sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, November 29, 2009

Mejar Musa Meninggal dunia

Inna lillah Wainna ilaihirajiun
Gambar Mejar Musa di belakang Cikgu Mat
Hampir setahun selepas cikgu Mat meninggal dunia, harini sepupu beliau yang juga kenalan rapat saya telah kembali kerahmatullah di rumah anaknya di kuala lumpur. Tok Musa akan disemadikan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Banggol Belimbing

Saturday, November 28, 2009

Roti nan dah dijual di Lenggong.


Sedap, harga berpatutan, saya dah cuba. boleh didapati di gerai Kak Ton berhadapan masjid lama lenggong.

Lenggong Sesak

Hari raya aidul Adha yang kedua, Pekan lenggong seperti biasa di hari perayaan pastinya sesak dengan kenderaan yang bersimpang siur di bandar. Kebanyakan kenderaan yang bersimpang siur terdiri dari anak-anak tempatan yang pulang berhari raya bersama keluarga di kampong. Keadaan walaupun sederhana tetapi meriah. Warga yang balik kampong dapat bersua san berjumpa dengan sahabat yang telah lama berpisah.
Dari dengar cakapada yang telah tidak pulang 9 tahun lalu dan harini pulang untuk berhari raya bersama keluarga. Semoga semua warga lenggong mendapat keceriaan dan kegembiraan di hari yang mulia ini. yang penting sekali ialah tugas dang tanggung jawab kapada diri sendiri dan agama dan masyarakat.
selamat menyambut hari raya aidul adha.

Friday, November 27, 2009

Kemalangan di aidil adha

Kejadiang diwaktu petang di KM57 ke gerik yang melibatkan Proton Perdana dan Datsun Blue bird. Kemalangan yang mengakibatkan kematian itu kelihatan berlaku akibat dari kenderaan Proton Perdana yang telah terbabas kesebelah kanan dan bertembung dengan kereta Dutsun dari arah utara ke selatan.
Khabarnya melibat kamatian isteri kedua pemandu. Keadaan pemandu proton agak parah.

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

Banjir lagi

Semalam banjir lagi dikawasan banggol belimbing. Rumah cikgu din katanya kena banjir.

Saturday, November 21, 2009

Indahnya Malaysia

Tarikh 29 syaaban, pasokan penengok anak bulan meneropong anak bulan ramadhan diserata tempat seluruh negara. Banyak tempat juga lebih dari 20 tempat, hasilnya anak bulan tak nampak mereka balik saja dan buat tuntutan perjalanan manakala syaaban menjadi 30.
Bila nak raya 29 ramadhan begitu juga pasokan bergagas pergi menengok anak bulan. nampak pula anak bulan dan ramadhan jadi 29 hari sahaja. Sebelum itu dengar khabar yang sememang dah ditetapkan yang ramadhan akan 29 hari sahaja.
Bila nak raya haji pasokan penengok bergegas lagi pergi tengok anak bulan. Yang sepatutnya pergi tengok anak bulan tu arab saudi saja tapi yang dimalaysia juga pergi tengok. Pada masa itu ada tempat di malaysia banjir dan hujan tiba-tiba anak bulan nampak dan zulkaedah jadi 29 hari sahaja. Sesuatu yang ajaibkan. Mahasuci Allah. Jika peristiharan tersebut hakiki bersyukurlah. jika sebaliknya tunggulah bala dari Allah.

Tebing Bukit Raja Runtuh Pula

Kalau dilihat dari stesyen minyak shell dulunya dibina pengelak tanah runtuh berpetak dan sekarang telah ditutup dengan plastik. Kabarnya banyak juga belanja digunakan untuk membina penghalang tanah runtuh itu.
Jambatan yang nak masuk ke pekan lenggong kelihatan runruh juga. kelihatan kon diletakkan disitu. jambatan tersebut telah dibaiki semula dalam bulan mei tahunni.

Hujan

Hujan sejak petang semalam sudah berlarutan ke harini. dan sampai waktu ini masih lagi hujan turun renyai-renyai.

Friday, November 20, 2009

Cerita makan di ibadah haji

Selalu juga melihat tv khabar dari tanah suci. antara cerita dan perkhabaran ialah pasal makan dan persedian makanan. Keadaan sama seperti waktu bulan ramadhan. terlalu banyak cerita pasal makan. sampai yang bergelar ustaz juga bersama pakar masak dengan pelbagai menu. Tak salah tapi hormatlah kemulian ibadah. Sememangnya makan juga ibadah. Tetapi Ibadah haji terlalu sarat dengan falsafah atau hikmah. Manakala makan sejuzuk kecil sahaja. Ibadah haji yang merupakan rukun islam kelima merupakan kemuncak pengabdian diri manusia kepada Allah. Jemaah haji menghabiskan sekitar RM15,000.00. waris dinegara disajikan dengan cerita makan.

