sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Wednesday, November 4, 2009

Perbelanjaan Mengerjakan Haji

Jemaah haji yang telah mendaftar untuk mengerjakan haji dikehendaki memasukkan wang dalam tabung haji sebanyak RM10,000.00 . Katanya tabung haji memberi subsidi sebanyak RM2,000.00 jadi jumlah mengerjakan haji ialah RM12,000.00 ditambah dengan wang saku sekitar RM3,000.00 jumlah menjadi RM15,000.00. Nilai itu bagi seorang jemaah haji. Kalau jemaah haji mengikut pakej pula bayarannya RM17,000.00 ditambah dengan wang saku RM5,000.00 amaunnya menjadi RM22,000.00. Suatu angka yang besar.
Kemanakah wang sebanyak itu dibelanjakan? Pernahkan ada soalan seperti itu dikemukakan. Mengapakan tabung haji tidak menyenaraikannya dan mengedarkan kepada jemaah haji dan penyimpan duit dalam tabung haji. Dengan mengambil kira seorang RM12,000 X 27,000 = RM324 juta telah dibelanjakan oleh jemaah haji Malaysia. Perlu bagi Tabung Haji menyenaraikan amaun yang dibelanjakan mengikut pecahan tertentu seperti tambang penerbangan, penginapan hotel makanan dan urusan lain. Terang kepada rakyat dengan telus.

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288