sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Saturday, November 14, 2009

Zahrul Fasadu Fil Ardh wal Bahr

Saya pernah menulis dalam tajuk kejatuhan manusia dalam bulan oktober lalu bila berlakunya gempa bumi di Padang Indonesia. Hati saya terasa untuk berkata dan menulis kenapa boleh jadi begitu. Tema tulisan saya kini ialah sepotong ayat Qur an yang bermaksud terlah berlaku kerosakan di bumi dan di lautan disebabkan oleh tangan manusia.
Tangan manusia menggambarkan kekuasaan manusia. Sebenarnya manusia lemah dan tidak berkuasa. Kuasa yang diperolihi oleh manusia ialah amanah Allah kerana itu kuasa itu hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Namun keangkuhan yang mempunyai kuasa itu melampaui malah bersikap takabbur sesama manusia. Keangkuhan tergambar dari kata-kata yang diucapkan dan didengar oleh manusia.
Fir aun begitu angkuh sehingga mengaku dirinya sebagai tuhan "ana rabbukumul aa'la" . Namrud mendakwa boleh menghidup dan mematikan manusia lain. Kerana keangkuhan itu Allah hancurkan keangkuhan Fir aun dengan mamatikannya tetapi jasadnya tidak diterima bumi supaya menjadi pengajaran kepada manusia akan datang. Begitu juga keadaan yang dialami oleh namrud, qarun serta kaum-kaum lain.
Manusia di zaman moden Allah beri peringatan dengan apa yang dilalui oleh mustafa kamal ataturk. Keangkuhan mereka Dibalas oleh Allah supaya menjadi pengajaran kepada semua manusia.
Malaysia letak dalam kawasan dimana bencana berlaku. tetapi Malaysia terselamat. Namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini terdapat beberapa kejadia di negara kita Malaysia. Jambatan runtuh di Kuala Dipang, Sekarangni pula banjir di merata tempat di lenggong juga begitu. Simpati terhadap mangsa banjir dengan harapan mereka bersabar.
Persoalan kenapa malapetaka ini terjadi? Ayat yang menjadi sandaran jelas sekali. Hati saya ingin menyebut seperkara iaitu kuasa yang dimiliki menjadikan keangkuhan manusia sehingga mulut mereka begitu celupar. Mereka berani berkata dengan keceluparan yang hina. Sewaktu banjir besar di zaman Nabi Noh, Baginda mengajak anaknya menaiki bahtera Baginda lantas anak Nabi Noh menjawab dengan angkuhnya yang dia boleh menyelamatkan diri kebukit yang tinggi. Lalu Allah binasakan anak Nabi Nuh yang angkuh itu.
Begitu keadaan di Lenggong mereka buat longkang besar bila siap mereka kata tak akan banjir lagi di pekan lenggong. Sekarang apa jadi? banjir masih boleh berlaku. Seperkara lagi yang mungkin mengundang malapetaka ialah pada lidah dan hati yang jahat. Firasat saya merasai seolah-olah begitu. Dalam seminggu dua ini serangan amat hebat kepada orang alim dan tok guru. Golongan alim ulamak dalam politik diserang dengan hebat. sedang mereka tidak diberi peluang dan saluran untuk menjawab. Segenap agensi cuba menyerang kepimpinan politik agama. Serangan yang membabi buta dan bertali arus bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam kesatuan politik ulamak.
Terkini ialah serangan terhadap Tok Guru Nik Aziz dengan isu tajaan haji. Sehingga beliau terpaksa membatal untuk menerima pelawaan tersebut segaligus terpaksa menolak untuk menjadi tetamu Allah di musim haji ini. Semuanya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap motif tajaan tersebut. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, Semoga Allah memberi pengajaran kepada puak-puak yang berniat jahat sehingga Tok Guru Nik Aziz terpaksa membatalkan menunaikan haji yang ditawarkan oleh penaja.
Terkini lagi dengan isu bai'ah.
Kerana itu firasat saya mengatakan selagi mereka yang berkuasa menekan orang alim dengan pelbagai fitnah, tohmah dan mehnah maka Allah akan mendatangkan sesuatu bentuk malapetaka. Mungkin catatan ini agak ekstrim tetapi gerak hati semacam begitu.
Sesungguhnya setiap yang berlaku itu merupakan pengajaran dari Allah.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288