Thursday, November 19, 2009

UPSR 2009

Ahmad Faiz (Dapat)5A
Fathihah (tengah) 4A

Wednesday, November 18, 2009

Surat kedua yang diterima kembali

Kalini dari
MASLINA HJ ZARKASI
25 JLN K3
BANDAR BARU TAMPOI (UDA)
JOHOR BAHRU

Monday, November 16, 2009

Surat dikembalikan

Saya telah mengirim surat kepada pelajar saya sewaktu saya praktikal di Sekolah Sultan Ismail JB tahun 1984. Pada hari ini saya telah menerima satu surat yang dikembalikan kerana telah berpindah. Pelajar saya itu

Salina Bt Ismail
8 Jln Abiad Dua
Taman Pelangi
Johor Bahru.
Dimanakah beliau ini?

Tinjauan kesan banjir di lenggong

Tinjauan dilakukan pada pagi dan petang sabtu 14hb.11.09.
Sebelah pagi tinjauan di Kampong Sumpitan manakala disebelah petang dikawasan kampong Banggol Batu hingga ke Kampong Bor.
Anggaran kemusnahan dalam banjir tersebut agak besar dengan kemusnahan harta benda mangsa banjir dan pasarana awam. Jambatan di Kampong Bor hampir runtuh. Anggaran kos untuk membaiki keseluruhan barangkali melangkauan jutaan ringgit.
Anggaran kerugian mangsa bagi setiap rumah dianggarkan melebihi RM10,000.00. malah ada yang lebih teruk dari itu. Keperihatinan menggamit simpati kepada mangsa. semoga mangsa bersabar.

Saturday, November 14, 2009

Zahrul Fasadu Fil Ardh wal Bahr

Saya pernah menulis dalam tajuk kejatuhan manusia dalam bulan oktober lalu bila berlakunya gempa bumi di Padang Indonesia. Hati saya terasa untuk berkata dan menulis kenapa boleh jadi begitu. Tema tulisan saya kini ialah sepotong ayat Qur an yang bermaksud terlah berlaku kerosakan di bumi dan di lautan disebabkan oleh tangan manusia.
Tangan manusia menggambarkan kekuasaan manusia. Sebenarnya manusia lemah dan tidak berkuasa. Kuasa yang diperolihi oleh manusia ialah amanah Allah kerana itu kuasa itu hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Namun keangkuhan yang mempunyai kuasa itu melampaui malah bersikap takabbur sesama manusia. Keangkuhan tergambar dari kata-kata yang diucapkan dan didengar oleh manusia.
Fir aun begitu angkuh sehingga mengaku dirinya sebagai tuhan "ana rabbukumul aa'la" . Namrud mendakwa boleh menghidup dan mematikan manusia lain. Kerana keangkuhan itu Allah hancurkan keangkuhan Fir aun dengan mamatikannya tetapi jasadnya tidak diterima bumi supaya menjadi pengajaran kepada manusia akan datang. Begitu juga keadaan yang dialami oleh namrud, qarun serta kaum-kaum lain.
Manusia di zaman moden Allah beri peringatan dengan apa yang dilalui oleh mustafa kamal ataturk. Keangkuhan mereka Dibalas oleh Allah supaya menjadi pengajaran kepada semua manusia.
Malaysia letak dalam kawasan dimana bencana berlaku. tetapi Malaysia terselamat. Namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini terdapat beberapa kejadia di negara kita Malaysia. Jambatan runtuh di Kuala Dipang, Sekarangni pula banjir di merata tempat di lenggong juga begitu. Simpati terhadap mangsa banjir dengan harapan mereka bersabar.
Persoalan kenapa malapetaka ini terjadi? Ayat yang menjadi sandaran jelas sekali. Hati saya ingin menyebut seperkara iaitu kuasa yang dimiliki menjadikan keangkuhan manusia sehingga mulut mereka begitu celupar. Mereka berani berkata dengan keceluparan yang hina. Sewaktu banjir besar di zaman Nabi Noh, Baginda mengajak anaknya menaiki bahtera Baginda lantas anak Nabi Noh menjawab dengan angkuhnya yang dia boleh menyelamatkan diri kebukit yang tinggi. Lalu Allah binasakan anak Nabi Nuh yang angkuh itu.
Begitu keadaan di Lenggong mereka buat longkang besar bila siap mereka kata tak akan banjir lagi di pekan lenggong. Sekarang apa jadi? banjir masih boleh berlaku. Seperkara lagi yang mungkin mengundang malapetaka ialah pada lidah dan hati yang jahat. Firasat saya merasai seolah-olah begitu. Dalam seminggu dua ini serangan amat hebat kepada orang alim dan tok guru. Golongan alim ulamak dalam politik diserang dengan hebat. sedang mereka tidak diberi peluang dan saluran untuk menjawab. Segenap agensi cuba menyerang kepimpinan politik agama. Serangan yang membabi buta dan bertali arus bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam kesatuan politik ulamak.
Terkini ialah serangan terhadap Tok Guru Nik Aziz dengan isu tajaan haji. Sehingga beliau terpaksa membatal untuk menerima pelawaan tersebut segaligus terpaksa menolak untuk menjadi tetamu Allah di musim haji ini. Semuanya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap motif tajaan tersebut. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, Semoga Allah memberi pengajaran kepada puak-puak yang berniat jahat sehingga Tok Guru Nik Aziz terpaksa membatalkan menunaikan haji yang ditawarkan oleh penaja.
Terkini lagi dengan isu bai'ah.
Kerana itu firasat saya mengatakan selagi mereka yang berkuasa menekan orang alim dengan pelbagai fitnah, tohmah dan mehnah maka Allah akan mendatangkan sesuatu bentuk malapetaka. Mungkin catatan ini agak ekstrim tetapi gerak hati semacam begitu.
Sesungguhnya setiap yang berlaku itu merupakan pengajaran dari Allah.

