sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, August 29, 2011

WALLAHI AKAN SAYA ADU KEPADA ALLAH

Petang nanti berpuluh-puluh rombongan akan melihat anak bulan syawal. Keadaan cuaca di lenggong yang hujan dan redup sehingga tengahhari memungkin anak bulan tidak kelihatan dan barang pasti kiraan falak akan digunakan. Sememang telah lama dibacara dan dibualkan yang penentuan puasa kali ini 1432H menggunakan rukyah dan falakian manakala rukyah sekadar syarat dan tempelan sahaja jika tidak kelihatan (selalunya tidak kelihatan) falakiah akan menentukan tarikh puasa atau raya.

Telah saya tuliskan sebelum ini akan kekecewaan dalam pengurusan peristiharan hari raya, Jadi jika kali ini keadaan seperti saya akan adukan kepada Allah dalam sujud saya pada malam ini dan beberapa hari selepas ini akan kekecewaan saya itu. Apa yang saya kehendaki dalam peristiharan itu ialah menyebutkan samada anak bulan telah kelihatan atau tidak kelihatan. Jika tidak kelihatan hendaklah disebut tidak kelihatan dan hari raya ditentukan dengan pengiraan falak .
Jika tak menyebut itu INSYA ALLAH SAYA AKAN MENGADU KEPADA ALLAH KEKECEWAAN SAYA INI.
Saya bimbang akan ditanya Allah seperti mana kebimbangan bagi seekor burung yang terpaksa mengambil air untuk memadam api bilamana melihat Nabi Ibrahim dibakar oleh namrud.

Kemuncak Hari balik kampong.

Melihat kepada deretan kereta yang menghala ke utara keadaannya serupa semalam. Walaupun ramai yang dah hampir pasti akan hari raya tahun ini telah ditetapkan esok selasa tetapi ada yang tetap bertugas hari ini tidak mengambil cuti.
Sewaktu belum rasmi kerasulan Nabi Muhammad Allah telah merahsia pemakluman itu kepada sesiapa sahaja termasuk kepada Nabi sendiri. Sewaktu Nabi bersama bapa saudaranya Abu Tholib berniaga di sham, seorang pendita yahudi telah nampak dan mengenali akan tanda-tanda yang ada pada nabi yang menunjukkan Baginda akan menjadi seorang yang hebat diwaktu depan nanti dan menasihatkan Abu Tholib supaya menjaga Muhammad dari di kesan olah orang yang jahat yang ingin membunuh nabi. Nak beritahu disini bahawa kerasulan Nabi Allah ini tak dapat disebut oleh sesiapapun. Allah mengunci mulut seseorang itu dari mengatakan bahawa Muhammad itu Rasullullah sehingga Allah sendiri yang mengistiharkannya melalui wahyu. Sememang sewaktu itu masyarakat sedang ternanti akan kelahiran Nabi akhir zaman. Setiap orang berasa bengga andaikata dia dapat memperkenalkan Nabi Akhir zaman itu. Sifat itu semamang ada sehingga kini. Kini keadaan itu dinamakan menelah atau meneka. Seseorang itu akan gembira jika telahan atau tekaannya tepat. Orang meneka tarikh PRU 13 macam-macam dan yang tahu hanya PM.
Dalam peristiwa semasa kini orang menelah dan meneka tarikh awal ramadhan dan tarikh 1 syawal. Masing-masing telah meneka secara masing-masing. Berbangga seseorang dengan mengisytiharkan yang terkaannya tepat dan begian-begian lagi. Itu semua lumrah dari kelaziman yang ada pada manusia. Jika yang membuat telahan dan tekaan itu ada kredibiliti tak mengapa tetapi antara yang menelah itu semata-mata pak turut sahaja.
Hari ini rata masyarakat dah tahu akan esok hari raya dan bagaimana masyarakat tahu akan hal itu. Ramadhan merupakan bulan menghidupkan ilmu. dan ilmu yang hidup yang sepatutnya hidup itu ialah ilmu yang bukan pak turut. Disinilah yang menimbul kekesalan pada diri saya terhadap pengurusan penentuan awal ramadhan dan awal shawal dan termasuk juga awal zul hijjah. Saya kecewa kerana tiadanya ulama yang berani berkata benar seperti yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu (Tuan Guru Hj Che Wi)
Dalam konsep asal Allah menentukah tarih Kerasulan Nabi secara rahsia yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya maka penentuan awal ramadhan dan awal syawal yang Allah tetapkan melalui rukyah sebenarnya dari segi hakikat adalah sama dengan Allah mengistiharkan Muhammad sebagai Rasul. Sepatutnya pertimbangan menetapkan awal ramadhan dan syawal ditetapkan secara rukyah kerana ianya lebih khat'ee. Sebaliknya apa yang berlaku tahun ini berbeza. Kata putus kepada falak. Sepatutnya falak sebagai pemandu semata. Sebab itu hari ini kegembiraan berhariraya tidak mutlak, ada yang kecewa kerana hukum dipermainkan-mainkan. Kemana perginya para ulama? mengapa tak berani untuk bersuara?
Sesungguhnya kekecewaan seorang ulama yang ikhlas lebih buruk dari kegembiraan seluruh orang (rakyat) yang jahil. Keadaan kini menjadi lebih pincanglagi dan mengundang tohmah pula. Melihat anak bulan sampai lebih dari 30 tempat. Semasa peristiharan tidak disebutkan samada anak bulan kelihatan ataupun tidak. Hari mereka akan melihat anak bulan dan ramai dah tahu keputusan hari rayanya jadi kenapa pergi tengok? Masih adakah ibadah melihat anak bulan jika keputusan dah ada? Jangan menghina ibadah dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ada yang pergi tengok anak bulan macam pergi berhari raya pula. dengan ramai dengan orang yang penting dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya Ramadhan mengajar manusia banyak perkara.

