sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Saturday, February 22, 2014

Sembang dengan Haji Saaban

Bacaan solat sunat sebelum solat fajar selepas fatihah.

Rakaat pertama - Qul Ya
Rakaat kedua

Pagi Sabtu 22.2.14

Semalam dan pagi tadi sembang Ilmiah berkisar atas 2 perkara. Di sambung lagi pagi tadi. Join sekali cik gu din.
1. Ainul yakin
2. Hakkul Yakin

Masuk juga amalan Saidina Abu Bakr khusus semasa dalam gua Thur- Sebagai titik rujuk pengabdian seorang Hamba Allah. 

Hj Saaban menceritakan kesah seorang Ustaz yang meraung kerana tak nampak Kaabah kerana (ada pembaikan/pembersihan kaabah) sedangkan ustaz itu menangis meraung kerana fikir ada kesalahan yang dilakukannya. Ramai yang ke Makkah dan tak melihat Kaabah tetapi tidak terfikir seperti yang difikirkan oleh ust berkenaan.

Sekadar catatan sahaja untuk ingatan sendiri. Isi perbincangan amat menarik.
Sambil minum tea kopi, sambil ketik me mehoon atau pau kuey teaow, ada yang menerjah jiwa dan kefahaman.
Dan Allah berfirman Demi Masa sesungguhnya manusia dalam rugi.

Sabtu 22.2.14

Sembang ilmiah dengan Hj Saaban. Pagi sabtu 22.2.14
Bacaan selepas fatihah dalam beberapa solat sunat. menjadi amalan Rasullullah.
Rakaat pertama :Qul Ya
Rakaat kedua : Al ikhlas
1. Solat sunat tawaf
2. Solat sunat sebelum solat fajar
Kalau bangun awal sebelum masuk subuh dan ingin solat tahajjud elok juga membaca kedua-dua ayat tersebut.

Bacaan di waktu lapang
Subha Nallah Hill Azim wa bihamdih - 
Menurut Hj Saaban barang siapa membacanya, Allah menanam sepohon khurma untuknya di Syorga.

Sesiapa yang membaca Qul Ya ketika baring (hendak tidur) Insya Allah akan terlepas dari kefasikan.

Thursday, February 20, 2014

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!

 

Berita Tergempar Tersebar Dari Tanah Suci Wajib Baca |Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!
Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.
Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!
Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.
Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.
- See more at: http://kopilekat.com/berita-tergempar-tersebar-dari-tanah-suci-wajib-baca/#sthash.UyWQco3k.dpuf

Wednesday, February 12, 2014

Mercu tanda lenggong 2014


Mercu tanda lenggong 2014 and me (suatu kebetulan yang pelik)
Ada 3 mercu tanda di lenggong.

1. Klinik kesihatan lenggong yang baru memulakan operasinya pada 2-2-14 unit kecemasan dan 3-2-14 untuk pesakit luar-hari isnin.
2. Pejabat Daerah dan Tanah lenggong yang juga baru dan mula beroperasi pada 10-2-14 hari isnin (harini)-catatan ini ditulis pada hari ini.
3. Pejabat Agama Islam lenggong -kelihatan telah siap mungkin juga akan beroperasi tak lama lagi gamaknye dalam tahun ini juga.

Saya senyum satu.
Ketiga-tiga mercu tanda itu di lenggong.
Pejabat Tanah Lenggong depan Balai Polis.
Klinik Kesihatan Lenggong dekat Batu Dinding.
Pejabat Agama lenggong juga dekat Batu Dinding.

Saya senyum dua.
Orang kuat pada ketiga-tiga mercu tanda itu orang lenggong. Anak lenggong dan ada kaitan dengan orang lenggong.

Saya senyum tiga - Bukit Sapi.
Ketiga-tiga orang kuat bagi ketiga-tiga mercu tanda lenggong itu ada kaitan dengan Bukit Sapi. Pernah minum air bukit sapi, makan nasi di Bukit Sapi. Menangis di bukit sapi. Orang Bukit Sapi menangis kerana mereka menangis. huh buang air di bukit sapi dan bla bla bla.

Saya senyum empat - saya
Ketiga tiga orang kuat pada ketiga-tiga mercu tanda itu ada kaitan dengan saya.
Orang kuat pejabat tanah Tuan DO orang Kg Gua Badak, emak saudaranya kahwin dengan sepupu saya, (Pak penakannya) sepupu saya.
Orang kuat pejabat agama dok di Ipoh Pengarah Jaip - ayahnya sepupu saya.
Orang kuat klinik lenggong dok di lenggong PKD Hulu Perak- ayahnya mertua saya.

Saya senyum lima-
Saya masuk lif sorang-sorang, sayalah kena tekan butang untuk lif bergerak naik.
Pepatah lama menyebut masuk bakul angkat sendiri. Pepatah baru menyebut masuk lif tekan butang sendiri. Tiada siapa yang akan memuji kita, sebaliknya kitalah yang kena membanyakkan memuji Allah.

Saya senyum enam.
Saya hanya tumpang berteduh di naungan mereka. Tumpang gembira. Tumpang ketawa dan dan dan
Ayahanda Zamili Ritonga senyum bila saya cerita ini petang semalam.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288