sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Thursday, October 29, 2009

Hari ini dan esok seterusnya adalah dari yang tak tahu bila?

Segala apa yang berlaku hari ini, esok dan seterusnya dan yang sebelum ini telah tertulis sejak azalli lagi. Surat iqra dikatakan yang pertama diwahyukan kepada Rasullullah. Tetapi ayat tersebut berada dalam ilmu Allah sejak azali lagi. Kita sebagai umat islam perlu menzahirkan kesyukuran ke Hadrat Allah kerana dilahirkan sebagai Islam. Kerana itu kita perlu sentiasa istiqamah dalam islam. Kita perlu istiqamah dalam doa agar terus berada dalam islam dan bimbingan Allah. Kerana itu kita perlu sentiasa berusaha agar saudara kita sesama manusia menginsafi kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita.
Perlu juga bagi kita sentiasa berdoa kepadaagar saudara kita yang bukan islam mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Semua manusia merupakan makhluk Allah. Allah amat kasih terhadap hambanya. Kita sebagai manusia hendaklah berusaha menjadi hambanya yang solih. Elakkan diri dari sombong, takabur dan berlaku zalim
Ingat bahawa kita tidak tahu kesudahan akhir kita. jika telah terasa tersesat kembalilah kepangkal jalan. Pintu taubat masih belum tertutup. Tetapi keseronokan dengan dosa biasanya menutup keinginan untuk bertaubat. Jangan sangka kita yang berserban besar boleh lepas dari ujian Allah. Jangan sangka Mufti yang bijak bistari dapat mengelak dan lepas dari ujian. Malah yang besar dan handal itu lebih hebat ujian keatas mereka.
Contoh yang mudah kalau rasuah yang kecil rasuah atas mata ratus atau ribu. tapi kalau yang lebih besar rasuahnya puluhan ribu atau ratusan ribu malah sampai ke juta, barangkali pangkat juga mengikat manusia.
Kesedaran dan keinsafan serta muhasabah diri akan menjadi pemandu ke perjalanan hidup. Dampingi ulama dan guru antara jalanan yang harus dipilih. Berkawan dengan yang jahat dan zalim akan menjadikan seseorang itu terikut dan akhirnya mengikut dan terikat. Tidak banyak mana pun yang bakal diperolihi habuan dari bersubahat dengan kezaliman. Pastinya kerugian dari habuan dari subahat ialah ketiadaan kerkatan.

Terkenang ke tahun 1984

Tahun itu merupakan tahun akhir pengajian saya di UTM Jalan Gurney Kuala Lumpur. Selepas peperiksaan kami di hantar ke sekolah untuk menjalani latihan practikum. Saya memilih sekolah di Johor Bahru. Diakhr practicum tersebut saya telah meminta murid saya membuat catatan sebagai kenangan buat saya. Hari isnin kelmarin dalam pembelekan catatan lama tersebut saya terpengan catitan yang saya bukukan itu. saya baca semua catatan dan keinginan timbul untuk bertanya khabar kepadan mereka. Mereka sekarang kini usia sudah melebihi 40an. semoga mereka sentiasa maju jaya.

Wednesday, October 28, 2009

Hidup dan usia hidup

Hari ini ialah kenyataan dan semalam adalah sejarah manakala esok sebenarnya belum pasti. yang pasti setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kenyataan itu ialah dari ayat al qur an. Kerana itu setiap yang hidup pasti mengetahui tujuan hidup. Jika tidak mengetahui akan tujuan kehidupan pastilah orang itu akan melakukan pelbagai perkara mengikut sedap dan seronok sendiri sahaja.
Hari seseorang yang hidup akan membina sejarah kehidupan untuk hari esok yang akan dibaca oleh yang akan berada dihari-hari yang seterusnya. Sejarah yang dibina pastinya akan dibaca samada oleh diri sendiri atau orang lain. Kadangkala sejarah yang dibina akan dibaca oleh anak dan cucu cicit sendiri. Bergembiralah jika sejarah yang dibaca itu memberi kebanggaan yang tinggal. Berdukacitalah jika sejarah yang dibaca itu memilukan anak cucu cicit dan generasi kemudian.
Sejarah yang dibina akan terus hidup, dan usia sejarah akan panjang sepanjang zaman. Fir aun disebut sehingga kini tetapi tiada siapa yang bernama manusia yang ingin mengambil dan mendabik dada mendakwa sebagai idola. Tetapi secara perangai ramai yang mengambil perangai dan ketakburan fir aun sebagai ikutan.
Begitu juga Namrud ada kesah dalam qur an tetapi tidak ada yang mengaku menjadi waris. Usia sejarah mereka sampai kini tetapi kenangan sejarah mereka dalam kehinaan.
Rasullullah hidup dalam usia 63 tahun dimuka bumi ini tetapi kehidupan sejarah baginda telah melebihi 1400 tahun. Kini dan saban tahun yang lalu jutaan manusia menziarahi maqam baginda. Setiap detik dan ketika selawat dan salam kepada baginda. Baginda membawa risalah dari Allah yang akan menyelamatkan manusia dalam kehidupan didunia dan di akhirat. Baginda Rasullullah telah merakamkan sejarah kehidupan yang menjadi tuntunan dan ikutan manusia. Manusia selamat bila mengikuti perjalanan dan ajaran baginda.
Kini kita melihat dan membina sejarah kita sendiri. Sambil kita melihat sejarah lampau dan sejarah kelmarin. Kalau Bush dilontar dengan kasut merupakan satu peristiwa sejarah beliau di akhir memegang kuasa dunia yang angkuh dan memalukan. Banyak lagi sejarah dan peristiwa terdekat yang dapat dilihat dan diperhatikan dalam dan luar negeri. Yang terbaru hari ini kita dapat saksikan dalam kecanggihan teknology komunikasi dan ketinggian peradaban kehidupan akan keruntuhan sistem demokrasi di negeri perak iaitu di Persidangan DUN Perak. Ini lah sebahagian kecil dari peristiwa yang memalukan kepada warga Perak khasnya dan seluruh manusia yang beradab.
Orang yang budiman tidak akan gembira dengan kejijikan yang memalukan ini. Orang yang rendah tamadun dan primitif yang terusan menegakkan kejijikan ini.
Manusia yang berperadaban dan bertamaddun tidak boleh menyerah kalah. Berundur bererti primitif.
Hadis
Bila kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu tegur dengan tangan.
Jika tidak mampu hendaklah kamu tegur dengan lidah,
jika tidak mampu hendaklah kamu menegurnya dengan hati.
sesungguhnya menegur dengan hati itu selemah iman.
tidak menegur langsung atau bersekongkol atau bersetuju bermakna diluar keimanan .