I think i can see



An archaeological team, digging in Washington DC , has uncovered 10,000 year old bones and fossil remains Of what is believed to be the first Politician.
There have been many,Many times when I may have.Disturbed you, Troubled you, Pestered you, Irritated you, Bugged you or got on your nerves with all the e-mails I send, So today I just wanna tell you that...
I PLAN TO CONTINUE!!

Keadaan Cuaca di Lenggong

Diwaktu pagi keadaan cuaca redup. Semalam hujan sedikit dan tidak lebat. Tiada banjir berlaku di sekitar lenggong semalam. Tetapi kepayahan mangsa untuk mengemaskini kediaman hanya Allah jua yang mengetahui. Harapan semoga mereka bersabar terhadap ujian Allah ini. Ada kebaikan dan hikmah yang Allah sediakan yang tidak mampu kita fikirkan. Semoga ada yang budiman lagi dermawan yang sudi menghulurkan bantuan. Saya meninjau kediaman yaang kena banjir di kampong sumpitan. SWimpati dan pilu melihat mangsa-mangsa tersebut.

Friday, November 13, 2009

Cerita dari gambar from Sis Seri

Husband of the year awards
The honorable mention goes to:
The United Kingdom
Followed closely by...
The United States of America
And then...
Poland

But 3r d Place must go to...
Greece

It was very very close but the runner up prize
Was awarded to.... Serbia

But the winner of the husband/partner of the ! Year is.

Ireland.

Ya gotta love the Irish. The Irish are true romantics.look, he's even Holding her hand...

Woman has Man in it;
Mrs. Has Mr. In it;
Female has Male in it;
She has He in it;
has Adam in it;
Okay, Okay, it all makes sense now...
I never looked at it this way before:
Ever notice how all of women's problems
start with MEN?
MENtal illness
MENstrual cramps
MENtal breakdown
MENopause
AND
When we have REAL trouble,
it's a..
HISterectomy.
Send this to all the women you know to brighten their day.
Send this to all the men just to annoy them....
Remember You Don't Stop Laughing Because You Grow Old,
You Grow Old Because You Stop Laughing

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."
Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.
Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Hujan semalaman malam ketiga

Kali ini kampong sumpitan pulak di banjiri air melimpahi jambatan dan ada mangsa yang terpaksa dipindahkan. Disamping itu keadaan di banggol belimbing dan banggol batu didak banyak perubahan. Semoga mangsa dapat bersabar menerima ujian Allah ini.

Thursday, November 12, 2009

Hujan semalaman lagi malam semalam.

Seperti semalam hujan semalaman dan banjir sekali lagi di kawasan semalam juga sekitar kampong bor lenggong. Semoga mangsa bersabar dengan apa yang menimpa ini.

Wednesday, November 11, 2009

Hujan Semalaman

Semalam hujan dari petang hingga ke malam dan larut malam. Hujan tersebut menyebab banjir di beberapa tempat di kampong bor.
kerja pembersihan dilakukan pagi tadi.

Friday, November 6, 2009

Kirim Surat kepada bekas pelajar

Harini saya menulis dan mengirim surat kepada bekas pelajar saya di Johor Bahru, sewaktu saya menjalankan practical di JB tahun 1984. Barangkali mereka masihkan teringatkan saya agaknya.

Cuaca

Di Lenggong dalam 2 harini hujan memanjang sahaja.

