sallu alan nabi
Hadis Nabi
Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Ayat Al Qur'an
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
(Saad 38:54)Ayat Al Qur'an
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20)Sunday, October 23, 2011
Isu Pembalakan Hutan simpan Piah diseleweng
Tindakan yang di ambil itu kerana pihak JKK dan ketua kampong terlalu lambat untuk bertindah sedangkan makluman berkenaan itu telah lama timbul yakni sebelum kerja buat jalan dilakukan. Apabila bantahan telah dibuat dan laporan polis telah dilaksanakan barulah mereka bergegas bertindak. JKK dan ketua kampong kelihatan telah ke Balai Polis selepas itu barangkali untuk membuat laporan polis agaknya. akibat dari itu sekumpulan penyiasat telah melakukan tinjauan. kenapakan tinjauan itu dilakukan?
Ada kenyataan menyebutkan bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan dakwaan dan bantahan yang dilakukan oleh Mohammad Husaini paslu dan cubaan menghasut. Dakwaan sedemikian terbit dari mulut JKKK kampong bukit sapi sendiri. Jika tiada jalan balak yang baru siap pasti agaknya Mohammad Husaini akan di tahan dan di dakwa melakukan laporan Polis palsu.
Pada jumaat 21.10.11 yang lepas Mohamad husaini dan beberapa penduduk kampong telah menghadiri satu taklimat menjelas perkara berkenaan. Pihak berkenaan telah mengucapkan terima kasih kerana bantahan awal yang dibuat itu serta beberapa jaminan.
Namun pada mata dan pandangan ketua kampong dan JKKK kampong bantahan itu palsu. Mereka hanya mentadbir kampong untuk bermegah sahaja tetapi bukan untuk menjaga keperluan penduduk kampong. Mereka sengaja membiarkan penduduk kampong munun air keruh. Jika sebelum ada banner bertulis direntang " MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI" maka sebelum PRU13 timbul isu Kera dihutan disusui anak dikendongan dilapar. Orang tertentu dapat berjuta hasil duit balak orang kampong minum air yang keruh atau air tanah. Orang Kampong Bukit Sapi boleh pergi tengok Sungai Salor kalau tak hujan ait tiada kalau hujan airnya macam air teh.
Kenapa orang bukit sapa sendiri yang hendak membiarkan orang bukit sapi sendiri???
1 comment:
Assalamualaikum tuan.
Izinkan saya bertanya. Saya baru selesai masuk ke satu kawasan hutan jalan menuju ke penghujung jalan selepas jambatan bukit sapi, teruskan tanpa membelok ke mana2. Saya terjumpa laluan balak yg baru dibina. Pertanyaan saya adakah pihak berwajib tahu ttg pembinaan tersebut? Tiada papan tanda menunjukkan adanya mana2 syarikat diberi kerja pembalakan di sana.
Post a Comment