Tuesday, October 27, 2009

Sekilas Pandangan

Semalam melihat berita seorang yang hampir bersara dihadapkan kemahkamah atas tuduhan rasuah. Katanya pegawai itu mengambil suatu suapan dari seseorang yang mencuri pasir.
Persoalannya dalam keadaan hujung perkhidmatan yang begitu masih tidak terfikir akan kemungkinan tertangkap lantas melakukan juga kerja salah itu. Kenapa boleh jadi begitu? Demikianlan antara soalan demi soalan yang timbul.Sedangkan suapan itu dalam amaun yang dikira kecil. Tidak pula kalau amaun lebih dibenarkan.
Penganalisis perlu membuat kajian dan seterusnya menjadangkan langkah pendidikan yang perlu diberi kepada semua orang. Kesian bagi orang yang dihujung perkhidmatan tertangkap oleh sebab rasuah.

Monday, October 26, 2009

Kematian di Lenggong

Selepas hari raya bebera kematian dilapurkan
Mula dengan Pak Mat Temelong
Di temelong juga ada kematian selepasw itu seorang wanita berumur lingkongan 35 tahun.
Pada hari yang sama wanita warga emas diluat.
Ayah kepada Man di changkat Berangan meninggal dunia pada 20.10.09
Hashim bin Nawi cepur 21.10
Isteri Pakngah meri 21.10
Menantu man pak hang 25.10
hari ini pula pesara klinik gigi lenggong
Cikgu meor mahmud ada yang panggil cikgu leman dalam kemalangan jalanraya sehingga keretanya terbakar.
semoga Mereka dicucuri rahmat.

Sunday, October 25, 2009

Gajah liar membinasakan tanaman penduduk Kampong Bukit Sapi

Tanaman getah dikebunnya jang dijaga lebih dari dua tahun telah dibinasakan oleh sekumpulan gajah liar sebanyak 4 ekor. En Hassan menceritakan sewaktu beliau pergi ke kebunnya untuk menyalakan lampu dikebunnya itu beliau terserempak dengan sekawan gajah. Beliau telah membakar 6 biji mercun tetapi gajah itu tidak berganjak. Anjing yang dipeliharanya untuk menjaga kebunnya telak menyalak sehingga tidak berbunyi.
Melihat keadaan demikian en Hasan terpaksa meninggalkan kebunnya itu. Katanya pada kebiasaannya kalau di bakar mercun gajah akan lari dan tak masuk kekebunnya itu. tetapi kali ini agak pelik benar. Ke esokan hari beliau pergi kekebunnya. Habis segala tanaman ubi kayu. Dangaunya diruntuhkan. Lampu pelita dirosakkan. Radio dihempaskan. Kain solatnya dan telekung isterinya dicarik-carikkannya. Mesin menebas dialihkan tempat. Pokok getah dirosakkan. Tetapi minyak petrol dan disel tidak diganggu. Begitu juga buku surat yasin yang ada di dangaunya tidak di apa-apakan.
gajah itu bermaharajalela dikebunnya selama 2 malam berturut. Encik Hasan kelihatan agak terlalu kecewa dengan kejadian tersebut. Menurutnya seekor dari gajah itu mempunyai gading yang agak panjang lebih kurang 1meter.Pangkal gading itu hampir sebesar peha. Tapak gajah itu hampir sebesar gadang.
Beliau amat kecewa dengan itu. Khabarnya Kerajaan Negeri nak buatkan pagar lektrik sebelum ini hanya khabar sahaja. Barangkali khabar angin sahaja.
Selain dari kampong Bukit Sapi, penduduk kampong Chepor, luat dan beng juga mengalami masalah yang sama.

Kampong Chepor putus bekalan Air

Dah lama kejadian berlaku ;ebih dari dua minggu kalau tak silap saya. Bekalan air bersih terpaksa dihantar melalui kereta tangki. Ketiadaan air tersebut amat menyulitkan penduduk akampong berkenaan. Suatu usaha perlu dilakukan segera.
Khabarnya ketiadaan ait tersebut disebabkan kerja membuat kolam udang sehingga menyebabkan paip bekalan air pecah.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288