sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, October 16, 2014

Wednesday, October 15, 2014

Pohon Nabi Muhammad Yang Masih Hidup Selepas 1400 Tahun!


Seorang paderi tinggal disebuah gereja kecil berdekatan kota Busra. Tidak pernah dia melayan para pedagang dari Mekah yang berdagang di kota itu.
The Tree of Rasulullah [2]

Suatu hari, paderi bernama Bahira itu menyaksikan suatu keanehan. Ia berupa satu petanda yang telah dikhabarkan dalam kitab amalannya.

Bahira menyaksikan sesuatu yang tidak disedari paderi lain pada sekumpulan pedagang Quraisy dari Mekah. Bahira memerhatikan segumpal awan mengiringi kumpulan itu.

Apabila kumpulan pedagang itu berhenti untuk berehat, awan yang sama telah melindungi sebatang pohon yang dibawahnya sedang duduk berteduh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Malah, ranting-ranting pohon itu turut tunduk merendang untuk melindungi anak itu daripada terik mentari. Bahira tidak menunggu lama. Segera dijemputnya rombongan itu menghadiri jamuan di rumahnya.

Para pedagang itu berasa hairan bila seorang paderi gereja menjemput mereka sebagai tetamunya. Tujuan Bahira hanya satu. Ingin bersua muka dengan anak lelaki itu. Hendak dipastikan apakah tanda yang disebut dalam kitab amalannya menepati ciri pada anak tersebut.

Bila sudah berdepan, lalu Bahira bertanyakan tentang Latta dan Uzza, berhala yang disembahnya.

"Demi Tuhan, tiada perkara yang lebih aku benci selain daripada mereka", jawab anak lelaki itu.

Lalu Bahira tanyakan beberapa soalan lain. Jawapan yang diberi kanak-kanak itu meyakinkan Bahira, inilah dia utusan terakhir yang ditunggu-tunggu seperti yang disebut dalam kitab amalannya.

Bahira turut melihat belakang tubuh anak itu. Tanda yang dicarinya jelas. Memang benar, inilah orangnya!

Dengan segera dia memanggil bapa saudara anak lelaki itu. Bahira memberi nasihat agar anak itu segera dibawa pulang dan dilindungi.

Kata Bahira: "Jika Yahudi melihat segala apa yang aku saksikan pada anak ini,mereka akan mencederakan malah akan membunuh anak ini kerana kelak dia akan mendapat amanah dan tanggungjawab besar untuk memimpin manusia. Segeralah engkau membawanya pergi dari kota ini!".

Peristiwa di atas sebenarnya berkaitan dengan Muhammad. Nabi akhir junjungan umat Islam. Ketika itu, Baginda berusia 12 tahun dan kali pertama mengikut bapa saudaranya, Abu Talib pergi berdagang ke negeri Syam.

Dalam sesetengah kisah lain, paderi Bahira turut dikenali dengan nama George iaitu orang pertama yang mengesan tanda kenabian Baginda.

Pohon penaung Rasulullah SAW
The Tree of Rasulullah [3]

