sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, May 5, 2014

Sempena Rejab



      
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

        Sebelum Israk dan Mikraj

      Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh
      malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air
      zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
      waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada
      Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
      "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama
      Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
      dinamakan "Israk" itu.
        Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
      Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani)
      oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
      (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh
      Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
      tempat-tempat berkenaan ialah:
      i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan 
      hijrah.
      ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada 
      Allah;
      iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

      Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan
      jin 'afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa2 simbolik yang  
      amat ajaib. Antaranya :

          
      §       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. 
      apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum 
      lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu 
      oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan 
      pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang 
      lebih banyak.

      §       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh
      Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) 
      bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk 
      menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh 
      beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

      §       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
      dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
      dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang
      yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) .

      §       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan
      dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
      Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah
      orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

      §       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
      busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah
      lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan
      itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

      §       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata
      Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

      §       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
      memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang
      tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

      §       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
      penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir
      mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat
      fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

      §       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
      mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat)
      dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

      §       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak
      dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
      bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

      §       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai
      perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia.
      Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
      mengutamakan dunia daripada akhirat.

      §       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh
      Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata
      Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

      §       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk
      bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat
      tua dan menanti saat hari kiamat.

      Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk 
      ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` 
      dan mursalin menjadi makmum.

      Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang 
      berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata 
      Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya 
      ramai umat baginda akan menjadi sesat.

        Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
      Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan 
      Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia 
      (pintu Hafzhah).

      i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit
      pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat
      orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang
      berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina
      lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
      ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang
      kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
      iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
      iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi
      Idris A.S.
       v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun
      A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
      vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.
      Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
      oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk
      70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
      vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit
      ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar
      di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W.,
      Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam
      ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk
      umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA
      ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan
      salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar
      airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, 
      WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA 
      QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM
. Bagi orang yang membaca setiap
      kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat
      beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
      Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
      Baitullah di Mekah).
      viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan
      dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan
      pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai
      susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan
      dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang
      indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
      oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai
      Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga
      dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
      ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok
      Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa
      dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam
      nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,
      hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
       x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
      Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata
      kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
      Muhammad, Rasul-Nya:
      Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
      Rasulullah        :       Labbaika. 
      Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami
      perkenankan. 
      Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai
      Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata
      dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat
      melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak
      Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin,
      manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan
      izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan
      orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
      Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu
      sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
      dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
      keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh 
      ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. 
      Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu 
      perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan 
      Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu 
      panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah 
      panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) 
      sembahyang. 
      Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S.
      kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu
      kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu
      sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan
      lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu
      sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
        Selepas Mikraj
      Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke
      Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam
      yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa
      yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang
      amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam
      Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
      (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa` id)
      Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah
      sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah
      lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa
      tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak
      baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian
      aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
      sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
      Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati
      benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
      melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah
      untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa
      tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
      langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik
      Nabi bercerita kepada mereka.
      Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang
      membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu
      Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada
      Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

      Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
      hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang
      telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
      sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha 
      Mendengar lagi Maha Melihat."
      (Surah Al-Israa': Ayat 1).

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288