sallu alan nabi

sallu alan nabi

Hadis Nabi

Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.


Ayat Al Qur'an

A054

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

(Saad 38:54)

Ayat Al Qur'an


A020

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(Ad-Dukhaan 44:20)

Monday, October 31, 2011

Muammar Ghadafi


Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.

Dengan sebegini banyak (senarai di bawah) kebajikan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kenapa?

Presiden Muammar Muhammad Al-Gaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Gaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat !

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang baik kepada mereka!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Muammar Al Gaddafi :

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.
4. Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
7. Tidak ada bil elektrik di Libya.
8. Pendidikan adalah percuma
9. Kemudahan perubatan adalah percuma.
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Gaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Gaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Gaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Al-Fatihah Buat Allahyarham…
By: YouThink

Isu Pembalakan Hutan Simpan Piah

Bantahan penduduk kampong terhadap kerja-kerja itu disebabkan ianya akan mengundang pencemaran kepada sumber air bagi penduduk Kampong Bukit Sapi. Isu atau berita berkenaan telah disedari oleh penduduk kampong sejak lebih 7 bulan lalu. Malangnya tiada usaha membantah yang dilakukan oleh ketua kampong dan JKKK.
Penduduk kampong terpaksa bertindak sendirian kerana kegagalan JKKK membuat bantahan. Dengan alasan kesebokan yang terlampau JKKK tidak membuat bantahan sedangkan tak sampai sebulan bantahan dibuat pihak yang berwajik telah mengambil tindakan.
Satu ketika dahulu ada orang mengambil kayu di perkuburan begitu pantas JKKK bertindak, tetapi kerja pembalakan ini mereka terlalu lembab untuk bertindak.
Hari Jumaat 28hb.10.11 lalu diadakan satu majlis penerangan terhadap isu tersebut. Maka disitu keadaan sebanar bantahan berlaku. Penduduk membantah keras pembalakan tersebut. Saya mengucapkan tahniah atas tindakan tegas penduduk kampong yang berani menyuarakan hasrat penduduk kampong.
Sebenarnya penerangan tersebut tidak perlu diadakan disebabkan satu penyelesaian telah dicapai pada hari jumaat sebelumnya. Tetapi atas permintaan Ketua Kampong. ia di adakan juga.
YB Kenering juga turut hadir. Seolah suatu sessi yang cuba untuk mengalihkan isu. Ketua kampong tak buat bantahan sebenarnya tapi dengan sessi tersebut mereka menunjukkan bahawa merekalah yang bertindak untuk orang kampong.
Sesuatu yang terlalu sukar di fahami ialah dimana kedudukan ketua kampong dalam isu ini. Seolah-olah mereka amat berkehendak pembalakan itu sedang kelihatan mereka tidak adasebarang kepentingan. Sepatutnya mereka bersama penduduk kampong memastikan sumber air tidak tercemar tetapi tiada usul mereka kepada pihak-pihak terbabit.
Sesuatu yang malang kepada penduduk kampong jika pentadbir kampong tidak bertindak mengikut kehendak dan keperluan kampong.

Saturday, October 29, 2011

Mengulas Tabung Haji

Sememangnya telah dan semakin menebal ketidak percaya saya kepada TH. Dari dahulu beberapa tahun lalu. kemuncak tahun lalu. Namun sekarang masih bertambah lagi isu yang menjadikan saya bertambah-tambah tak percaya kepada TH.
Semalam pihak TH mengugut bakal haji yang membatalkan niat pemergian dengan amaran denda RM4,000 pada akaun bakal haji. Alasan kerana alatan dan tempahan tiket serta tempahan penginapan diMakkah dan di Madinah. Pihak TH ingan rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan.
Pendedehan itu sebenar menceritakan banyak perkara.
1. Tambang kapal terbang ialah RM4,000.00
jadi sekarang bayaran hotel pulak berapa?
Kos haji berapa ?
Makan berapa?
Selalunya kelihatan disetiap penerbangan penuhjemaah haji.

3 kematian minggu ini di Bukit Sapi

Hari isnin - Hj Abdul Karim Bin Dohat.
Hari Khamis - Mak Enom
Hari Sabtu (harini) - Cheri Mustafa

Sunday, October 23, 2011

Isu Pembalakan Hutan simpan Piah diseleweng

Penduduk kampong diketuai Mohammad Husaini telah membuat laporan polis tentang pembalakan hutan simpan piah dan juga menghantar dokumen bantahan kepada beberapa pihak berwajib berkenaan hutan di Kuala Kangsar. Beliau dengan rasa bertanggungjawab mengetuai bantahan itu kerana bimbang pembalakan itu akan mencemarkan air yang menjadi sumber air bagi kampong bukit sapi. Gambar-gambar bagi kerja pembinaan jalan telah di tunjukkan.
Tindakan yang di ambil itu kerana pihak JKK dan ketua kampong terlalu lambat untuk bertindah sedangkan makluman berkenaan itu telah lama timbul yakni sebelum kerja buat jalan dilakukan. Apabila bantahan telah dibuat dan laporan polis telah dilaksanakan barulah mereka bergegas bertindak. JKK dan ketua kampong kelihatan telah ke Balai Polis selepas itu barangkali untuk membuat laporan polis agaknya. akibat dari itu sekumpulan penyiasat telah melakukan tinjauan. kenapakan tinjauan itu dilakukan?
Ada kenyataan menyebutkan bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan dakwaan dan bantahan yang dilakukan oleh Mohammad Husaini paslu dan cubaan menghasut. Dakwaan sedemikian terbit dari mulut JKKK kampong bukit sapi sendiri. Jika tiada jalan balak yang baru siap pasti agaknya Mohammad Husaini akan di tahan dan di dakwa melakukan laporan Polis palsu.
Pada jumaat 21.10.11 yang lepas Mohamad husaini dan beberapa penduduk kampong telah menghadiri satu taklimat menjelas perkara berkenaan. Pihak berkenaan telah mengucapkan terima kasih kerana bantahan awal yang dibuat itu serta beberapa jaminan.
Namun pada mata dan pandangan ketua kampong dan JKKK kampong bantahan itu palsu. Mereka hanya mentadbir kampong untuk bermegah sahaja tetapi bukan untuk menjaga keperluan penduduk kampong. Mereka sengaja membiarkan penduduk kampong munun air keruh. Jika sebelum ada banner bertulis direntang " MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI" maka sebelum PRU13 timbul isu Kera dihutan disusui anak dikendongan dilapar. Orang tertentu dapat berjuta hasil duit balak orang kampong minum air yang keruh atau air tanah. Orang Kampong Bukit Sapi boleh pergi tengok Sungai Salor kalau tak hujan ait tiada kalau hujan airnya macam air teh.
Kenapa orang bukit sapa sendiri yang hendak membiarkan orang bukit sapi sendiri???

Saturday, October 15, 2011

Berbekalkan modal Ikhlas.

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

DAA9386

DAA9386

RUMAH IPOH

RUMAH IPOH

8288

8288