sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Tuesday, November 11, 2014

Dari e mail



Satu artikel menarik yang di copy dari satu laman web
Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi..Apakah maksud ketiga2 air ni?Mesti ramai
yang konfius dan ada juga yang tak tahu apa2..Ok tajuk kita adalah pasal air2 tu
suma hari ni,ok??walaupun aku bukan uztaz atau ustazah..Tak salah kalau kita cakap
 pasal ni kan ?Kadang2 manusia ni terlampau malu utk bertanya pasal agama drpd
benda2 dunia..Secara ringkas,aku akan bagi penerangan pasal Air mani ,
 mazi dan wadi ni...harap2 faham..dan baca dulu sebelum bertanya..ok??
Jangan pakai tanya je...kang pelompang naik kat muka!(Aku nak test nasib
SEO lg ni..haha)
Maksud Air Mani -Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai
kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib
bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat..
Hukum jika keluar Air Mani - Hukumnya adalah wajib untuk mandi wajib
seperti ayat penerangan aku kat atas ni.Kalau mandi wajib pun tak reti.Pergi
 masuk sekolah rendah agama balik.Malu la weh kalau tak tahu!Takpun pergi
 amik kelas agama.Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain2kan kerana tak sah
segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.Faham?
Bagaimana Air Mani boleh keluar - Air Mani ni takkan keluar kalau tak diberi
ransangan pada alat syahwat.Mana boleh keluar macam tu je.Betul tak? Takkan
la korang dah besar2 pun tak tahu.Nak aku jelaskan gak ke bagi lelaki?Tak payah
la kan ..sendiri mau fikir la..buat malu je kang..
Pandangan mahzab terhadap air mani -Air mani lelaki dan wanita dianggap najis
 menurut mazhab Hanafi dan Maliki.NamunMazhab Syafie dan Hanbali pula
 mengganggapnya suci.
Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan
 ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah sejenis najis .
Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.
Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada
pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.
Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan
(terutama lelaki..lain kali mata jangan galak sangat!!..haha) banyak lagi
 sbb kenapa aiar mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air
besar atau kecil.Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam
apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan
terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun
melalui usus menekan pundi prostat dan cecair  akan terkeluar
 menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.
Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..
Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi
 yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,
ini juga adalah sejenis air mazi.
Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -Semua lama bersetuju yang
air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang
menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau
 makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh
 dengan segera jika terkena air mazi tadi.Mazi dianggap najis lain yang
 kotor dalam islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.
Maklumat tambahan tentang Air Mazi - Bagi mereka yang selalu melakukan seks oral
.Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah
 diharamkan termasuk dalam fatwa islam di Malaysia .
 Di ingatkan sekali lagi,air mazi adalah HARAM utk ditelan dan ianya
ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh
 pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya
 air mani itu disertakan sekali dengan air mazi?Korang fikir balik…faham?
Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan
 seseorang setelah kencing..
Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya air wadi maka terbatallah segala
wuduk termasuk ibadat.Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk
membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk
  kembali jika ingin solat.

Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala air wadi boleh terhasil akibat letih
atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yg terik)


No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288