Satu artikel
menarik yang di copy dari satu laman web
Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi..Apakah maksud ketiga2
air ni?Mesti ramai
yang konfius dan ada juga yang tak tahu apa2..Ok tajuk kita adalah pasal air2 tu suma hari ni,ok??walaupun aku bukan uztaz atau ustazah..Tak salah kalau kita cakap pasal ni benda2 dunia..Secara ringkas,aku akan bagi penerangan pasal Air mani , mazi dan wadi ni...harap2 faham..dan baca dulu sebelum bertanya..ok?? Jangan pakai tanya je...kang pelompang naik kat muka!(Aku nak test nasib SEO lg ni..haha)
Maksud Air Mani -Air mani ialah cecair putih pekat
yang keluar apabila sampai
kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat..
Hukum jika keluar Air Mani - Hukumnya adalah wajib
untuk mandi wajib
seperti ayat penerangan aku kat atas ni.Kalau mandi wajib pun tak reti.Pergi masuk sekolah rendah agama balik.Malu la weh kalau tak tahu!Takpun pergi amik kelas agama.Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain2kan kerana tak sah segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.Faham?
Bagaimana Air Mani boleh keluar - Air Mani ni takkan
keluar kalau tak diberi
ransangan pada alat syahwat.Mana boleh keluar macam tu je.Betul tak? Takkan la korang dah besar2 pun tak tahu.Nak aku jelaskan gak ke bagi lelaki?Tak payah la
Pandangan mahzab terhadap air mani -Air mani lelaki dan
wanita dianggap najis
menurut mazhab Hanafi dan Maliki.NamunMazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang
keluar disebabkan rangsangan
ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah sejenis najis .
Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi
wajib.
Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.
Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada
pandangan yang memberangsangkan
(terutama lelaki..lain kali mata jangan galak sangat!!..haha) banyak lagi sbb kenapa aiar mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil.Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan. Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit.. Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar, ini juga adalah sejenis air mazi.
Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -Semua lama bersetuju
yang
air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi.Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.
Maklumat tambahan tentang Air Mazi - Bagi mereka yang
selalu melakukan seks oral
.Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa islam di Di ingatkan sekali lagi,air mazi adalah HARAM utk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi?Korang fikir balik…faham?
Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang
keluar dari kemaluan
seseorang setelah kencing..
Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya air wadi maka terbatallah
segala
wuduk termasuk ibadat.Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali jika ingin solat.
Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala air wadi
boleh terhasil akibat letih
atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yg terik) |
sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Tuesday, November 11, 2014
Dari e mail
Dari e-mail
Manakala dalam surah al-Anbiya, disebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj akan segera turun dengan cepat dari tempat yang tinggi ketika tembok penghalang mereka terbuka sebagai tanda telah dekatnya kedatangan janji Allah SWT.
Al-Quran tidak menerangkan siapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj, daripada bangsa dan keturunan mana mereka itu. Al-Quran hanya menjelaskan sifat-sifat mereka, iaitu kaum pembuat kerosakan di bumi, kalau tembok penghalang dibuka, mereka akan turun mengalir seperti mengalirnya air bah, dan apabila tembok penghalang kukuh, mereka tidak masuk dan tidak dapat membuat kerosakan. Oleh kerana itu timbullah beberapa tafsiran
Ahmad Mustafa al-Maragi dalam kitab tafsirnya menyatakan bahawa Yakjuj adalah berbangsa Tartar, dan Makjuj adalah berbangsa Mongol. Mereka berasal daripada satu bapa yang bernama Turk, tempat tinggal mereka di bahagian utara Asia .
Daerah mereka memanjang dari Tibet dan China sampai ke Laut Baku Utara, di barat sampai Turkestan .
Dalam pelbagai zaman, bangsa-bangsa ini sering menyerang, membuat kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa-bangsa lain.
Di antara mereka terdapat bangsa-bangsa yang kejam, turun dari bukit-bukit di Asia Tengah dan pergi ke Eropah pada masa dahulu, seperti bangsa Semith, Simeria dan Hun. Mereka banyak menyerang negeri-negeri China dan Asia Barat.
Dengan munculnya Temujin yang dikenal dengan nama Genghis Khan (di dalam bahasa Mongol bermaksud Raja Alam- 1167-1227), pada awal abad ke-7 Hijrah / 12 Masihi, berikutan tenteranya yang perkasa keluar jauh ke Asia Tengah.
Ia menundukkan China Utara kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, lalu menundukkan Sultan Qutbuddin bin Armilan, salah seorang raja Seljuk yang menganut aliran Khawarij. Genghis Khan melakukan kekejaman yang belum pernah berlaku sebelumnya di negeri tersebut.
Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali), seperti dikutip Ibnu Kasir menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Nuh memiliki tiga orang anak, iaitu Sam, nenek moyang orang Arab; Ham, nenek moyang orang Sudan , dan Yafis, nenek moyang orang Turk."
Menurut sebahagian ulama, Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Yafis, putera Nuh itu. Demikian juga pendapat Nasafi, seorang ahli fekah, usul fekah dan tafsir yang bermazhab Hanafi yang menyatakan bahawa Yakjuj berasal daripada suku Turk, manakala Makjuj pula berasal daripada suku Jail serta Dailam keturunan Yafis yang membuat kerosakan di muka bumi. Mereka tidak mati dan masing-masing memiliki 1,000 keturunan yang dilengkapi dengan senjata.
Hamka pula memberi tafsiran bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah segala gerakan yang telah dan akan merosakkan dunia ini.
Oleh hal yang demikian, baik diri, keluarga, mahupun negara serta bangsa wajib mendirikan tirai besi sebagai benteng agar Yakjuj dan Makjuj tidak dapat masuk.
Mungkin juga Yakjuj dan Makjuj dapat ditafsirkan sebagai berfikiran jahat, bermaksud buruk dan ideologi yang menyesatkan yang dianuti sebahagian manusia.
Manusia yang menganuti menjadi licik dan jahatserta mempergunakan manusia sesamanya sebagai alat untuk merosakkan bumi ini.
Oleh itu, fikiran yang baik, cita-cita yang mulia, dan ideologi yang sihat harus ditanam dengan teguh pada setiap diri, keluarga, bangsa dan negara untuk membentengi Yakjuj dan Makjuj.
Yakjuj dan Makjuj laksana air, sentiasa mencari tempat untuk masuk walaupun hanya sebesar lubang jarum.
Zam zami
Molekul air zam-zam
|
Ganguan Jin
- Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
- Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
- Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
- Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
- Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
Bahasa orang memujuk
Dear Partner.
It is a fact that we have not met before neither have we had any previous business dealings, but I strongly believe that with understanding and trust we can have a successful business relationship. I am a principal staff with Oil & Gas Company {} in United Kingdom. I have access to very vital information that can be used to transfer funds out of the project account to a secured account outside United Kingdom .I have the required machinery to get it done since I am still in active service. If it was possible for me to do it alone I would not have bothered soliciting for foreign support, ultimately I need an honest foreigner to play an important role in the completion of this business deal. I look forward to meeting you in person and doing good business with you and please treat as confidential.
I wait your letter of intent to partner with me.
10 Muharram
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi shollallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)
Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayyidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan/menyenangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahun."
Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayyidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun." Sayyidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperolehi yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72)
Yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih banyak atau lebih istimewa daripada hari biasa, serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.
Wallahu 'alam.