang sama atau mungkin kawan sekampung atau sekutu politik," katanya.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288