sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Monday, August 29, 2011
Kemuncak Hari balik kampong.
Sewaktu belum rasmi kerasulan Nabi Muhammad Allah telah merahsia pemakluman itu kepada sesiapa sahaja termasuk kepada Nabi sendiri. Sewaktu Nabi bersama bapa saudaranya Abu Tholib berniaga di sham, seorang pendita yahudi telah nampak dan mengenali akan tanda-tanda yang ada pada nabi yang menunjukkan Baginda akan menjadi seorang yang hebat diwaktu depan nanti dan menasihatkan Abu Tholib supaya menjaga Muhammad dari di kesan olah orang yang jahat yang ingin membunuh nabi. Nak beritahu disini bahawa kerasulan Nabi Allah ini tak dapat disebut oleh sesiapapun. Allah mengunci mulut seseorang itu dari mengatakan bahawa Muhammad itu Rasullullah sehingga Allah sendiri yang mengistiharkannya melalui wahyu. Sememang sewaktu itu masyarakat sedang ternanti akan kelahiran Nabi akhir zaman. Setiap orang berasa bengga andaikata dia dapat memperkenalkan Nabi Akhir zaman itu. Sifat itu semamang ada sehingga kini. Kini keadaan itu dinamakan menelah atau meneka. Seseorang itu akan gembira jika telahan atau tekaannya tepat. Orang meneka tarikh PRU 13 macam-macam dan yang tahu hanya PM.
Dalam peristiwa semasa kini orang menelah dan meneka tarikh awal ramadhan dan tarikh 1 syawal. Masing-masing telah meneka secara masing-masing. Berbangga seseorang dengan mengisytiharkan yang terkaannya tepat dan begian-begian lagi. Itu semua lumrah dari kelaziman yang ada pada manusia. Jika yang membuat telahan dan tekaan itu ada kredibiliti tak mengapa tetapi antara yang menelah itu semata-mata pak turut sahaja.
Hari ini rata masyarakat dah tahu akan esok hari raya dan bagaimana masyarakat tahu akan hal itu. Ramadhan merupakan bulan menghidupkan ilmu. dan ilmu yang hidup yang sepatutnya hidup itu ialah ilmu yang bukan pak turut. Disinilah yang menimbul kekesalan pada diri saya terhadap pengurusan penentuan awal ramadhan dan awal shawal dan termasuk juga awal zul hijjah. Saya kecewa kerana tiadanya ulama yang berani berkata benar seperti yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu (Tuan Guru Hj Che Wi)
Dalam konsep asal Allah menentukah tarih Kerasulan Nabi secara rahsia yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya maka penentuan awal ramadhan dan awal syawal yang Allah tetapkan melalui rukyah sebenarnya dari segi hakikat adalah sama dengan Allah mengistiharkan Muhammad sebagai Rasul. Sepatutnya pertimbangan menetapkan awal ramadhan dan syawal ditetapkan secara rukyah kerana ianya lebih khat'ee. Sebaliknya apa yang berlaku tahun ini berbeza. Kata putus kepada falak. Sepatutnya falak sebagai pemandu semata. Sebab itu hari ini kegembiraan berhariraya tidak mutlak, ada yang kecewa kerana hukum dipermainkan-mainkan. Kemana perginya para ulama? mengapa tak berani untuk bersuara?
Sesungguhnya kekecewaan seorang ulama yang ikhlas lebih buruk dari kegembiraan seluruh orang (rakyat) yang jahil. Keadaan kini menjadi lebih pincanglagi dan mengundang tohmah pula. Melihat anak bulan sampai lebih dari 30 tempat. Semasa peristiharan tidak disebutkan samada anak bulan kelihatan ataupun tidak. Hari mereka akan melihat anak bulan dan ramai dah tahu keputusan hari rayanya jadi kenapa pergi tengok? Masih adakah ibadah melihat anak bulan jika keputusan dah ada? Jangan menghina ibadah dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ada yang pergi tengok anak bulan macam pergi berhari raya pula. dengan ramai dengan orang yang penting dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya Ramadhan mengajar manusia banyak perkara.
No comments:
Post a Comment