sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Monday, August 1, 2011
Hari ini mula puasa
Semalam jam 9.00 selepas berita baru pengumuman di tv di siarkan. sedangkan azan isya telah berkumandang. mengapa jadi begitu. persoalan yang timbul ialah berbagai antaranya anak bulan tidak kelihatan sedang cuaca bagus penglihatan terang.
Sebalik war-war sebelum ini telah tersebar yang isnin puasa. Bila pengumuman menjawab sebahagian dan tidak sebahagian. Kenyataan pengumuman puasa ditetapkan pada isnin 1 ogos tanpa menyebut samada anak bulan kelihatan atau tidak. Tidak menyebutkan samada kaedah falakian diguna pakai atau tidak. Perkara seperti ini remeh bagi setengah orang tetapi bagi sebahagian ianya perkara yang amat penting. Bagi yang sebenar ikhlas mencari keredhaan Allah perkara yang remeh itulah pokok utama.
Jika pihak yang berwajib melakukan keputusan mengikut hak syariah baguslah. tetapi jika pihak yang dipertanggungjawag melakukan dengan tidak mengikut syariah dan hanya mengikut hawa nafsu di akhirat nanti jawablah atau dikubur nanti sila jawab.
No comments:
Post a Comment