Kawasan padang pasir Buqa'awiyya di Jordan hanyalah dataran kering kontang yang dipenuhi debu pasir. Tiada pepohon mampu hidup di kawasan berpasir itu.
Namun, di satu tempat terpencil ditengah-tengah padang pasir itu, kelihatan sepohon pokok yang rendang dan lebat daunnya. Hanya pokok itu satu-satunya tumbuhan yang mampu hidup di tanah gersang itu.
Usia pohon itu ribuan tahun lamanya. Ia hanya pohon biasa namun diselimuti keistimewaan sebagai bukti kebesaran Allah. Pohon itu digelar 'The Only Living Sahabi' atau 'Sahabat Nabi yang masih hidup'.
Dikatakan, itulah 'pohon borton' yang memayungi Rasulullah sewaktu duduk berehat di bawahnya ketika mengikut bapa saudaranya berdagang seperti kisah diatas.
Ajaibnya, 'pohon borton' ini masih hidup hingga ke hari ini. Terdapat kajian di Jordan yang membuktikan usia pohon ini sudah melebihi 1,400 tahun.
Kisah pohon borton ini yang dikaitkan dengan pertemuan seorang paderi Kristian dan Muhammad sewaktu kecil turut dilakarkan dalam sebuah dokumentari pendek berjudul 'The Blessed Tree'.
Ia turut mendapat liputan luas daripada para sejarawan Islam terkemuka seperti Ibnu Hishanm, Ibnu Sa'ad dan Al-Tabari.
Namun, ada juga yang mengaitkan pohon tua ini dengan kisah Baginda sewaktu berdagang kali kedua ke negeri Syam. Usia Baginda ketika itu 25 tahun, membawa barang dagangan kepunyaan Khadijah (yang kemudian menjadi isteri Baginda).
Dikisahkan pembantu Khadijah iaitu Maisara yang turut serta dalam kumpulan itu telah menyaksikan bberapa keanehan. Antaranya apabila seorang pendeta Nasrani bertanyakan tentang gerangan Muhammad yang ketika itu sedang duduk berehat di bawah sebatang pohon rendang.
Kata pendeta itu, hanya seorang nabi yang telah disebut kedatangannya dalam kitab Taurat dan Injil yang mampu duduk di bawah pohon yang memayunginya ketika itu. Namun, tidak pasti apakah ia pohon sama seperti kisah pertama tadi.
Keberadaan pohon itu di zaman ini bagaikan satu bukti yang menyaksikan kecintaan sebatang pohon terhadap junjungan terakhir umat Islam. Subhanallah.
The Tree of Rasulullah

Masih tidak percaya? Anda boleh berkunjung ke Jordan . Lokasi pohon yang juga digelar 'The Tree of Rasulullah' ini terletak dipadang pasir Buqa'awiyya, 170 kilometer dari bandar Amman .
Di bandar kecil bernama Azraq, ada pengangkutan yang boleh disewa untuk membawa pengunjung ke pohon itu. Namun tidak ramai yang sanggup pergi ke situ kerana perjalanan yang sukar merentas padang pasir.
The Only Living Sahabi merupakan salah satu kawasan yang dijaga oleh kerajaan Jordan kerana diwartakan sebagai salah satu khazanah warisan sejarah negara itu.

Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut

Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut


Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cu bala h kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Bersugi

BERSUGI


1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.


“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )

2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

7. Di antara kelebihan bersugi ialah :

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .

FADHILAT MISWAK

1.Menghilangkan bau busuk dan memperbaiki deria rasa.
Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.

2.Mempertajamkan ingatan.
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."

3.Mempertajamkan kecerdasan.
Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)

4.Menghilangkan balgham(kahak).
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menghapuskan balgham." (Ihya-ul-'Ulum)

5.Menyembuhkan penyakit.
Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)

6.Miswak mewangikan mulut.

7.Miswak memperkuatkan gusi.

8.Miswak menahan gigi daripada reput.

9.Miswak menahan kerosakan gigi yang lebih kritikal akibat kereputan yang telah ada pada gigi.

10.Miswak menyembuhkan sakit kepala.

11.Miswak menolong menghilangkan sakit gigi.

12.Miswak memberikan nur (cahaya) pada wajah orang yang selalu menggunakannya.

13.Miswak mencahayakan gigi.

14.Miswak menghilangkan kekuningan pada gigi.

15.Miswak memperkuatkan penglihatan.

16.Miswak menolong menghadamkan makanan di dalam badan.

17.Miswak melawaskan suara.

18.Miswak memudahkan selera.

19.Miswak menambahkan kelancaran percakapan.
Abu Hurairah R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menambahkan kelancaran percakapan seseorang." (Al-Jaami')

20.Miswak memudahkan selera makan. (Thibbi Nabawi)

Suatu yang patut diketahui.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran / beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237) *

Kisah Cicit Iblis Laknatullah Yang Bertaubat

Kita sering dengar kisah orang yang bertaubat, ada yang berasal dari raja yang zalim kemudian bertaubat. Ada juga yang berasal dari ketua perompak kemudian bertaubat dan akhirnya berkat amalannya diangkat menjadi waliullah.
Iblis

Tapi kisah ini agak unik sedikit kerana ini adalah kisah cicit kepada Iblis laknatullah yang bertaubat.

