Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air
zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada
Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
"khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama
Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh
Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan
hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada
Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu
oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang
lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh
Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun)
bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh
beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) .
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan
dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah
orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah
lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan
itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata
Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang
tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir
mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat)
dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak
dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai
perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia.
Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh
Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata
Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk
bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat
tua dan menanti saat hari kiamat.
ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia`
dan mursalin menjadi makmum.
berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata
Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya
ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia
(pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit
pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat
orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang
berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina
lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang
kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi
Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun
A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk
70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit
ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar
di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W.,
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam
ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA
ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan
salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar
airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH,
WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA
QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat
beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan
dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai
susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan
dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang
indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga
dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa
dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam
nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,
hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami
perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai
Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata
dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak
Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin,
manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan
izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan
orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu
sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh
ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan
Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu
panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah
panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S.
kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu
kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu
sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan
lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu
sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam
yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa
yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang
amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam
Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa` id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah
sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah
lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa
tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak
baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian
aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah
untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa
tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik
Nabi bercerita kepada mereka.
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu
Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang
telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
No comments:
Post a Comment