sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Sunday, October 10, 2010

Hadis - Mengerjakan Haji dan Umrah

Fadhilat Haji

Dihantar oleh admin dalam kategori Panduan Ibadah pada 04 Oct 2009 | no responses

  1. Hadith baginda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang bermaksud: ‘ Barang siapa berpergian ke arah ini untuk menunaikan ibadah haji atau umrah kemudian mati di dalamnya, maka dia kelak tidak akan diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya “ Masuklah ke dalam syurga ”
  2. Ali bin Abi Talib r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: “ Barang siapa menghendaki ( kebaikan ) dunia dan akhirat, maka hendaklah dia mengunjungi Baitullah sebab setiap orang yang mendatanginya seraya memohon kepada Allah akan ( kebaikan ) dunia, nescaya Allah akan mengurniakannya dan setiap orang yang memohon kepada-Nya akan ( kebaikan ) akhirat, nescaya Dia akan menyimpan sebahagiannya untuknya. Ingatlah wahai manusia, kerjakanlah olehmu haji dan umrah, perturutkanlah antara keduanya, sebab keduanya akan mencuci dosa-doa, ibarat air mencuci kotoran yang melekat pada baju. Keduanya juga akan menghilangkan kefakiran, ibarat api menghilangkan kotoran besi ”
  3. Amr bin Syu’aib meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda, maksudnya: “ Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu-tetamu Allah Azawajalla. Bila mereka meminta ( sesuatu ) mereka akan dikurniakan dan bila mereka berdoa, doa mereka akan dimakbulkan, serta bila membelanjakan ( harta ) mereka, mereka akan memperolehi pengganti bagi perbelanjaannya itu. Dan setiap kali seseorang ‘ ber-ihlal ‘ ( berniat ihram ) dan bertakbir di bukit mana pun, nescaya apa yang ada di sekitarnya akan turut ‘ ber-ihlal ’ dan bertahlil seiring dengan tahlil dan takbirnya, sehingga ia berhenti sebagaimana debu ”
  4. “ Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardhu yang hanya sekali sahaja ( bagi seorang Islam yang cukup syarat ) maka bolehlah engkau kerjakan mana yang dahulu ( sama ada haji atau pun umrah ) ( Hadith baginda Rasulullah SAW – riwayat Zaid bin Sabit )

No comments:

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288