Kisah yang saya petik dari kitab karangan Imam As-Sayuti ini saya kira baik untuk dijadikan renungan bersama, inilah kisahnya:

Al-Uqaili (Salah seorang penghafal hadith, penulis kitab adh-Dhu a’fa).

Dalam sebuah kitab karangannya, Al-uqaili meriwayatkan Abu Nu’aim dan Al-Baihaqi dari Umar:

Dia berkata: "Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w di suatu tempat di gunung Thimamah, tiba-tiba muncul seorang lelaki tua sambil memegang tongkat. Dia kemudian mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w.".

“Siapa engkau tanya nabi".

‘Aku Hammah bin Hayim bin Luqais bin Iblis", jawabnya.

“Engkau dan iblis berjarak dua bapa, berapa lama waktu yang engkau lalui antara dua jarak itu?

“Usia dunia ini sudah punah kecuali tinggal sedikit saja lagi, pada malam ketika Qabil membunuh Habil, aku masih kanak-kanak namun aku sudah boleh disuruh merosakkan makanan dan memutuskan hubungan perkauman”.

Nabi Bersabda, "Alangkah buruknya perbuatan orang tua yang dikutuk dan anak muda yang diajarnya”.

“Janganlah sebutkan lagi hal itu kerana aku sudah bertaubat kepada Allah. Aku pernah bersama Nuh di masjidnya dan beberapa orang yang beriman dari kaumnya. Aku terus-menerus mencela caranya menyampaikan dakwah kepada kaumnya sehingga dia menangis dan aku juga turut menangis.

"Aku termasuk orang yang menyesal atas perbuatan itu dan aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk orang -orang yang jahil.

"Aku katakan pada Nuh, Wahai Nuh aku termasuk orang yang bersubahat dengan pembunuhan yang dilakukan Qabil yang menumpahkan darah orang yang berbahagia dan mati syahid dari anak Adam. Adakah menurutmu, taubatku masih di terima?"

Nuh menjawab, "Wahai Hammah, berhasratlah terhadap kebaikan dan lakukanlah ia sebelum muncul penyesalan dan kerugian. Sesungguhnya aku telah membaca apa yang diturunkan Allah kepadaku bahawa tak seorang hamba pun yang bertaubat kepada Allah melainkan Allah akan menerima taubatnya. Kerana itu ambillah wudhuk dan bersujudlah dua kali".

Akupun terus melaksanakan apa yang diperintahkan kepadaku, ketika aku sedang sujud diserukan kepadaku, "Angkatlah kepalamu kerana taubat bagimu sudah turun dari langit”.

Maka akupun sentiasa bersujud kepada Allah.

Aku juga sempat bersama Nabi Hud bersama mereka yang beriman kepadanya, aku juga mencela caranya menyampaikan dakwah sehingga dia dan aku turut menangis. Aku seringkali bertemu nabi Ya’kub dan aku juga bertemu Yusuf di tempat orang- orang awam yang buta huruf. Aku bertemu Ilyas di lembah. Aku bertemu Musa bin Imran dan beliau mengajarkan Taurat kepadaku sambil berkata, "Jika engkau sempat bertemu Isa Putera Maryam, sampaikan salamku kepadanya".

Lalu ketika aku bertemu Isa aku sampaikan salam Musa kepadanya. Kemudian Isa berkata kepadaku, "Jika engkau bertemu Muhammad, sampaikan salamku kepadanya".

Setelah mendengar kisah tersebut, Rasulullah s.a.w. memandang kearah yang jauh, lalu menangis sambil bersabda, "Salam atas Isa selagi dunia masih ada dan salam atasmu wahai Hammah diatas amanah yang telah engkau sampaikan.”

“Wahai rasulullah, lakukanlah sepertimana yang dilakukan oleh Musa bin Imran kepadaku, beliau sudah mengajarkan ku Taurat.”

Maka Rasulullah s.a.w. membacakan kepadanya surah Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba’, At-Takwir dan Mu’ awwid-zatain serta Qulhuallahu ahad.