Doa

Maha Suci Engkau yang menjalankan hambanya (Muhammad) dari Masjidil Haram ke Masjidil Agsa. Ya Allah sesungguhnya hari merupakan kemuncak bagi hambamu pulang untuk berhari raya setalah menunaikan perintah puasa yang telah engkau perintahkan. Ku pohonkan kepada mu keselamatan mereka dijalan raya. Elakkan mereka dari kemalangan dan kemalangan jiwa. selamatkan mereka ke destinasi mereka.
Sesungguhnya engkau maha pengasih lagi penyayang.

Sunday, August 28, 2011

Simpang sior di Pekan Lenggong sebelum raya

















Penetapan Ramadhan dan Syawal- ada elemen tak murni.

Menentukan ramadhan dan syawal syariat yang jelas ialah melihat anak bulan. Tetapi negara menggunakan kedua-dua sekali iaitu rukyah dan juga falak.
Sehingga hari ini sebilangan besar rakyat telah mengatakan bahawa hari raya aidil fitri akan jatuh pada hari selasa. Hampir tiada yang berani mengatakan hari raya akan jatuh pada hari rabu iaitu 31.8.2011. kenapa jadi begitu? kerana telah dikatakan bahawa jika anak bulan tidak kelihatan penetapan akan mengikut falak. dan dalam kalendar telah dicatatkan hari raya ialah pada 30.8.2011.
Kalau begitu mengapa dibazirkan wang untuk melihat anak bulan? tidakkah ini satu pembaziran dan yang membazirkan sedara syaitan. Mana para ulama? mengapa perkara ini tidak dibetulkan dan ditegur?. Mungkin ada yang mengatakan sebab itu telah difatwakan Jadi kalau begitu kenapa sampai berpuluh-puluh tempat alih-alih pakai falak?
Perkara kedua ialah adanya elemen penipuan (tak mahu beritahu yang benar). Semasa mengistiharkan tiada disebutkan samada anak bulan telah kelihatan atau tidak mengapakah jadi begini ? Payah sangatkah nak sebut "anak bulan tidak kelihatan" atau memakan belanja yang banyakkah bila menyebut 4 patah perkataan itu? Disini ada unsur nak tipu rakyat. Bila disebut anak bulan tak kelihatan ada golongan yang berpegang kepada rukyah akan meneruskan puasa dan yang tak mahu pakai rukyah akan berhariraya. kononnya akan berlakunya perpecahan. Jadi sebab itu maka tak mahulah disebut empat perkataan itu.
Perkara ketiga siapa yang menetapkan dan berpandukan kepada apa. Dikatakan DYMM dan Raja-Raja maka penyipan Mohor Besar Raja-Raja mengistiharkannya. Persoalannya siapakah Pakar Rujuk Falakiah (gambar hidup dan suara) yang mengatakan ada anak bulan pada ketika itu, Bagaimanakah perkiraannya siapakah yang menyokongnya ( institusi falakiah Malaysia) .
Jadi sekarang ini rakyat mendapat kesempatan dan ruang yang amat terbuka. Beribadah mereka inginkan dalam bentuk kefahaman dan bukan ikut-ikutan. Kita boleh menentukan dengan ketentuan yakin yang bagaimana. Mengistiharkan anak bulan kelihatan itu keyakinan hakiki (hakkul yakin) manakala mengikut falakiah ianya tidak mencapai hakkul yakin. Tapi kalau di tunjukkan orang berothority dalam falakian maka keyakinan orang terhadap itu akan meningkat. mereka disajikan suatu keilmuan dan ramadhan sebenar ialah proses menjanakan ilmu kepada beribadah denga penuh yakin kepada Ilahi.
Para ulama perlu berani bermujahadah menyatakan kebenaran dan jangan menjadi golongan sekadar menyokong kehendak pemimpin yang bukan berjiwa ulama' Ketakutan ulama menyatakan kebenaran akan mengundang seksa awal dari Allah

