Apakah Negara Malaysia sudah tidak selamat. mana tidaknya, bermacam2 perkara yang tidak diingini berlaku di setiap masa, detik, saat dan ketika. TV, radio, surat khabar dan sebagainya melaporkan berita-berita yang menyayat hati. kecurian, rompakan, pembunuhan, rogol, zina, ragut, dan bermacam lagi seribu masalah yang.
Sesungguhnya gejala yang sedang dihadapi ini amat menakutkan. Saya yakin bahawa bukan saya sahaja yang perasan akan perkara ini.
Semua rakyat menginginkan keselamatan dan hidup dalam keadaan aman dengan jaminan dari sudut undang-undangnya, perlebagaannya, keselamatan untuk ke mana-mana.
Dalam situasi seperti ini, semua menjadi risau. Undang-undang negara tidak mampu menjamin keselamatan rakyatdan juga tidak berupaya meyakinkan rakyat, juga bermaksud mahkamah juga tidak boleh dipercayai lagi, bahkan anggota keselamatan atau polis juga sudah menjadi faktor ketakutan dan boleh membahayakan kepada rakyat.
Dan yang paling mengerikan lagi ialah keterlibatan kerajaan Malaysia dengan APCO. Orang yahudi sudah boleh memasuki malaysia dengan mudah dan dengan keizinan kerjaan. yang paling parah lagi ialah APCO ini menjadi penasihat kepada kejayaan propanganda "1 Malaysia".
Ada iklan rasuah di TV sedangkan tumpuan hanya kepada yang kecil-kecil sahaja. Mamat polis yang minta duit semasa sekatan jalan raya kalau kena tangkap hangus dibuatnya. Namun bagi yang besar-besar dipuncak negara didiamkan sepi bisu. Terpaksa bagi kontrak kerana orang itu pembesar juga rasuah tapi siapa yang akan berani mendakwa. Janji dalam PRK juga rasuah tapi siapa berani hendak mendakwa.
Berita tv membicarakan sikap orang ramai yang melihat jenayah ada yang mengambil sikap tidak menjaga tepi kain orang. Dalam paparan tv tersebut menyalahkan orang ramai. Sedang dikalangan orang ramai pula akan menuding jari kepada pihak yang berkuasa. Tuding-menuding berlaku dan jenayah berlaku terus. Akibat tuding-menuding maka yang tidak sepatutnya terjadi terjadi. Masing-masing bertindak atas kuasa. Begitulah yang terjadi kepada Aminurrasyid. Kerana mengesyakki kanak itu penjenayah tertembaklah kanak-kanak itu.
Bila telah berlaku begitu berlakulah tudingan yang memilukan. Sesungguhnya banyak persoalan yang tidak akan terjawab kerana ada pihak yang tidak ikhlas terhadap diri dan masyarakat dan negara.
Banyak keadaan yang berlaku di malaysia ketika ini. Siapakah yang perasan akan keburukan natijahnya. Pastinya ramai tetapi tidak mampu menyuarakannya.
No comments:
Post a Comment