sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, April 4, 2013



NANGKA DISUMPAH BERUK

Sesungguhnya, kita yakin, bahawa kerjasama, muafakat, berjuang seiring jalan dan kesetiaan Najib Tun Razak dengan Muhyiddin Yassin dapat menyatu-padukan semua ahli UMNO, parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional dan rakyat negara ini yang terdiri dari berbeza kaum dan agama.
Kita rasa bangga, dan menggantung harapan kepada Muhyiddin Yassin dan Najib Tun Razak; mudah-mudahan dengan kerjasama mereka, akan membuahkan hasil yang tidak seperti ‘buah nangka disumpah beruk’. Diharapkan, semua orang Melayu di bawah pimpinan mereka akan seperti falsafah orang Melayu berikut ini:
Yang capik datang bertongkat.
Yang buta teraba-raba.
Yang tuli leka bertanya.
Yang kecil terambil lintang.
Yang jarak tolak-tolakan.
Yang pendek tertinjau-tinjau.
Yang kurap mengekor angin.
Yang pekak membakar bedil.
Yang buta menghembus lesung.
Yang lumpuh menghalau ayam.
Yang pekung penjemuran.
Yang kurap memikul buluh.
Yang cerdik teman berunding.
Yang bingung disuruh arah.
Yang berani dibuat kepala lawan.
Yang ada dimakan bersama.
Hati gajah sama dilapah.
Hati kuman sama dicecah.
Duduk sama rendah.
Berdiri sama tinggi.
Bulat air kerana pembetung.
Bulat manusia kerana muafakat.
Runding jangan selisih.
Mufakat jangan bersanggah.
Tuah pada sekata.
Berani pada seia.
Berat sama dipikul.
Ringan sama dijinjing.
Sama sakit sama wenang.
Ke bukit sama didaki.
Ke lurah sama menurun.
Sama mengayun sama melangkah.*
  
Mokhtar Petah 15.4.2012

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288