Saturday, August 27, 2011

Bicara

Suatu komentar kepada Ops Sikap,
Pada saya dan fokus kepada kesalahan dijalanraya sahaja. Masalah sikap pengguna jalanraya yang selalu ditohmah.Kononnya perilaku pengguna sahaja yang salah dan tidak berdisiplin dan bli bla lagi. Seolah yang berasa bertanggung jawab unruk mendisiplinkan pengguna jalan raya ialah Polis sahaja, kerana itu kenyataan demi kenyataan dari polis sahaja yang didengari di massa. Suara orang lain tiada.
Adakah polis berdisiplin dalam ops sikap? inilah satu persoalan? Nama dah speed trap atau perangkap laju dah tentu nak perangkap maknanya tidak berlaku pendesiplinan kepada pemandu. Duduk pula dicerok-cerok hutan mengendap. Sedangkan peraturan menghendakki menunjukkan ada kemera merakam laju dihadapan tidak disediakan jadi disinilah masalah tiada disiplin pada anggota polis yang berurusan dalam trafik.
Kalaulah diletakkan gambar kemera dan satu kotak yang memungkinkan ada kamera didalam dan bila pemandu melihat itu tentunya mereka akan memperlahan kenderaan kepada kadar sepatutnya. Kalau tiada camera pun pemandu tak tahu. misal dari kl ke ipoh diletakkan gambar dan kotak itu sebanyak sepuluh dan camera yang sebenar ada 3 atau 4 sahaja tentu perjalanan akan berhemah. Jadi biar ada rasa tanggung jawab kepada semua.

Wajah-wajah ceria sebelum raya minggu lalu

















Sunday, August 21, 2011

Khidmat kepada masyarakat


Bersama Kaptan (B) Rosli ke rumah bekas tentera Koperal (B) Alias @ Ghazali b Ahmad yang tinggal di kampong luat yang sekarang terlantar di rumah menderita sakit. Anggota ini anak kepada Pak Sulong Ahmad Kampong Luat. Khabarnya penderitaan telah lama dideritainya. Banyak wang telah digunakan untuk pembiayaannya. Lawatan Kaptain Rosli telah memberi sinar kelegaan kepada pesara ini. Sementelahan pula ada hubungan kekeluargaan. Di akhir kunjungan itu Kaptain Rosli menyampaikan sedikit sumbangan dari YDP PAS Lenggong Hj Razman b Zakaria. Semoga keluarga Ghazali tabah menghadapi ujian ini.







Friday, August 19, 2011

Lailatul Qaddr

Jangkaan Lailatulqadar Menurut Imam Ghazali

Lailatulqadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Ia juga malam perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Mala’ul-A’la. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah “Sesungguhnya Kami sudah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar.” (Al-Qadr:1) Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah SAW menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim menyatakan bahawa Baginda berusaha sedaya upaya pada malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam lain.

Mengenai cerita dan riwayat yang dikatakan berlaku pada malam itu perlu kita selidiki mengenai sejauh mana ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Banyak pandangan beberapa sahabat dan ulama mengenainya antaranya ialah pandangan Imam Ghazali. Menurut beliau malam ini boleh diketahui melalui:

  • Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadan.

    Selain tanda itu malam ini juga boleh dikenali dengan beberapa tanda iaitu:

  • .

  • Malam itu langitnya kelihatan suci bersih.
  • Bulan bercahaya segar dan terang benderang.
  • Udaranya nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
  • Langit tidak diganggu bintang.
  • Matahari pada waktu paginya memancarkan cahaya seimbang seperti cahaya bulan purnama.

    Bagaimanapun, lailatulqadar ialah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam terus mencari dengan menggandakan amal ibadah. Rasulullah bersabda “Telah datang kepada kamu Ramadan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah SWT memperkenankan doa pada bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu pada Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada malaikat. Oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya.” (Riwayat Tabarani)

  • .

    DAA9386

    DAA9386

    RUMAH IPOH

    RUMAH IPOH

    8288

    8288