sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, February 12, 2014

Mercu tanda lenggong 2014


Mercu tanda lenggong 2014 and me (suatu kebetulan yang pelik)
Ada 3 mercu tanda di lenggong.

1. Klinik kesihatan lenggong yang baru memulakan operasinya pada 2-2-14 unit kecemasan dan 3-2-14 untuk pesakit luar-hari isnin.
2. Pejabat Daerah dan Tanah lenggong yang juga baru dan mula beroperasi pada 10-2-14 hari isnin (harini)-catatan ini ditulis pada hari ini.
3. Pejabat Agama Islam lenggong -kelihatan telah siap mungkin juga akan beroperasi tak lama lagi gamaknye dalam tahun ini juga.

Saya senyum satu.
Ketiga-tiga mercu tanda itu di lenggong.
Pejabat Tanah Lenggong depan Balai Polis.
Klinik Kesihatan Lenggong dekat Batu Dinding.
Pejabat Agama lenggong juga dekat Batu Dinding.

Saya senyum dua.
Orang kuat pada ketiga-tiga mercu tanda itu orang lenggong. Anak lenggong dan ada kaitan dengan orang lenggong.

Saya senyum tiga - Bukit Sapi.
Ketiga-tiga orang kuat bagi ketiga-tiga mercu tanda lenggong itu ada kaitan dengan Bukit Sapi. Pernah minum air bukit sapi, makan nasi di Bukit Sapi. Menangis di bukit sapi. Orang Bukit Sapi menangis kerana mereka menangis. huh buang air di bukit sapi dan bla bla bla.

Saya senyum empat - saya
Ketiga tiga orang kuat pada ketiga-tiga mercu tanda itu ada kaitan dengan saya.
Orang kuat pejabat tanah Tuan DO orang Kg Gua Badak, emak saudaranya kahwin dengan sepupu saya, (Pak penakannya) sepupu saya.
Orang kuat pejabat agama dok di Ipoh Pengarah Jaip - ayahnya sepupu saya.
Orang kuat klinik lenggong dok di lenggong PKD Hulu Perak- ayahnya mertua saya.

Saya senyum lima-
Saya masuk lif sorang-sorang, sayalah kena tekan butang untuk lif bergerak naik.
Pepatah lama menyebut masuk bakul angkat sendiri. Pepatah baru menyebut masuk lif tekan butang sendiri. Tiada siapa yang akan memuji kita, sebaliknya kitalah yang kena membanyakkan memuji Allah.

Saya senyum enam.
Saya hanya tumpang berteduh di naungan mereka. Tumpang gembira. Tumpang ketawa dan dan dan
Ayahanda Zamili Ritonga senyum bila saya cerita ini petang semalam.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288