sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, October 1, 2014

Haji Akbar- Copy paste dari FB Khairi lenggowean.

HAJI AKBAR
Sekiranya Wukuf jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70 kali haji.
Menurut kebanyakan pendapat, ketika Nabi Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9 Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.” Surah Al-Ma’idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
Pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi telah mengisytiharkan Hari Wukuf adalah pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014. Maka timbul kekeliruan bagi rakyat Malaysia, kerana Hari Raya Qurban telah diisytiharkan pada Hari Ahad, 5 Oktober. Adakah mereka sunat berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu? Terdapat dua "wajah" pendapat...
Pertama: Ada yang berpendapat (termasuk Ustaz Kazim dalam Perak FM petang semalam), ikutlah pengisytiharan tempatan, iaitu 9 Zulhijjah pada hari Sabtu. 
Kedua: Ada pula yang berpendapat (termasuk Ustaz Harun Din) Puasa Sunat Hari Arafah adalah bergantung kepada Hari Wuquf. Hari Wuquf tidak ada yang diistilahkan sebagai "Hari Wuquf Tempatan". Wuquf hanya khusus tempat dan masanya di Arafah, maka disunatkan puasa pada Hari Jumaat.
Fadilat Puasa Hari Arafah dinyatakan dalam Hadis Berikut ~ Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).
Wallahu'alam.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288