sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Friday, July 18, 2014

Medan Syuhaada

Pejuang syuhada
RSS Sinar Harian / 6 hours ago
Al-Qassam antara kumpulan pejuang yang paling digeruni Zionis.
SELAMA ini, media disogokkan dengan berita kekalahan dan keganasan kumpulan pejuang di bumi Palestin. Sejak serangan berlaku, media melaporkan, kira-kira 200 nyawa penduduk Palestin melayang berbanding hanya seorang askar Israel terbunuh, kelmarin.
Hakikatnya, pada hari ketiga serang iaitu ketika Israel mengumumkan mahu melancarkan serangan darat, rejim Zionis hanya berani memasuki sebahagian kawasan kecil di Genting Gaza bertujuan untuk mengebom kawasan kubu kuat Hamas namun mereka kemudiannya berundur kerana gerun dengan kelibat tentera mujahidin.
Menurut sumber East Monitor, dalam serangan itu tujuh askar Zionis dilaporkan antara yang parah terkena bedilan roket. Bagaimanapun, angka korban penduduk Israel dan tentera banyak tidak didedahkan media.
Namun, difahamkan seorang individu di sempadan Tel Aviv cedera selepas terkena bedilan roket dan beberapa kediaman dilaporkan musnah.
Kelmarin, seorang askar Zionis dilaporkan terbunuh dan berita itu dilaporkan ketika Israel menuduh Hamas menolak gencatan senjata dan didakwa mahu meningkatkan serangan terhadap penduduk dan tentera Israel.
Berikut adalah beberapa pejuang mujahidin Palestin yang selama ini mempertahankan bumi Gaza. Identiti mereka boleh dikenal pasti melalui ikatan di kepala.
Tujuan mereka menutup sebahagian besar wajah adalah bagi mengelakkan dikenali musuh dan mengelakkan daripada timbul perasaan takbur atau sombong dengan kelebihan dikurniakan ALLAH SWT sebagai pejuang, kerana kumpulan ini dianggap hero ternama dan paling digeruni di bumi Palestin. (Sumber: Agensi, blog, Facebook)

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288