Kemudian baginda bersabda, “Sampaikan kepadaku apa keperluanmu wahai Hammah sebelum engkau meninggalkan kami”.

Umar berkata, "Lalu Rasulullah menghentikan kisahnya, sehingga aku tidak tahu adakah jin itu masih hidup atau sudah mati".
Wallahu A’alam..

KISAH MALAIKAT HARUT MARUT

KISAH MALAIKAT HARUT MARUT
Surah al Baqarah:102
Alam Malaikat adalah yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlifah di muka bumi” al Baqarah:30 Lalu mereka berkata “mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau” Tuhan berfirman “sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” al Baqarah:30
Allah telah mengajarkan Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam mengengkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuld dan akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia. Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.
Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman. Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi?kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengengkariNya?
Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”
Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Lalu Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk diturunkan ke bumi. Malaikat memilih Harut, Marut dan Azail. Ketiga-tiga malaikat itu diturunkan ke bumi dalam bentuk dan rupa anak Adam. Ketika Azail dihidupkan nafsu dalam jiwanya, beliau menangis dan mohon dikembalikan ke langit seperti asalnya. Beliau diterima oleh Allah SWT dan tinggallah Harut dan Marut sahaja di dunia.
Firman Allah ” dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .
Sebelum diturunkan ke dunia, Harut dan Marut dibekalkan dengan nafsu dan syahwat sama seperti manusia. Mereka juga dianugerahkan berbagai ilmu pengetahuan termasuklah ilmu sihir. Mereka mengajar tentang sihir supaya manusia boleh membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman.
Baqarah [102] …. Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
Malaikat Harut dan Marut ini tidak mengajar ilmu sihir kepada manusia, melainkan mereka datang ke dunia sebagai ujian untuk mengajak manusia meninggalkan ilmu tersebut. Ada dikalangan masyarakat di zaman tersebut yang meminta supaya mereka mengajarkan ilmu ini, namun Harut dan Marut meletakkan syarat, sekiranya ilmu ini diajar, jangan sekali-kali mereka menyalah gunakan ilmu tersebut.
Baqarah [102] …. dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)  ”.
Ada juga ilmu sihir yang  boleh membalik-balikkan hati manusia, sehingga pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi bertukar menjadi benci, bergaduh dan seterusnya membawa kepada penceraian.
Baqarah [102]….Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah
Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.
Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.
Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.
Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.
Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?
Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.
Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.
Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat bala san orang orang durhaka kepada Allah
Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.
Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita
Keadaan sianghari Babylon penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, di malam pula pesta minum arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Mereka terus berjalan di kota Babil untuk mencari kerja, dan terpandang orang ramai berpusu pusu pergi ke istana yang besar dan mewah, Harut dan Marut mengikut orang ramai pergi ke istana itu. Mereka pun masuk ke dalam istana dan sampai ke dewan yang penuh berbagai makanan dan buah buahan yang lazat. Di hujung meja hidangan duduk seorang lelaki dengan pakaian yang mewah dan cantik, tetapi itu tidak mempesonakan Harut dan Marut, mereka lebih tertarik kepada