Thursday, November 5, 2009

Penerbangan Ke Makkah


Pagi tadi adik saya telah berlepas terbang dalam penujuan ke tanah suci Makkah Al Mukarramah. Barangkali ketika ini mereka sedang melintasi teluk benggala atau benua kecil india. Semoga perjalanan mereka mendapat redha dari Allah Azzawajalla.

Human Body! Very informative!



It takes your food seven seconds to get from your mouth to your stomach.
One human hair can support 3kg (6...6 lb). The average man's penis is three times the length of his thumb. Human thighbones are stronger than concrete. A woman's heart beats faster than a man's. There are about one trillion bacteria on each of your feet. Women blink twice as often as men. The average person's skin weighs twice as much as the brain... Your body uses 300 muscles to balance itself when you are standing still. If saliva cannot dissolve something, you cannot taste it. Women reading this will be finished now. Men are still busy checking their thumbs.
Email from Bro Rustam

Wednesday, November 4, 2009

Perbelanjaan Mengerjakan Haji

Jemaah haji yang telah mendaftar untuk mengerjakan haji dikehendaki memasukkan wang dalam tabung haji sebanyak RM10,000.00 . Katanya tabung haji memberi subsidi sebanyak RM2,000.00 jadi jumlah mengerjakan haji ialah RM12,000.00 ditambah dengan wang saku sekitar RM3,000.00 jumlah menjadi RM15,000.00. Nilai itu bagi seorang jemaah haji. Kalau jemaah haji mengikut pakej pula bayarannya RM17,000.00 ditambah dengan wang saku RM5,000.00 amaunnya menjadi RM22,000.00. Suatu angka yang besar.
Kemanakah wang sebanyak itu dibelanjakan? Pernahkan ada soalan seperti itu dikemukakan. Mengapakan tabung haji tidak menyenaraikannya dan mengedarkan kepada jemaah haji dan penyimpan duit dalam tabung haji. Dengan mengambil kira seorang RM12,000 X 27,000 = RM324 juta telah dibelanjakan oleh jemaah haji Malaysia. Perlu bagi Tabung Haji menyenaraikan amaun yang dibelanjakan mengikut pecahan tertentu seperti tambang penerbangan, penginapan hotel makanan dan urusan lain. Terang kepada rakyat dengan telus.

Tuesday, November 3, 2009

Musim Haji.

Sekarangni musim haji. orang yang bertuah menerima jemputan menunaikan fardhu haji tahun ini tentunya amat gembira. Namun ada yang resah menunggu pengesahan tarikh penerbangan. Ada yang lambat menerima tarikh penerbangan. Mengapa agaknya boleh jadi sedemikian rupa. Kerana itu pelbagai ramalan yang dikeluarkan oleh orang ramai. Tabung Haji sering menjadi sasarannya. Kerana itu tabung perlu memberi penjelasan. Mengapa susah sangat untuk memberi tarikh. Ada jemaah haji yang dihubungi oleh tabung haji dengan memberi tempoh sehari untuk bersiap. keadaan seperti itu amat menyedihkan jemaah haji.

Khutbah Jumaat di Masjid Sungai Jernih

Khutbah jumaat pada hari jumaat 29.10.09 berkisar dengan kehakiman dan mahkamah. Agak menggerunkan juga bagi saya yang mendengarnya. Dalam hati, saya berdoa semoga mendapat perlindungan dari Allah. Allah yang menghakimi segala perbuatan dan tingkah laku manusia sepanjang hayat manusia didunia. Allah jua yang akan memberi pembalasan diatas segala kerja baik dan kerja buruk yang dilakukan oleh manusia. Bertuahlah bagi manusia yang mendapat pembalasan yang baik dari kelakuan yang baik semasa hidup didunia. Amat rugilah bagi manusia yang melakukan pelbagai keburukan didunia semasa hidupnya kerana seksa Allah amat dahsyat.
Kerana Allah Kadhi Rabbul Jalal itu Hakim, maka manusia yang melaksanakan tugas kehakiman mesti berlaku adil dalam penghakiman. Sebarang penghakiman mengikut hawa nafsu bererti menghina institusi kehakiman sekaligus menghina Allah Kadhi Rabbul Jalil. Kerana itu Hakim yang menghukum mengikut hawa nafsu pastinya mendapat kehinaan di akhirat kelak.

Cuaca di lenggong

Dua harini cuaca dilenggong baik dan tidak hujan.

Monday, November 2, 2009

Cikgu Saidin Meninggal Dunia

Cikgu Saidin Mat Piah atau Dato Saidin Mat Piah bekas guru di SM Dato Ahmad Lenggong awal tahun 70an meninggal dunia semalam. Jenazah beliau telah selamat disemadikan.

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288