hidangan makanan dan buah buahan yang lazat dan enak kerana itu saja dapat menghilangkan kelaparan. Lalu tuan istana menyuruh mereka duduk dan makan, ketika mereka berdua sedang asyik makan dengan penuh nikmat, tuan istana memerhati mereka berdua dan ia meminta khadamnya supaya menuang arak dan persilakan mereka minum arak lalu Harut dan Marut menolaknya dengan baik. Tuan Istana amat terkejut kerana masih terdapat dikalangan penduduk Babylon yang tidak minum arak.Setelah itu barulah Harut dan Marut tahu bahawa lelaki itu adalah seorang raja yang sedang dikelilingi oleh menteri menteri dan pembesar pembesarnya.
Raja itu bertitah, semua menteri dan pembesar diam dan mendengar titah raja tersebut. Titah raja berkisar tentang pertikaian tanah antaranya dengan salah seorang pembesarnya. Raja mahukan tanah tersebut dengan cara yang salah. Tidak seorang pun daripada hadirin yang berani mejatuhkan hukuman. Raja tidak peduli kepada menteri menterinya, lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut dan bertitah; Aku nak dengar dua orang tetamu ini yang menyelesaikan isu ini.
Semua perhatian menteri dan pembesar raja tertumpu ke arah Harut dan Marut, mereka semua menjangka bahawa Harut dan Marut menyebelahi raja. Tidak pernah terlintas pada pemikiran hadirin bahawa kedua dua tetamu adalah dari malaikat, malaikat hanya mengetahui keadilan. Harut dan Marut telah memutuskan hukuman berdasarkan keadilan dan mengembali hak kepada empunya. Mereka bukan sekadar menjatuhkan hukuman, bahkan mereka mengatakan raja yang bersalah dan zalim kerana merampas hak orang lain.
Semua menteri dan pembesar terdiam dan menanti keputusan raja; raja pun bertitah dengan suara yang lantang; beta melantik kamu berdua menjadi hakim di negeri Babylon. Para menteri dan pembesar bertepuk tangan kerana raja tidak murka dan menjatuhkan hukuman mati sebaliknya melantik mereka menjadi hakim. Begitulah akhirnya Harut dan Marut mendapat kerja di Babylon setelah mereka menyerah urusan kerja kepada Allah.
Harut dan Marut di beri rumah yang berdekatan dengan istana raja. Tidak ada lagi ketakutan, kesejukan, kelaparan, dahaga, dan tidak perlu meminta minta makanan dari orang lain. Mereka amat bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kerja dan rezeki dengan menunaikan solat, bertabih memuji kebesaran Allah dan menyucikan. Tetapi ada sesuatu yang amat merisaukan, iaitu hati mereka tidak lagi pernah sekhusyuk dan sebersih seperti sebelum ini.
Inilah kehidupan manusia yang lemah, yang mereka hina ketika berada di alam malaikat. Kemudian datang tamu baru dalam kehidupan mereka, yang tidak pernah dirasai sebelum. Rasa letih, mengatuk dan berat mata sehingga tidak dapat buka. Harut segera membuka matanya dan berkata; mati!!! Wahai Marut! Kita akan matiii! Marut menyahut;Kenapa wahai sahabatku? Jawab Harut ; aku letiiih! mata rasa amat berat hingga tak mampu bukaa! Marut menjawab; aku pun rasa sama seperti kamu! Matiilah kita! Kata Harut lagi;aku rasa kita tak mati lagi…tapi benda lain..? mereka menguap aaah! Aaah! Aaah! Dan bercakap dengan suara terputus putus dan akhirnya langsung tidak dengar lagi suara. Tenanglah penafasan mereka, tidurlah Harut dan Marut dengan nyenyak buat pertama kali, kerana sebelum ini mereka malaikat. Malaikat memang tidak tidur.
Bila Harut dan Marut terjaga dari tidur, matahari sudah terbit dan angin pagi bertiup sepoi sepoi bahasa bermulalah hari baru, dan itulah sinaran cahaya matahari pagi yang pertama mereka rasai. Harut dan Marut merasai betapa nikmat dan segarnya tidur dari keletihan. Uuh! Uuh!uuh! segarnya tidur!
Marut berkata; Wahai sahabatku! aku rasa seolah-olah baru diciptakan.
Dengan kesegaran itu Harut dan Marut dapat memulakan kerja sejak awal pagi. Orang ramai mula datang berjumpa Harut dan Marut, dan meminta penyelesaian kes kes dan pertikaian yang berlaku diantara mereka. Harut dan Marut telah menyelesaikan kes kes dan pertikaian dengan adil dan saksama. Orang pun puas hati dengan pengadilan Harut dan Marut. Nama mereka mula dikenali dan semakin mendapat tempat dan akhirnya mereka menjadi hakim yang terkenal dan dihormati di seluruh Babil.
Setiap kali mereka selesai urusan dengan orang ramai, Harut dan Marut tidak lupa menunaikan solat, memuji kebesaran Allah dan menyucikan sentiasa bersyukur kepadaNya.Tidak menjadi halangan kepada Harut dan Marut, sekali kali raja menjemput mereka makan bersama tetapi dengan syarat tidak adan minuman arak.
Masa terus berlalu dengan pantas. Harut dan Marut terus menyelesaikan segala permasalahan orang ramai dengan adil dan saksama. Mereka tidak pernah walau pun sekali melanggar perintah Allah dalam menyelesaikan kes kes orang ramai.
Suatu hari dalam kesibukan mereka menyelesaikan kes orang ramai, tanpa diduga mereka didatang dengan kes baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila wanita duduk di depan Harut dan Marut, mata mereka berdua terpegun wajahnya cantik, jelita dan senyum ceria… Lalu mereka teringat ha! ha! ha! Ya Zahrah. Jantung mereka berdegup degup dan darah panas mengalir keseluruh badan, mereka berdua berasa hairan apa yang berlaku dalam hati mereka, rasa takut! rasa cinta! rasa benci ! berangan angan! Sungguh ajaib hati manusia. Aaah!  Alangkah agungnya ciptaan Allah!
Manakala Zahrah sedang menceritakan kes berlaku ke atasnya…Harut dan Marut sedang berada di awan awangan…berkhayal sambil asyik memandang Zahrah ..tanpa mendengar apa yang diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan iman cuba menghalang mereka dari asyik memerhati Zahrah, mereka cuba memaling pandangan ke arah lain.. tetapi tak mampu kerana ada tolakan syahawat yang lebih kuat untuk melihat Zahrah dengan nafsu, seolah olah bara api membara dalam hati mereka berdua. Sehingakan mereka tidak sedar yang Zahrah telah selesai menceritakan kesnya.
Wahai Tuan Hakim; itulah cerita kes saya dan saya mengharapkan tuan hakim berdua dapat memberi keputusan dengan se adilnya. Harut dan Marut tersedar dari awan awangan, lalu Harut segera menjawab; wahai saudari ! kes kamu memerlukan kajian, kamu datanglah besok. Marut mencelah; ya saudariku! Benar seperti yang dikatakan oleh Harut , besok saja kamu datang. Zahrah memerhati Harut dan Marut, lalu mereka berdua berdiri untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Zahrah. Setelah Zahrah pergi dan hilang dari pandangan, Harut dan Marut menyesal dengan tindakan mereka. Dengan penuh kesal Harut berkata; aaah! Kenapa aku tangguh keputusannya sehingga esok hari ! kenapa aku jadi begini! Wahai sahabatku! Aku takut..masuk neraka disebabkan oleh wanita ini!Cepat kita segera bertaubat kepada Allah SWT.
Keesokannya Zahrah segera pergi ke majlis Hakim, menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Hakim. Pada malam itu Harut dan Marut tidak dapat kerehatan yang cukup, tidur mereka berdua terganggu dengan kes Zahrah…Mereka berazam apabila Zahrah datang, mereka tidak akan memandang wajahnya. Tiba giliran Zahrah, dengan senyuman yang manis Zahrah masuk berjumpa Harut dan Marut. Senyuman manis membuatkan Harut terlupa azamnya untuk tidak memandang wajah Zahrah. Begitu juga Marut terlupa taubat untuk mengulangi dosa yang sama,bila Zahrah masuk untuk mendapatkan keputusan kesnya. Setelah lama berbual dengan Zahrah, tanpa disedari mereka pun menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada Zahrah. Selepas hukuman ke atasnya diputuskan , dia pun bangun dan bergegas keluar, mereka berdua serentak bertanya; saudari hendak ke mana? Zahrah menyahut ; saya nak pergi sembah matahari dekat berhala, marilah ikut saya. Harut dan Marut menjawab bersama; apa kami nak buat? Jawab Zahrah; kamu berdua bersembahyang dengan saya. Mereka jawab; kami sekali kali tidak sembah selain dari Allah.
Tetapi Zahrah tak peduli dan terus pergi. Bila Zahrah dah hilang dari pandangan mereka, masing masing menyalah diri sendiri kenapalah mereka bersikap demikian dan teringat janji dan azam yang mereka untuk tidak mengulangi dosa yang samabila berjumpa dengan Zahrah. Lalu Harut berkata; wahai sahabatku! sesungguhnya rahmat Allah amat luas, segeralah kita bertaubat kepada Allah SWT.
Pada malam tersebut Harut dan Marut tertidur sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat kepada Allah. Bila Hari siang, mereka berdua pergi ke rumah Zahrah dan tidak pergi ke majlis Hakim. Setelah sampai di rumah Zahrah, mereka terus mengetuk pintu dengan senyuman manis dia membuka pintu dan mempelawa mereka masuk, dan dipelawa duduk di ruang tamu. Zahrah terus ke dapur mengambil minuman untuk kedua dua tamunya. Zahrah menyediakan minuman arak dan menjemput Harut dan Marut minum. Harut dan Marut tidak minum arak yang dihidang Zahrah. Zahrah merajuk dan marah , bila melihat mereka tidak minum hidangannya. Harut dan Marut memujuk janganlah marah! Marilah kita berdamai. Saya boleh berdamai dan tak marah dengan syarat kamu berdua minum hidangan saya, oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati Zahrah mereka berdua pun minum arak.
Apabila terpandang sahaja Zahrah, Harut dan Marut mula berdebar-debar. Maka bertanyalah Harut kepada Marut, “Wahai saudaraku Marut, adakah engkau merasai apa yang aku rasa, perasaan cinta dan berahi kepada wanita yang berjumpa kita tadi ?” Jawab Marut, “Benar, aku juga merasai apa yang engkau rasai”.
Harut dan Marut pula cuba memikat dan merayu pada Zahrah untuk melakukan hubungan tetapi dia menolak. Akhirnya Zahrah bersetuju dan meletakkan syarat, sekiranya mahu melakukan hubungan dengannya, mereka hendaklah minum arak yang dihidangkannya. Akhirnya, mereka telah meminum arak untuk melakukan hubungan dengan Zahrah, kemudian membunuh suaminya.  Disebabkan mabuk, mereka telah melakukan dosa lain iaitu membunuh. Ketika kedua-duanya sedang mabuk dan berasyik masyuk dengan Zahrah,
Tiba tba ada seorang tetamu datang Zahrah, tetamu nampak Harut dan Marut di dalam rumah Zahrah, Harut dan Marut menjadi gelisah, terlintas dalam benak mereka berdua; Habis! Habis! Habislah! Kami jika tamu ini mendedah rahsia kami.Tanpa disedari dan pengaruh arak , mereka berdua bangun mencekik tamu sehingga mati, kasihan! Apakah dosa tamu itu, melainkan dia nampak mereka berdua di rumah Zahrah.
Setelah habis kesan pengaruh arak, mereka pun sedar apa yang telah mereka lakukan dan rasa amat menyesal, amat sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk terbang ke langit tetapi tidak mampu kerana dosa yang mereka lakukan terlalu besar dan berat.Kemudian Harut dan Marut terdengar seruan dari langit; kamu berdua pilih samada kamu di azab di dunia atau di akhirat! Harut dan Marut memilih azab di dunia, lalu mereka berdua terus diazab sehingga Hari Kiamat.
Sikap Harut dan Marut ini berbeza dengan sikap Iblis yang memilih agar ditangguhkan azab di dunia ini kerana enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.
Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. (Hijr:35) Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat). (Hijr:36)
Kemudian Allah SWT menempatkan Harut dan Marut di negeri Babil (Babylon) dan diazab dengan kedua kakinya terikat dengan kepalanya ke bawah dan kaki ke atas.
Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu “Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua’lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani).
Harut Marut pada pengajian kami adalah “malakain” iaitu dua malaikat dan bukannnya “malikin (dua raja atau pemerintah). Jika apa pendapat yang mengatakan mereka adalah jin atau manusia, datangkanlah bukti atau dalil. Kami telah bawakan hadith seperti di atas yang terdapat dalam Tafsir Mazhari.
Apapun ini bukanlah suatu perkara yang wajib dipercayai. Pengajarannya utamanya adalah tentang pengaruh nafsu terhadap manusia dan malaikat akhirnya akur tentang perkara ini. Kebenarannya hanya Allah shj yg mengetahuinya.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288